念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang |
[Roketkini] Dari Seberang Tebrau: Teladan dari PRU Singapura – oleh A. B. Nair Posted: 27 May 2011 11:12 AM PDT ~ Oleh A. B. Nair 27 MEI – Pada 7 Mei 2011, arena politik Singapura menyaksikan sejarah tercipta dalam pilihan raya umum ke-16 apabila parti pembangkang memenangi jumlah kerusi Parlimen yang paling tinggi sejak kemerdekaan republik itu. Melalui kekalahan Parti Tindakan Rakyat pimpinan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam Konstituensi Perwakilan Kumpulan atau pun “Group Representation Constituency” Aljunied, dan di kawasan Hougang, Parti Pekerja Singapura sebagai wakil pembangkang memperolehi 6 kerusi Parlimen. Apa yang lebih menarik tentang kemenangan Parti Pekerja Singapura di GRC Aljunied ialah kecundangnya mantan Menteri Luar Negeri George Yeo sebagai ‘mangsa’ paling berprofil tinggi dalam PRU ini. Buat julung kalinya, suara keramat rakyat Singapura lantang berkumandang dalam PRU ini – undi popular PAP merosot sebanyak 6.46% kepada 60.14%, sekaligus mencatat prestasi terburuk PAP pasca merdeka. Penganalisis berpendapat bahawa punca merosotnya sokongan untuk PAP termasuk kekecewaan sebahagian besar rakyat jelata yang merasa mereka seolah-olah terpinggir daripada menikmati kekayaan melimpah ruah ekonomi Singapura. Rencana ini dibahagikan kepada tiga isu dari PRU ke-16 Singapura yang boleh dikatakan wajar kita pelajari serta hayati, pada hemat saya: 1.Dialog yang merangkumi hal ehwal politik dan sosioekonomi. PRU ini mengetengahkan banyak isu yang dekat di sanubari setiap rakyat Singapura. Dari isu kenaikan kos perumahan hingga ke isu ketibaan lebih ramai pekerja asing di republik pulau tersebut, setiap isu diberi cukup perhatian sama ada melalui ceramah, forum atau pun media sosial. Ramai individu mengambil bahagian dalam dialog yang menyeluruh sesama sendiri atau dengan calon PRU kerana mereka sedar bahawa setiap isu yang diketengahkan akan membawa impak kepada kehidupan seharian mereka masing-masing. Pada masa yang sama, isu seperti kedudukan istimewa Melayu, sensitiviti agama serta kuota kaum minoriti langsung tidak disebut walau sebisik pun. Senario ini jauh berbeza daripada gelanggang politik di tanah air kita, di mana maki-hamun dan carut-marut menggantikan debat yang bernas mengenai belanjawan tahunan atau sistem pendidikan kita, misalnya. Sedangkan isu yang kritikal kepada pembangunan negara kita dibiar terbengkalai, pucuk pimpinan negara kita lebih cenderung untuk memainkan sentimen yang remeh untuk memporak-perandakan fabrik sosial rakyat kita demi kepentingan mereka sendiri. Sebagai rakyat yang berhemah serta berpendidikan, kita perlulah menilai setiap isu yang dibentangkan sama ada oleh kerajaan atau pembangkang dengan paradigma yang luas serta objektif. Isu yang teknikal seperti analisis politik dan sosioekonomi misalnya harus lah kita teliti kerana isu besar sebegini lah yang berkait rapat dengan hala tuju pembangunan tanah air kita. 2.Pemilihan wakil rakyat dan menteri secara meritokrasi. (More......) |
You are subscribed to email updates from 念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan