Sabtu, 21 Mei 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


PAS SASAR 100 RIBU AHLI SERTAI BERSIH

Posted: 21 May 2011 06:30 AM PDT

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan sekali lagi menggerakkan rakyat bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 9 Julai ini bermula jam 2 petang.

Himpunan yang bertemakan "Walk For Democracy", menurut Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS Mohamad Sabu akan berlansung di Kuala Lumpur dan tempat yang spesifik akan diumumkan nanti.

mohamad sabu pc announcing new bersih rallyBeliau berkata, perkara tersebut telah diputuskan oleh BERSIH bersama-sama lebih 60 NGO dan parti politik yang bergabung di dalamnya dalam mesyuarat bersama pada 19 Mei lalu.

"Kami bagi PAS yang duduk dalam jawatankuasa BERSIH bersetuju dengan tarikh tersebut.

"Kami akan mengerahkan ahli dan penyokong untuk menyertai himpunan aman itu, seperti Bersih 1.

"Kita berharap tidak ada gangguan tertentu daripada pihak polis (sewaktu himpunan BERSIH 2)," kata Mohamad dalam sidang medianya hari ini.

bersih rally 271207 03Katanya, tujuan himpunan tersebut diadakan adalah kesinambungan empat tuntutan BERSIH dalam himpunan pertama mereka pada November 2007.

Menurutnya selain empat tuntutan mereka yang tidak dilayan oleh kerajaan dalam himpunan sebelum ini, BERSIH telah menambah lagi dua tuntutan.

Baca selanjutnya ...

PAPAN TANDA MASJID : LUPA ATAU SENGAJA LUPA...?

Posted: 20 May 2011 05:58 PM PDT


Sejak beberapa hari ini, beberapa papan tanda baru telah ditegakkan di beberapa simpang masuk ke bandar Teluk Intan. Kewujudan papan-papan tanda tersebut mungkin sempena lawatan Sultan Perak yang akan merasmikan Bangunan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) pada minggu hadapan ini.

Ada beberapa papan tanda tersebut yang menunjukkan arah beberapa lokasi penting di bandar ini seperti Menara Condong, Pasar Besar, Arena Square, Terminal Intan dan sebagainya. Namun, bagaimana pihak MPTI boleh terlupa akan papan tanda arah Masjid Daerah Teluk Intan ? Adakah Masjid Daerah dikategorikan sebagai tempat yang kurang penting dan kurang menarik ?

Diharap pihak MPTI segera berbuat sesuatu agar papan tanda arah Masjid Daerah dapat diadakan seperti lokasi-lokasi yang lain kerana masjid adalah syiar Islam. Ia juga dapat memudahkan bagi orang Islam untuk menunaikan solat terutamanya bagi mereka yang baru tiba ke bandar Teluk Intan. Masih belum terlambat lagi. MPTI mampu mengubahnya...

Serlahkanlah keprihatinan kita kepada Islam.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang