Nuffnang

DUN BUKIT PAYONG

Posted by Tanpa Nama | Posted on 7:35 PG

DUN BUKIT PAYONG


TIMBALAN MURSYIDUL AM MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN MARANG

Posted: 24 Apr 2011 02:33 AM PDT


23 April – Mesyuarat Agung PAS Kawasan Marang Kali ke 27 telah dirasmikan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr. Haron Din dengan dihadiri oleh lebih 800 orang perwakilan dan pemerhati di Dewan Utama, Terengganu Equestrian Resort (TER) di Kuala Ibai.

Tuan Haji Yahaya Ali selaku YDP PAS Kawasan Marang mengalu-alukan kedatangan perasmi dan para perwakilan ke mesyuarat agung dan turut menyingkap beberapa gagasan, program dan harapan beliau dalam memperkasakan PAS Kawasan Marang, termasuk cadangan mendirikan sebuah dewan PAS Kawasan Marang di dalam kompleks Madrasah Darul man.  

Dato' Dr. Haron sebelum itu menerima lintas hormat perbarisan Jabatan Amal dan Briged Amal, Pemuda PAS Kawasan Marang di perkarangan TER sambil diiringi dengan lagu PAS dan lagu amal, dengan turut disaksikan oleh seluruh  jawatankuasa PAS Kawasan Marang.

Dalam ucapan perasmian tersebut, Dato' Dr.Haron Din mengulas tentang tanggungjawab mendirikan agama dalam ayat ke 13, surah asy-Syura, sebagai perintah Allah yang terus menerus dipertanggung-jawabkan ke atas para rasul secara sambung menyambung dan diteruskan pula oleh para pengikut mereka.

Perjuangan menegakkan agama pada zaman mutakhir ini menyaksikan kemunculan tokoh-tokoh pemimpin seperti Ibnu Badis di Algeria, Jamaludin Syakib Arsalan, Hasan al-Banna dan Syed Qutb di Mesir, perjuang Dr. Hatta dan Pak Nasir di Indonesia dan ramai lagi.

Perjuangan Ikhwanul Muslimin di Mesir yang suatu ketika dulu pernah dipandang ringan sudah mula membuahkan hasil di dunia arab, di mana Mesir, Tunisia, Syiria sudah mula menunjukkan perubahan yang ketara.

Perjuangan menegakkan agama tidak akan mencapai kejayaan dalam sekelip mata, sehinggakan baginda Rasulullah SAW yang sentiasa mendapat wahyu dan bimbingan daripada Allah dan ditemani oleh malaikat Jibril as pun memerlukan masa lebih 20 tahun untuk menjayakan usaha tersebut.    

Perjuangan PAS juga adalah sebuah kesinambungan bagi perjuangan menegakkan agama di bumi Malaysia sejak tahun 1951, di mana sejarah mencatatkan kesinambungan kepimpinan yang menerajui parti seperti Dr. Burhanuddin al-Helmy dan  Prof. Dr. Zulkifli yang diteruskan olehTuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada masa ini.   

Oleh kerana, perjuangan ini panjang dan dipenuhi liku maka pejuang PAS hendaklah memperkemaskan 'bahtera' perjuangan, membawa 'bekal' yang tidak terlalu berat dan mengikhlaskan niat dalam berjuang, lantaran lautan perjuangan sangat dalam dan bergelora, bekal yang terlalu berlebihan akan merencatkan perjalanan dan niat yang tidak suci akan diperiksa oleh Tuhan Yang Maha Melihat.

Akhirnya, Timbalan Mursyidul Am mengulas tentang pandangan Islam mengenai klip video yang dikatakan membabitkan Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan memberikan gambaran peristiwa yang hampir sama yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW, iaitu berita bohong tentang kecurangan isteri baginda, Sayyidatina Aisyah.

Peristiwa tersebut yang disebarkan oleh kaum munafiqin dan orang yang beriman yang terpedaya dengan dakyah kaum munafiqin, melibatkan isteri yang dikasihi oleh baginda yang merupakan anak kepada sahabat karib baginda dan melibatkan sahabat besar dalam medan jihad iaitu Safwan bin Mu'at'thal bertujuan untuk meruntuhkan kredibiliti baginda Rasulullah SAW.


Peristiwa yang membelenggu kehidupan Rasulullah SAW dan ummat Islam selama 40 hari atau 3 bulan itu benar-benar memberikan tekanan yang sangat hebat, sehingga baginda Rasulullah SAW hampir-hampir menceraikan ummul Mukminin, Aisyah untuk mengurangkan kadar tekanan hebat ke atas Islam dan kepimpinan Islam yang diselubungi dengan tuduhan yang seberat itu.

Akhirnya, wahyu turun secara panjang lebar dalam surah an-Nur membebaskan Aisyah dan Safwan daripada tuduhan liar kaum munafiqin dengan memberikan jalan kepada orang yang tercalar maruahnya untuk meminta bukti 4 orang saksi daripada golongan yang menuduh dan jika tidak mereka hendaklah didakwa melakukan jenayah Qazaf.

Kesimpulannya,  petunjuk Islam mengenai perbuatan jenayah menuduh orang berzina, iaitu mendatangkan 4 orang saksi dan bukannya dengan bersumpah la'nat mubahalah dan bukan juga dengan bersumpah di depan Ka'abah, bahkan orang yang bersumpah dengan menuduh satu pihak lain berzina pula patut dikenakan hukuman Qazaf.

Seterusnya, mesyuarat agung dirasmikan dengan lafaz 'Bismillahir Rahmanir Rahim' dan ungkapan 'teruskanlah perjalanan dengan mendapat keberkatan daripada Allah dan teguhkanlah langkah-langkah kamu dengan mendapat pertolongan daripada Allah".

Perjalanan mesyuarat agung berjalan dengan lancar dan turut melibatkan acara pemilihan jawatankuasa kerja PAS Kawasan Marang yang baru dengan dikendalikan oleh Unit Keselamatan Negeri yang dipimpin oleh saudara Yasin.

Kepimpinan Jawatankuasa PAS Kawasan Marang yang baru menyaksikan pemegang-pemegang jawatan mendapat sokongan daripada para perwakilan untuk meneruskan tanggung jawab mereka dalam memperkasakan PAS Kawasan Marang bagi sesi 2011/13.   

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah mendapat undi tertinggi dalam pemilihan kali ini.


  Perbarisan Hormat Jabatan Amal dan Briged Amal di perkarangan TER.

 Timbalan Mursyidul Am di pentas perbarisan.

 Tegap dan gagah berani belaker nih...

 Tabik hormat dan melaporkan persediaan.

 Bergerak untuk memeriksa perbarisan.



 Antara Jawatankuasa yang turut berada di tapak perbarisan.


 Dato' Dr Haron Din memeriksa perbarisan dengan diringi oleh YDP PAS Kawasan Marang.

 Perwakilan daripada Pekan Bukit Payong diluar dewan
.
 Di kaunter pendaftaran, kelihata perwakilan daripada Kampung Baru, Rhu Muda.

 Memasuki dewan mesyuarat.


 Abang-abang Unit Keselamatan.



 Qari membetulkan pembesarkan suara sbelum mempedengarkan bacaan daripada surah as-Saff.

 Ustaz Ya dan perwakilan Titian Baru.

YDP PAS Kawasan Marang, Tuan Haji Yahaya Ali menyampaikan ucapan.


Cikgu Hassan Jusoh selaku pengerusi Majlis Perasmian.

Dato' Dr.Haron Din memberikan ucapan perasmian yang memberi semangat dan merungkai isu dengan jelas dan menarik. 

Wakil kaum tionghua turut hadir dalam mesyuarat ini.

Anugerah DUN dengan pertambahan ahli terbanyak.


Dato' Dr. Haron melancarkan kutipan derma untuk membina dewan PAS Kawasan Marang di Bukit Payong.

Mengutip derma setelah pelancaran derma dibuat daripada Dewan Pemuda Kawasan.



Perwakilan Dewan Muslimat Kawasan.


Sumbangan derma disampaikan kepada Timbalan Mursyidul Am.



Semoga Allah memberi ganjaran kepada para  penderma yang bermurah hati menyumbang kepada perjuangan Islam.

Cenderahati kepada Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din dan isteri.

Sesi Rehat.



Ustaz Sulaiman mengundi.


Ada ucapan yang kelakar agaknya...




Wakil Dewan Pemuda. saudara Rusli bertanyakan soalan.


Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP