DUN PENGKALAN KUNDOR |
Meh Kita Cabar Depa Keluar Pulak.. Posted: 25 May 2011 12:19 AM PDT KUALA LUMPUR, 25 Mei: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, Umno boleh keluar daripada BN jika merasakan sudah mendapat sokongan kuat dari orang Melayu. "Kita sudah cadangkan berulang kali sekiranya Umno merasakan dia sudah mendapat sokongan kuat dari orang Melayu ayuh dengan segera keluar dari BN," ujarnya. Beliau menyatakan demikian sebagai kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mencabar DAP supaya keluar daripada Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti. "Kalau berani berbuat demikian, barulah parti DAP boleh dikatakan sebagai 'anak jantan'," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan komputer riba '1Malaysia' kepada 2,876 pelajar sekolah menengah dalam Parlimen Bagan Datoh, semalam, sebagaimana laporan Bernama. Beliau menyatakan perkara itu sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mengumumkan DAP akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat supaya kesemua negeri Pakatan tidak membubarkan Dun masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini. "Saya melihat Zahid sudah hilang pertimbangan akal yang waras dan sudah bercakap 'merapu' bila beralasan dengan bertanding atas 'tiket sendiri' tanpa ada apa-apa pakatan dengan PKR dan PAS, DAP dapat menguji sejauh mana kekuatan serta pengaruh DAP dalam meraih sokongan rakyat," kata Khalil yang juga Adun Titi Serong. Katanya, Zahid yang juga Menteri Pertahanan dilihat sudah mengulas sesuatu yang lari dari tajuk dan persoalan yang sebenar dan menyebabkan dia dilihat sebagai seorang pemimpin Umno yang tidak ada pandangan yang jauh dan tidak melihat kepada realiti yang sebenarnya. "Orang bercakap mengenai bidang kuasa menteri besar dan ketua yang ada pada kerajaan negeri yang boleh menasihati Sultan atau Yang Dipertua Negeri untuk tidak membubarkan Dun walaupun parlimen telah dibubarkan, apa lagi tidak cukup tempoh 5 tahun," ujarnya. Beliau turut mempersoalkan kenapa jauh sangat Zahid mencabar DAP untuk keluar dari Pakatan dan apa pula istemewanya jadi 'anak jantan' kalau keluar dari Pakatan seperti yang dikatakannya. Hakikat sebenarnya, kata beliau Umno sekian lama 'pondan' disebabkan tidak berani keluar dari BN. Khalis menambah, sebenarnya sistem 2 parti iaitu Pakatan Rakyat dan BN adalah realiti yang mesti diterima oleh seluruh rakyat Malaysia. Justeru, katanya jangan pula Zahid cuba menutup kelemahan Umno sendiri yang terus bergayut di dalam BN dan dalam waktu yang sama mencabar DAP keluar dari Pakatan.-HD |
Tiada Jaminan Harga RON95 Kekal Setakat Ini.. Posted: 25 May 2011 12:07 AM PDT Kabinet tangguh keputusan kurangkan subsidi? Taklimat media dan sidang akhbar oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dimana pengurangan subsidi petrol RON95 dan kenaikkan tarif elektrik dispekulasi akan diumumkan telah dibatalkan. Taklimat media itu dijadualkan di pejabat kementerian berkenaan di Putrajaya pada jam 12.30 tengahari dan diikuti sidang akhbar pada jam 2 petang. Ia dipercayai berhubung kenaikkan tarif elektrik dan pengurangan subsidi petrol setelah jemaah menteri bermesyuarat pagi tadi. Bagaimanapun menjelang tengahari, media dimaklumkan bahawa kedua-dua acara itu telah dibatalkan. Tiada alasan diberikan tetapi seorang pembantu menteri itu memberitahu wartawan bahawa Chin masih bermesyuarat sehingga jam 12.30 tengahari tadi. Beliau juga enggan mendedahkan sebarang butiran berhubung pembatalan itu. Beberapa akhbar juga melaporkan bahawa jemaah menteri akan membincangkan sama ada untuk menaikkan tarif elektrik dan mengurangkan subsidi petrol RON95, diesel dan LPG pada mesyuarat mingguannya itu.-MK |
You are subscribed to email updates from DUN PENGKALAN KUNDOR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan