Jumaat, 29 April 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Tidak selesa gerai sempit

Posted: 28 Apr 2011 02:31 AM PDT



Sinar Harian 28 April 2011

PEDAS - Peniaga gerai baru di Pekan Pedas memohon supaya Majlis Daerah Rembau dapat memasang 'awning' di bahagian belakang gerai.

Pembantu gerai makan, Jamaliah Ariffin, 54, berkata, ketiadaan 'awning' menyebabkan kedainya terkena tempias hujan selain tidak tahan dengan cuaca panas sehingga menimbulkan rasa kurang selesa ketika memasak.

Menurutnya, kebanyakan peniaga yang memulakan perniagaan sejak dua minggu lalu turut meluahkan masalah sama.

"Justeru, kami memohon supaya pihak berkenaan memahami masalah yang dihadapi, sekali gus mencari jalan penyelesaian terbaik.

"Kemudahan berniaga diberikan amat dihargai tetapi peniaga di sini berharap permohonan bagi mendapatkan 'awning' dapat diberi perhatian segera," katanya.

Sementara itu, Lee Heng Guan, 51, pula berkata, peniaga bukan sahaja memerlukan 'awning' tetapi juga terpaksa memasak dan meletakkan barang di belakang gerai disebabkan sempit.

"Buat masa ini, peniaga masih patuh dengan arahan iaitu hanya memasak di dalam gerai sahaja, tetapi kami berharap pihak berkenaan dapat mempertimbangkan masalah ini dengan membenarkan kami menggunakan belakang gerai untuk memasak," katanya.

Menurutnya, pihak berkenaan juga diharap dapat melihat sendiri keadaan di dalam gerai yang semakin sempit kerana dipenuhi peralatan memasak dan ruang membuat air turut tidak selesa.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9023290.asp

Tiada ulasan:

Nuffnang