:: cina islam | 2011 :: |
- Parti Bukan Sendirian Berhad, Urus Secara Jamaah
- Emel Percuma Untuk Rakyat Malaysia, Berbaloikah?
- Dari Email 1 Malaysia, Baik Bagi wi-fi Percuma
- MCA Minta Pulau Utusan, Apa Kata Pemuda Umno
- Anwar, Husam Dalam Seminar Muqasid
- 1Melayu 1Bumi Hasrat Sebenar Umno
- Berjuang Kerana Allah dan Rasul
- 2 Tok Guru Aset Umat Islam, Bukan Sekadar PAS
- Penyamun Tamak Terima Padah ditembak Polis
- Tipu Hamil Kerana Projek Sekolah
- Telefon Untuk Orang Buta dilancar
- Hidung Elektronik Kesan Barah
- Keputusan Perlawanan Bola Sepak La Liga
- Keputusan Perlawanan Bola Sepak Serie A
- Keputusan Perlawanan Bola Sepak Bundesliga
- Keputusan Perlawanan Bola Sepak EPL
- Rakyat Negara Kaya Cenderung Bunuh Diri?
- Memo Editor Kilang Rugi, 30 Mesin Musnah Akibat Ribut
- Pas Perlu Turunkan BN, Bukan Hadi
Parti Bukan Sendirian Berhad, Urus Secara Jamaah Posted: 24 Apr 2011 02:00 AM PDT 20 Jamadilawal 1432H. [MOD] - SHAH ALAM, 24 April: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, parti hendaklah diurus secara jamaah dan bukannya seperti syarikat sendirian berhad apatah lagi sebagai syarikat anak beranak. Menurutnya, PAS telah mengisytiharkan matlamat perjuangannya kepada seluruh rakyat Malaysia dan mereka telah melihat dan meyakininya. Tegasnya, pimpinan PAS tetap menggerakkan parti untuk terus komited bersama Pakatan Rakyat yang mengorak langkah lebih jauh dalam arena politik negara. Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS itu juga mengingatkan ahli-ahli agar buang sikap 'tiada masa dengan Allah nanti Allah tiada masa dengan kita', lazimi Al-Quran, tahajjud dan puasa sunat serta berusaha agar kelemahan yang diketahui tidak terus dikekalkan. Beliau menambah, kemenangan kali kedua di Selangor dalam pilihan raya umum (PRU) 13 akan datang bagi menjamin segala usaha politik dan dakwah Islam masakini dapat diteruskan. Menurutnya, keadaan sekarang amat cantik di pandangan mata di mana masjid berjaya dimakmurkan dengan segala aktiviti mendidik anggota masyarakat. "Kerana itu, harapan agar segala usaha dapat dilakukan sebaiknya bagi memastikan segala kegiatan dan usaha ke arah kebaikan dapat dijayakan dengan sebaiknya. "Ingatlah Allah sedang menguji anda semua di Selangor ini, pasti tidak sama keadaannya sebelum menang dengan suasana selepas memegang tampuk kerajaan," tegasnya. Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang berucap demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Shah Alam ke 24 di TTDI Jaya, dekat sini pagi tadi. Beliau berkata, pemimpin baik adalah mereka yang terus berpandangan jauh ke hadapan namun sesekali hendaklah menoleh ke belakang melihat kemampuan ahli-ahlinya. Mereka, ujarnya, jangan terlalu laju sehingga tidak mampu dikejar ahli dan jangan pula terlalu lambat sehingga kaki mereka dipijak. "Semua ahli mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri, seumpama binaan batu-bata, mestilah disusun dengan baik, yang terlebih bakar, jangan diletakkan di hadapan kerana boleh merosakkan pandangan tetapi letaklah di bahagian pengukuhan tiang binaan," tegasnya penuh berkias. Sementara itu, ketika berucap dalam majlis sama, Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata, jika musuh dapat merampas semula Selangor, mereka pasti akan melakukan sekatan lebih teruk daripada sebelum ini. Menurutnya, kemenangan PAS di banyak kawasan termasuk Shah Alam dalam PRU 12 pada Mac 2008 adalah hasil pendirian dan sokongan banyak pihak termasuk bukan Islam dan Melayu. Kerana itu, jelasnya, gerak kerja selepas ini mestilah menjurus ke arah mendekatkan mereka termasuk semua anggota masyarakat lain bagi memahamkan mereka perjuangan dan matlanat PAS dalam memberi dan memelihara hak dan tuntutan semua pihak termasuk bukan Islam. H/daily |
Emel Percuma Untuk Rakyat Malaysia, Berbaloikah? Posted: 24 Apr 2011 01:25 AM PDT 20 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Satu lagi siri keputusan terburu-buru yang dibuat oleh kerajaan walaupun Perdana Menteri dengan tegasnya menyebut bahawa dana yang digunakan bagi membangun projek ini tidak sama sekali menggunakan duit rakyat. Nah, kalau bukan duit rakyat soalnya duit siapa? Kerajaan mana yang sediakan peruntukan tersebut? Perkara ini sebenarnya mengelirukan banyak pihak termasuk kakitangan kerajaan sendiri yang belum tentu mampu mengendalikan projek ini dengan jayanya. Bagi saya bukan emel percuma sebagai pilihan utama kepada rakyat sekarang. Setahu saya banyak lagi pilihan untuk rakyat untuk menggunakan perkhidmatan emel percuma. Sebagai contoh mudah di bank-bank dan perkhidmatan emel daripada universiti pun percuma. Jadi, tidak perlulah kerajaan mewar-warkan inisiatif tersebut yang bagi saya mempunyai kepentingan lain. Nama emel sahaja pun sudah cukup menggambarkan ianya berkepentingan. Apa yang lebih utama diusahakan pihak kerajaan adalah memperuntukkan internet ke seluruh negara kalau benar-benar ingin jadikan Malaysia sebagai negara maju. Belum pun internet, nak disediakan emel percuma. Saya sebutkan internet yang lebih utama dek kerana sumber maklumat yang sangat terhad sekarang menyebabkan rakyat terdedah kepada maklumat-maklumat asas yang boleh jadi benar dan boleh jadi salah. Justeru, saya mencadangkan sediakan internet terlebih dahulu. Sebagai contoh,apa yang sedang diusahakan oleh kerajaan negeri Selangor yang sedang menggiat usaha meluaskan jalur internet ke seluruh negeri Selangor. Bahkan pelaburan untuk projek ini sehingga mencecah RM50 juta! Seperti yang dipetik dari sebuah laporan akhbar mengenai ucapan Perdana Menteri: "He said that the RM50 million investment would have a GNI impact of RM39 million up to 2015 Further the 1 Malaysia email initiative will allow direct and secure communications between Malaysian citizens and government as well as enhance delivery of public services.." Soalnya,adakah projek ini adil untuk semua rakyat Malaysia walaupun namanya emel 1 Malaysia? Bagaimana para penduduk di kawasan pedalaman yang kawasannya pun belum tentu mempunyai sumber asas seperti bekalan air bersih dan elektrik! Hak asasi ini yang perlu pihak kerajaan lebih peka dan prihatin. Cuma baru-baru ini saya juga dimaklumkan projek pemberian mini komputer riba secara percuma apabila membuat penyambungan internet pun telah dihentikan oleh pihak kerajaan dengan alasan tidak cukup dana dan kehabisan peruntukan sedangkan projek ini sangat besar manfaatnya untuk rakyat. Janganlah terlalu ghairah mengejar impian sehingga hak asasi rakyat diabaikan. Ibarat kata Karam Sigh Walia, kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan! Bagi saya juga, pendidikan percuma lebih utama diusaha dan diharmonikan oleh kerajaan berbanding sekadar emel percuma yang katanya bakal mengganti surat-surat rasmi kerajaan kepada rakyat Malaysia dalam usaha berjimat cermat. Bagaimana pula masa depan para posmen di Malaysia? Agaknya mereka pula hilang kerja gara-gara surat sudah bertukar dalam bentuk emel ! H/daily |
Dari Email 1 Malaysia, Baik Bagi wi-fi Percuma Posted: 24 Apr 2011 01:00 AM PDT 20 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KEPALA BATAS, 21 April: Kerajaan Malaysia patut meniru langkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberikan Wi-Fi percuma kepada keseluruhan rakyat bukannya memperkenalkan Email 1 Malaysia yang mempunyai motif tersendiri untuk menyelamatkan kedudukan syarikat Tricubes Berhad yang terumbang ambing. Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yussof menegaskan, perbelanjaan RM50 juta wang rakyat demi kroni tidak boleh diterima lagi bahkan patut dihukum dengan memilih Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang kerana lebih cerdik menggunakan wang kerajaan untuk sesuatu projek. Beliau mengulas pengumuman kerajaan untuk memperkenalkan email 1 Malaysia. Ia berubah-ubah dari projek kerajaan kepada inisiatif swasta. Media pula mendedahkan syarikat Tricubes Berhad adalah syarikat yang hampir bankrap dan dikaitkan dengan adik perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak melalui Kumpulan CIMB. Agensi kerajaan yang menggunakan email ini pula akan dikenakan caj 50 sen satu email yang akan diperolehi oleh Tricube sedangkan sebelum ini ia hanya percuma dan tidak akan menggunakan wang rakyat. Sejak pengumuman ini, saham Tricubes telah naik mencanak di Bursa Malaysia kepada angka yang tidak pernah dicapainya sebelum ini. "Jika nak sangat bagi jalur lebar untuk meningkatkan prestasi negara lebih baik bagi Wi-Fi percuma pada rakyat bukanya email 1 Malaysia. Lagipun ramai rakyat dah ada email sendiri termasuk remaja atau pelajar sekolah. Kita rasa Wi-Fi amat penting kerana ia dapat mengurangkan kos penggunaan internet sepertimana sekarang ia menjadikan syarikat telekomunikasi bertambah kaya buat keuntungan, " terang Yusmadi (gambar) ketika ditemui di majlis Hi-Tea di Nans Food Court, Taman Serdang, Kepala Batas baru-baru ini. Lagipun katanya, cadangan berkenaan bertujuan mengongkong rakyat terutamanya golongan pemuda agar memberikan sokongan kepada kerajaan sedia ada untuk meneruskan tranformasi yang dibentangkan oleh Perdana Menteri beberapa minggu sebelum menjelangnya tarikh piliharanraya Sarawak. Selain mempunyai motif yang tersirat barangkali cara itu merupakan taktik Barisan Nasional (BN) melebarkan proganda dan dakyah kepada sasaran dengan lebih mudah terus ke dalam komputer yang mendaftar dengan email 1 Malaysia. "Dengan kewujudan email yang dipantau oleh kerajaan lebih mudah untuk mereka menyebarkan propaganda bagi menghalang kemaraan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum ke 13 nanti, " tambahnya. Program khas sempena perlantikan Adnan sebagai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Pinang Tunggal turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeAdiLan), Azmin Ali, Ketua Perhubungan KeAdiLan Negeri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan Yang Dipertua PAS Kepala Batas, Rosidi Husain. H/daily |
MCA Minta Pulau Utusan, Apa Kata Pemuda Umno Posted: 24 Apr 2011 12:15 AM PDT 20 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KOTA BHARU, 24 April: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) mencabar Pergerakan Pemuda Umno untuk menyatakan pendirian terhadap gesaan Timbalan ketua publisiti MCA, Loh Seng Kok agar akhbar lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia dipulaukan oleh rakyat Malaysia. Gesaan ini dilaporkan oleh laman web berita dalam talian Malaysiakini pada 23 April 2011. Ini ekoran rencana yang ditulis oleh Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan minggu lepas yang mencadangkan agar digerakkan kempen '1Melayu, 1Bumi'. Pemuda PAS Kelantan, kata Ketua Penerangannya Ahmad Fadhli Shaari, menyanggah kenyataan Presiden UMNO bahawa cadangan tersebut merupakan cadangan peribadi penulis dan tidak ada kaitan dengan kerajaan. Hakikatnya, kata beliau, Utusan Malaysia merupakan lidah rasmi Umno dan sebarang tulisan yang tersiar di dalamnya khususnya yang berkaitan dengan sidang pengarangnya sendiri harus dipikul tanggungjawabnya oleh Umno. Justeru, Fadhli (gambar) berkata, Pemuda PAS Kelantan melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh MCA merupakan satu cabaran kepada Umno yang mengaku memperjuangkan bangsa Melayu. "Jika selama ini mereka sering menuduh bahawa PAS telah menjadi kuda tunggangan DAP, maka hari ini apabila MCA secara terang menyelar lidah rasmi Umno, adakah Umno berani untuk bersuara?" katanya dalam satu kenyataan. Pemuda PAS Kelantan beranggapan, sekiranya Umno khususnya Pergerakan Pemudanya hanya diam membisu, bererti mereka sendiri sudah merelakan diri menjadi kuda tunggangan MCA. "Sepatutnya, pada masa inilah Pemuda UMNO perlu menunjukkan kejantanan mereka tampil ke hadapan membela suara rasmi mereka yang dianggap pembela bangsa Melayu selama ini," katanya. Hakikatnya, kata Fadhli, seruan Utusan Malaysia itu hanyalah mengulangi pendirian politik perkauman yang diamalkan oleh Umno selama ini. Pemuda PAS Kelantan katanya yakin, masyarakat Malaysia semakin menyedari permainan politik yang merbahaya ini dan akan menolak politik perkauman yang diamalkan oleh Umno dana rakan-rakan parti politik di dalam komponen Barisan Nasional. H/daily |
Anwar, Husam Dalam Seminar Muqasid Posted: 23 Apr 2011 11:30 PM PDT 20 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KOTA BHARU, 24 April: Kerajaan Negeri Kelantan melalui Tabung Amanah Tok Kenali (TATOK) akan mengadakan seminar pemikiran Islam semasa berkaitan Maqasid Syar'iyyah yang akan diadakan di Balai Islam Lundang. Seminar tersebut akan diadakan pada 30 April 2011 bersamaan 26 Jamadilawal 1432H bermula jam 2.00 petang. Ahli-ahli panel terdiri daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR, Datuk Husam bin Musa, Exco Kelantan dan Dr. Muhammad Nur Manuty, Pensyarah KUIS yang juga Ketua Penerangan PKR. Manakala Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula akan menyempurnakan majlis perasmian penutup yang dijangka berakhir pada jam 5.00 petang. Moderator seminar ini Dr. Mohamed Fadzli Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Kerajaan