Sabtu, 28 Mei 2011

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Umno perlu diganti

Posted: 28 May 2011 03:40 AM PDT

ceramah Pakatan Rakyat di Parit Pecah, Muar Johor, anwar ibrahim
Umno kini tidak mampu mengekalkan prinsip-prinsip Melayu seperti yang ditonjolkan pada era Tun Sri Lanang dan juga Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali dengan nama pendeta Za'ba, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya perjuangan pemimpin-pemimpin Melayu dahulu tidak korup seperti pemimpin Umno hari ini yang hanya bersandarkan kepada amalan politik jijik yang menjengkelkan sehingga sanggup menjatuhkan martabat sesama umatnya. 

"Pejuang-pejuang asal seperti Tun Sri Lanang yang hebat, apa hebatnya? Hebatnya kerana ilmu, prinsip, hebatnya kerana Melayunya tebal mengikut syarak maknanya ikut hukum, jangan rasuah, jangan rompak, jangan hina, jangan aib kaum sendiri, itu dia Tun Sri Lanang.

"Za'ba, pendeta Za'ba, pemikir Melayu, sasterawan ahli bahasa ulung, apa pandangan dia? Bila bicara soal Melayu, miskin apa Melayu? 

"Miskin harta benda tapi dia bimbang yang miskin akhlak, miskin budi pekerti, miskin semangat tewas tak sanggup berjuang menolak sistem penjajah Inggeris," kata Anwar pada ceramah umum Pakatan Rakyat di Parit Pecah, Muar Johor malam semalam.

Kenapa saya masuk PAS

Posted: 27 May 2011 07:25 PM PDT

Tiada ulasan:

Nuffnang