Rabu, 20 April 2011

DUN PENGKALAN KUNDOR

DUN PENGKALAN KUNDOR


Kadar kehilangan air terlalu tinggi di UUM

Posted: 20 Apr 2011 05:31 AM PDT

ALOR SETAR, 20 April 2011 – Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB. Dato' Ir. Phahrolrazi Zawawi menjelaskan bahawa SADA telah membekalkan sebanyak 15 juta liter air sehari ke Universiti Utara Malaysia (UUM) dan ia sudah mencukupi untuk menampung keperluan air ke kampus tersebut.

Bagaimanapun, katanya, UUM adalah antara kawasan yang mengalami kadar kehilangan air (non revenew water) yang tinggi iaitu sekitar 43 peratus. Antara sebabnya ialah kerosakan saluran paip yang dipasang lebih 20 tahun lalu dan penyelenggaraan yang dilakukan UUM sangat minima.

"Logi air baru di Padang Sanai sudah siap akan akan mula beroperasi, kita mampu membekalkan air ke UUM sehingga 35 juta liter air tapi harus diingat dalam keadaan infrastruktur dalaman yang teruk di UUM, bekalan air sebanyak mana pun tidak akan menyelesaikan masalah," ujarnya.

Menurutnya, infrastruktur yang direkabentuk adalah untuk keperluan 10 ribu pengguna, sedangkan sekarang penghuninya sudah bertambah tiga kali ganda. Saluran paip dan kapasiti tangki yang ada tidak mampu lagi menampung keperluan yang begitu tinggi.

Dato' Phahrolrazi menasihatkan UUM atau Kementerian Pengajian Tinggi supaya menyegerakan kerja menaik taraf infrastruktur bekalan air di UUM bagi menyelesaikan masalah berbangkit.

"Itu (kampus UUM) adalah kawasan mereka, hak mereka dan sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk mengatasi masalah yang timbul di UUM. Kerja kita ialah membekalkan bekalan air bersih yang mencukupi dan kita telah menyempurnakan kerja tersebut," ujar beliau.

dipetik dari Warta Darul Aman.

Tiada ulasan:

Nuffnang