Negeri kelantan. Pengarah TATOK, Mohd Khir Abdul Ghani berkata, seminar ini diadakan bagi memberi kefahaman kepada rakyat tentang matlamat Syariah. "Peserta dianggarkan lebih 1500 orang terdiri daripada pimpinan masyarakat, badan-badan NGO, pelajar-pelajar IPT dan DHPP Kelantan serta para aktivis daripada pelbagai bangsa tanpa mengira fahaman politik turut turut dialu-alukan, "Tujuan diadakan seminar untuk memberi gambaran jelas tentang konsep Maqasid Syar'iyyah dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia yang meliputi asas-asas kehidupan manusia untuk seluruh masyarakat yang berbilang kaum," katanya. Pada jam 9.00 malam pula akan diadakan ceramah penjelasan isu-isu semasa yang dianjurkan pihak Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan di Padang Majlis Daerah Machang. Penceramah ialah Nik Abdul Aziz, Anwar, Husam dan Anthony Loke, Ketua Pemuda DAP. H/daily |
1Melayu 1Bumi Hasrat Sebenar Umno Posted: 23 Apr 2011 11:00 PM PDT 20 Jamadilawal 1432H. [MOD] - BAYAN LEPAS: Isu 1Melayu, 1Bumi sepertimana yang diperkatakan oleh akhbar Utusan Melayu, milik Umno sebenarnya menyuarakan hasrat sebenar parti tersebut dan dasar yang ingin mereka praktikkan. Namun begitu, bagi Pakatan Rakyat (PR), ia bukannya sesuatu yang membanggakan. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata demikian ketika menyampaikan ceramah isu semasa di Sungai Tiram, Bayan Lepas malam tadi. Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak, turut menyatakan apa yang cuba ditimbulkan oleh Umno melalui akhbar tersebut akan mengundang prasangka yang parah kerana mempertontonkan keakuan yang melampau. "Dalam PR kita membela semua golongan masyarakat yang memerlukan sokongan dan bantuan. Siapa sahaja yang sukar dan melarat pasti akan dibela bagi menjadikan mereka juga dapat hidup dalam sempurna dengan kumpulan masyarakat yang lain. "Oleh kerana itulah, PR enggan menerima momokan prejudis seperti ini untuk diperjuangkan sebagai landasan politik yang akan membawa parah dan kemudaratan," tegasnya lagi. Azmin juga menyatakan dalam pilihan raya umum yang akan datang, PKR tidak akan berkompromi lagi dengan mana-mana pihak yang telah menggugat kestabilan parti sepertimana yang dilakukan oleh wakil rakyat yang melompat. "PKR akan pastikan tapisan kali ini adalah yang terbaik, setelah pengalaman lalu membuktikan, tanpa tapisan yang terbaik, maka hasilnya juga adalah yang tidak baik sepertimana yang dibuktikan oleh wakil rakyat PKR yang mengisytiharkan diri mereka sebagai bebas. "Mereka ini juga sebenarnya menjatuhkan imej sendiri, apabila meletakkan martabat mereka, pada tahap yang begitu rendah dengan tidak menghormati mandat yang telah diberikan oleh pengundi atas tiket parti sebelum ini. "Walau bagaimana pun, kita akan pastikan insiden ini tidak akan berulang lagi dalam pilihan raya yang akan datang. Tapisan yang terbaik akan dilakukan sebelum pemilihan wakil rakyat dilakukan," tegasnya lagi. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr. Mansor Othman dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain. H/daily |
Berjuang Kerana Allah dan Rasul Posted: 23 Apr 2011 10:40 PM PDT 20 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Sebelum Tentera Islam bersiap sedia untuk berkumpul di Yarmuk menanti serangan bala Tentera Rom, Khalifah Abu Bakar mengarahkan Panglima Khalid Al-Walid untuk mengambil alih pimpinan daripada Abu Ubaidah termasuk memimpin seluruh bala tenteranya. Abu Ubaidah terus berkata "Mudah-mudahan Allah memberkati khalifah dengan pandangannya dan selamatkan Khalid dengan tugasnya". Menariknya kata-kata dari Panglima Abu Ubaidah ini, adalah kerana ia menjadi bukti keikhlasan dan kebesaran jiwa para sahabat sehingga kasih sayang dan ukhuwwah tidak diganggu oleh kepentingan pangkat dan kedudukan sehingga mereka boleh diatur dan ditukar jawatan dengan sebegitu rupa. Inilah bukti kekuatan iman dan roh yang ada pada setiap para sahabat sehingga 2 kerajaan besar ketika itu iaitu Rom dan Parsi tunduk di bawah kekuasaan ISLAM. Kemenangan menentang Kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya Umno adalah sesuatu yang pasti jika PAS memenuhi syarat kemenangan itu untuk melayakkan diri diberi pertolongan dari Allah S.W.T. Apabila kekuatan roh berbekalkan iman dan keikhlasan serta persediaan yang terbaik mengikut kemampuan, bersama taktik dan strategi yang bijak, pertolongan dari Allah S.W.T itu pasti akan berlaku tanpa halangan. Satu petikan yang saya ambil dari karangan Tuan Guru Presiden sendiri, satu karya yang cukup bermakna buat diri saya iaitu "Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin". Pentingnya setiap pejuang gerakan ISLAM khususnya yang berada di dalam PAS melalui proses didikan itu atau proses tarbiyyah itu sepertimana proses yang sama dilalui oleh para sahabat Nabi S.A.W kerana jika tidak, PAS akan melahirkan barisan pimpinan yang lemah untuk memimpin gerakan itu. Dan jika pimpinan itu dipilih dari perwakilan yang juga tidak melalui proses tarbiyyah itu, saya khuatir, PAS tidak akan dapat melayakkan diri untuk menerima pertolongan dari Allah S.W.T sepertimana pertolongan yang telah diberikan kepada para sahabat Nabi suatu ketika dahulu. Saya khuatir. Saya tidak akan khuatir tanpa bersebab. Semoga pemerhatian saya tersilap atau tersilau dari hakikat sebenar khususnya di kawasan saya sendiri. Pilihlah mereka yang teguh dari aspek akidah dan akhlak, dan juga mereka yang mampu menyatukan semua pihak untuk berjuang ke arah satu matlamat, tidak kira dari kalangan ahli PAS malah dari kalangan parti komponen Pakatan Rakyat itu sendiri khususnya PKR dan DAP. Bagaimana pentingnya kepimpinan ulama' untuk membarisi kepimpinan PAS, begitu juga pada pandangan peribadi saya, pentingnya golongan professional untuk juga bersama-sama dalam barisan pimpinan baru kali ini. Pesanan dari Ayahanda Almarhum Ustaz Hj.Fadzil Noor dari kertas kerja beliau, "Konsep Kepimpinan Dalam Parti Islam Semalaysia", "Bagi kita ulama' bukanlah dilihat dari segi pakaian lahirnya tetapi yang kita maksudkan ulama' ialah mereka yang memahami Islam serta hukum-hukumnya dari sumber-sumber Islam yang diijmakkan iaitu Al-Quran, Al-Sunnah, Al-Ijmak dan Al-Qias. Mereka bukan sahaja terdiri dari kalangan yang mendapat pendidikan dan melalui pengajian agama sejak awal pengajian mereka tetapi mereka juga mungkin terdiri dari kalangan yang pada peringkat awalnya bukan melalui pengajian agama tetapi kemudiannya berusaha untuk mendapat ilmu-ilmu keIslaman seperti yang berlaku di dalam sebahagian dari kepimpinan Islam di dunia sekarang ini. Lantaran itu bukanlah suatu yang mustahil PAS akan dipimpin oleh mereka yang awalnya bukan mendapat pengajian agama tetapi mereka berjaya melayakkan diri memahami dan menguasai ilmu-ilmu keIslaman dan mendapat kepercayaan sebagai pemimpin.". Apabila Panglima Khalid Al-Walid dilucutkan jawatan oleh Khalifah Umar Al-Khattab, beliau masih bersama-sama gagah dalam barisan serangan menyerang musuh ISLAM tanpa ada rasa kekecewaan sedikitpun di wajahnya sehingga perlakuan yang dianggap pelik oleh sebahagian ketika itu dijawab dengan penuh yakin oleh beliau "Kerana Allah Dan Rasulnya Aku Berjuang". Dan jika kerana itu juga, sebab utama kenapa kita bersama di dalam PAS, pastinya kasih sayang dan ukhuwwah antara kita akan terus dipelihara oleh semua khususnya ketika proses pemilihan pimpinan di peringkat cawangan, kawasan dan pastinya ketika di Muktamar PAS yang ke-57 yang menjelang tiba. Insya Allah. H/daily |
2 Tok Guru Aset Umat Islam, Bukan Sekadar PAS Posted: 23 Apr 2011 10:20 PM PDT Jamadilawal 1432H. [MOD] - PASIR PUTEH, 24 April: Dua tokoh utama PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang disifatkan aset penting umat Islam, malah untuk seluruh rakyat bukan sekadar kalangan orang PAS semata-mata. "Nilai mereka berdua dalam memandu seluruh rakyat keluar dari kerenah dan fitnah musuh terlalu besar dan tidak perlu dipertikaikan sesiapa," kata AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin. Kegigihan dan keputusan tepat mereka, kata beliau menyebabkan perancangan-perancangan Umno merosakkan Islam dan rakyat negara ini dapat ditepis dengan baik. "Sejak Umno menggunakan khidmat nasihat APCO (yang dikaitkan dengan Yahudi) dan merencana pelbagai taktik untuk merosakkan PAS dan Islam, kita amat bertuah kerana kedua-dua pemimpin ini terus komited mempertahankan kesucian Islam dan harapan rakyat," kata beliau di majlis pemimpin bersama rakyat yang diadakan di dewan utama Majlis Daerah ini, petang kelmarin. Menurutnya, meskipun kedua-dua tokoh ini amat tinggi pengetahuan mereka tentang Islam dan pelbagai ilmu lain, mereka sentiasa berbincang dan mengambil pandangan semua pihak dalam memutuskan setiap perkara. "Dalam jawatankuasa pusat (PAS) kami kerapkali terpaksa melanjutkan perbincangan hingga pukul tiga, empat pagi kerana mereka mahu semua pandangan di dengar sebelum satu keputusan dibuat demi kebaikan umat dan rakyat," tegas beliau yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang. Beliau meminta ahli-ahli PAS dan rakan-rakan yang mahu bersama memperjuangkan keadilan dan keselamatan menggunakan segala ruang untuk memberikan sokongan besar kepada tokoh seumpama ini yang tujuan hidup mereka semata-mata mencari redha Allah dan mengharap kesejahteraan rakyat. Sebelum itu, Ahli Parlimen Pasir Puteh, Ustaz Muhammad Husain dalam ucapannya memberi amaran kepada Umno supaya menghentikan kegiatan tidak bermoral dengan memfitnah dan menyebarkan berita-berita palsu yang mengelirukan orang ramai. "Di peringkat nasional, rakyat sudah muak dengan fitnah hodoh seperti diperlakukan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga anak-anak kecil kebingunan dengan apa yang dilaporkan di media. "Di Pasir Puteh ini, media digunakan untuk menyebar berita palsu kononnya berduyun-duyun ahli PAS masuk Umno," katanya. Di sebelah pagi telah diadakan mesyauarat agung muslimat PAS kawasan Pasir Puteh di tempat yang sama. "Pagi ini kita adakan masyuarat (agung) muslimat di sini, perwakilan yang hadir hampir 600, ini membuktikan segala dakwaan bahawa orang kawasan ini begitu ramai masuk Umno satu pembohongan," ujar beliau. H/daily |
Penyamun Tamak Terima Padah ditembak Polis Posted: 23 Apr 2011 10:00 PM PDT 20 Jamadilawal 1432H. [MOD] - MELAKA – Tidak puas dengan hasil samun yang diperoleh daripada sebuah stesen minyak di Jalan Munsyi Abdullah di sini, dua penjenayah menyamun pula sebuah stesen minyak di Tengkera selang 15 minit selepas itu malam kelmarin. Sikap tamak mereka bagaimanapun membawa padah apabila salah seorang daripadanya ditembak dan ditahan polis ketika melakukan samun kedua. ANGGOTA polis menjalankan siasatan di sebuah stesen minyak yang cuba disamun di Tengkera, Melaka Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, kejadian pertama di sebuah stesen minyak di Jalan Munsyi Abdullah itu berlaku kira-kira pukul 9 malam. Menurutnya, ketika melakukan samun kedua, salah seorang penjenayah itu memasuki kaunter bayaran dan mengugut juruwang wanita berusia 20-an dengan sebilah pisau agar menyerahkan wang. "Dua anggota polis yang menyamar dalam Ops Kios di stesen minyak ini menggagalkan cubaan samun tersebut. "Suspek kemudian keluar dari kaunter dan menyerang anggota polis tersebut dengan pisau menyebabkan satu tembakan terpaksa dilepaskan dan mengena bahagian kiri perut suspek," katanya. |
Tipu Hamil Kerana Projek Sekolah Posted: 23 Apr 2011 09:30 PM PDT 20 Jamadilawal 1432H. [MOD] - YAKIMA, Washington - Setelah mengharungi kehidupan sebagai pelajar sebuah sekolah tinggi dengan kandungan yang semakin membesar, Gaby Rodriguez akhirnya membuat pengakuan mengejutkan - dia sebenarnya tidak pernah hamil. Rodriguez, 17, membuat pendedahan itu minggu ini semasa menghadiri perhimpunan pagi Sekolah Tinggi Toppenish di sini selepas guru dan rakan sekolahnya menyangka dia telah enam bulan mengandungkan anak luar nikah. Pelajar berkenaan yang mendapat semua A dalam mata pelajarannya sebaliknya memberitahu, dia berpura-pura hamil untuk menyiapkan projek tahun akhirnya yang bertajuk: Stereotaip, Khabar Angin dan Statistik. Sebagai bukti dia berkata benar, Rodriguez mengeluarkan bantal yang diikat dengan menggunakan wayar pada perutnya di hadapan para pelajar lain. Seterusnya, dia memberitahu, kajian sosial itu dirahsiakan dan hanya diketahui oleh seorang rakannya, ibunya, teman lelakinya dan pengetua sekolah berkenaan serta segelintir yang lain. "Saya mahu membuang bantal ini dan tidak mahu lagi meneruskannya," katanya kepada akhbar Yakima Herald-Republic selepas mendedahkan berita tersebut. Selepas Rodriguez membuang 'perut palsunya', ramai antara 700 pelajar sekolah itu, pada mulanya terkejut, namun mereka lantas bangun memberikan tepukan gemuruh kepadanya. GABY RODRIGUEZ membuang bantal pada perutnya selepas berpura-pura hamil selama enam bulan. Mengulas mengenai tindakan pelajarnya itu, pengetua sekolah berkenaan, Trevor Green berkata, Rodriguez patut dipuji kerana komitmennya meneruskan projek tersebut. "Dia mengorbankan tahun akhirnya semata-mata untuk mengetahui bagaimana perasaannya menjadi seorang ibu pada usia remaja. Saya mengagumi keberaniannya," kata pengetua tersebut. Kisah pelajar berkenaan mendapat liputan meluas di AS dengan Rodriguez diundang ke rancangan bicara pagi popular, Today kelmarin untuk menceritakan pengalamannya. - Agensi |
