Sabtu, 2 April 2011

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Posted: 01 Apr 2011 05:58 AM PDT

Late summons pushes Sri Muda rep's sedition case to April 25

March 28, 2011
Shuhaimi (second from right) arrives at the Shah Alam police headquarters, February 3, 2011. - file pic
SHAH ALAM, March 28 — A delayed summons to court has caused Sri Muda assemblyman Suhaimi Shafiei's sedition hearing to be delayed to April 25, the PKR lawmaker said today.

Suhaimi, who was arrested in February, was only informed last Friday that he would be charged for sedition over statements made in connection with the Selangor state secretary controversy earlier this year.

He had then hinted that the Sultan of Selangor should make the right decision by rejecting the appointment imposed on the state government by the federal government.

He told reporters here after the first state assembly meeting that he had to hurry to court at 10am today.

"To me, this is unnecessary. We have already agreed verbally, we have written officially, our lawyers had already informed, the guarantor was already present, only for the mention. What is wrong with giving us a chance? But this is clearly to distract us," he said.

PKR deputy president Azmin Ali said the judge's last minute order for Suhaimi to be in court today was disrespectful to the state's Ruler.

"There is a case mention in court but (Suhaimi) has instructed his lawyers to inform the court that today the Sultan will officiate the state assembly and Suhaimi was present today during the opening ceremony but immediately after that, he received word from his lawyers that the judge had ordered for him to be present in court today.

"This shows that the court and the judge do not respect the Malay [Rulers], especially the Sultan of Selangor," he said.

On February 3, Suhaimi had turned himself in at the Shah Alam police headquarters to facilitate investigations into reports alleging he had posted seditious remarks about the Sultan of Selangor in his blog.

He was released on police bail the same day and is scheduled to be charged under the Sedition Act.

The charge against Suhaimi is under Section 4.1 (c) of the Sedition Act 1948.


Source: Malaysian Insider

Posted: 01 Apr 2011 05:53 AM PDT

Selangor Catat Sejarah Lulus Enakmen Kebebasan Maklumat

Friday, 01 April 2011 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM 1 April - Kerajaan PR Selangor mencatat sejarah hari ini dengan meluluskan Bil Enakmen Kebebasan Maklumat (Selangor) 2010 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pagi tadi.

Exco Hal Ehwal Pelancongan, Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong Keat Ping dalam ucapannya berkata keputusan ini berpadanan dengan warga negeri yang dahagakan ketelusan dan keterbukaan di dalam urusan pentadbiran kerajaan.

"Usaha untuk membentangkan bil ini direalisasikan kerana keputusan para pengundi yang berani tampil mengundi untuk Pakatan Rakyat pada 8 Mac , 2008 lalu," kata beliau.

Bil ini dibentangkan buat pertama kali pada 14 Julai, 2010 dan kemudiannya dihantar kepada Jawatankuasa Pemilihan mengenai Enakmen Kebebasan Maklumat (Selangor) 2010 di mana jawatankuasa ini telah menjalankan kajian yang menyeluruh, siri mesyuarat serta forum-forum awam bagi mendapatkan maklumbalas warga tempatan.

Ini juga adalah kali pertama kerajaan negeri Selangor menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyemak sesuatu bil enakmen.

"Dalam sembilan bulan ini, badan-badan bukan kerajaan (NGO), wakil orang awam serta pekerja kerajaan telah memberikan cadangan dan maklumbalas bagi memperbaiki bil enakmen tersebut agar dapat digunakan," kata Elizabeth.

Katanya lagi, kerajaan negeri telah mengambil serius kesemua maklumbalas dan cadangan ini kerana berpendapat pandangan umum adalah penting dalam merealisasikan pelaksanaan yang efektif.

Antara penambah baikkan yang dilakukan dalam bil enakmen tersebut adalah pertama, memastikan bil enakmen tersebut merangkumi pihak berkuasa tempatan serta entiti berkait kerajaan negeri, kedua menamakan kembali Badan Rayuan kepada Badan Maklumat Negeri dan ketiga adalah agar hukuman atau penalti juga disertakan di dalam bil bagi pihak yang cuba menghalang dari memberikan maklumat.

Elizabeth seterusnya menjelaskan masih terdapat kekangan dalam bidang kuasa kerajaan negeri dalam melaksanakan enakmen ini agar tidak bercanggah dengan perlembagaan persekutuan yang mana boleh diisytiharkan 'ultra vires' sekiranya bercanggah.

"Walaubagaimanapun, ini merupakan sesuatu yang dinamik dan satu undang-undang yang sah maka Dewan boleh terus mencadangkan dan melaksanakan pembaikan kepada enakmen ini dari masa ke semasa," kata beliau lagi.

Sumber: Selangorkini

Posted: 24 Mar 2011 06:10 AM PDT

28 wakil rakyat kena dakwa, 11 dari Barisan Nasional dan 17 dari Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR: Seramai 28 wakil rakyat didakwa dengan pelbagai tuduhan serta kesalahan jenayah di Mahkamah Jenayah sejak 2001, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 17 wakil rakyat pembangkang membabitkan 10 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), tiga PAS dan empat DAP.
Katanya, wakil rakyat berkenaan termasuk Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Mat Shuhaimi Shafiei dan tiga bekas ahli PKR, Ahli Parlimen Padang Serai, Gobalakrishnan Nagapan; ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu.
ADUN Kota Damansara, Mohd Nasir Hashim; Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang; Ahli Parlimen Gombak; dan ADUN Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali; Ahli Parlimen Subang, Sivarasa K Rasiah serta bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Ramli Ibrahim.

"Tiga wakil rakyat dari PAS juga pernah didakwa di Mahkamah Jenayah, iaitu Dr Mohd Hatta Md Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai), Dr Lo'lo Mohamad Ghazali (Ahli Parlimen Titiwangsa) dan Mohd Apandi Mohamad (Ahli Parlimen Jeli).

"Dalam DAP, empat wakil rakyat didakwa dengan kesalahan jenayah Liew Tian Khiew (ADUN Pandamaran), Voon Lee San (ADUN Batu Lintang, Kuching), Tony Pua (ADUN Petaling Jaya Utara) dan Lau Weng San (ADUN Kampung Tunku)," katanya menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut). di Dwan Rakyat, semalam.

Katanya, Barisan Nasional (BN) pula membabitkan 11 wakil rakyat sudah didakwa di Mahkamah Jenayah meliputi tujuh dari UMNO, seorang Gerakan dan tiga MCA.
Wakil rakyat UMNO, Datuk Seri Dr Khir Toyo (ADUN Sungai Panjang), Abd Rahman Bakri (Ahli Parlimen Sabak Bernam), Suhaili Abdul Rahman (bekas Ahli Parlimen Labuan 1999-2008).

Datuk Ahamad Kuris Mohd Nor (bekas ADUN Semenyih 2004-2008), Mustafa Salim (ADUN Lenggeng), Datuk Omar Othman (bekas ADUN Jelai) dan Datuk Azman Mahalan (bekas ADUN Tapah).

Wakil rakyat Gerakan Yap Soo Sun (ADUN Serdang), manakala MCA pula Tun Dr Ling Liong Sik (bekas Ahli Parlimen Labis, Johor), Tan Sri Chan Kong Choy (bekas ADUN Selayang) dan Ng Kim Lai (bekas ADUN Mengkibol, Kluang).

"Berdasarkan statistik itu, 33 kes sudah dituduh, satu kes peringkat sebutan, 13 kes (perbicaraan), dua kes (hujahan) dan dua kes dijatuhkan hukuman.

"Sebanyak sembilan kes dilepaskan dan dibebaskan, serta ada 10 rayuan dibuat terhadap kes yang sudah dibicara," katanya.

Sumber : Berita Harian

Tiada ulasan:

Nuffnang