Sabtu, 2 April 2011

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


[April 3] Menyampaikan cek sumbangan kepada Surau Al-Faizin, Taman Tun Perak

Posted: 02 Apr 2011 08:36 PM PDT

Menyampaikan cek sumbangan daripada Kerajaan Selangor kepada AJK Surau Al-Faizin, Taman Tun Perak. :-)

(More......)

[April 3] Menyampaikan cek sumbangan kepada Surau Al-Iman di Taman Putra Budiman, Balakong

Posted: 02 Apr 2011 07:14 PM PDT

Menyampaikan cek daripada Kerajaan Selangor kepada Surau Al-Iman di Taman Putra Budiman, Balakong :-)


Untuk makluman saudara dan saudari sekalian, Kerajaan Persekutuan pada tahun 2008 telah berjanji untuk memperuntukkan RM 0.5 juta kepada setiap kawasan parlimen di Malaysia setiap tahun bagi membangun infrastruktur tempatan di samping membolehkan ahli parlimen membantu individu-individu ataupun golongan yang memerlukan bantuan kewangan.

Walau bagaimanapun, setakat ini, hanya kawasan parlimen yang dimenangi oleh wakil rakyat Barisan Nasional yang menerima peruntukan tersebut manakala peruntukan tahunan untuk kawasan kerusi parlimen bukan milik BN akan terus disalurkan ke tangan Pegawai Penyelaras Kawasan Parlimen Barisan Nasional yang mengetuai jentera semua komponen parti BN di kawasan parlimen tersebut. (Pegawai Penyelaras Kawasan Parlimen Barisan Nasional diwujudkan oleh BN untuk setiap kerusi parlimen yang BN tewas dalam pilihanraya umum)

Untuk membolehkan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang tidak mendapat peruntukan kerajaan persekutuan menunaikan tanggungjawab dalam membantu rakyat jelata yang memerlukan pertolongan, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah memperuntukkan RM150 ribu untuk setiap ahli parlimen Pakatan Rakyat di Selangor. RM50 ribu adalah untuk kegunaan perbelanjaan pusat-pusat perkhidmatan di kawasan parlimen manakala RM100 ribu adalah untuk diperuntukkan untuk kerja-kerja perkhidmatan ahli parlimen di kawasan jagaannya.

Saya telah membahagikan peruntukan secara agak sekata untuk ketiga-tiga kawasan Dewan Undangan Negeri di bawah Serdang di mana Seri Kembangan mendapat peruntukan sebanyak RM32425, Balakong mendapat peruntukan sebanyak 33300 manakala Bangi mendapat peruntukan RM33714.

Untuk menunjukkan ketelusan saya dalam menguruskan kewangan yang diperuntukkan oleh kerajaan Selangor, saya telah menyiarkan akaun perbelanjaan peruntukan kawasan parlimen saya secara terperinci di pautan-pautan di bawah:

Update on the spending of my constituency allocation (Seri Kembangan)

Update on the spending of my constituency allocation (Bangi)

Update on the spending of my constituency allocation (Balakong)

(More......)

Program Tuisyen Percuma untuk calon SPM di kawasan DUN Bangi, Balakong & Seri Kembangan

Posted: 02 Apr 2011 06:46 PM PDT

Projek Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan tujuan memberi tuisyen percuma kepada 100 orang pelajar SPM di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri Selangor. Dengannya pelaksanaan projek ini, kerajaan Selangor berharap agar dapat membantu pelajar-pelajar yang miskin atau ketinggalan dalam pelajaran sekolah mencapai keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan awam sekaligus memperolehi peluang yang lebih cerah untuk melanjutkan pelajaran ke tahap pengajian tinggi di samping meningkatkan taraf kehidupan keluarga masing-masing pada masa depan. Subjek yang diajar dalam program tuisyen ini termasuk pelajaran Matemetik, Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, matematik dan Sejarah.雪州人民补习计划是雪州民联州政府的一项新政策,对象是为每个州选区内的100名家庭贫困的中五考生,通过提供免费补习,协助贫穷及成绩中等或较弱的考生,考取更好的成绩,以谋求更好的出路或升学机会,进一步改善家庭的生活水平。以下分别为万宜、史礼肯邦安以及无拉港的免费补习班详情:-

Program Tuisyen Rakyat Selangor (DUN BANGI 万宜)

Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang

Tempat : Dewan Cempaka, PKNS

Bagi pelajar yang berminat, pendaftaran masih dibuka.Pertanyaan lanjut hubungi Sakinah (019-4328684) atau Aisyah (013-7017920).

Program Tuisyen Rakyat Selangor (DUN SERI KEMBANGAN 史礼肯邦安)

Masa : 7.00pm - 9.00 pm (Sabtu) dan 10pm -12am (Ahad)

Tempat : Pusat Tuisyen Didik Inovatif (SBA Innovative Education, Jalan Perusahaan 2, Off Jalan Kolej, Seri Kembangan

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 012-2617931 or 012-9855918

Program Tuisyen Rakyat Selangor (DUN BALAKONG 无拉港)

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 03-90801938 or 016-3595293

相关新闻

(More......)

Selangor government gives 4 pieces of land for Chinese schools

Posted: 02 Apr 2011 10:46 AM PDT

When I raised the issue relating to the progress of four new Chinese Vernacular Schools approved by the Federal Government since 2008 in Parliament on 24 Mac 2011, Deputy Minister of Education Datuk Wee Ka Siong tried to beat around the bush and put the blame on Selangor State Government for not approving the lands for the school construction. However, the reality is on Oct 2010 the Selangor State government has issued a letter of support to award four pieces of land for the purpose of building four Chinese primary schools.

The issue now is, these schools need to get Education Ministry's approval in order to kick off the construction project. Datuk Wee and Ministry of Education should stop to be hypocrite and give the green light for building new Chinese school (SJKC) now on the lands approved by Selangor State Government now !


 Selangor government gives 4 pieces of land for Chinese schools

This morning, I held a press conference to announce that the Selangor State government has issued a letter of support to award four pieces of land for the purpose of building four chinese primary schools.

The Petaling District chinese primary schools committee (Jabatan Kerja Kemajuan Sekolah Rendah Cina Petaling) applied to the Land Office for eight pieces of land last year.

YB Dr Halimah (EXCO  for Education) office and I both checked with the Land Office and received confirmation that four of the eight pieces of land which they applied for are indeed available for schools.

(More......)

[Parlimen] Perkembangan pembinaan SJKC Sungai Long, SJKC Kajang & SJKC Bukit Serdang

Posted: 02 Apr 2011 10:00 AM PDT

PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN  : LISAN
TARIKH  : 22.03.2011

SOALAN:

Puan Teo Nie Ching minta MENTERI PELAJARAN menyatakan perkembangan pembinaan SJKC Sungai Long, SJKC Kajang dan SJKC Bukit Serdang.

JAWAPAN daripada Menteri:

Tuan Yang Dipertua,

Mengenai status pembinaan SJKC Bukit Serdang, Selangor; SJKC Taman Prima Saujana, Kajang, Selangor; dan SJKC Sungai Long, Cheras, Selangor yang telah diluluskan sejak tahun 2008 masih dalam proses perolehan tanah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menerima permohonan daripada Jawatankuasa Pembinaan Sekolah untuk menggunakan tanah rizab pendidikan. Walau bagaimanapun, KPM sedang meneliti permohonan tersebut.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Status Pelaksanaan Projek SJKC Bukit Serdang, SJKC Kajang dan SJKC Sg. Long:

(More......)

【中国报】基设被忽略.治安敲警钟 。蕉赖山庄Tmn Cheras Mas住户不安宁

Posted: 02 Apr 2011 08:38 AM PDT

Pada pagi hari Sabtu (2 April 2011), Ahli Parlimen Serdang Saudari Teo Nie Ching ditemani Ahli MPKj Saudara Lee Ah Seng telah menghadiri satu dialog bersama penduduk-penduduk Taman Cheras Mas. Adalah difahami para penghuni menghadapi pelbagai masalah seperti kes-kes pencurian kenderaan yang berleluasa, kes-kes ragutan, terlalu ramai buruh asing yang merayau di kawasan perumahan tersebut, sistem pengangkutan awam yang tidak sempurna, bumbung rumah kediaman digigit rayap dan sebagainya.

Ahli MPKj Saudara Lee Ah Seng memberitahu penghuni-penghuni setempat yang menghadiri sesi dialog bahawa beliau telah menghubungi syarikat operasi bas di Kuala Lumpur untuk membuat permohonan supaya jaringan perkhidmatan bas awam diperluaskan ke Taman Cheras Mas.

Selain itu, beliau juga tengah menguruskan permohonan peruntukan wang daripada MPKj supaya kerja-kerja memperbaiki dan menaik-taraf kemudahan awam di Taman Cheras Mas dapat dimulakan dengan secepat mungkin.

(吉隆坡2日讯)蕉赖山庄(Cheras Mas)变成偷车贼的贼赃基地,更引起严重治安问题,居民的安全深受威胁,住也不安宁。

加影市议员李亚成指出,蕉赖山庄问题非常多,除了经常发生偷车和抢劫案,公共交通不方便、太多外劳出入、基设不完善、屋顶被白蚁侵蚀和街灯损坏多时没人修等,引起治安和居住环境糟糕问题。

“居民投诉这里没巴士川行,他们必须步行半小时前往大路搭巴士,我已向吉隆吉隆坡交通网络有限公司申请安排巴士进入该区载客,避免居民天天步行前往大路,常被掠夺。”

抢劫案日益严重

李亚成今日与沙登区国会议员张念群巡视该区环境时,这么指出。

针对当地基设问题,李亚成指他已向加影市议会申请拨款,进行修理工作和提升设施。

他指出,他们将在4月17日联同阿南弗拉,早上9时至3时在蕉赖山庄进行大扫除活动。

蕉赖山庄管理层负责人林清山指出,部分政政府单位答应协助处理问题,但没行动。

(More......)

[Sinar Harian] Penduduk Bandar Damai Perdana Fasa 1 tidak lagi bimbang

Posted: 02 Apr 2011 08:28 AM PDT

BALAKONG: – Kebimbangan penduduk Bandar Damai Perdana Fasa 1, Balakong untuk beriadah pada waktu malam kini selesai apabila pihak pemaju telah memasang lampu sekitar taman berkenaan.

Pemasangan empat unit tiang lampu itu adalah hasil sumbangan pemaju perumahan taman berkenaan iaitu, Mahajaya yang memperuntukkan kira-kira RM3,000 hingga RM5,000 untuk setiap tiang lampu.

Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Zon 10, Steven Chan Jeong Hon berkata, sebelum ini pihaknya sering menerima aduan penduduk mengenai kebimbangan mereka terhadap kemungkinan yang berlaku pada waktu malam terutama apabila majlis komuniti sedang diadakan di taman berkenaan.

“Walaupun terdapat satu unit lampu sedia ada, namun ia tidak mampu menerangi persekitaran taman dan ini membimbangkan penduduk yang rata-rata meluangkan masa pada waktu malam untuk menjalani aktiviti riadah dan senaman bersama keluarga,” katanya selepas mengadakan tinjauan di kawasan taman permainan itu, semalam.

Menurutnya, sebelum ini terdapat juga aktiviti kurang bermoral berlaku di taman berkenaan yang biasanya dilakukan oleh penduduk luar memandangkan keadaannya yang gelap dan jauh dari pandangan orang ramai.

“Seramai 800 keluarga yang tinggal di sekitar taman berkenaan yang rata-ratanya hanya mempunyai masa untuk menjalankan aktiviti riadah bersama keluarga pada waktu malam dan keadaan kawasan taman yang gelap menyukarkan pergerakan.

“Pemasangan lampu ini secara tidak langsung memberi kelegaan dan keyakinan kepada penduduk untuk terus aktif mengadakan aktiviti kemasyarakatan dan kesukanan di taman berkenaan yang seterusnya akan mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat setempat.

Hadir sama meninjau kawasan taman permainan berkenaan ialah Ali Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dan pemimpin komuniti setempat.

Semen:tara itu, Nie Ching berkata, pemasangan lampu oleh pemaju perumahan taman berkenaan amatlah dihargai dan bukti komitmen berterusan terhadap keselamatan dan keselesaan penghuni di situ.

“Sikap dan komitmen pemaju ini perlulah dicontohi pemaju lain.

“Secara ikhlasnya saya menyokong penuh tindakan ini dan mengharapkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan akan dijayakan selepas ini di kawasan taman permainan berkenaan,” katanya.

(More......)

【国会报道】 国油2010年须建200液化天然气站 . 迄今全国仅有154间

Posted: 02 Apr 2011 02:55 AM PDT

For blog post written in BM, please click here.

(吉隆坡31日讯)政府曾指示国油在2010年于全国各地兴建200个液化天然气油站。

国内贸易、合作社与消费部长拿督斯里依斯迈沙比里说,目前全国共有154间油站提供液化天然气,其中雪兰莪65间、联邦直辖区27间、柔佛28间、森美兰11间、马六甲7间、槟城3间、吉打6间、登嘉楼1间。

另有19间油站尚处在各种施工阶段,8间则尚在分析地点是否适中。

他在下议院书面答覆民主行动党沙登区国会议员张念群的提问。他说。

若与普通油站比较,兴建提供液化天然气油站的成本非常昂贵。而且基建成本很高昂。

转载自《南洋商报》

(More......)

[Parlimen] MP Serdang menanya sama ada kerajaan bercadang menambah bilangan stesen minyak NGV

Posted: 02 Apr 2011 02:39 AM PDT

PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN  : BUKAN LISAN

SOALAN:

Puan Teo Nie Ching minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sama ada kerajaan pusat berancang untuk menambah bilangan stesen NGV di seluruh negara memandangkan harga petrol semakin meningkat.

JAWAPAN daripada Menteri:

Tuan Yang Dipertua,

Kerajaan telah mengarahkan PETRONAS untuk membina 200 buah stesen NGV menjelang tahun 2010 dan tiada sebarang cadangan untuk menambah bilangan tersebut. Walau bagaimanapun sehingga kini terdapat sebanyak 154 buah stesen NGV yang beroperasi iaitu 65 buah di Selangor, 27 buah di Wilayah Persekutuan, 28 buah di Johor, 11 buah di Negeri Sembilan, 7 buah di Melaka, 3 buah di Pulau Pinang, 6 buah di Kedah dan sebuah di Terengganu. Manakala bakinya sebanyak 19 buah masih dalam pelbagai peringkat pembinaan dan 8 buah lagi dalam peringkat analisa kesesuaian.

(More......)

Tiada ulasan:

Nuffnang