Telefon Untuk Orang Buta dilancar Posted: 23 Apr 2011 09:15 PM PDT 20 Jamadilawal 1432H. [MOD] - NEW DELHI - Sebuah syarikat teknologi India melancarkan telefon bimbit khas bagi golongan buta. Telefon unik itu mempunyai ciri seperti papan kekunci menggunakan tulisan Braille, dail panggilan menggunakan suara dan turut membacakan teks mesej kepada pengguna. Menurut Intex Technologies, telefon yang dinamakan Intex Vision itu mempunyai papan kekunci yang mampu berkata-kata dan akan membacakan nombor yang ditekan kepada pengguna bagi membantu golongan buta yang tidak boleh membaca tulisan Braille. Buat masa ini, telefon berharga 2,600 Rupee (RM177) itu hanya boleh didapati dalam bahasa Inggeris namun lebih banyak versi bahasa lain, termasuk Hindi, akan dikeluarkan dalam masa terdekat. |
Posted: 23 Apr 2011 09:00 PM PDT 20 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Sebuah ciptaan teknologi perubatan baru digelar 'hidung elektronik' mampu mengesan barah hanya melalui ujian pernafasan ke atas pesakit. Rekaan baru seperti itu amat diperlukan untuk mengesan barah di bahagian kepala dan leher pada peringkat awal kerana sebelum ini, penyakit berbahaya itu hanya boleh dikesan melalui ujian khas iaitu selepas tahap penyakit menjadi lebih serius. Hasil kajian awal menunjukkan hidung elektronik yang menggunakan teknologi nano itu dapat mengenal pasti sel barah peringkat awal dalam bentuk molekul paling kecil. Dianggarkan 40,000 pesakit menghidap barah di kepala dan leher di Amerika Syarikat setiap tahun. |
Keputusan Perlawanan Bola Sepak La Liga Posted: 23 Apr 2011 08:45 PM PDT 20 Jamadilawal 1432H. [MOD] - MADRID: Keputusan perlawanan bola sepak membabitkan kelab La Liga, Sepanyol semalam dan awal pagi tadi adalah: Valencia 3 (Soldado 60, Jonas 80, Alba 85) , Real Madrid 6 (Benzema 23, Higuain 31, 42, 53, Kaka 39, 62) Barcelona 2 (Villa 24, Messi 87) , Osasuna 0 Athletic Bilbao 2 (Muniain 18, Toquero 29) , Real Sociedad 1 (Javi Martinez 31-gs) AFP |
Keputusan Perlawanan Bola Sepak Serie A Posted: 23 Apr 2011 08:40 PM PDT 20 Jamadilawal 1432H. [MOD] - ROM: Keputusan perlawanan bola sepak membabitkan kelab Serie A, Itali yang berlangsung semalam dan awal pagi tadi adalah: Roma 1 (Perrotta 4) , Chievo 0 Bari 0 , Sampdoria 1 (Pozzi 59) Bologna 0 , Cesena 2 (Giaccherini 48, Malonga 84) Cagliari 1 (Cossu 47) , Fiorentina 2 (Cerci 45, 50) Genoa 4 (Floro Flores 10, 62, Palacio 42, 54) , Lecce 2 (Di Michele 3, 30) Inter Milan 2 (Sneijder 40, Eto'o 53) , Lazio 1 (Zarate 24-pen) Palermo 2 (Balzaretti 38, Bovo 45-pen) , Napoli 1 (Cavani 2-pen) Udinese 0 , Parma 2 (Amauri 13, 90) Brescia 0 , AC Milan 1 (Robinho 82) Juventus 2 (Del Piero 19-pen, 38) , Catania 2 (Gomez 81, Lodi 90) AFP |
Keputusan Perlawanan Bola Sepak Bundesliga Posted: 23 Apr 2011 08:35 PM PDT 20 Jamadilawal 1432H. [MOD] - BERLIN: Keputusan perlawanan bola sepak membabitkan kelab bola sepak Bundesliga, Jerman yang berlangsung semalam dan awal pagi tadi adalah: Schalke 04 0 , Kaiserslautern 1 (Lakic 42) Bayer Leverkusen 2 (Kadlec 40, Vidal 51) , Hoffenheim 1 (Sigurdsson 28) VfB Stuttgart 3 (Cacau 6, 88, Gentner 78) , Hamburg 0 Eintracht Frankfurt 1 (Rode 54) , Bayern Munich 1 (Gomez 87-pen) St Pauli 1 (Bartels 29) , Werder Bremen 3 (Thorandt 50-gs, Pizarro 73, 74) Borussia M'gladbach 1 (Idrissou 35) , Borussia Dortmund 0 AFP |
Keputusan Perlawanan Bola Sepak EPL Posted: 23 Apr 2011 08:30 PM PDT 20 Jamadilawal 1432H. [MOD] - LONDON: Keputusan perlawanan bola sepak membabitkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung semalam dan awal pagi tadi adalah: Aston Villa 1 (Bent 43) , Stoke 1 (Jones 20) Blackpool 1 (Campbell 32) , Newcastle 1 (Lovenkrands 17) Chelsea 3 (Lampard 44, Torres 84, Malouda 90) , West Ham 0 Liverpool 5 (Rodriguez 7, 66, 73, Kuyt 23, Cole 86) , Birmingham 0 Manchester United 1 (Hernandez 83) , Everton 0 Sunderland 4 (Gyan 55, Henderson 66, 77, Sessegnon 73-pen) , Wigan 2 (Diame 52, Di Santo 90) Tottenham 2 (Pavlyuchenko 27, Defoe 66) , West Bromwich 2 (Odemwingie 5, Cox 81) Wolverhampton 1 (Fletcher 22) , Fulham 1 (Johnson 80) AFP |
Rakyat Negara Kaya Cenderung Bunuh Diri? Posted: 23 Apr 2011 08:15 PM PDT 20 Jamadilawal 1432H. [MOD] - NEW YORK - Penemuan ini mungkin mengejutkan tetapi negara yang diisytiharkan paling gembira di dunia disahkan mempunyai kadar bunuh diri tertinggi. Menurut kajian terbaru, lebih mewah sesebuah kawasan kediaman itu, lebih gembira penduduk di kawasan tersebut tetapi mereka juga lebih cenderung untuk membunuh diri. Ini kerana seseorang individu bermasalah yang tinggal di kawasan di mana penduduk lain lebih gembira akan merasa lebih tertekan berhubung masalah yang dihadapinya. Tetapi individu yang tinggal di kawasan kurang gembira tidak akan merasa terlalu tertekan dengan masalah sendiri dan lebih mudah untuk berhadapan dengan masalah tersebut. Penyelidikan terdahulu membuktikan negara di mana penduduknya paling gembira seperti Denmark, Kanada, Amerika Syarikat dan Switzerland mempunyai kadar bunuh diri lebih tinggi berbanding negara lain. |
Memo Editor Kilang Rugi, 30 Mesin Musnah Akibat Ribut Posted: 23 Apr 2011 08:00 PM PDT 20 Jamadilawal 1432H. [MOD] - PETALING JAYA – Sebuah kilang elektronik mengalami kerugian bes:ar apabila 30 mesin memproses alat semikonduktor musnah akibat ribut di Sungai Way, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, papan lapis dari sebuah tapak pembinaan tempat letak kereta, di belakang kilang tersebut, terbang ditiup angin sehingga menimpa bumbung premis. Kejadian menyebabkan bumbung kilang pecah dan sebahagian mesin itu musnah kerana ditimpa hujan. Pakar Pengeluaran Mekanikal, R Maniam, 40 berkata, ketika kejadian, terdapat enam pekerja operator sedang menjalankan operasi terhadap 60 buah mesin. "Secara tiba-tiba, kami terdengar bunyi dentuman yang kuat. Kami semua terus keluar menyelamatkan diri. "Bunyi tersebut kedengaran hampir 15 minit dan selepas itu, didapati bumbung kilang pecah teruk. Sebanyak 30 buah mesin termasuk produk yang sudah siap musnah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam. Kejadian juga menyebabkan tiga buah kenderaan iaitu dua Proton Iswara dan Perodua Kancil turut musnah ditimpa papan dari tapak pembinaan tersebut. |
Pas Perlu Turunkan BN, Bukan Hadi Posted: 23 Apr 2011 07:47 PM PDT 20 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR – "Pas perlu "disegarkan" dengan membawa elemen baru yang boleh memperkukuhkan parti, bukannya menukarkan kepimpinan yang ada hari ini," demikian tegas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Husam Musa. Sambil mempertahankan kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Husam berkata, Pas perlu berusaha memperkukuhkan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13 kerana ia lebih penting. "Kepimpinan Hadi selaku presiden parti masih diperlukan, cuma perlu mengambil tindakan memperkasakan kedudukannya. "Usaha yang perlu diberi perhatian adalah menjatuhkan Barisan Nasional (BN), bukannya Hadi selaku yang juga merupakan seorang pemimpin Pakatan Rakyat," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Pas kawasan Batu, semalam. Menurutnya, isu presiden dicabar atau tidak, Pas tidak perlu memberi respons secara berlebihan. "Nanti orang akan kata presiden kita ada masalah. Tapi sebenarnya tidak ada... yang nak jatuhkan Hadi adalah BN bukan Pas. "Kawasan saya (Kubang Kerian) juga mencalonkan Hadi sebagai presiden kerana beliau adalah orang yang paling layak untuk menerajui Pas. Ini sudah terbukti, malah beliau juga sudah menghadapi banyak cabaran (sebelum menjadi presiden)," katanya. Pertikaian pemilihan jawatan tertinggi Pas bermula selepas beberapa kawasan mula mengadakan mesyuarat kawasan dan Pas Bukit Bintang mencalonkan Husam sebagai presiden. Husam berkata, Pas harus disegarkan semula, bukan bermaksud ganti orang sedia ada tapi disegarkan dengan melakukan transformasi, elemen-elemen baru dalam parti. Ditanya mengenai dakwaan penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Abdul Aziz Bari bahawa Hadi liabiliti kepada Pas, Husam menegaskan pemimpin veteren itu bukan seperti yang didakwa. "Itu pendapat beliau (Aziz), akaun beliau dengan akaun saya lain, tidak sama. Bagi saya, Hadi bukan liabiliti kepada Pas, kepimpinannya masih diperlukan, cuma Pas perlu disegarkan semula," katanya. S/H |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan