Sabtu, 21 Mei 2011

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Tanding atau tidak, kami akan bincang dulu

Posted: 21 May 2011 12:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Para calon Ketua Dewan Muslimat PAS bercadang untuk berbincang di kalangan mereka dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk bertanding atau tidak.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud, (gambar) belum membuat keputusan sama ada akan bertanding atau tidak bagi jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) pada Muktamar Agung PAS, Jun ini.

Beliau juga belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding atau tidak bagi jawatan Naib Ketua DMPP, walaupun beliau merupakan salah seorang yang layak bertanding bagi kedua-dua jawatan itu.

"Tunggulah Isnin ini atau hujung minggu ini. Saya akan beritahu pada Isnin ini sama ada saya akan bertanding jawatan Ketua atau Naib Ketua," kata beliau yang juga anggota Parlimen Kota Raja ketika dihubungi, hari ini. 

Lebih jauh dari itu, beliau juga memberitahu, beliau sendiri belum pasti sama ada mahu bertanding salah satu jawatan itu atau tidak bertanding langsung bagi jawatan-jawatan tersebut.

Sebelum memutuskan perkara itu, beliau berhasrat untuk mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan Ketua DMPP sekarang, Nuridah Mohd Salleh dan rakan-rakan kepimpinan DMPP.

"Sehingga sekarang, kami masih belum mengadakan pertemuan untuk mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan Nuridah kerana Nuridah sendiri baru balik dari luar negara semalam," katanya.

Setelah perbincangan diadakan, beliau berhasrat untuk mengadakan sidang akhbar bersama dengan Nuridah dan kepimpinan DMPP lain bagi mengumumkan keputusannya.

"Jadi buat masa ini, biarlah ia terus menjadi teka-teki kepada orang ramai kerana saya sendiri masih belum membuat keputusan mengenainya," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Kota Raja.

Beliau juga berkata, sehingga kini, beliau masih belum menerima surat dari Jawatankuasa Pemilihan tentang pencalonannya itu walaupun beliau telah diumumkan salah seorang yang layak bertanding bagi jawatan tertinggi DMPP.

"Sebenarnya saya dah bertukar alamat, tetapi alamat baru saya itu tidak saya maklumkan kepada Jawatankuasa Pemilihan. Sebab itulah surat itu tak sampai kepada saya sehingga hari ini.

"Saya sendiri sebenarnya tidak mengambil kisah sangat mengenai perkara itu kerana di kalangan muslimat PAS sendiri terdapat ramai calon yang berkelayakan memegang jawatan-jawatan itu," tegas beliau.

Selain Dr Mariah, calon-calon lain yang telah diumumkan layak bertanding bagi jawatan Ketua DMPP terdiri daripada Nuridah Mohd Salleh, penyandang sekarang, Dr Asiah Ali dan Siti Zailah Mohd Yusof yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang. 
 
sumber : harakahdaily

Manipulasi Daftar Pemilih

Posted: 20 May 2011 08:28 PM PDT

Tiada ulasan:

Nuffnang