Isnin, 25 April 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Kena samun depan rumah

Posted: 25 Apr 2011 12:15 AM PDT



Sinar Harian 25 April 2011

REMBAU - Sepasang suami isteri kerugian kira-kira RM5,800 apabila disamun sekumpulan lelaki bermotosikal menggunakan parang, kira-kira jam 7.30 malam kelmarin, di Taman Datuk Lela Maharaja, Chembong.

Mangsa, Abdul Latip Alias, 53, berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri dan anaknya duduk berehat di pangkin rumah jiran, didatangi dua motosikal dinaiki empat lelaki dipercayai Melayu menghampiri mereka bertanyakan jalan ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, ketika dia dan isteri memberikan penerangan kepada lelaki terbabit, secara tiba-tiba pembonceng motosikal bertindak berani mengacukan parang ke arah mereka dan mengarahkan untuk memberi semua barang berharga.

"Saya terkejut apabila diacukan parang dan mereka mengugut akan mencederakan kami jika tidak mengikut arahan.

"Isteri saya cuba melawan tetapi dengan pantas mereka dapat meragut gelang emas yang dipakainya," katanya.

Abdul Latip berkata, mereka turut merampas jam tangan dan telefon bimbit miliknya sebelum melarikan diri.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kami sekeluarga tidak mengalami kecederaan.

"Kami trauma dengan kejadian ini dan telah membuat laporan polis," katanya.

Menurutnya, kejadian itu diharap dapat memberi pengajaran kepada masyarakat supaya berhati-hati dengan orang tidak dikenali terutama yang datang secara berkumpulan.

"Niat kami ikhlas untuk membantu tetapi disalah guna oleh mereka yang berniat jahat untuk mendapatkan duit cara salah.

"Mereka juga bertindak berani apabila menggunakan senjata menakut-nakutkan orang ramai dan sanggup mencederakan mangsa," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9013920.asp

Tips! Bagaimana memerangkap pencuri laptop anda

Posted: 24 Apr 2011 09:30 PM PDT



F-tracker, Bagaimana memerangkap pencuri laptop anda

Satu software menarik dan canggih ciptaan anak tempatan. Ia sangat berkesan untuk memerangkap pencuri laptop anda. Seperti yang kita tahu, banyak kejadian kecurian laptop yang berlaku, kereta dipecah untuk mengambil laptop.


Di Fulamak Network, kami telah menghasilkan satu perisian yang mampu untuk memantau dan menyelesaikan hampir 80% masalah kecurian ini. Dengan hanya satu perisian bersaiz kecil anda boleh mendapatkan semula komputer riba anda yang hilang atau dicuri dengan bantuan perisian ini. Dengan 'webcam' yang terdapat pada komputer riba anda, perisian ini akan menangkap gambar suspek secara senyap dan jika komputer riba anda disambungkan ke internet, perisian ini akan menghantar gambar suspek ke akaun anda untuk anda kenalpasti suspek atau sertakan gambar suspek semasa membuat laporan polis. Alamat IP juga boleh digunakan untuk mengenalpasti lokasi komputer riba anda.

Kami menamakan perisian ini sebagai F-Tracker dan kami menawarkan harga yang sangat menarik. Anda perlu memasang/install F-Tracker ke dalam komputer riba anda sebelum dicuri sebagai langkah keselamatan jika ianya terjadi kepada anda.







TIPS BERGUNA

Untuk menjadikan F-Tracker berfungsi dengan lebih baik anda perlu membiarkan pengguna boleh mengakses laptop anda tanpa menggunakan password. Ini bermaksud anda perlu mematikan setting 'User Login' pada laptop anda.

Folder F-Tracker boleh disimpan pada lokasi rahsia didalam folder laptop anda bagi mengelakkan ia dijumpai oleh sesiapa.

Jika berlaku kecurian, sila setkan device status sebagai 'MISSING' dengan segera. F-Tracker akan segera mengumpul maklumat dan maklumat akan dihantar ke akaun Fulamak Network anda. Jika individu di dalam gambar tidak dikenali segera laporkan kepada pihak polis beserta salinan gambar suspek. Maklumat ini boleh membantu pihak polis membuat siasatan dengan bukti yang ada.



maklumat lanjut klik sini >>

Warga Rembau rayu sumbangan pembedahan mata

Posted: 24 Apr 2011 06:37 PM PDT



Dari Blog Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Chembong.
Rayuan Derma dan Sumbangan Pembedahan Mata
Puan Sadiah bt Idris memohon bantuan kewangan untuk kos pembedahan matanya. Beliau memerlukan RM 6705 untuk kos rawatan tersebut.

Beliau tinggal sebatang kara di Kg Batu 17 Chembong dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Beliau boleh dihubungi di talian 06-6851681. Beliau tinggal di Rumah Rakyat Rembau (depan tanah perkuburan)


Kepada sesiapa yang simpati dan murah hati bolehlah mendermakan wang ke akaun beliau : SADIAH BTE IDRIS : 0502-0689614-52-8 (CIMB BANK)

Maklumat lanjut di Blog Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Chembong http://parchembong.blogspot.com/2011/04/rayuan-derma-dan-sumbangan.html

Tiada ulasan:

Nuffnang