i n t a n h i j a u |
- MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS KAWASAN TELUK INTAN BERJALAN LANCAR
- MEMPERKASA PARTI, MENGEKALKAN KEMENANGAN
- PERLU FAHAMI ISU UNTUK UBAH MINDA RAKYAT - MISBAH
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS KAWASAN TELUK INTAN BERJALAN LANCAR Posted: 19 Apr 2011 09:37 PM PDT TELUK INTAN, 19 April - PAS Kawasan Teluk Intan telah berjaya melaksanakan mesyuarat agung tahunannya kali ke-17 baru-baru ini yang telah dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Tn. Hj. Mohamad Sabu. Mesyuarat telah diadakan di Markaz PAS Kawasan di Kg. Padang Tembak dekat sini. Mesyuarat kali ini telah menyaksikan proses pemilihan pucuk pimpinan parti kawasan bagi sesi 2011-2013 di mana kesemua jawatan melibatkan pertandingan.
Penyandang jawatan Yang Dipertua, Ustaz Hj. Ismail bin Che Nik telah dipilih sekali lagi menerajui PAS kawasan setelah berlaku pertandingan dua penjuru. Bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua juga turut kekal disandang oleh Sdr. Rahmat Maliki dan Sdr. Ahmad Kabir Mahdin yang turut melibatkan pertandingan dua penjuru. Para perwakilan juga telah memilih 18 orang ahli jawatankuasa baru melalui proses pengundian yang telah berjalan begitu lancar sekali.
Sebelum itu, semasa berucap merasmikan mesyuarat agung, Hj. Mohamad Sabu telah banyak menyentuh tentang sejarah parti dan pimpinannya yang datang dan pergi. Beliau juga banyak menyentuh isu luar negara berkaitan tentang gerakan Islam di Mesir, Lubnan dan lain-lain.
Selain itu, beliau juga menyentuh sifat keterbukaan PAS dalam melaksanakan tahaluf siyasi dengan menubuhkan sayap parti yang baru iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Beliau mengucapkan tahniah kepada PAS kawasan kerana DHPP Teluk Intan yang mempunyai bilangan ahli paling ramai di negara ini.
Kehadiran perwakilan dan pemerhati agak luar biasa daripada mesyuarat agung tahun sebelumnya mungkin kerana tarikan kehadiran Hj. Mohamad Sabu sebagai perasmi yang mana bilangan kehadiran pemerhati hampir menyamai bilangan perwakilan cawangan. Turut hadir ialah Ustaz Misbahul Munir bin Hj. Masduki, Setiausaha BPPN Perak selaku mewakili PAS negeri di samping kehadiran Ketua DHPP Pusat, Sdr. Hu Phang Chaw.
Mesyuarat kali ini juga mencatatkan sejarah kerana pihak DHPP Teluk Intan telah menghantar 5 orang perwakilan di samping kehadiran para pemerhati DHPP. Wakil DHPP juga telah berpeluang mengikuti perbahasan walaupun mereka tidak mengundi. Timbalan Ketua DHPP Teluk Intan, Sdr. Sarguna a/l Sengalarian turut diberi peluang menyampaikan ucapan penangguhan. Tiga usul telah dibentang dan dibahas yang banyak menyentuh isu politik, pilihan raya dan organisasi.
intanhijau.blogspot.com | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
MEMPERKASA PARTI, MENGEKALKAN KEMENANGAN Posted: 19 Apr 2011 06:11 PM PDT TELUK INTAN, 19 April - Bertemakan 'Memperkasa Parti, Mengekalkan Kemenangan', Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Hj. Ismail bin Che Nik telah menggariskan beberapa perkara sebagai panduan gerak kerja bagi sesi akan akan datang. Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Teluk Intan Kali Ke-37 telah diadakan di Markaz PAS Kawasan di Kg. Padang Tembak dekat sini.
Antaranya ialah :
Untuk mencapai perkara di atas, setiap ahli perlu :
intanhijau.blogspot.com | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PERLU FAHAMI ISU UNTUK UBAH MINDA RAKYAT - MISBAH Posted: 19 Apr 2011 05:24 PM PDT TELUK INTAN, 19 April - Para pimpinan dan ahli PAS perlu memahami setiap isu agar mampu menangani sesuatu isu yang akan mengubah persepsi dan minda rakyat. Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri (BPPN) Perak Ustaz Misbahul Munir bin Hj. Masduki di dalam ucapan beliau di dalam Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Teluk Intan. Majlis telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini. Beliau yang hadir sebagai mewakil BPPN Perak berkata, setiap ahli PAS perlu faham akan budaya kerja berjemaah sebagaimana terkandung di dalam Rukun Baiah iaitu al fahmu.
"Ahli PAS perlu faham benar-benar akan budaya kerja jemaah seperti bagaimana kita beradab dalam sebuah jemaah, melakukan gerak kerja dengan penuh bijaksana di samping meletakkan ketaatan dan kesetiaan tidak berbelah bahagi selagi pemimpin parti berada di dalam landasan agama," ujar beliau. Menurut beliau lagi, di dalam perjuangan Islam pasti tidak akan lari daripada dua perkara iaitu perjuangan yang masih terlalu jauh destinasinya dan perjuangan yang penuh dengan kesukaran serta halangan dan fitnah.
"Sebagai pejuang Islam, kita pasti akan menempuh dua perkara tersebut yang amat menuntut kesabaran yang tinggi dalam diri agar kita sentiasa istiqamah di dalam perjuangan." Akhirnya, beliau berharap para ahli PAS menjadikan mesyuarat agung sebagai medan untuk bermuhasabah dan menilai semula setiap gerak kerja yang telah dilakukan sebagai panduan bagi merangka gerak kerja pada masa akan datang. Turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Tn. Hj. Mohamad Sabu selaku perasmi mesyuarat agung kali ini. intanhijau.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from i n t a n h i j a u To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan