Selasa, 10 Mei 2011

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


26 Penunjuk Perasaan Ditembak Mati Di Syria

Posted: 10 May 2011 02:00 AM PDT

07 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

DAMSYIK 7 MEI : Anggota keselamatan Syria dilaporkan menembak mati sekurang-kurangnya 26 penunjuk perasaan yang mengambil bahagian dalam demonstrasi sempena 'Hari Penentangan' bagi menggulingkan rejim Presiden, Bashar al-Assad, semalam.

Pada masa sama, kumpulan bersenjata dilaporkan membunuh soerang pegawai dan empat anggota polis ketika tunjuk perasaan itu berlangsung. Di Brussels, Kesatuan Eropah (EU) bersetuju untuk menguatkuasakan sekatan terhadap Syaria selepas 13 pegawai negara itu terbabit dalam serangan kejam ke atas penunjuk perasaan sebelum ini.

EU juga sedang berbincang untuk mengheret Assad dalam perkara itu, menurut diplomat hari ini.

Kumpulan hak asasi Syria, Insan berkata angka kematian semalam mencecah 26 orang dan jumlahnya dijangka bertambah lagi.

Satu lagi kumpulan hak asasi, Najati Tayara, berkata anggota keselamatan Syria dilihat melepaskan tembakan bagi menghalang penunjuk perasaan selepas solat Jumaat di tengah bandar raya berkenaan dengan lapan terbunuh manakala beberapa lagi cedera parah. - AFP





Qazaf: Syarahan Dr Wahbah Az Zuhaily 14 Mei

Posted: 10 May 2011 01:45 AM PDT

07 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 10 Mei: Cendekiawan Islam dari Syria, Dr Wahbah Az Zuhaily (gambar) akan menyampaikan syarahan bertajuk 'Sumpah dan Qazaf' di Dewan Solat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini pada 14 Mei ini.

Beliau yang dipilih Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1430H akan mengupas tajuk berkenaan pada majlis yang berlangsung jam 2.30 hingga 4.30 petang itu.

Program tersebut adalah anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Sehubungan itu, PUM dalam satu kenyataan menjemput orang ramai hadir majlis syarahan berkenaan bagi memahami isu sumpah dan qazaf.

Dr Wahbah mempunyai penglibatan dan sumbangan yang amat besar dalam dunia Islam dan umat Islam.

Beliau yang juga tenaga pakar dalam Majlis Persidangan Fiqh Antarabangsa (Majma Fiqh l-Islami), mempunyai kepakaran yang amat tinggi dalam penulisan ilmiah.

Karya Dr Wahbah menjadi rujukan umat Islam di dunia antaranya yang tersohor di Malaysia adalah Kitab Tafsir Al-Munir Fi Al-Aqidah Wa Al-Syariah Wa Al-Minhaj dan Kitab Fiqh Perundangan Islam.

Wawasan beliau sangatlah tinggi, mahu melihat ajaran al- Quran dan Sunnah terus bertebar di muka bumi.

Justeru itu, beliau menginfaqkan sepenuhnya diri beliau untuk kemajuan Islam.

Harakahdaily

PM Bentang Bajet Seminggu Awal, 'Bajet Pilihan Raya'?

Posted: 10 May 2011 01:30 AM PDT

07 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

PUTRAJAYA 10 MEI : Perdana Mneteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan Bajet 2012 pada minggu pertama Oktober ini, yang dilihat penganalisis sebagai "bajet pilihan raya" sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Bajet 2012 akan dibentangkan pada 7 Oktober.

Najib tahun lalu membentangkan Bajet 2011 pada 15 Oktober, namun mempercepatkannya seminggu kali ini.

Pengumuman mengenainya dibuat ketika spekulasi bertiup kencang bahawa pilihan raya umum akan diadakan sebelum Ramadhan tahun ini.

Difahamkan Kementerian Kewangan sedang mengakan sesi dialog tahunan mengenai bajet.

Kerajaan BN pernah membubarkan Parlimen ketika Dewan Rakyat sedang membahaskan ucapan belanjawan negara 2000 bagi membuka laluan kepada pilihan raya umum 1999.

Dalam pada itu, laporan Bernama Online memetik Najib berkata, Bajet 2012 adalah inklusif, bertumpukan rakyat dan meningkatkan langkah-langkah transformasi.

Ia akan menjadi satu lagi kejayaan ke arah merealisasikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020, kata Najib.

Tahun lalu, kerajaan memperuntukkan RM212 bilion untuk Bajet 2011, iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding Bajet 2010. Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi dan RM49.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Tv Selangor/-

Pandi Kutty - Utusan Fitnah Anwar Lagi

Posted: 10 May 2011 01:20 AM PDT

07 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 10 MEI : - Utusan Malaysia sekali lagi menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila mendakwa Ketua Pembangkang itu menggunakan perkataan kesat "pandi kutty" terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada satu ceramah di Klang Sabtu lalu.

Rakaman ceramah itu oleh TvSelangor menunjukkan Anwar tidak menggunakan perkataan itu terhadap Najib tetapi terhadap taktik kotor politik yang digunakan untuk menjatuhkan beliau.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu menyifatkan Umno sebagai parti terdesak yang menggunakan video lucah untuk mengaibkannya.

Berikut adalah petikan ucapan Anwar yang dimaksudkan di Dewan Hamzah Klang :

"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus kearah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul "pandi kutty".

Pada ceramah itu juga, Anwar berkata perkataan pandi kutty mungkin dianggap kasar namun mengingatkan hadirin di ceramah bahawa tidak ada dalam mana-mana budaya di dunia ini menggunakan taktik-taktik kotor seperti video lucah untuk menjatuhkan pemimpin politik.

"Ada orang kata Anwar cakap kasar. Macam mana tidak kasar. Ini kerja gila. Anda tahu sejarah India, Cina, Melayu Arab, adakah anda lawan politik begitu kotor macam Datuk Najib buat? Tidak ada," kata Anwar di ceramah itu.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan muka depan komen juak-juak Umno yang membidas Anwar, kerana kononnya menggunakan ungkapan pandi kutty terhadap Perdana Menteri .

Malah, akhbar milik Umno itu mencetak reaksi lucah seperti pemimpin Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin yang berkata Anwar mengalami "sindrom prahaid (PMS), kesan daripada kes liwat dan video seks yang sedang dihadapinya."

Hamidzun seperti pemimpin-pemimpin Umno yang lain termasuk Khairy Jamaluddin, Ibrahim Ali dan Mohammad Ezam Mohd Noor membidas Anwar hanya berasaskan laporan Utusan, tanpa mengesahkan kesahihan komen Anwar itu.

Utusan Malaysia sebelum ini diselar pelbagai pihak kerana kerap menyiarkan berita fitnah termasuk isu video lucah untuk mengaibkan Anwar.

Sabtu lalu, akhbar itu mendakwa golongan paderi bersekongkol dengan DAP untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini.

Antara yang mengecam akhbar itu adalah Kesatuan Wartawan Kebangsaan. Presidennya Hatta Wahari bekerja di Utusan tetapi dipecat minggu lalu kerana didakwa bertindak melanggar kepentingan syarikat.

Tv Selangor/-


Kesihatan bukan justifikasi kenaikan harga gula

Posted: 10 May 2011 01:00 AM PDT

07 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Walaupun harga barang dijangkakan turun ekoran kenaikan nilai ringgit namun harga gula dinaikkan yang sudah pasti bakal memberi beban kepada rakyat, terutamanya kepada pejaja warung kecil dan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli (gambar) berkata, kenaikan ini tidak wajar bahkan menolak sama sekali sasarannya untuk menekan agar orang ramai mengurangkan penggunaan gula untuk mengurangkan masalah kesihatan.

"Teori yang mengatakan kenaikkan harga gula boleh mengurangkan masalah kesihatan yang berpunca daripada pengambilan gula yang berlebihan haruslah diterapkan melalui pendidikan dan kefahaman, bukan dengan menaikkan harga gula," jelas beliau yang merupakan bekas pensyarah perubatan bahagian kesihatan awam di Fakuti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau yang juga merupakan Bendahari PAS pusat mengulas mengenai kenaikkan harga gula sebanyak 20 sen menjadi RM 2.30 yang bermula hari ini berbanding dengan harga sebelumnya RM 2.10.

Menurut kerajaan, kenaikan itu sebahagian daripada langkah rasionalisasi, yang akan membolehkan kerajaan menjimatkan RM116.6 juta.

Minggu lalu, harga petrol RON97 mengalami kenaikan 20 sen seliter.

Dalam pada itu laporan Bernama memetik Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi hari ini.

"Kerajaan telah membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalam hal ini, Majlis Ekonomi menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perlu diturunkan lagi," katanya.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberikan masa sebulan untuk kerajaan mengurangkan harga barangan khasnya yang diimport ekoran kenaikan nilai ringgit berbanding dollar Amerika.

Nilai ringgit naik kepada bawah RM3.00 untuk satu dollar Amerika minggu lalu iaitu kenaikan tertinggi sejak diikat pada kadar RM3.60 untuk satu dollar Amerika sebelum ini.

Bagi Setiausaga Agung DAP itu, jika nilai ringgit naik beerti harga barangan yang dimport akan turun. Ia termasuklah gula dan petrol kerana Malaysia menggunakan petrol yang diimport kerana minyak yang dikeluarkan berkualiti tinggi dan sesuai untuk dieksport.

Namun, harga barangan bukannya turun ekoran kenaikan nilai ringgit bahkan dinaikkan lagi oleh kerajaan.

"Gula menjadi satu keperluan penting dalam kehidupan, ini kerana penggunaan gula adalah menyeluruh dalam masyarakat kita terutamanya dalam bidang makanan dan masakan," kata Dr Hatta.

Tegas beliau lagi, gula tetap akan digunakan dan dibeli oleh rakyat walaupun harga gula dinaikkan, ini akan menyusahkan lagi rakyat.

"Keperluan Penggunaan gula yang penting dalam aspek barangan makanan seperti kuih muih, minuman dan masakan akan memberi kesan kepada kenaikkan harga barangan tersebut, hal ini disebabkan rantaian yang berpunca dengan kenaikkan harga gula," katanya lagi.

Justeru itu, beliau sangat kecewa dengan tindakan kerajaan yang dilihat cuba menambah beban kepada rakyat setelah rakyat negara ini dikejutkan dengan kenaikan 20 sen harga petrol RON 97 yang kini dijual dengan harga baru RM2.90 seliter.

Oleh itu beliau menggesa kepada kerajaan harus menimbang meneruskan strategi jangka panjang untuk merasionalisasikan subsidi yang boleh menimbulkan masalah kewangan yang lebih teruk kepada rakyat.

Harakahdaily/-
Oleh : Afiq Hizami, Pelatih UKM

Harga minyak jatuh AS$101 setong

Posted: 10 May 2011 12:45 AM PDT

07 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Harga minyak di Asia jatuh kepada AS$101 setong hari ini.

Sehubungan itu, peniaga mengunjurkan pertambahan inventori minyak mentah mingguan Amerika Syarikat susulan permintaan yang lemah.

Menurut laporan AP, penanda aras minyak mentah bagi Jun jatuh dalam lingkungan AS$1.65 kepada AS$100.90 setong bagi tempoh pertengahan dagangan elektronik Kuala Lumpur bagi Bursa Merkantil New York.

Sementara itu, kadar kontrak mencatatkan peningkatan AS$5.37 atau 5.5 peratus sebelum reda pada AS$102.55 pada Isnin.
Di sebalik penurunan itu, bermula 5 Mei lalu, petrol RON 97 dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter, iaitu meningkat lagi sebanyak 20 sen.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

Malaysiakini/-

Kristian: Konspirasi Umno-Utusan?

Posted: 10 May 2011 12:30 AM PDT

07 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman mahu Menteri Dalam Negeri disiasat ekoran tindakannya membiarkan penjawat awam di bawahnya serta media khususnya Utusan membuat laporan fitnah dan provokasi perkauman.

Bercakap kepada media selepas membuat laporan di IPD Dang Wangi hari ini beliau berkata, Datuk Seri Hishammuddin telah gagal menunaikan tanggungjawab sehingga Utusan sepanjang Mac, April dan Mei tanpa sebarang sekatan mengeluarkan berita fitnah dan lucah khususnya isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) turut memberi contoh tindakan terbaru akhbar Umno itu yang meletakkan laporan muka depan bertajuk "Kristian agama rasmi?' yang disiar 7 Mei lalu.

Hishammuddin juga jelasnya tidak mengambil sebarang tindakan terhadap seorang pegawai kanan polis Bukit Aman, yang mendakwa Anwar individu dalam video seks tersebut, sewaktu berceramah kepada guru di sebuah sekolah di Kelantan.

"Tidak keterlaluan saya katakan bahawa ini satu agenda yang di belakangnya Umno, sengaja untuk meniupkan api permusuhan antara masyarakat Islam dan bukan Islam.

"Mereka tahu bukan Islam tidak menyokong BN, mereka terpaksa untuk mendapat simpati dari pengundi Melayu," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa isu tersebut adalah termasuk dalam perancangan Umno menjelang PRU-13 iaitu untuk melihat orang Melayu jauh dari PAS dan Pakatan Rakyat.

"Saya begitu hairan bagaimana begitu banyak akta-akta, Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan, tiba-tiba semacam ada satu konspirasi.

"Sekarang ini waktu untuk ambil tindakan, bukan untuk merai semua pandangan," katanya.

Beliau juga mendakwa trend yang berlaku hari ini sama seperti apa yang berlaku tahun 1987 apabila ketegangan kaum dimainkan sehingga membawa kepada Operasi Lalang ketika itu.

Dalam operasi itu, sekurang-kurangnya 106 terutama pemimpin pembangkang ditahan.

"Seperti ada kecenderungan ke arah itu," katanya.

Harakahdaily/-
Oleh : AfiNazri Abdullah

Gempa bumi bermagnitud 5.8 melanda Filipina

Posted: 10 May 2011 12:00 AM PDT

07 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

MANILA: Gempa bumi bermagnitud 5.8 melanda selatan kepulauan Mindanao, Filipina, awal pagi tadi, dan tiada laporan kerosakan diterima, kata pakar seismologi.

Jabatan Kaji selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata gempa itu melanda ada jam 3.13 pagi (waktu tempatan), pada jarak 160 kilometer (km) timur-tenggara bandar General Santos dengan catatan kedalaman 35 km. - AFP

Unsur khianat: Pemandu Anwar buat laporan polis

Posted: 09 May 2011 11:30 PM PDT

07 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Pemandu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdullah Sani Said akan membuat satu laporan polis di Balai Polis Merchant Square petang ini kerana mengesyaki ada unsur khianat terhadap kenderaan yang biasa digunakan untuk membawa Anwar dan keluarganya.

Laporan polis itu akan dibuat jam 3.30 petang ini berikutan kenderaan yang dipandunya mengalami kemalangan pada 19 April lalu dan timbul keraguan pada kenderaannya, dipercayai perbuatan khianat.

Abdullah telah menjadi pemandu Ketua Umum PKR itu selama 28 tahun.

Harakahdaily

Obama takut pisang berbuah dua kali

Posted: 09 May 2011 10:02 PM PDT

07 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

OBAMA ketika berucap di hadapan tentera di Kem Fort Campbell di Kentucky, Jumaat lalu.

Serangan ke atas Osama guna helikopter dikhuatiri berakhir seperti tragedi Black Hawk Down

WASHINGTON: Presiden Barack Obama berkata beliau bimbang penggunaan helikopter dalam operasi ke atas Osama bin Laden di Pakistan minggu lalu berisiko berakhir seperti tragedi Black Hawk Down di Somalia, tetapi berkata ia adalah cara terbaik untuk menjerat pemimpin al-Qaeda itu.

Dalam satu temuramah disiarkan kelmarin dalam rancangan 60 Minutes siaran stesen televisyen CBS, presiden itu berkata beliau menganggap adalah amat penting untuk dapat memastikan objektif tercapai.

"Dalam sesetengah kes, menghantar helikopter dan meletakkan anggota di darat mengundang lebih banyak risiko berbanding pilihan lain," kata Obama.

"Namun misi ini amat penting dan penting bagi kita dapat memburu sasaran ini."
Beliau juga berkata kaedah operasi itu dipilih untuk mengelak 'mangsa tidak disengajakan' di kejiranan berdekatan.

Kehadiran Osama di kawasan kejiranan itu selama kira-kira lima tahun menimbulkan persoalan mengenai siapa yang tahu kehadirannya dan siapa yang membantunya.
"Kami fikir semestinya ada rangkaian sokongan untuk Osama di dalam Pakistan. Namun kami tidak tahu siapa atau dalam bentuk apa sokongan yang diberikan rangkaian itu.

"Kami tidak tahu sama ada ia sesetengah pihak dalam kerajaan, di luar kerajaan dan itu sesuatu yang kami perlu siasat dan lebih penting perlu disiasat kerajaan Pakistan, " kata Obama.

Presiden itu berkata walaupun berbulan-bulan tugas perisikan dibuat, kemungkinan Osama berada di kediaman itu hanya kira-kira 45-55 peratus. Namun Obama berkata beliau yakin kepada keupayaan pasukan khas sehingga beliau memutuskan sebarang risiko dapat diatasi. – AP

Tripoli Dibedil Tentera NATO Lagi

Posted: 09 May 2011 09:45 PM PDT

07 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

TRIPOLI: Tentera NATO melancarkan sekurang-kurangnya lima serangan udara ke atas ibu kota Libya ini sepanjang malam Isnin.

Awal pagi Selasa, jurucakap kerajaan Libya menunjukkan kesan serangan yang antara lain merosakkan bangunan Parlimen.

Tidak dpaat dipastikan, sasaran lain serangan berkenaan.

Pada masa yang sama, wartawan tidak dibenarkan meninggalkan hotel masing-masing tanpampengetahuan kerajaan.

Tiada laporan kecederaan diterima, namun asap kelihatan di sini selepas salah satu serangan udara tersebut.

Beberapa kebakaran dan letupan turut kedengaran dengan penduduk membalas tembakan ke udara selain membunyikan hon mereka.

NATO mendakwa menyerang Libya bagi mengelakkan rejim Presiden Muammar Gaddafi menyerang orang awam dan pemberontak.

mStar/-

Undian “Bubar Umno Masuk PAS” meningkat 200%

Posted: 09 May 2011 09:20 PM PDT

07 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Pengundian tajuk utama Harakah "Bubar UMNO Masuk PAS" mencapai undian tertinggi setakat ini, iaitu 941 undian.

Ianya telah meningkat lebih 275 peratus berbanding dengan tajuk sebelumnya. Keputusan sehingga sekarang adalah 92 peratus (iaitu 866 undian) bersetuju dengan tajuk berkenaan.

Hanya 68 undian (7.23 peratus) sahaja yang tidak bersetuju dan 7 undi (0.74 peratus) pula tidak pasti.

Keputusan yang bersetuju juga telah meningkat lebih 10 peratus lagi berbanding dengan tajuk sebelum ini wajarkah perkataan "BUKAN KAEDAH ISLAM" digunakan sebagai tajuk berita utama di mana 81.63 peratus sahaja yang bersetuju.

Keputusannya boleh disemak secara online melalui laman http://myharakah.net. Untuk melihat keputusan terperinci, boleh terus kepada link http://myharakah.net/polls.php.

Sekarang ini, mulai 7 Mei yang lepas, undian baru berhubung dengan tajuk mukadepan Harakah bil. 1638, Wajarkah perkataan Bertarung Secara Anak Jantan – Jangan guna taktik kotor rampas Selangor' digunakan sebagai tajuk berita utama. Untuk mengundi, boleh lawati laman web, http://myharakah.net dengan segera.

Harakahdaily

Tun M, jadilah penasihat yang baik

Posted: 09 May 2011 09:00 PM PDT

07 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Dengan pengalaman 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) sebenarnya tahu betapa perlu dan pentingnya keamanan, keharmonian dan perpaduan kaum di negara Malaysia tercinta ini dipelihara dan berupaya menjadi seorang penasihat yang baik untuk negara.

"Berbekalkan pengalaman tersebut, sepatutnya Tun Mahathir dapat menjadi sebarang penasihat yang baik untuk negara dalam memelihara keamanan dan perpaduan kaum yang menjadi sumber asas kekuatan negara selama ini," kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kiri).

Namun, kata beliau, adalah amat dikesali mantan perdana menteri telah memilih untuk tidak membantu sebagai penasihat baik untuk kerajaan, sebaliknya sentiasa menjadi masalah kepada kepimpinan negara.

"Contohnya, dalam kes Tun Abdulah Ahmad Badawi, Tun Mahathir yang melantik beliau sebagai Perdana Menteri. Tiba-tibalah, beliau jugalah yang mengkritik, merungut dan menekan dengan pelbagai bahasa yang kesat.

"Beliau gagal membantu kerana ada sesuatu perasaan halus dalam hati beliau yang tersimpan kukuh," ulas Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Kini, tambahnya, adalah amat sedih Mahathir terjebak dengan agenda menyemarakkan api perkauman dan agama semata-mata cuba mengekalkan kuasa Umno dan parti perkauman komponen parti Barisan Nasional yang semakin ditolak oleh rakyat.

"Apa tujuan beliau memainkan sentimen perkauman yang beliau sendiri tahu kesannya bilamana ianya gagal dikawal?

"Apakah semata-mata kerana untuk mengekalkan kuasa Umno dan parti perkauman yang semakin ditolak oleh rakyat, beliau terus menaruh harapan pada elemen perkauman sebagai agenda utama pada setiap kali pilihanraya?" soal Tuan Ibrahim.

Melihat sikap Mahathir yang kini semakin tidak bertindak sebagai seorang bekas perdana menteri yang sepatutnya, Tuan Ibrahim merenung apakah hasrat Mahathir untuk negara Malaysia dengan permainannya kini.

"Saya terkadang berfikir sendiri ke mana Tun Mahathir nak bawa negara kita ini.

"Betul, beliau seorang ahli umno dan bekas pimpinan lama, namun jikalau beliau bukan bekas perdana menteri, tak kisahlah sangat, tetapi segala tindakan beliau benar-benar meluahkan rasa kecewa kerana 'sepatutnya' beliau kena bertindak seperti beliau masih PM (dalam menjaga perpaduan kaum)," kata Tuan Ibrahim.

Harakahdaily

500 pelarian hampir lemas diselamatkan

Posted: 09 May 2011 08:45 PM PDT

07 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

ROM - Seramai 528 pelarian Libya termasuk 24 wanita hamil berjaya diselamatkan selepas kapal dinaiki mereka karam akibat terlanggar batu di Pulau Lampedusa, Itali, kelmarin.

Pihak berkuasa Lampedusa melaporkan, kesemua pelarian tersebut terpaksa berpegang pada tali kapal sebelum pasukan penyelamat tiba untuk membantu mereka.

Jurucakap pengawal pantai, Antonio Morana berkata, ia merupakan satu situasi amat sukar kerana kapal peronda tidak dapat mendekati mangsa disebabkan air cetek dan arus kuat.

"Laut bergelora dan ia menolak kapal tersebut ke arah pantai.

"Perkara ini sungguh luar biasa. Ia merupakan detik ajaib buat kami kerana berjaya menyelamatkan semua orang," katanya.

Sinar Harian/-

Agama rasmi: Jangan provokasi, kemudian ISA

Posted: 09 May 2011 08:30 PM PDT

07 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU, 9 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi peringatan kepada pihak tertentu agar tidak melakukan provokasi hingga mencetuskan ketegangan kaum di negara ini berhubung isu 'Kristian agama rasmi'.

Menurutnya, tindakan seumpama itu tidak demokratik yang sengaja cuba dicetuskan pihak tertentu setiap kali menjelang pilihan raya.

"Saya melihat isu sehari dua ini lebih bersifat kepada satu permainan politik pilihan raya.

"Saya harap jangan provokasikan di saat hampir pilihan raya macam masa-masa lalu. Kemudian ambil tindakan ISA di kalangan orang tertentu. Ini suatu tindakan yang tidak demokratik dan tidak betul," tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Yang Keempat, Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-12, di sini hari ini.

Katanya, dalam Konvensyen Pakatan Rakyat semua parti menerima apa yang sudah diasaskan dalam Perlembagaan.

Menurutnya, Islam agama Persekutuan dan institusi Raja-Raja yang termaktub dalam Perlembagaan diterima sebulat suara oleh Pakatan Rakyat.

Menurutnya, sebarang isu yang berkaitan dengan polisi dan dasar akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat.

"Dengan sebab itu, saya tidak risau dengan isu ini. Sebab, saya melihat isu ini lebih ke arah isu mainan politik pilihan raya. Ini satu benda yang tidak betul di kalangan pihak tertentu," ujarnya.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mahu semua pihak supaya menjaga keharmonian kaum di negara ini.

Beliau juga menyarankan agar diadakan siri perbincangan dan dialog dari masa mengenai perkara itu sebagaimana isu kalimah Allah sebelum ini.

"Dan kerajaan pernah menganjur melalui IKIM, dalam isu kalimah Allah dulu, saya hadir sendiri dan melibatkan kalangan akademik, kita bincang. Itu lebih baik. Cara berilmu dan bukan lepas tangan begitu sahaja," ujarnya.

Perasmian Sidang Dun Terengganu telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja Terengganu, Tengku Sri Bendahara Raja.

Harakahdaily/-
Oleh : Khairul Azlam Mohamad

Campur tangan Amerika ke atas negara lain

Posted: 09 May 2011 08:00 PM PDT

07 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Berikut sejarah peperangan dan campurtangan Amerika Syarikat terhadap negara-negara seluruh dunia.

1. Perang dunia pertama (1917-1918): Tentera laut dan darat dihantar ke eropah untuk menentang kuasa Axis.

2. Rusia (1918-22):Tentera laut dan pasukan tentera dihantar ke timur rusia selepas revolusi Bolsheveik, Tentera darat telah membuat lima pendaratan.

3. Honduras (1919); Tentera Marin telah dihantar semasa pilihanraya kebangsaan Honduras.

4. Guatemala(1920):Pasukan tentera menakluk Guantemala selama 2 minggu semasa kesatuan sekerja mogok.

5. Turki(1922): Tentera menentang nasionalis di Smyrna.

6. China(1922-27):Tentera laut dan darat berpecah semasa pemberontakan nasionalis.

7. Honduras(1924-25): Pasukan tentera mendarat sebanyak 2 kali semasa pilihanraya kebangsaan.

8. Panama(1925): Pasukan tentera dihantar masuk utk meleraikan mogok umum.

9. China(1927-34): Tentera marin dihantar msk dan bertapak selama 7tahun diseluruh China.

10. El Savabor(1932): Kapal-kapal perang laut telah berpecah semasa pemberontakan FMLN dibwh Marti.

11. Perang dunia ke-2(1941-45): Tentera telah menentang kuasa Axis(jepun, jerman dan itali).

12. Yugoslavia(1946):tentera laut berpecah meninggalkan persisiran pantai Yugoslavia sebgi tindakbalas ke ats kejatuhan pesawat juang US .

13. Uruguay(1947);Pasukan pengebom telah bertindak utk menunjukkan kekuasaan tentera US.

14. Greece(1947-49):operasi US telah menjamin kemenangan kpd kumpulan kanan dlm pilihanraya kebangsaannya.

15. Jerman(1948): Tentera dibubarkan sebgi tindakbalas keatas sekatan Berlin,pengangkutan udara Berlin digantung selama 444hari.

16. Filipina(1948-54): CIA mengarahkan satu perang saudara menentang pemberontakan kemerdekaan di filipina .

17. Puero Rico(1950): tentera US menolong dalam memecahpecahkan pemberontakan kemerdekaan Ponce.

18. Perang Korea(1951-53): tentera US masuk kancah peperangan tersebut.

19. Iran(1953): CIA telah mengatur rancangan utk menjatuhkan pemerintah yg dilantik secara Demokrasi,, Mossadegh dan meletakkan Shah dalam kekuasaan(boneka).

20. Vietnam(1954): US telah menawarkan senjata api kpd Perancis dlm peperangan menentang Ho Chi Minh dan Viet Minh.

21. Guatemala(1954):CIA menguling pemerintahan Arbenz yg dilantik secara Demokrasi dan meletakkan Kolonel Armas dlm kekuasaannya.

22. Mesir(1956):US Marin bertindak utk memindahkan orang asing selepas Nasser menasionalisasikan Terusan Suez.

23. Lebanon(1958):Tentera laut menyokong penaklukansemasa peperang saudara di Lebanon.

24. Panama(1958): US army mendarat selepas orang Panama melakukan Demontrasi mengancam Zon Terusan.

25. Vietnam(1950-75):US berperang dengan Vietnam.

26.Cuba(1961):Pencerobohan Bay of Pigs yg diarahkan oleh CIA gagal utk mengulingkan kerajaan Castro.

27. Cuba(1962):US Marin mengkuarantin Cuba semasa krisis Peluru Berpandu Cuba.

28. Laos(1962): Penaklukan US Army semasa peperangan saudara menentang gerila Pathet Loa.

29. Panama(1964): Pembunuhan orang Panama semasa memprotes kehadiran Amerika Syarikat di Zon Terusan.

30. Indonesia(1965): CIA telah mengaturkan satu rampasan kuasa ketenteraan.

31. Republik Dominican(1965-66): Campurtangan US dlm pilihanraya disana.

32. Oman(1970):Marin melakukan pencerobohan secara langsung keatas Iran.

33. Loas(1971-75): US terbabit dlm peperangan saudara dgn menggunakan 'Amerika Carpet-Bomb'.

34. Chile(1973): CIA mengaturkan rampasan kuasa dan membunuh Presiden Allenda yg dipilih secara Demokrasi.

35. Cambodia(1975): Rampasan kuasa

36. Angola(1976-92):Menokong pemberontak menentang Marxist Angola.

37.Iran(1980): Mengatur utk menyelamatkan tebusan seramai 54 orang telah ditawan di kedutaan Teheran.

38. Libya(1981):US menembak jatuh 2 pesawat Libya.

39. Lebanon(1982-84): Menakluki Beirut dlm perang saudara.

40.Iran(1984): Menembak jatuh pesawat Iran di teluk Parsi.

41.Iran (1987-8:US masuk campur dgn berpihak kpd Iraq semasa perang Iran-Iraq.

42.Arab Saudi(1990-91):US masuk campur dgn berpihak kpd Arab Saudi ketika peperangannya menentang Iraq.

43.Kuwait(1991): Perang Teluk pertama, US dihantar ke Kuwait untuk mengulingkan Saddam Husein(iraq).

44.Somalia(1992-94): US menakluki Somalia semasa perang saudara.

45. BOSNIA(1993-94): Jet tentera US telah mengebom 'NO Fly Zone" semasa peperangan saudara di Yusgolavia.

46.Sudan(1998): Peluru Berpandu US menembak komplek farmasi yg dituduh disitu ada komponen gas saraf.

47. Afganistan(1998): Peluru pandu US jatuh keatas kem orang Afganistan yg dituduh adanya aktiviti latihan pengganas.

48.Iraq(1998-99):Perang teluk ke-3, peluru pandu dijatuhkan dibandar Iraq selama 4 hari. Menguatkuasakan 'No Fly Zone".

49. Yugoslavia(1999):US lakukan pengebom dlm 11 minggu untuk menentang Milosevic.

50. Afganistan(200?):US berperang dgn Afganistan.

51.Iraq(200?):US berperang dgn Iraq.

52.Libya (2011) : US berperang dgn Libya.

53. Iran/ Syria/ Indonesia/ Malaysia(????): INI SEMUA DALAM PERANCANGAN AMERIKA SYARIKAT AKAN DATANG……..

Dari sejarah Amerika dengan penuh peperangannya serta campurtangan diseluruh negara didunia ini…maka kita perlu akui bahawa Amerika Syarikat lebih layak digelar sebagai NEGARA PENGGANAS…bukannya tuduhannya kepada kumpulan-kumpulan kecil yang hanya menuntut haknya untuk meneruskan kehidupannya.

Dari sejarah ini, jugak…contohnya yang berlaku di Chile(1973): CIA mengaturkan rampasan kuasa dan membunuh Presiden Allenda yg dipilih secara Demokrasi.Dan contoh bagi negeri umat Islam pula iaitu Iran(1953): CIA telah mengatur rancangan utk menjatuhkan pemerintah yg dilantik secara Demokrasi,, Mossadegh dan meletakkan Shah dalam kekuasaan(boneka).

Jelaslah Amerika Syarikat mampu lakukan disini iaitu Malaysia, yang mungkin pepimpin PAS diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yg ke-??? Untuk hanya menerapkan hukum hudud sahaja setelah susah payah meraih undi dari pengundi orang Islam dan bukan Islam. Dengan mudah-mudah ajer Amerika masuk dan lakukan rampasan kuasa serta membunuh dan kemudian Amerika memilih pepimpin yg boleh mendengar arahannya.

Dari sejarah ini jugak…contohnya Laos(1962): Penaklukan US Army semasa peperangan saudara menentang gerila Pathet Loa. Dapat menunjukkan bahawa Amerika boleh memasuki Thailand yang sedang bergolak dan pemberontak rakyat thai dengan pepimpinnya sekarang ini…mungkin Amerika masuk campur dan meletakkan Pengkalan tenteranya…kemudian pengkalan tentera US mampu mengawal Malaysia dan Indonesia.

Dari sejarah ini jugak…contohnya Iran (1987-8:US masuk campur dgn berpihak kpd Iraq semasa perang Iran-Iraq. Dan kemudian negara yang dibantu oleh Amerika (seperti Iraq) akan diserang kembali,, sepertimana terjadi Kuwait(1991): Perang Teluk pertama, US dihantar ke Kuwait untuk mengulingkan Saddam Husein(iraq).dan Iraq(1998-99):Perang teluk ke-3, peluru pandu dijatuhkan dibandar Iraq selama 4 hari. Menguatkuasakan 'No Fly Zone".Dan seterusnya US berperang dan mengalahkan Iraq pada tempoh masa terdekat ini.

Jadii, secara kesimpulannya..

1. Amerika memang negara Pengganas dan bukannya yang ia dakwa sebagai negara Pengaman.

2. Semua janji Amerika boleh masuk ke dalam bakul sampah kerana dalam siri peperangan dengan Iraq dapat membuktikannya Amerika yg bertopengkan PBB menyuruh Iraq membuang semua peluru pandu jarak jauh, dan setelah Iraq mematuhi arahan itu, kemudian Amerika menyerang Iraq.

3. Semua janji hak asasi dan kebebasan yg dilaungkan oleh Amerika adalah Palsu dan donggeng sahaja. Amerika mampu mengangkat dan menjatuhkan pepimpin yang ia sukai.Amerika Syarikat sebagai ketua demokrasi dunia menunjukkan contoh tak baik kepada negara diseluruh dunia….Patutkah kita mengikuti sistem Demokrasi itu.??

4. Kadang-kadang umat Islam perlu fikirkan siri pengeboman yg berlaku pada masa kini, contohnya di Bali yg menggunakan bom C4(adik nuklear)..tentu saja ada dalang dan campurtangan musuh Islam seperti Amerika ini…maka dari sejarah diatas menunjukkan bahawa ia dilakukan oleh Amerika sendiri..contohnya(16). Filipina(1948-54): CIA mengarahkan satu perang saudara menentang pemberontakan kemerdekaan di filipina .

Dan (17.) Puero Rico(1950): tentera US menolong dalam memecahpecahkan pemberontakan kemerdekaan Ponce. Tak mustahil Amerika menjadi dalang dalam siri pengeboman pada masa kini dan dirata tempat.

Penyelesaian: Umat Islam perlu kembali kepada Islam supaya menjadi kuat atau setidak-tidaknya mampu mempertahankan Islam itu sendiri. Kalau dulu Islam mampu mengalahkan musuh dengan sedikit bilangannya dlm siri peperangannya (cthnya Badar) ,dan berbeza dengan sekarang ini bilangan umat Islam yg ramai tapi tak mampu membuat apa-apa atas pembunuhan, perogolan, penindasan dan pencerobohan pihak musuh Islam keatas Islam. Apakah resepi umat Islam terdulu??? Inilah perkara yg perlu difikirkan!

ISLAM TIDAK AKAN BANGKIT SELAGI UMAT TIDAK MENGUBAH PEMIKIRAN MEREKA

http://www.naimqlate.blogspot.com

Utusan rendahkan martabat kewartawanan Malaysia

Posted: 09 May 2011 07:30 PM PDT

07 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Pada tahun 2001, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Shaik Daud Ismail menyatakan bahawa cermin kereta para hakim digelapkan bukan atas sebab keselamatan diri tetapi demi menutup malu mereka.

Kenyataan ringkas beliau mencerminkan penghinaan yang ditempuhi badan kehakiman kerana terpaksa tunduk di bawah telunjuk Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada hari ini pengamal satu lagi cabang demokrasi di Malaysia mungkin terpaksa mengikut jejak hakim menggelapkan cermin kereta bagi menutup aib – iaitu wartawan.

Setiap mereka yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam bidang kewartawanan dicengkam dengan rasa kesal, mual atau marah dengan laporan Utusan Malaysia, kononnya ada usaha pihak gereja untuk menjadikan Kristian agama rasmi Malaysia.

Laporan muka depan Utusan Sabtu lalu itu dipetik dari dua blog pro-Umno.

Dua laman berkenaan adalah antara puluhan blogger dalam alam siber yang saban hari mengitar fitnah, tohmahan, rekayasa dan apa sahaja untuk memenuhi agenda sempit Umno.

Tindakan Utusan menyiarkan berita sedemikian tanpa menyiasat sendiri kesahihannya ataupun mendapatkan penjelasan serta merta daripada pihak gereja jelas tidak bertanggungjawab dan melanggar prinsip-prinsip asas kewartawanan.

Mungkin universiti-universiti tempatan perlu membuat kajian – sejak bila khabar angin, desas-desus dan fitnah dalam blog boleh dijadikan bahan berita, malah tajuk utama sebuah akhbar seperti Utusan Malaysia.

Antara nasihat pertama yang diberikan kepada setiap wartawan dalam mana-mana media ialah keperluan untuk melaporkan sesuatu secara bertanggungjawab dan amanah.

Utusan tidak terkecuali daripada tanggungjawab ini – namun berulang kali akhbar ini menyiarkan laporan-laporan yang tidak tepat dan bertujuan untuk membakar sentimen kaum Melayu.

Sabtu 7 Mei 2011 adalah kemuncak segala penyelewengan kewartawanan Utusan apabila akhbar itu menfitnah sekumpulan paderi Kristian semata-mata untuk membakar hati dan naluri orang Melayu supaya bernaung di bawah Umno.

Detik hitam itu bukan setakat memalukan warga kerja Utusan Malaysia tetapi mengaibkan seluruh warga media di negara ini.

Ini kerana suka tidak suka, tindakan Utusan bererti semua "ahli' profesion media di negara ini seolah-olah membenarkan fitnah dicetak dan disebarkan seluas-luasnya atas nama kebebasan
media.

Wartawan malu kerana saban hari, akibat tindakan Utusan dan TV3 khususnya, ungkapan "media arus perdana" di negara ini dikaitkan dengan kongkongan dan kawalan Umno, berita yang ditapis dan fakta yang direkacipta atau diputar belit.

Ini realiti media di negara ini. Sesiapa yang mengatakan akhbar, stesen televisyen, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, (Bernama) di negara ini tidak menerima panggilan telefon dan arahan daripada Pejabat Menteri dan Perdana Menteri hanya menipu diri sendiri.

Tindakan Utusan menyiarkan fitnah dari laman blog bagaimanapun menganjakkan imej tercalar media Malaysia ke paras baru yang hodoh dan menjijikkan.

Apabila berita yang tidak sahih boleh menghias muka depan sebuah akhbar yang menggelar dirinya penyebar fikiran rakyat, ia petanda jelas nilai-nilai murni kewartawanan di negara ini makin deras menuju ke liang lahad.

Laporan yang memetik blogger, tanpa diuji ketepatan fakta dan impak ke atas masyarakat akan menjadi cita rasa terbaru Utusan demi memenangkan Umno pada pilihanraya umum akan datang.

Persetankan keselamatan negara dan perpaduan rakyat yang tersedia rapuh, asalkan maksud politik tercapai, mungkin itu yang difikirkan oleh Lembaga Pengarang Utusan.

Nampaknya usaha Utusan untuk membakar sentimen Melayu sudah berhasil sekurang-kurang di kalangan juak-juak Umno. PERKASA kini mencanang retorik kononnya unsur-unsur Komunis kini menyusup masuk NGO dan pertubuhan politik untuk mencabar kedudukan Islam di negara ini.

PERKASA dan pelbagai NGO pro Umno lain turut membuat laporan polis. Yang disasarkan bukannya Utusan dan blogger terbabit tetapi perjumpaan paderi-paderi yang dimaksudkan.

Di Jakarta, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menghadiri sidang ASEAN turut menangguk di air keruh dengan "menjanjikan" siasatan menyeluruh.

Apakah agaknya perasaan penganut Kristian di negara ini apabila paderi-paderi utama mereka dipanggil seorang demi seorang ke Ibu Pejabat Polis untuk memberi keterangan.

Utusan, Umno, PERKASA dan Perdana Menteri harus jawab siapa yang sedang bermain dengan api perkauman.

Rasanya semua tahu bahawa sebaik sahaja Utusan menyiarkan laporan sensasinya Sabtu lalu, semua pihak yang berkaitan sudah membuat penafian dan penjelasan khususnya di di alam siber,

Penjelasan itu berpaksi kepada hakikat perjumpaan yang dimaksudkan tidak langsung menjurus kepada apa yang dilaporkan oleh Utusan, mahupun dua blogger berkenaan.

Yang menarik adalah tidak ada seorangpun Menteri yang berani menegur Utusan kerana keterlanjurannya itu.

Menteri yang paling diharap akan berbuat demikian – Datuk Seri Hishamuddin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri bagaimanapun bertindak mengikut kepentingan Umno.

Beliau menyalahkan pembangkang kerana kononnya mempolitikkan agama dan mencetuskan kemarahan penganut Kristian – sesuatu yang langsung tidak ada kena mengena dengan isu yang dipersoalkan.

Hishamuddin juga menyifatkan sebarang gerakan untuk menukar agama rasmi negara ini akan meletakkan seluruh negara dalam bahaya – kenyataan halus yang menunjukkan Umno-Utusan bersekongkol untuk menyemarakkan api perkauman pengundi Melayu.

Tahun lalu permit Suara Keadilan – lidah PKR dibatalkan hanya kerana mencadangkan Felda mungkin bankrap akibat pemborosan dan salah guna wang yang keterlaluan.

Jika "kesalahan" itu menerima hukuman sebegitu berat, tentunya laporan "Kristian Agama Rasmi?" oleh Utusan yang bertujuan menyalakan api perkauman harus mengundang respon jauh lebih tegas dari KDN.

Namun percayalah, tidak ada apa yang akan berlaku kepada Utusan. Bak kata pepatah Inggeris "Business as usual" untuk akhbar kawalan Umno meneruskan agenda kewartawanan yang mengaibkan semua yang terlibat dalam industri ini.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.

Malaysiakini/-

Kesan pilihan raya Singapura kepada Malaysia

Posted: 09 May 2011 07:24 PM PDT

07 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Khairul Faizi Ahmad Kamil

7 Mei 2011 adalah merupakan tarikh yang akan sentiasa diingat oleh warga Singapura sebagai satu tarikh titik perubahan kepada politik Singapura. Keputusan yang menunjukkan semakin menurunnya sokongan rakyat Singapura kepada parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (People's Action Party - PAP) yang memerintah Singapura sejak tahun 1959 sudah tentu memberikan isyarat yang penting kepada PAP bahawa rakyat mahukan perubahan.

Walaupun PAP hanya kehilangan enam kerusi Parlimen daripada keseluruhan 87 kerusi namun sokongan terhadap PAP telah menurun sebanyak 6.36% undian berbanding dengan pilihan raya yang diadakan pada tahun 2006. PAP mendapat 60.14% undi yang membawa makna hampir 40% pengundi di Singapura menolak pemerintah yang sedia ada.

Bukan itu sahaja, PAP juga telah kehilangan Kawasan Perwakilan Berkumpulan Aljunied kepada Parti Buruh Singapura, iaitu kali pertama sebuah Kawasan Perwakilan Berkumpulan dimenangi oleh parti pembangkang. Termasuk juga Kawasan Ahli Tunggal Hougang, Parti Buruh mendapat enam kerusi di parlimen, iaitu keputusan parlimen terbaik buat parti pembangkang sejak kemerdekaan.

Keputusan ini, sudah tentu dilihat sebagai wake up call kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang tidak boleh memandang ringan terhadap tuntutan perubahan yang rakyat Singapura mahukan.

Sebab itu, di dalam ucapan awalnya selepas keputusan pilihanraya diumumkan, PM Singapura menyatakan bahawa penumpuan pemerintah adalah untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Ini kerana ramai pengundi berharap kerajaan menyusun semula dasar agar sesuai dengan iklim politik yang baru. Hsien Loong juga menyedari bahawa pilihan raya kali ini membolehkan bidang politik di Singapura memasuki era baru dan daya saing mekanisme politiknya lebih tinggi. Baki enam kerusi yang tidak berjaya dimenangi oleh PAP telah berjaya ditakluki oleh Parti Pekerja.

Kenapa berlakunya perubahan

Seperti mana yang kita ketahui, Singapura adalah merupakan sebuah negara yang asalnya bersama Malaysia apabila pada 16 September 1963, British bersetuju untuk menyerahkan Singapura, Sabah, dan Sarawak untuk bergabung dengan Tanah Melayu supaya Persekutuan Malaysia dapat dibentuk. Namun hubungan Singapura dengan Malaysia tidak lama apabila pada 6 Ogos 1965 Singapura telah keluar daripada Malaysia.

Hari ini, Singapura adalah sebuah negara republik berparlimen yang mengamalkan parlimen ekadewan berlandaskan sistem Westminster, yang mewakili pelbagai kawasan pemilihan. Perlembagaan Singapura menetapkan demokrasi berperwakilan sebagai sistem politik negara. Parti Tindakan Rakyat atau PAP berjaya menguasai Parlimen di setiap pilihan raya sejak negara mula memerintah sendiri pada tahun 1959.

Pilihan raya parlimen di Singapura berlandaskan pluraliti untuk kawasan pemilihan perwakilan berkumpulan sejak pindaan Akta Pilihan Raya Parlimen pada tahun 1991. Ahli-Ahli Parlimen (MP) terdiri daripada ahli-ahli yang terpilih, tanpa kawasan undi dan dicalon. Majoriti MP ini dipilih menerusi Pilihan Raya Umum berasaskan sistem pemenang undi terbanyak, dan mewakili Kawasan Ahli Tunggal (Single Member Constituencies, SMC) atau Perwakilan Berkumpulan (Group Representation Constituencies, GRC).

Rakyat menuntut perubahan di Singapura dan ini menjadi persoalan yang cukup penting untuk kita sebagai rakyat Malaysia membuat penilaian dan ukuran:

Singapura terkenal sebagai sebuah negara yang maju,

Singapura ialah pusat kewangan keempat terunggul di dunia,

Singapura adalah sebuah Bandaraya global metropolitan yang memainkan peranan penting dalam perdagangan dan kewangan antarabangsa,

Singapura mempunyai pelabuhan yang dikatakan kelima tersibuk di dunia,

Economist Intelligence Unit meletakkan Singapura sebagai negara yang mempunyai kualiti hidup terbaik di Asia dan kesebelas terbaik di seluruh dunia dalam senarai Quality-Of-Life Index.

Singapura memiliki rizab pertukaran asing kesembilan terbesar di dunia.

Badan Ketelusan Antarabangsa (Transparency International, TI) pula mengiktiraf Singapura sebagai negeri yang hampir-hampir bebas rasuah dengan indeks 9.3 pada tahun 2010 berkongsi tempat pertama dengan Denmark dan new Zealand sedangkan Malaysia berada di dalam kedudukan ke 56 dengan indeks 4.4.

Jika kita menilai dan menghayati pencapaian Singapura ini maka sudah tentu rakyat akan memberikan sokongan padu kepada PAP namun ia tidak seperti yang dijangkakan. Persoalannya, apakah kemerosotan PAP di Singapura adalah merupakan satu kebetulan?

Lee Kuan Yew telah meramalkan perubahan

Menteri Pembimbing, Encik Lee Kuan Yew yang telah menang tanpa bertanding di dalam Pilihan Raya Singapura baru-baru telah menghasilkan sebuah buku yang bertajuk Lee Kuan Yew: Hard Truths To Keep Singapore Going telah pun meramalkan bahawa PAP akan jatuh sekiranya mutu parti menurun ataupun pembangkang menjadi lebih baik.

Beliau telah mengambil contoh Parti Liberal Demokratik di Jepun yang telah bermula lebih awal daripada PAP di Singapura tetapi telah ditumbangkan kerana kerana meneruskan dengan idea-idea lama yang sudah tidak dapat diterima oleh rakyat Jepun ketika ini. Beliau juga mengingatkan bahawa tidak ada sistem yang dapat terus bertahan dalam sesuatu pemerintahan dan ia telah terkesan di Jepun dan ketika ini telah pun dilihat memberikan kesan kepada Pilihan Raya Singapura. Mungkin, disebabkan pandangannya itulah maka beliau tidak melahirkan rasa terkejut apabila rakyat Singapura mahukan perubahan.

Kesan terhadap perkembangan politik di Malaysia

Keberanian, kesungguhan dan keyakinan rakyat Singapura untuk melakukan perubahan susah tentu memberikan kesan kepada Malaysia secara tidak langsung. PAP yang dilihat sebagai sebuah parti yang 'kebal' dan bersifat autokratik dalam pemerintahannya semakin di tolak oleh rakyat sehingga hampir 40% rakyat Singapura tidak memberikan undian kepada PAP dalam Pilihan Raya Singapura baru-baru ini.

Seperti yang telah saya nyatakan tadi bahawa Singapura adalah sebuah negara yang maju, negara yang mempunyai kualiti hidup yang baik dan negara yang hampir-hampir tiada rasuah dalam pengamalan pentadbiran kerajaan. Namun, di sebalik itu rakyat masih lagi merasakan bahawa PAP perlu diturunkan daripada takhta pemerintahan kerana tempoh pemerintahan PAP telah cukup lama dan perlu ada pemerintah yang lain menerajui kerajaan Singapura dan terbukti pakatan pembangkang di Singapura berjaya 'mencuri' hampir 40% undi daripada rakyat dan tidak mustahil pilihan raya yang akan datang PAP terpaksa mengucapkan 'selamat tinggal' kepada kerusi-kerusi empuk yang telah mereka kuasai sejak tahun 1965.

Kata-kata menarik yang telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha parti Pekerja bahawa republik Singapura adalah merupakan rumah kepada rakyat. Rakyat Singapura memerlukan kerajaan yang lebih demokratik, mantap, bertanggungjawab, inklusif dan telus.

Saya percaya, ia adalah petanda positif kepada pakatan pembangkang di Malaysia. Kesan perubahan politik di Singapura juga telah dikongsi oleh pemimpin BN di Johor seperti mana yang disiarkan oleh Sinar Harian Edisi Johor kenyataan dua Adun BN yang memberikan ulasan terhadap perkembangan Pilihan Raya di Singapura.

Adun Johor Jaya, YB Tan Cher Puk menyatakan bahawa mungkin telah menjadi aliran sekarang ini, rata-rata penduduk seluruh dunia mahukan demokrasi yang lebih adil dan bebas, rakyat Singapura juga tidak terlepas dari bahang yang melanda dunia ini. Beliau juga menyebut bahawa PAP yang memerintah Singapura juga terpaksa akur dengan perubahan dan kehendak dunia yang telah mempamerkan pendekatan yang lebih demokratik dan lebih telus berbanding pilihan raya umum sebelum ini.

Adun Sedili, YB Rasman Ithnain percaya bahawa cabaran politik sebegini berlaku di seluruh dunia bukan sahaja di Singapura dan mengingatkan pemimpin Singapura bahawa lambat atau cepat peralihan kuasa tetap akan berlaku, cuma masa yang akan tentukan.

Kenyataan kedua-dua Adun ini saya percaya sebenarnya memberikan satu gambaran bahawa perubahan kepada kerajaan adalah sesuatu yang lumrah. Walaupun ia ditujukan kepada Singapura tetapi ia juga secara tidak langsung merujuk kepada pemerintah di Malaysia.

Sebab itu, saya percaya bahawa kesan perubahan rakyat di Singapura tidak begitu disenangi oleh pemimpin Umno/BN yang secara tidak langsung terkesan dengan perubahan ini. Perubahan di Singapura tidak jauh bezanya dengan kehendak rakyat di Johor yang berjiran dengan Singapura. BN kehilangan enam kerusi Dun di Johor manakala PAP kehilangan enam kerus Parlimen di Singapura. Di Sarawak, BN kehilangan 16 kerusi Dun dan ia adalah merupakan rekod terbaik pakatan pembangkang di Sarawak sejak daripada tertubuhnya Persekutuan Malaysia.

Jika perkembangan politik di Singapura dan di Sarawak di ambil kira maka saya percaya Pilihan raya Umum ke 13 yang akan berlangsung di Malaysia tidak lama lagi juga bakal memberikan keputusan yang luar biasa. Oleh itu, kerja kuat daripada semua pihak daripada pimpinan dan petugas perlu dilipat gandakan dengan kadar yang lebih luar biasa. Lebih-lebih lagi, DS Najib Razak telah berikrar bahawa mereka akan mempertahankan dengan apa saja cara sekalipun.

Terus berjuang!

Penulis adalah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.

AWAS - Lelaki menyamar jadi pekerja TNB

Posted: 09 May 2011 07:00 PM PDT

04 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

BANDAR PUTERI JAYA – Seorang suri rumah terpaksa bergelut dengan dua penjenayah apabila mereka menyamar sebagai pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membuat pemeriksaan dan penukaran meter yang dikatakan akan diselaraskan ke semua rumah dalam kejadian kira-kira 10 pagi Selasa lalu.

Mangsa, Siti Aishah Murad, 41, dibelasah dengan teruk selain dipijak di bahagian dada dan dicekik oleh dua lelaki sebelum melarikan dua rantai dan gelang emas yang membawa kerugian hampir RM10,000.

Menurutnya, ketika itu dia bersama anak lelaki, Mohamad Nazim Mohd Zubir, 9, baru sahaja masuk ke dalam rumah sebaik selesai kerja menyapu halaman.

"Sebaik keluar dari tandas, saya ternampak seorang lelaki memberi salam dengan memakai pakaian seragam TNB meminta kebenaran masuk ke rumah untuk memeriksa meter.

"Setelah memberi kebenaran untuk masuk ke dalam, lelaki berkenaan meninggalkan motosikalnya di luar rumah dan menyuruh saya membawa bil elektrik serta kad pengenalan untuk diperiksa," katanya.

Siti Aishah berkata, sebaik sahaja keluar semula dengan membawa dokumen yang diminta, datang pula seorang lagi lelaki dengan memakai baju T berwarna kelabu.

"Pekerja TNB ini kemudian menjelaskan bahawa rakannya akan membuat penukaran meter pada sebelah petang sebaik sahaja selesai pemeriksaan," katanya.

Menurutnya, secara tiba-tiba, kedua-dua lelaki berkenaan mengheretnya ke dalam rumah dan memijak dada, mencekik leher dengan kuat dan menyepak bahu kiri dan kanan.

Katanya, pergelutan itu bagaimanapun disedari Nazim yang berada di bahagian dapur.

"Saya meminta Nazim melarikan diri dan menyuruhnya meminta bantuan jiran.

"Mungkin disebabkan takut, kedua-duanya melarikan diri apabila melihat saya tidak bermaya. Namun, ketika itu saya boleh mengejar mereka sehingga ke jalan raya," katanya.

Siti Aishah berkata, jiran hanya menyedari kejadian sebaik sahaja diberitahu anaknya namun, tidak sempat membantu kerana kedua-dua lelaki itu sudah melarikan diri menggunakan motosikal.

Menurutnya, dia mengalami trauma akibat kejadian itu dan sudah membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.

"Saya menasihatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan individu tidak dikenali," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian itu.

KedahLaNie

Lemas Ketika Cari Lokan

Posted: 09 May 2011 06:45 PM PDT

7 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



LAHAD DATU: "Saya suruh dia minta bantuan orang ramai, tapi dia terus terjun untuk menyelamatkan abangnya sebelum dia turut hilang dibawa arus," kata Hazrin Nasrin, 26, ipar kepada dua beradik yang mati lemas ketika mencari lokan di Sungai Silabukan, di sini kelmarin.

Hazrin berkata, dia bersama dua beradik terbabit, Mohd Shah Mohammad Usof, 30, dan Mohd Sharil, 25, pergi ke sungai itu pada kira-kira jam 4 petang.

Menurutnya, bagi memastikan keadaan selamat, dia turun ke sungai terlebih dulu bagi mengetahui kedalaman sungai berkenaan kerana dua beradik terbabit tidak pandai berenang.

"Saya kemudian memberitahu mereka air sungai hanya separas pinggang dan selamat untuk mencari lokan," katanya ketika ditemui Harian Metro di lokasi kejadian, kelmarin.

Menurutnya, dua beradik itu kemudian turun ke dalam sungai sambil membawa pencakar sebelum Mohd Shah dihanyutkan arus ke kawasan dalam secara tiba-tiba.

Hazrin berkata, dia cuba membantu tetapi tidak berjaya sebelum adik mangsa cuba memberikan bantuan tetapi tidak berjaya sebaliknya dia turut dihanyutkan arus deras.

"Saya cuba menyelamatkan dua beradik itu tapi tidak berjaya kerana arus deras selain keadaan saya yang semakin lemah kerana terminum banyak air sungai," katanya.

Menurut Hazrin, dia kemudian meminta bantuan orang ramai sebelum menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Lahad Datu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Lahad Datu, Pegawai Bomba Kanan II Abu Bakar Saranji berkata, JBPM menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.30 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian, namun gagal menemui kedua-dua mangsa dan gerakan mencari terpaksa ditangguhkan kerana hujan lebat.

"Keesokannya (kelmarin) mangsa pertama (Mohd Shah) ditemui tersangkut pada kayu, jam 11.25 pagi kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

"Gerakan seterusnya dijalankan bagi mencari adik mangsa, namun tidak berhasil sehingga gerakan mencari dihentikan kira-kira jam 6 petang kelmarin," katanya.

Barca Hanya Perlu seri

Posted: 09 May 2011 06:15 PM PDT

7 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



MADRID: Barcelona boleh memastikan kejuaraan liga Sepanyol kali ketiga berturut-turut dengan hanya satu mata ketika berkunjung ke Levante esok dan kemudian memberikan tumpuan penuh terhadap perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Manchester United.

Barcelona mengalahkan pasukan jiran setempat Espanyol 2-0 kelmarin untuk mengorak langkah ke arah kejuaraan dan dengan rekod pertemuan lebih baik ke atas pencabar terdekat mereka Real Madrid, seri menentang Levante sudah mencukupi.

"Kami sedar kami tidak boleh gagal dan kini kami hanya mahukan satu mata untuk memastikan kejuaraan," kata pemain tengah Barcelona, Andres Iniesta. "Kami semakin menghampirinya kini dan lebih awal kami memenangi kejuaraan lebih baik.

"Kami bagaimanapun tidak boleh rileks, kerana ada perlawanan akhir Liga Juara-Juara menanti." Barcelona akan muncul pasukan pertama memenangi liga tiga kali berturut-turut sejak 1993 dan jurulatih Pep Guardiola tidak sabar untuk memastikan kejuaraan untuk merehatkan pemain bintangnya yang keletihan menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang United pada 28 Mei.

Jika Barcelona memenangi baki tiga perlawanan liga, mereka akan mencatat rekod liga 100 mata sekali gus memperbaiki catatan terbaik 99 mata yang mereka lakukan musim lalu.

Real, lapan mata di belakang di tangga kedua, kelihatan mengalah dalam perebutan kejuaraan namun tidak mahu menghadiahkan kejuaraan dengan mudah kepada Barcelona.

Hari ini, Madrid akan menerima kunjungan pasukan jiran Getafe di Santiago Bernabeu ketika keputusan seri atau kalah akan menghadiahkan musuh tradisi mereka trofi kejuaraan.

Bintang Portugis, Cristiano Ronaldo menjaringkan empat gol ketika membantu kemenangan besar Real 6-2 ke atas Sevilla hujung minggu lalu dan kini mengumpul 33 gol dalam liga musim ini.

Ronaldo mengungguli carta penjaring gol terbanyak, dua gol di depan pemain Barcelona, Lionel Messi dan menjadi pilihan untuk memenangi anugerah Pichichi sebagai penjaring gol terbanyak liga.

"Lebih lama Barcelona memerlukan masa untuk memenangi liga lebih baik," kata Ronaldo. "Kami perlu memenangi semua baki perlawanan kami tanpa memikirkan mengenai Barcelona. Saya tidak mahu memikirkan mengenai anugerah Pichichi kerana ada baki tiga perlawanan lagi." 

AFP

Budak Parah Dalam Nahas dilanggar Lagi Supaya Mati

Posted: 09 May 2011 05:45 PM PDT

7 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



BEIJING: Polis wilayah Fujian menahan seorang pemandu yang membunuh seorang kanak-kanak yang sebelum itu dilanggarnya secara tidak sengaja, lapor media tempatan, semalam.

Kejadian Sabtu lalu berlaku di depan mata orang ramai yang terkejut menyaksikan tindakan tidak berperi kemanusiaan itu.

Akhbar Global Times melaporkan, lelaki terbabit terlanggar seorang budak perempuan berusia enam tahun dengan kereta dipandunya, menyebabkan mangsa cedera parah.

Akhbar itu melaporkan, saksi melihat lelaki terbabit kemudian berpatah balik dan melanggar mangsa sekali lagi.

Budak itu disahkan meninggal dunia di sebuah hospital tidak lama kemudian.

Saksi berkata, mangsa mati selepas dia dilanggar dengan tayar depan sebelah kanan suspek.

Bulan lalu, seorang penuntut muzik berusia 21 tahun, Yao Jiaxin, dihukum mati selepas dia mengaku melanggar seorang penunggang basikal sebelum menikam mangsa hingga mati.

Yao berkata, mangsa enggan bekerjasama dengannya selepas cedera dilanggar.

Sebelum itu, seorang pemuda berusia 21 tahun ditahan kerana melanggar seorang peminta sedekah di tepi jalan di Chongqing. Ketika disoal siasat, pemuda itu berkata, dia tidak fikir kematian peminta sedekah itu akan dipedulikan sesiapa. Insiden berkenaan mencetuskan kebimbangan dan tanda tanya terhadap standard moral pengguna jalan raya di China ketika negara itu menikmati perkembangan ekonomi rancak untuk tahun ke-30. 

AFP

United Makin Hampir

Posted: 09 May 2011 05:30 PM PDT

7 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



LONDON: Pengurus Manchester United, Alex Ferguson memberi tunduk hormat kepada penyokong di Old Trafford selepas pasukannya membenam Chelsea 2-1, kelmarin untuk menghampiri gelaran Liga Perdana Inggeris ke-19.

Ferguson, yang semakin hampir untuk membawa United mengumpul gelaran ke-12 sejak kejayaan pertamanya pada 1993, hanya memerlukan satu mata daripada dua perlawanan menentang Blackburn Rovers dan Blackpool untuk memastikan kejayaan itu.

Mereka mungkin menamatkan musim ini dengan dua trofi jika berjaya menumpaskan Barcelona dalam aksi final Liga Juara-Juara pada 28 Mei ini dan Ferguson ditanya sama ada tindakannya tunduk kepada penyokong adalah sebagai tanda terima kasih.

"Ya, mereka benar-benar luar biasa terutamanya pada 10 atau 15 minit terakhir, mereka cukup hebat," katanya.

United mendahului saingan apabila Javier Hernandez (gambar) meledak gol seawal 37 saat perlawanan dan menggandakannya apabila Nemanja Vidic menanduk masuk hantaran Ryan Giggs.

Chelsea berjaya meraih gol sagu hati menerusi Frank Lampard untuk memberi tekanan kepada Old Trafford tetapi United terus bertahan.

"Saya fikir kami bermain dengan cemerlang dan bermula dengan baik, segalanya berjalan lancar," kata Ferguson.

"Ia menampilkan kerjasama sepasukan yang baik. Apabila gawang kami bolos, keadaan agak tegang tapi penyokong banyak membantu. Kami terus mencipta peluang dan Wayne Rooney sepatutnya menjaringkan enam gol hari ini (semalam)," katanya.

Penyokong memberi tabik hormat kepada Ferguson dan berterima kasih kepadanya kerana memberikan satu hari yang cemerlang di Old Traf- ford di mana United menang 17 daripada 18 perlawanan Liga Perdana musim ini.

Mereka juga hampir memadamkan rekod Liverpool sebagai kelab Inggeris paling berjaya meraih gelaran liga.

Ketika Ferguson tiba di Old Trafford pada 1986, Liverpool sudah memenangi 16 gelaran berbanding tujuh dimiliki United dan beliau berjanji untuk menyingkirkan Liverpool daripada kedudukan mereka.

"Alangkah hebat dapat menjadi pasukan paling berjaya di negara ini dari segi kemenangan kejuaraan," kata Ferguson.

"Kali pertama saya berada di sini, saya pasti gembira jika dapat berkhidmat selama empat atau lima tahun. Untuk mengukuhkan asas kelab ini mengambil masa yang panjang tapi sebaik mendapat gol pertama, prestasi kami semakin meningkat dari minit ke minit," katanya. 

Reuters

Benarkah air zam-zam tercemar ?

Posted: 09 May 2011 05:19 PM PDT

07 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


    Rasulullah SAW bersabda :
    Ertinya: Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)

Ahli-ahli ilmu telah meluaskan huraian mereka mengenai dengan hadis di atas. Al-Munawa Rahimahullah Ta'ala telah berkata: "Air Zam zam ialah penghulu segala air, paling mulia, paling berharga dan paling disukai. Allah Ta'ala telah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim Alaihissalam dengan air Zamzam. Maka begitulah pertolongan yang seperti itu juga boleh diperolehi oleh orang-orang yang selepas baginda, iaitu bagi sesiapa sahaja yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk juga kita. Ramai para ulama telah meminumnya kerana sesuatu hajat, dan mereka itu berhasil memperolehinya."


British Broadcasting Corporation (BBC), telah mengeluarkan satu kenyataan jahat dengan mengatakan bahawa air zam-zam telah tercemar dan boleh mengakibatkan kanser pada sesiapa yang meminumnya. Inilah propaganda jahat musuh Islam yang sentiasa bertujuan mengelirukan umat Islam dengan fakta-fakta bodoh yang tak masuk akal.

Bagaimana Allah telah kurniakan air ini untuk seluruh manusia diatas muka ini sampai hari kiamat, begitu jugalah Allah SWT memelihara air ini dari sebarang cacat cela hingga hari kiamat. Tiada yang perlu kita ragui tentang kandungan air zam-zam dan sehingga kini tiada satu saintis pun dapat menghasilkan air yang setaraf dengan air zam-zam ini. Mungkin kerana mereka gagal kini mereka mencari alasan untuk menakutkan umat Islam dengan fakto bodoh mereka itu.

Dan sebagai umat Islam, kita tidak seharusnya terpedaya dengan kata-kata dusta mereka. Yakinlah bahawa Allah SWT sentiasa memelihara kesucian air zam-zam dan buktinya, sejak air zam-zam terpancut ke muka bumi kesan hentakkan kaki Nabi Ismail a.s, sehingga kini air tersebut tidak pernah kering dan habis. Teruskan meminum air zam-zam seperti biasa kerana ini juga adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW.

Tidak nampak kebenaran, rakyat terus ditipu untuk tarik sokongan

Posted: 09 May 2011 05:14 PM PDT

07 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Oleh : Hafizi Pauzi.

PARIT BUNTAR, 9 Mei : "Mengapa sampai sekarang masih ada lagi yang tidak nampak kebenaran," demikian ungkapan oleh Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang yang coba mempertahankan kononnya apa yang sedang diperjuangkan semuanya benar , sedangkan bagi saya ini tidak lebih dari usaha menipu rakyat untuk menarik sokongan kepada BN. Demikian penegasan Pengerusi Idham Care, Drs. Khalil Idham lim semasa ditemui disini pagi ini.

Shafie Apdal menganggap rakyat sepatutnya cakna terhadap kebenaran bahawa sememangnya Dato' seri Anwar Ibrahim adalah bersalah terhadap tuduhan ketika beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri semasa era beliau.

"Pemimpin BN ini ternyata masih tidak serik dengan usaha berbohong terhadap rakyat Malaysia , pembohongan sebegini tidak sepatutnya berlaku di era maklumat dan persaingan langit terbuika dengan banyak media alternatif yang menjadi pilihan rakyat , maka rakyat perlu tolak pemimpin seperti ini, katanya .

"Kenyataan Shafie saya lihat tidak lain dari usaha menyakinkan rakyat mengenai pelbagai isu dan fitnah yang timbul yang ternyatra ditolak oleh rakyat" katanya lagi.

Dalam pada itu, YB khalil yang juga Ketua Penerangan Pas Perak menempelak kenyaataan Shafie Apdal bahawa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan adalah petunjuk bahawa Allah tidak reda beliau menjadi Perdana Menteri.

"Ini kenyataan yang sangat cetek, pemimpin yang cetek pemikiran tidak layak berada di kerusi untuk memimpin rakyat," katanya.

"Tidak hairanlah mengapa negara mundur disegenap lapisan dan sudut kerana Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah diterajui oleh individu yang mempunyai daya fikir yang lemah seperti beliau ," jelasnya.

"Kenyataan sebegini bukan sahaja telah menggambarkan pimpinan BN ini sebagai individu yang cetek maklumat sebenar, bahkan lemah dalam kekuatan ilmu kerana kayu ukur hilang jawatan digambarkan sebagai tidak diredhai Allah swt adalah hujjah yang sangat lemah dan tidak relevan," katanya.

"Rakyat perlu bersedia dengan ilmu dan maklumat untuk berdepan dengan kerajaan yang cuba menjadikan rakyatnya selemah umno BN untuk terus diperdaya sebagai bekalan PRU 13," katanya

Tiada ulasan:

Nuffnang