DUN PENGKALAN KUNDOR |
3,830 unit rumah ditawar di Pameran Mapex 2011 Posted: 30 May 2011 06:42 AM PDT ALOR SETAR, 26 Mei - Seramai 600 ribu penduduk Kedah memerlukan rumah mampu milik. Ini kerana berlaku transformasi corak hidup yang menyebabkan 60 peratus penduduk luar bandar berpindah ke bandar yang secara tidak langsung meningkatkan permintaan memiliki rumah kediaman. Kerajaan memberi fokus kepada perkembangan ini dan langkah utama yang akan dan telah dilaksanakan ialah menyediakan seberapa banyak rumah untuk rakyat. Ini diberitahu oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pembangunan Luar Bandar, Membasmi Kemiskinan, Kerja Raya, Bekalan Air Sumber Air dan Tenaga YB Ir Dato' Phahrolrazi Zawawi pada Majlis Perasmian Pameran Mapex 2011 di Alor Setar Mall, Tandop. Pameran ini menawarkan sejumlah 3,830 unit rumah kepada orang ramai dengan nilai RM821 juta iaitu 1,814 unit di Alor Setar, 898 di Sungai Petani dan 1,117 di Kulim. "Peningkatan permintaan rumah berikutan pertambahan penduduk sebanyak 1.9 juta pada tahun 2008 kepada 2.1 juta pada tahun ini," katanya. Menurutnya pada tahun 2020 nanti penduduk negeri Kedah hanya mampu membeli rumah secara bayaran pinjaman kerana penduduk berkenaan bekerja dengan majikan dan sumber kewangan mengikut bulanan. "Oleh kerana kos hidup semakin tinggi dan pendapatan bulanan tidak membenarkan mereka membeli tanah atau membina kediaman sendiri secara pukal," katanya. Menyedari hakikat ini, mulai sekarang Kerajaan Negeri merancang membina rumah-rumah mampu milik menerusi Bina Darulaman Realty dan Seri Temim. Namun begitu, Kerajaan Negeri sangat menghargai usaha pihak pemaju perumahan swasta yang secara tidak langsung telah berjaya membangun pekan-pekan baru seperti Bandar Darulaman sebagai model selain Pokok Sena yang sedang dimajukan. Bagi pihak Kerajaan Negeri beliau mengharapkan Pameran Mapex 2011 berjaya memberikan sesuatu yang terbaik untuk rakyat Kedah khususnya mereka yang belum memiliki rumah idaman bersesuaian dengan tema pameran 'Rumah Pilihan Hati'. Hadir sama pada majlis itu pengerusinya Encik Rick Cheng Wooi Seong dan Pengerusi Rehda Kedah/Perlis Dato' Ricqe Lew Yin Chew. Pameran yang melibat 24 pemaju dan tiga bank akan bergerak ke Sungai Petani dan Kulim. - Warta Kedah |
You are subscribed to email updates from DUN PENGKALAN KUNDOR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan