Jumaat, 27 Mei 2011

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Posted: 27 May 2011 12:39 AM PDT

TINDAKAN SEORANG AJK UMNO SERI BAKTI MENGHALANG JKKK MENEMUI PEMILIK KEDIAMAN YANG TERBAKAR AMAT DI KESALI

JALAN KEBUN - Tindakan seorang AJK UMNO Seri Bakti menghalang dan menghalau Ketua Biro Hal Ehwal Wanita JKKK Kampung Jalan Kebun untuk menemui pemilik kediaman yang terbakar selepas kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Baru 2 Jalan Kebun amat biadad dan keterlaluan.Tujuan Biro Hal Ehwal Wanita tersebut untuk mendapatkan data lengkap pemilik kediaman tersebut adalah bertujuan memudahkan sumbangan disalurakn dan itu adalah proses biasa apabila berlakukan sesuatu bencana atau musibah.

Namun apa yang dikesali adalah sikap biadad dan kurang ajar AJK UMNO tersebut yang mana mengeluarkan kata - kata kesat dan menghalau Ketua Biro wanita tersebut dan tindakan tersebut turut dikesali oleh anak kepada pemilik kediaman tersebut.Apa yang di lakukan oleh AJK UMNO tersebut yang di kenali dengan panggilan juri melampaui batasan dan tidak menghormati anak - anak serta waris mangsa yang berada di sisi warga emas tersebut dan tindakan menghalangan tugasan yang sedang dijalankan oleh Ketua Biro Wanita JKKK tersebut di anggap tidak bertamadun dan kolot.




Posted: 27 May 2011 12:20 AM PDT




YB SHUHAIMI HJ SHAFIEI HADIR LOKASI KEJADIAN KEBAKARAN DI KAMPUNG BARU 2, JALAN KEBUN KLANG.

JALAN KEBUN - Sebaik menerima berita tentang kejadian kebakaran yang berlaku di sebuah kediaman penduduk Kampung Baru 2 Jalan Kebun.Yb Shuhaimi telah bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat kerja - kerja memadamkan kebakaran yang sedang dijalankan oleh Pasukan Bomba serta bertemu dengan pemilik kediaman yang terbakar.Dalam kejadian tersebut hampir keseluruhan kediaman tersebut hangus terbakar termasuk harta benda namun akan tetapi tiada kecederaan serta tiada nyawa yang terkorban.

YB Shuhaimi berkesempatan bertemu dengan pemilik kediaman tersebut yang merupakan seorang warga emas yang mendiami kediaman tersebut bersama - sama anak dan menantu serta 5 0rang cucunya.Semasa kebakaran tersebut berlaku hanya warga emas tersebut yang berada di rumah tersebut kerana anak dan menantu beliau keluar berkerja serta cucu - cucunya ke sekolah.Yb Shuhaimi telah meluangkan masa hampir 3 jam di lokasi kebakaran bersama - sama penduduk setempat untuk membantu anggota penyelamat untuk kerja- kerja memadan dan seterusnya menyampaikan sumbang berbentuk wang ringgit untuk meringankan sedikit bebanan yang sedang ditanggung oleh mangsa.




Tiada ulasan:

Nuffnang