Nuffnang

Comments for Wee Choo Keong

Posted by Awanama | Posted on 1:15 PTG

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Complaints for DBKL by weechookeong

Posted: 29 Apr 2011 06:41 AM PDT

Salam Sdr Abang tuah

Saya mengucapkan terima atas aduan tuan. Saya sekarang berada di luar negeri. Saya bersetuju dengan pandangan Tuan dan saya telah mengarahkan Sdr Yacob, Pembantu Khas saya, untuk mengambil tindakan terhadap aduan tuan. Sila berhubung dengan sdr Yacob (0122186929) untuk memberi maklumat lebib lanjut.

Saya akan follow up aduan ini.

Terima kasih.

Yang ikhlas

wee choo keong

Comment on Complaints for DBKL by AbangTuah

Posted: 29 Apr 2011 12:43 AM PDT

Salam YB dan pembantu En Yaakob.

Sehingga kini masih tiada tindakan daripada DBKL terhadap aduan saya berkenaan peniaga-peniaga kaki lima dihadapan blok kediaman di Seksyen 1, Bandar Baru Wangsa Maju.

Keadaan semakin teruk sekarang. Gerai2 gerai “permanent structure” semakin banyak dibina disekitar blok D, hadapan stesen LRT dan juga hadapan Jaya Jusco. Ada juga peniaga meletakkan halangan didepan gerai supaya kenderaan tak dapat letak kereta walaupun itu memang petak meletak kenderaan. Dihadapan stesen LRT pula agak sukar untuk mengambil anak isteri yang pulang dari kerja sebab peniaga meletak kenderaan mereka secara sandwich.

Pagi tadi sebuah lori 3 tan membawa simen dan pasir terjerumus di hadapan blok D3 hingga merosakkan kawasan blok D3. Ada juga khabar2 bahawa peniaga nak berniaga ikan pula dihadapan blok D5.

Selagi DBKL tak ambil tindakan segera selagi itulah peniaga peniaga ini semakin galak bertindak sesuka hati membelakangkan kepentingan penduduk.

YB sendiri lihat ‘permanent structure’ yg dibina dihadapan Flat Danau Kota. Sudilah datang ke Seksyen 1, Wangsa Maju dan lihatlah sendiri kerakusan peniaga2 disini yg rata2 bukan penduduk Seksyen 1, Wangsa Maju.

Kepada siapa lagi patut kami adukan masalah???

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP