:: cina islam | 2011 :: |
- Senarai penuh calon p'raya Sarawak
- Wanita disyaki bomoh kena serang
- SEMOGA ALLAH PELIHARA DIRI DAN KELUARGA KITA DARI AZAB HASIL KERJA FITNAH MEREKA
- PAS jangka sokongan wanita meningkat
- VIDEO SEKS - DI SOROK RAMAI TIDAK PERCAYA, BILA DIDEDAHKAN `CONFIRM' BUKAN ANWAR
- PAS, BN berentap di Beting Maro
- Quran dibakar dalam masjid di Malaysia
- Solat dalam sudut sains
- KONSULTAN PEKA: SPRM PERLU SIASAT SEGERA
- Ada pertanding di Muara Tuang, Calon BN hantar penyata kewangan jam 1.05 tadi
- Terkini: N.15 Muara Tuang, Calon BN bermasalah.
- Terkini 1.00 p.m: N.15 Muara Tuang
- Terkini : Senarai calon pilihan raya Sarawak
- Sebar bahan lucah sah di sisi undang-undang?
- Tenang, Merlimau, Kerdau: Keyakinan rakyat terhadap BN meningkat tetapi mengapa masih jaja video seks fitnah?
- Terkini: N.15 Muara Tuang
- Makanan: Utamakan aspek halal, selamat
- Parit Buntar : Pemuda dan Muslimat Dapat Ketua Baru
- Tip Tambahan Untuk Membina Pantun
- Tolak politik lucah, rasuah
- Perang bermula..Pakatan siap siaga
- Penamaan calon bagi merebut Sarawak
- Sarawak: Sekitar Penamaan Calon N.15 Muara Tuang
- Sibuk dengan video, BN naik harga minyak
- Muka macam Anwar, badan macam Najib?
Senarai penuh calon p'raya Sarawak Posted: 06 Apr 2011 06:25 AM PDT 02 Jamadilawal 1432H. [MOD] - N01: OPAR: SARAWAK: 8,099 1. Stephen ak Sagir (SNAP) 2. Joseph Jindy ak Peter Rosen (Bebas) 3. Boniface Willy ak Tumek (PKR) 4. Ranum ak Mina (BN-SUPP) Penyandang: Ranum ak Mina (BN-SUPP) Undi diperolehi: 3,585 Majoriti: 2,183 N02: TASIK BIRU: SARAWAK: 15,100 1. Datuk Peter Nansian ak Ngusie (BN-SPDP) 2. Frankie Jurem ak Nyombui (SNAP) 3. John Tenewi Nuek (PKR) Penyandang: Peter Nansian ak Ngusie (BN-SPDP) Undi diperolehi: 6,393 Majoriti: 3,203 N03: TANJONG DATU: SARAWAK: 7,936 1. Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB) 2. Gilbert Asson ak Kulong (Bebas) 3. Nani Sahari (PAS) Penyandang: Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,545 Majoriti: 4,136 N04: PANTAI DAMAI: SARAWAK: 14,104 1. Suhaimi Selamat (Bebas) 2. Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB) 3. Wan Zainal Abidin Wan Senusi (PKR) Penyandang: Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB) Undi diperolehi: 5,217 Majoriti: 2,164 N05: DEMAK LAUT: SARAWAK: 10,437 1. Dr Hazland Abang Hipni (BN-PBB) 2. Ali Hossen bin Abang (PKR) Penyandang: Dr Abang Draup Zamahari Abang Haji Zen (BN-PBB) Undi diperolehi: 5,094 Majoriti: 3,605 N06: TUPONG: SARAWAK: 17,796 1. Datuk Daud Abdul Rahman (BN-PBB) 2. Baharuddin @ Din Shah Mokhsen (PKR) Penyandang: Datuk Daud Abdul Rahman (BN-PBB) Undi diperolehi: 6,885 Majoriti: 4,572 N07: SAMARIANG: SARAWAK: 15,942 1. Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB) 2. Zulrusdi Mohamad Hol (PKR) Penyandang: Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB) Undi diperolehi: 5,365 Majoriti: 2,488 N08: SATOK: SARAWAK: 10,431 1. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB) 2. Ahmad Nazib Johari (PKR) Penyandang: Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,222 Majoriti: 2,798 N09: PADUNGAN: SARAWAK: 23,576 1. Dominique Ng Kim Ho (Bebas) 2. Wong King Wei (DAP) 3. Sim Kiang Chiok (BN-SUPP) Penyandang: Dominique Ng Kim Ho (PKR) Undi diperolehi: 8,002 Majoriti: 1,417 N010: PENDING: SARAWAK: 29,488 1. Prof Dr Sim Kui Hian (BN-SUPP) 2. Violet Yong (DAP) Penyandang: Violet Yong (DAP) Undi diperolehi: 11,632 Majoriti: 4,372 N011: BATU LINTANG: SARAWAK: 27,833 1. Sih Hua Tong (BN-SUPP) 2. See Chee How (PKR) 3. Soo Lina (Bebas) Penyandang: Voon Lee Shan (DAP) Undi diperolehi: 8,806 Majoriti: 3,407 N012: KOTA SENTOSA: SARAWAK: 27,301 1. Chong Chieng Jen (DAP) 2. Datuk Alfred Yap Chin Loi (BN-SUPP) Penyandang: Chong Chieng Jen (DAP) Undi diperolehi: 6,579 Majoriti: 531 N013: BATU KAWAH: SARAWAK: 20,664 1. Christina Chew Wang See (DAP) 2. Tan Joo Phoi (BN-SUPP) Penyandang: Tan Joo Phoi (BN-SUPP) Undi diperolehi: 6,755 Majoriti: 4,180 N014: ASAJAYA: SARAWAK: 13,799 1. Abd Karim Rahman Hamzah (BN-PBB) 2. Arip Ameran (PKR) Penyandang: Abdul Karim Rahman Hamzah (BN-PBB) Undi diperolehi: 6,949 Majoriti: 5,063 N015: MUARA TUANG: SARAWAK: 18,820 1. Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud (BN-PBB) 2. Noraini Hamzah (PAS) Penyandang/Incumbent: Datuk Seri Haji Mohammad Ali Mahmud (BN-PBB) Undi diperolehil: 7,863 Majoriti: 6,327 N016: BENGOH: SARAWAK: 21,955 1. Willie ak Mongin (PKR) 2. Wejok ak Tomik (Bebas) 3. Richard @ Peter ak Margaret (SNAP) 4. Dr Jerip ak Susil (BN-SUPP) Penyandang: Dr Jerip ak Susil (BN-SUPP) Undi diperolehi: 7,540 Majoriti: 3,988 N017: TARAT: SARAWAK: 16,352 1. Ateng ak Jeros (SNAP) 2. Roland Sageh Wee Inn (BN-PBB) 3. Peter Ato ak Mayau (PKR) Penyandang: Roland Sageh (BN-PBB) Undi diperolehi: 5,854 Majoriti: 3,256 N018: TEBEDU: SARAWAK: 12,497 1. Kipli bin Ale (Bebas) 2. Datuk Seri Michael Manyin ak Jawong (BN-PBB) 3. Christopher ak Kiyui (PKR) 4. Anthony ak Nais (SNAP) Penyandang: Datuk Michael Manyin ak Jawong (BN-PBB) Undi diperolehi: 6,107 Majoriti: 4,256 N019: KEDUP: SARAWAK: 17,466 1. Lainus ak Andrew Luwak (PKR) 2. Maclaine Ben @ Martin Ben (BN-PBB) 3. Amin ak Banti (Bebas) 4. Belayong ak Jayang (SNAP) Penyandang: Frederick Bayoi ak Manggie (BN-PBB) Undi diperolehi: 5,635 Majoriti: 1,981 N020: SADONG JAYA: SARAWAK: 7,656 1. Aidel Lariwoo (BN-PBB) 2. Mahayudin Wahab (Bebas) 3. Abang Eddy Allyanny Abang Fauzi (PAS) Penyandang: Datuk Wan Abdul Wahab Wan Sanusi (BN-PBB) Undi diperolehi: 2,715 Majoriti: 858 N021: SIMUNJAN: SARAWAK: 10,104 1. Mohd Naroden Majais (BN-PBB) 2. Mashor Hussen (PKR) 3. Zaini bin Le' (Bebas) 4. Mac Palima ak Nyambil (PCM) Penyandang: Mohd Naroden Majais (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,786 Majoriti: 3,350 N022: SEBUYAU: SARAWAK: 8,042 1. Ali bin Semsu (Bebas) 2. Adam Ahid (PAS) 3. Julaihi Narawi (BN-PBB) Penyandang: Julaihi Narawi (BN-PBB) Undi diperolehi: 3,748 Majoriti: 2,448 N023: LINGGA: SARAWAK: 7,745 1. Abang Othman Abang Gom (SNAP) 2. Abang Ahmad Arabi Abang Bolhassan (PKR) 3. Simoi Peri (BN-PBB) Penyandang: Simoi Peri (BN-PBB) Undi diperolehi: 3,245 Majoriti: 1,870 N024: BETING MARO: SARAWAK: 7,868 1. Razaili Gapor (BN-PBB) 2. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (PAS) Penyandang: Bolhassan Di @ Ahmad Di (BN-PBB) Undi diperolehi: 2,796 Majoriti: 895 N025: BALAI RINGIN: SARAWAK: 8,798 1. Ibi ak Uding (PKR) 2. Snowdan Lawan (BN-PRS) 3. Dan ak Giang (SNAP) 4. Lipeh ak Mawi (PCM) 5. Cobbold ak Lusoi (Bebas) 6. Sujal ak Gansi (Bebas) Penyandang: Snowdan ak Donald Lawan (BN-PRS) Undi diperolehi: 3,075 Majoriti: 1,516 N026: BUKIT BEGUNAN: SARAWAK: 7,778 1. Mong ak Dagang (BN-PRS) 2. Lias ak Julai (Bebas) 3. Jimmy Lim @ Jimmy Donald (PKR) 4. Ivanhoe Anthony ak Belon (SNAP) Penyandang: Mong ak Dagang (BN-PRS) Undi diperolehi: 3,083 Majoriti: 1,007 N027: SIMANGGANG: SARAWAK: 10,488 1. Leon Jimat Donald (DAP) 2. Datuk Francis Harden ak Hollis (BN-SUPP) Penyandang: Datuk Francis Harden ak Hollis (BN-SUPP) Undi diperolehi: 5,144 Majoriti: 4,258 N028: ENGKELILI: SARAWAK: 9,444 1. Dr Johnichal Rayong ak Ngipa (BN-SUPP) 2. Jimmy Simon Maja (Bebas) 3. Semijie ak Janting (SNAP) 4. Marudi @ Barudi ak Mawang (PKR) Penyandang: Dr Johnical Rayong ak Ngipa (SNAP) Undi diperolehi: 3,442 Majoriti: 426 N029: BATANG AI: SARAWAK: 8,728 1. Nicholas Bawin ak Anggat (PKR) 2. Malcom Mussen ak Lamoh (BN-PRS) Penyandang: Malcom Mussen ak Lamoh (BN-PRS) Undi diperolehi: 3,907 Majoriti: 1,854 N030: SARIBAS: SARAWAK: 8,054 1. Ricky @ Mohammad Razi Sitam (BN-PBB) 2. Abang Zulkifli Abang Engkeh (PKR) Penyandang: Dr Wahbi Junaidi (BN-PBB) Undi diperolehi: 2,441 Majoriti: 94 N031: LAYAR: SARAWAK: 8,109 1. Joe ak Unggang (SNAP) 2. Stanny Embat Dharoh ak Laja (PKR) 3. Ngumbang @ Kibak ak Datu (Bebas) 4. Tan Sri Dr Alfred Jabu ak Numpang (BN-PBB) Penyandang: Tan Sri Dr Alfred Jabu ak Numpang (BN-PBB) Undi diperolehi: 3,767 Majoriti: 2,677 N032: BUKIT SABAN: SARAWAK: 7,657 1. Dayrell Walter Entrie (SNAP) 2. Jerah ak Engkiong @ Edward Jerah (PKR) 3. Robert Lawson Chuat (BN-PBB) Penyandang: Robert Lawson Chuat (BN-PBB) Undi diperolehi: 3,258 Majoriti: 1,878 N033: KALAKA: SARAWAK: 14,167 1. Ismail bin Hussain (Bebas) 2. Abdul Wahab Aziz (BN-PBB) 3. Mohd Yahya Abdullah (PKR) Penyandang: Abdul Wahab Aziz (BN-PBB) Undi diperolehi: 7,396 Majoriti: 5,929 034: KRIAN: SARAWAK: 11,016 1. Liman ak Sujang (SNAP) 2. Datuk Peter Nyarok ak Entrie (BN-SPDP) 3. Banyi ak Beriak (Bebas) 4. Ali ak Biju (PKR) Penyandang: Datuk Peter Nyarok ak Entrie (BN-SPDP) Undi diperolehi: 4,784 Majoriti: 2,089 N035: BELAWAI: SARAWAK: 8,623 1. Abdul Wahab Abdullah (PKR) 2. Kiprawi bin Suhaili (Bebas) 3. Datuk Talif @ Len Salleh (BN-PBB) Penyandang: Hamden Ahmad (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,102 Majoriti: 3,316 N036: SEMOP: SARAWAK: 8,891 1. Abdullah Saidol (BN-PBB) 2. Ong Chung Siew (PKR) 3. Ajiji Fauzan (Bebas) Penyandang: Datuk Mohamad Asfia Awang Nasar (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,479 Majoriti: 3,226 N037: DARO: SARAWAK: 7,305 1. Murni Suhaili (BN-PBB) 2. Jamaludin Ibrahim (PKR) 3. Muhamad Zamhari Berawi (Bebas) 4. Noh @ Muhamad Noh Bakri @ Bakeri (Bebas) Penyandang: Murni Suhaili (BN-PBB) (Menang Tidak Bertanding) N038: JEMORENG: SARAWAK: 8,635 1. Asbor Abdullah (Bebas) 2. Abdul Hafiz Noh (Bebas) 3. Gani @ Abu Seman Jahwie (BN-PBB) Penyandang: Abu Seman Jahwie (BN-PBB) Undi diperolehi: 3,567 Majoriti: 1,710 N039: REPOK: SARAWAK: 18,481 1. Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP) 2. Dr Wong Hua Seh (DAP) Penyandang: Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP) Undi diperolehi: 5,502 Majoriti: 576 040: MERADONG: SARAWAK: 15,337 1. Ling Kie King (BN-SUPP) 2. Ting Tze Fui (DAP) Penyandang: Ting Tze Fui (DAP) Undi diperolehi: 5,990 Majoriti: 3,578 N041: PAKAN : SARAWAK: 9,274 1. Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP) 2. Jamal Bin Abdullah @ Tedong ak Gunda (SNAP) Penyandang: Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP) Undi diperolehi: 4,138 Majoriti: 1,763 N042: MELUAN: SARAWAK: 11,487 1. John Brian Anthony ak Jeremy Guang (PKR) 2. Wong ak Judat (BN-SPDP) 3. Labang ak Jamba (SNAP) Penyandang: Wong ak Judat (BN-SPDP) Undi diperolehi: 5,086 Majoriti: 3,007 N043: NGEMAH: SARAWAK: 8,058 1. Alexander Vincent (BN-PRS) 2. Yakup Khalid (Bebas) 3. Adeh ak Denong (PCM) 4. Michael ak Lias (SNAP) 5. Aris ak Alap (PKR) Penyandang: Gabriel Adit ak Demong (IND) Undi diperolehi: 2,582 Majoriti: 549 N044: MACHAN: SARAWAK: 9,944 1. Kong Tat Kim (PCM) 2. Datuk Gramong Juna (BN-PBB) 3. George Chen Nguk Fa (PKR) 4. Augustine ak Liom @ August Kiom (SNAP) Penyandang: Datuk Gramong Juna (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,045 Majoriti: 2,289 N045: BUKIT ASSEK: SARAWAK: 26,926 1. Hii Tiong Huat (Bebas) 2. Chieng Huong Toon (BN-SUPP) 3. Wong Ho Leng (DAP) Penyandang: Wong Ho Leng (DAP) Undi diperolehi: 10,380 Majoriti: 4,751 N046: DUDONG: SARAWAK: 26,251 1. Yap Hoi Liong (DAP) 2. Datuk Tiong Thai King (BN-SUPP) 3. Apandi Abdul Rani (Bebas) Penyandang: Dr Soon Choon Teck (BN-SUPP) Undi diperolehi: 7,359 Majoriti: 408 N047: BAWANG ASSAN: SARAWAK: 16,743 1. Alice Lau Kiong Yieng (DAP) 2. Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP) Penyandang: Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP) Undi diperolehi: 6,804 Majoriti: 2,504 N048: PELAWAN: SARAWAK: 28,808 1. Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP) 2. David Wong Kee Woan (DAP) Penyandang: Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP) Undi diperolehi: 7,375 Majoriti: 263 N049: NANGKA: SARAWAK: 14,197 1. Dr Annuar Rapaee (BN-PBB) 2. Norisham Mohamed Ali (PKR) Penyandang: Awang Bemee Awang Ali Basah (BN-PBB) Undi diperolehi: 6,202 Majoriti: 4,815 N050: DALAT: SARAWAK: 11,857 1. Datin Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming (BN-PBB) 2. Sylvester Ajah Subah @ Ajah Subah (PKR) 3. Salleh Mahali (Bebas) Penyandang: Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming (BN-PBB) (Menang Tidak Bertanding) N051: BALINGIAN: SARAWAK: 11,792 1. Suriati Abdullah (PKR) 2. Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB) 3. Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas) Penyandang: Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB) Undi diperolehi: 6,393 Majoriti: 5,726 N052: TAMIN: SARAWAK: 12,244 1. Joseph Mauh ak Ikeh (BN-PRS) 2. Mengga ak Mikui (PKR) Penyandang: Joseph Mauh ak Ikeh (BN-PRS) Undi diperolehi: 4,639 Majoriti: 2,377 N053: KAKUS: SARAWAK: 9,604 1. Dick @ Laurance Dick Sekalai (PCM) 2. Paul Anyie Raja (PKR) 3. John Sikie ak Tayai (BN-PRS) 4. Entali ak Empin (Bebas) Penyandang: John Sikei ak Tayai (BN-PRS) Undi diperolehi: 3,739 Majoriti: 2,852 N054: PELAGUS: SARAWAK: 15,322 1. Stanley Nyitar @ Unja ak Malang (BN-PRS) 2. Edward Sumbang ak Asun (PKR) 3. George ak Lagong (Bebas) Penyandang: Larry Sng Wei Shien (BN-PRS) Undi diperolehi: 5,965 Majoriti: 3,239 N055: KATIBAS: SARAWAK: 8,542 1. Datuk Ambrose Blikau ak Enturan (BN-PBB) 2. Toh Heng San (SNAP) 3. Munan ak Laja (PKR) Penyandang: Datuk Ambrose Blikau ak Enturan (BN-PBB) Undi diperolehi: 3,887 Majoriti: 3,332 N056: BALEH: SARAWAK: 11,287 1. Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS) 2. Bendindang ak Manjah (PKR) Penyandang: Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS) Undi diperolehi: 5,330 Majoriti: 4,802 N057: BELAGA: SARAWAK: 8,463 1. John Bampa @ Tusau (SNAP) 2. Liwan Lagang (BN-PRS) 3. Basah Kesing @ Ali Basah Kesing (PKR) 4. Michael Jok (Bebas) 5. Matthew ak Munan (Bebas) 6. Kenneth Adan Silek (Bebas) Penyandang/Incumbent: Liwan Lagang (BN-PRS) Undi diperolehi/Votes polled: 1,855 Majoriti/Majority: 227 N058: JEPAK: SARAWAK: 12,979 1. Ramli Malaka (SNAP) 2. Abdul Jalil Bujang (PKR) 3. Datuk Talib Zulpilip (BN-PBB) 4. Abdul Kuddus Ramlee (Bebas) 5. Awang Abdillah Awang Nasar (Bebas) Penyandang: Datuk Talip Zulpilip (BN-PRS) Undi diperolehi: 4,997 Majoriti: 3,179 N059: KIDURONG: SARAWAK: 27,225 1. Chiew Chiu Sing (DAP) 2. Henry Ling Koung Meng (BN-SUPP) Penyandang: Chiew Chiu Sing (DAP) Undi diperolehi: 8,517 Majoriti: 1,664 N060: KEMENA: SARAWAK: 14,082 1. Liam Rengga (Bebas) 2. Bernard Binar Bayang ak Rading (PKR) 3. Dr Stephen Rundi ak Utom (BN-PBB) 4. Ungun ak Bayan (SNAP) Penyandang/Incumbent: Dr Stephen Rundi ak Utom (BN-PBB) Undi diperolehi/Votes polled: 4,750 Majoriti/Majority: 1,572 N061: BEKENU: SARAWAK: 10,672 1. Rosey Yunus (BN-SPDP) 2. Dyg Juliana Awg Tambi (PCM) 3. Thony ak Badak (SNAP) 4. Ishak Mahwi (PKR) Penyandang: Rosey Yunus (BN-SPDP) Undi diperolehi: 4,357 Majoriti: 3,072 N062: LAMBIR: SARAWAK: 14,144 1. Ripin Lamat (BN-PBB) 2. Zolhaidah Suboh (PKR) 3. Johari Bujang (SNAP) Penyandang: Aidan Wing (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,331 Majoriti: 2,834 N063: PIASAU: SARAWAK: 16,600 1. Ling Sie Kiong (DAP) 2. Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP) Penyandang: Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP) Undi diperolehi: 6,573 Majoriti: 3,918 064: PUJUT: SARAWAK: 22,577 1. Andy Chia Chu Fatt (BN-SUPP) 2. Fong Pau Teck (DAP) Penyandang: Andy Chia Chu Fatt (BN-SUPP) Undi diperolehi: 6,493 Majoriti: 1,370 N065: SENADIN: SARAWAK: 22,432 1. Michael Teo Yu Keng (PKR) 2. Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP) Penyandang: Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP) Undi diperolehi: 7,173 Majoriti: 4,799 N066: MARUDI: SARAWAK: 13,093 1. Sylvester Entrie ak Muran (BN-SPDP) 2. Michael Ding Tuah (Bebas) 3. Gerang ak Dagom (PKR) 4. Edwin Dundang ak Bugak (SNAP) Penyandang: Sylvester Entrie ak Muran (BN-SPDP) Undi diperolehi: 4,954 Majoriti: 4,284 N067: TELANG USAN: SARAWAK: 13,623 1. Harrison Ngau Laing (PKR) 2. Kebing Wan (SNAP) 3. Jok Ding (Bebas) 4. Dennis Ngau (BN-PBB) Penyandang: Lihan Jok (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,593 Majoriti: 2,771 N068: BUKIT KOTA: SARAWAK: 14,471 1. Dr Abdul Rahman Ismail (BN-PBB) 2. Leong Kwang Yew (DAP) 3. Usop Jidin (Bebas) 4. Ladis Pandin (Bebas) Penyandang/Incumbent: Dr Abdul Rahman Ismail (BN-PBB) Undi diperolehi/Votes polled: 5,501 Majoriti/Majority: 3,229 N069: BATU DANAU: SARAWAK: 7,636 1. Palu @ Paulus ak Gumbang (BN-SPDP) 2. Dr Lau Liak Koi (PKR) 3. Lawrence Cosmas Sunang ak Simpang (SNAP) Penyandang/Incumbent: Palu @ Paulus ak Gumbang (BN-SPDP) Undi diperolehi/Votes polled: 2,961 Majoriti/Majority: 1,262 N070: BA'KELALAN: SARAWAK: 6,958 1. Baru Bian (PKR) 2. Willie Liau (BN-SPDP) Penyandang: Balang Rining (BN-SPDP) Undi diperolehi: 2,064 Majoriti: 475 N071: BUKIT SARI: SARAWAK: 9,983 1. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB) 2. Japar Suyut (PKR) Penyandang: Datuk Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB) Undi diperolehi: 5,596 Majoriti: 5,275 |
Wanita disyaki bomoh kena serang Posted: 06 Apr 2011 02:00 AM PDT 02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] - MUKAH, 6 April: Pusat penamaan calon N.51 Dun Balingian hari ini kecoh apabila calon Bebas, Salleh Jaafar menyerang seorang wanita asing yang disyaki sebagai bomoh kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Menurut laman web http://n51balingiankeadilan.wordpress.com/ beliau yang keluar dari dewan penamaan calon itu terus menyerang wanita tersebut dengan menyatakan wanita tersebut sebagai perosak negeri Sarawak, malah menjerit wanita tersebut sebagai bomoh yang selama ini bersama Taib untuk memusnahkan negeri Sarawak. Dalam masa yang sama beliau juga menjelaskan kepada orang ramai jika tidak percaya boleh bertanya dengan Taib sendiri siapa sebenarnya wanita tersebut. Wanita tersebut yang berbangsa asing itu dilihat melarikan diri dari Salleh kerana ingin mengelak dari terus diserang. Dalam masa yang sama beberapa penyokong BN mula mengawal wanita tersebut dan membawa lari ke suatu lokasi yang tidak diketahui. |
SEMOGA ALLAH PELIHARA DIRI DAN KELUARGA KITA DARI AZAB HASIL KERJA FITNAH MEREKA Posted: 06 Apr 2011 01:38 AM PDT 02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] - Bila kita membicarakan soal video seks yang dikaitkan dengan DS Anwar, kita hendaklah memikir dengan menggunakan akal fikiran serta ilmu agama yang sedikit sebanyak ada pada kita. Tahukah kita, apabila kita bersekongkol dengan puak mereka, samada menyokong cara mereka, mempercayai fitnah mereka atau redha dengan perbuatan mereka yang terus membiarkan fitnah ini berleluasa, maka kita sama seperti mereka? Alangkah ruginya kita jika jadi sebahagian dari puak mereka itu kerana kita sedar betapa besarnya dosa melakukan fitnah zina ke atas seseorang. Cuba kita bayangkan, kita di pihak keluarga Anwar. Apakah yang kita akan rasai? Jika isteri atau suami, ibu atau ayah kita difitnah sedemikian rupa, apakah yang kita rasai? Harus kita ingat, jika kita terbabit dengan perbuatan sedemikian rupa atau bersubahat, suatu hari nanti kita bimbang Allah timpakan ke atas diri atau keluarga kita. Tatkala itu, baru kita ketahui betapa fitnah itu amat zalim dan jijik. Bukan kita taksub terhadap sesiapa. Jika benar tetap benar, salah tetap salah. Tetapi gunakanlah undang-undang untuk mengadilinya seperti yang Allah ajarkan kepada kita melalui kekasihnya Nabi Muhammad SAW. Bukan seperti apa yang ada sekarang. Video dipamirkan dikhalayak ramai, kini di muat turun ke dalam youtube sedangkan si pengedar video bebas ke mana sahaja. Di mana hukum Qazaf dicampakkan? Marilah kita bermohon kepada Allah agar jangan negara kita serta keluarga kita ditimpa bencana akibat perbuatan fitnah yang melampau ini. Berpolitik dan berbeza pendapat itu boleh diterima, tetapi bukan dengan cara jijik sedemikian kerana ini sudah melampaui batas politik. Malang sekali, jika kita terbabit bersama mereka menanggung dosa yang lebih besar dari membunuh, sedangkan mereka tidak takut kepada dosa dan mereka mendapat imbuhan besar kerana berbuat demikian. Kita dapat apa? Dapat laknat dari Allah SWT, Nauzubillah. Oleh: WFAUZDIN NS |
PAS jangka sokongan wanita meningkat Posted: 06 Apr 2011 01:30 AM PDT 02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] - KUCHING, 6 April: "Sokongan wanita dijangka meningkat bila mana PAS dilihat berjaya meningkatkan taraf wanita dengan menurunkan calon muslimat," kata Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli. Menurutnya, PAS mempunyai harapan dengan menampilkan calon baru berbanding calon Barisan Nasional dilihat daripada sokongan penyokong yang terdiri daripada pelbagai kaum Bidayuh, Iban, Cina dan Melayu. Beliau yang juga ahli Parlimen Kuala Krai mengiringi calon PAS bagi Dun Tanjong Datu, Nani Sahori. Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengetuai perarakan calon PAS di Dun berkenaan yang turut disertai Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama hampir seratus penyokong yang terdiri daripada pelbagai kaum. Cuaca yang mendung dengan suasana yang tenang di hari penamaan calon juga telah memberi keselesaan kepada kedua-dua penyokong yang berada di luar Pagar Dewan Masyarakat Lundu. Harakahdaily/- |
VIDEO SEKS - DI SOROK RAMAI TIDAK PERCAYA, BILA DIDEDAHKAN `CONFIRM' BUKAN ANWAR Posted: 06 Apr 2011 01:28 AM PDT 02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] - ALHAMDULILLAH, berkat Solat Hajat PR bagi menolak fitnah III (video seks) terhadap DS Anwar kini mula dapat dilihat. Hari ini, ramai di antara kita yang telah melihat video lucah yang didalangi oleh `Three Strooges' yang masih belum ditangkap itu walaupun dikatakan video tersebut kini berada di tangan pihak Polis untuk siasatan. Siapa yang telah memuat turunkan video berkenaan ke dalam Youtube? Bukankah Rahim Thamby Chik mengaku hanya ada satu video sahaja yang asal? Secara kebetulan saya petang tadi menonton berita NTV 7 jam 7. TV berkenaan menyiarkan sebahagian daripada klip video tersebut yang diambil dari youtube. Saya lihat aksi wanita berkemban, seorang lelaki memakai tuala dan kelibat seorang lagi lelaki sedang membetulkan kamera rakaman yang memakai baju lengkap. Gambar di dalam hitam putih itu menunjukkan seorang lelaki wajahnya mirip Anwar sepintas lalu. Saya sempat menekan `freeze' (pause) pada alat kawalan jauh TV LCD saya untuk melihat wajah tersebut. Tidak perlu mengambil masa panjang, jelas itu bukan wajah Anwar terutamanya di bahagian misai dan pipi. Paling ketara, walaupun sekejap ditunjukkan saya lihat bahagian perut lelaki berkenaan memang boroi dan dadanya (tetek) yang kelihatan berisi. Apabila ditunjukkan lelaki berkenaan bertuala membelakangi kamera, sekali lagi `confirm' pada saya itu bukan Anwar kerana melihat kepada punggung yang sedikit lebar dan berisi. Saya belum lagi melihat video tersebut melalui youtube, tetapi banyak rakan di dalam FB turut menyebut jelas bahawa lelaki berkenaan bukannya Anwar. Difahamkan, di dalam youtube video tersebut memang video seks yang telah dipertontonkan di Seri Casrcosa baru-baru ini tetapi telah di`edit' sebaik mungkin untuk menghilangkan beberapa tanda jelas menunjukkan perbezaan ketara lelaki berkenaan dengan Anwar. Ini hanya boleh dipastikan oleh mereka yang telah menonton video asal berkenaan termasuk Chegu Bard. Chegu Bard di dalam mengulas klip video yang terdapat di dalam youtube tersebut berkata, "Klip itu adalah dari sumber yang sama tetapi ia di edit (sunting) sedemikian rupa untuk meyakinkan (orang ramai). Tetapi tempat-tempat yang begitu ketara, hodoh dan tidak sama dengan Anwar tidak disiarkan. Ini memang kita sudah jangkakan berlaku" kata beliau kepada TVSelangor. "Mereka tidak akan siarkan semua, dan kenapa mereka tidak siarkan semua contohnya dengan posisi perut yang buncit, itu mereka tidak siarkan, sebaliknya mereka hanya mengambil yang mirip (Anwar) untuk memperbodohkan rakyat," tambah beliau. Badrul yakin Umno berperanan dalam memuatnaikkan video yang disunting itu ke Youtube, malah telah meramalkan tindakan Umno itu dalam wawancara dengan TVSelangor pada minggu lalu. Beliau yakin tidak ada tindakan akan diambil terhadap pihak yang memuatkan rakaman itu di Youtube (tranungkite) Kita patut bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana akhirnya tembelang puak-puak Munafik ini terbongkar satu persatu. Pengendali tayangan video seks masih bebas, video seks yang dikatakan hanya ada satu pita asal yang berada di tangan pihak berkuasa boleh tersiar di dalam youtube dan diedit sebaik mungkin adalah satu rahmat buat kita untuk mengenali siapakah Munafik sebenar untuk menjatuhkan Anwar. Apabila video ini tersebar di dalam youtube oleh mereka yang bacul dan dayus, ini bermakna Anwar kini menghadapi fitnah IV setelah fitnah III di Seri Carcosa tidak laku lagi. Tidak susah untuk memikirkan mengapa video berkenaan secara pantas dimasukkan ke dalam youtube kerana Anwar kini sedang mengetuai PR untuk menawan Sarawak. Kini, kita tunggu apa pula reaksi KPN setelah sebelum ini mendakwa video seks itu adalah tulen. Adakah pihak yang memuatkan video berkenaan ke dalam youtube akan ditahan atau ditangkap? Jika Rahim Thamby Chik yang menayangkan video seks tersebut masih belum ditangkap, apakah ada tangkapan untuk kes terbaru ini? Kita tunggu episod seterusnya... wfauzdin.blogspot.com |
PAS, BN berentap di Beting Maro Posted: 06 Apr 2011 01:00 AM PDT 02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] - BATANG LUPAR, 6 April: Calon PAS, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus akan ditentang calon BN, Razaili Gapor sekaligus menyaksikan perlawanan satu lawan satu bagi Dun Beting Maro. Kedua-dua mereka diumumkan sah bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tepat jam 11.38 tengah hari tadi selepas tiada sebarang bantahan diterima SPR sepanjang sejam sesi bantahan dibuka. Abang Ahmad menyerahkan borang pencalonan jam 9.05 pagi manakala Razaili jam 9.10 pagi di pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Pusa di sini. Abang Ahmad, 32, dicadang oleh Alem Din iaitu calon PAS pada pilihan raya negeri sebelum ini dan disokong Abg Noh Abg Seman. Manakala Razaili, 56, dicadang oleh Aweng Rosli dan disokong Mohidin Bolhasan. Turut mengiri calon PAS ke pusat penamaan hari ini Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Adun Meranti Datuk Nasruddin Daud, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim, Adun Kijang Wan Ubaidah Omar dan beberapa exco Pemuda PAS Pusat. Sementara itu lebih 400 penyokong yang terdiri masyarakat tempatan dari pelbagai peringkat umur, turut mengiringi calon PAS ke pusat penamaan pagi ini. Mereka berkumpul di sebuah kawasan rumah kedai seawal jam 7.30 pagi sebelum berarak ke tempat penamaan kira-kira 500 meter. Sambil memakai baju hijau bercetak gambar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka turut melaungkan 'undi PAS', 'Pangkah bulan' dan 'Hidup PAS. Beting Maro mempunyai komposisi kaum Melayu/Melanau 90.99%, Cina 2.28% dan Iban 6.73%. Pada pilihan raya negeri 2006 sebelum ini dikuasai BN melalui calon mereka Bolhassan Haji Di. Harakahdaily/- Oleh : Nazri Abdullah |
Quran dibakar dalam masjid di Malaysia Posted: 06 Apr 2011 12:30 AM PDT 02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] - 1 dari setiap 5 orang di Malaysia ini berpotensi gila atau sakit mental. Jika rakyat Malaysia 27 juta orang, bermakna 5.4 juta orang rakyat kita ada potensit gila atau sakit mental. Rakyat sekarang hidup dalam keadaan tertekan, stress yang amat sangat, media menggila ulas isu politik dan video lucah. Usaha dakwah secara sukarela terlalu sedikit, khutbah Jumaat lesu dan mengantukkan. Berita sebelum ini Lelaki Gila rempuh Masjid dan kaitannya dengan Khutbah Jumaat di http://waghih.blogspot.com/2011/03/lelaki-gila-rempuh-masjid-dan-khutbah.html SELAMATKAN UMAT INI Lelaki gila bakar al-Quran ditahan Harian Metro 6 April 2011 KLANG: Misteri kejadian al-Quran di masjid Kampung Johan Setia, dekat sini, dibakar terjawab selepas polis menahan seorang lelaki disyaki kurang siuman, semalam. Lelaki berusia 45 tahun itu ditahan selepas penduduk dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid mengesyaki dia melakukan perbuatan itu berikutan pernah dilihat membuang dan membakar surah Yasin. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi semalam, siak masjid berkenaan ternampak senaskhah al-Quran dan kalendar dilekatkan pada dinding masjid mempunyai kesan terbakar ketika memasuki masjid berkenaan untuk solat Subuh. Katanya, suspek dipercayai menggunakan pemetik api untuk membakar naskhah al-Quran yang diletakkan di atas permaidani di masjid itu. "Ketika ditemui, api sudah padam, tetapi naskhah al-Quran itu masih berasap. Menurut siak masjid, pintu pagar masjid berkenaan dikunci, tetapi pintu masjid tidak berkunci. "Kejadian itu dilaporkan nazir masjid pada jam 9 pagi tadi (semalam)," katanya di sini, semalam. Mohamad berkata, tangkapan terhadap lelaki yang dipercayai kurang siuman itu dibuat kira-kira jam 11.30 pagi semalam di rumahnya di kampung sama. Jarak rumah suspek dengan masjid itu kira-kira 100 meter. Katanya, siasatan awal terhadap lelaki itu mendapati dia tidak mempunyai rekod kesalahan lampau, tetapi lelaki itu ditahan berikutan keterangan AJK masjid berkenaan mengenai perbuatannya sebelum ini, selain suspek pernah membakar motosikal seorang lelaki warga asing yang menetap di kampung berkenaan. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lelakigilabakaral-Quranditahan/Article/index_html |
Posted: 06 Apr 2011 12:00 AM PDT 02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] - Ketua Pakar Penyelidik Sains Solat, Fakulti Bioperubatan, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim. Dalam pembentangan kajian pertama bertajuk Kesan Postur Badan dan Pergerakannya di Dalam Solat, Dr. Fatimah menjelaskan pergerakan dalam solat amat mempengaruhi keadaan tubuh badan. Semasa meletakkan tangan di antara dada dan pusat selepas takbiratul ihram, posisi tangan pada waktu itu adalah dalam keadaan rehat. Jika dilihat dari sudut fisiologi, posisi tersebut berada dalam keadaan rehat yang maksimum. Ia mampu melancarkan pergerakan sendi dan mengelakkan penyakit sendi. Pada posisi rukuk, seseorang akan berasa sakit di bahagian belakang paha jika menekan kedua belah lutut dengan meluruskan tangan. Posisi 90 darjah seperti yang disarankan oleh Rasulullah mampu menyembuhkan penyakit berkaitan tulang belakang. Lutut perlulah diletakkan terlebih dahulu diikuti tangan dan kepala dalam kedudukan sujud. Kedudukan begini adalah cara terbaik menjadikan otot besar dan kuat. Secara tidak langsung, ia amat membantu melancarkan pengaliran darah dan limpa ke seluruh anggota badan. Dr. Fatimah turut menjemput seorang peserta membuat demonstrasi di pentas bagi membuktikan kebenaran kajiannya. Peserta berkenaan mencuba seperti apa yang diarahkan dan bersetuju dengan apa yang dijelaskan oleh Dr. Fatimah. Beliau menekankan kepentingan solat dan menasihatkan peserta agar tidak timbul niat menjadikan solat semata-mata untuk menjadi sihat, kerana perkara sedemikian amat bercanggah dengan tujuan solat. Katanya, solat adalah khusus kepada Allah, maka ia tidak boleh disertakan dengan niat lain bagi tujuan kesihatan. Cuma apa yang ditekankan dalam kajian tersebut adalah kesan sampingan daripada bersolat, manusia akan memperoleh kebaikan yang tidak dapat dinafikan kebenarannya. "Kajian Dr. Fatimah menunjukkan bukti bahawa manusia akan mencapai kecergasan dan kesihatan yang terbaik semasa bersolat," katanya. Dalam satu lagi sesi bertajuk Solat dan Kesan Kepada Denyutan Jantung' Dr. Fatimah menjelaskan jantung memainkan peranan amat penting dan sangat berjasa kepada manusia. Denyutan jantung dalam keadaan rehat adalah di antara 60-80 denyutan seminit. Akan tetapi bagi atlet sukan, kadar denyutan jantung mereka lebih rendah, iaitu 40-60 denyutan seminit. Peserta diberi kefahaman bahawa, semakin rendah kadar denyutan jantung, bermakna kesihatan jantung lebih terjaga. Kesihatan jantung perlu diberi perhatian serius memandangkan kematian akibat serangan jantung semakin meningkat dan tidak mengenal usia. Ia juga dikatakan pembunuh nombor satu negara kerana serangannya berlaku secara senyap dan tidak mengira keadaan. Bahaya yang ditunjukkan akibat serangan jantung begitu membimbangkan, dan beliau berjaya menemui bukti saintifik bahawa dengan bersolat, kadar denyutan jantung dapat dikawal dengan baik. Selain itu, dengan melakukan solat juga dapat mengurangkan risiko darah tinggi. Jantung berdenyut dengan kadar paling rendah semasa posisi sujud, iaitu sebanyak 72 dan 73 denyutan seminit. Apabila seseorang duduk pada tahiyat akhir, kadar denyutan jantung meningkat semula dan ia mengepam darah ke bahagian atas badan serta kepala. Secara tidak langsung, jumlah darah yang diperlukan juga meningkat. Hasil kajian beliau mendapati, posisi sujud adalah kedudukan terbaik untuk kesihatan jantung. Lebih banyak bersujud, maka seseorang dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan darah. UM/- |
KONSULTAN PEKA: SPRM PERLU SIASAT SEGERA Posted: 05 Apr 2011 11:30 PM PDT 02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mendapat maklumat bahawa syarikat Talent Solution Sdn Bhd yang bertindak sebagai konsultan kepada Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA) mempunyai hubungan yang berkepentingan dengan Ketua Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR), Aminuddin Amin. Perkara ini jelas memerlukan kepada satu siasatan kerana ianya telah dibuktikan oleh beberapa pihak. Persoalan yang perlu mendapat penjelasan ialah adakah latar belakang syarikat Talent Solution telah diteliti dan diperhalusi terlebih dahulu sebelum perlantikan tersebut? Adakah benar syarikat tersebut atau pegawainya mempunyai pengalaman hampir 15 tahun seperti yang didakwa? Sejak bilakah syarikat tersebut sebenarnya didaftarkan atas nama Talent Solution? Apakah hubungan Datuk Dr Hamzah Kassim dengan Aminuddin Amin dahulu? DPPN Pk menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan berhubung isu pemberian projek konsultan PEKA tersebut. DPPN Pk juga meminta agar jumlah sebenar pelaburan projek PEKA kepada syarikat Talent Solution perlu diketahui dan diumumkan kepada rakyat. DPPN Pk juga meminta agar Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir memperjelaskan isu ini agar rakyat pasti bahawa tiada wang rakyat telah disalahguna dengan cara yang tidak etika. MOHD MUNIR ALI Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak. |
Ada pertanding di Muara Tuang, Calon BN hantar penyata kewangan jam 1.05 tadi Posted: 05 Apr 2011 10:44 PM PDT 02 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Setelah menunggu sekian lama, Pegawai Pengurus Pilihanraya pada jam 1.20 petang tadi mengumumkan ada pertandingan 2 penjuru di DUN Muara Tuang dengan menyaksikan Calon PAS, Noraini Hamzah mencabar calon BN oleh Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud. Calon BN tersebut telah menghantar penyata kewangannya kepada SPR pada jam 1.05 petang sebagaimana yang diumumkan. |
Terkini: N.15 Muara Tuang, Calon BN bermasalah. Posted: 05 Apr 2011 09:55 PM PDT |
Terkini 1.00 p.m: N.15 Muara Tuang Posted: 05 Apr 2011 09:55 PM PDT 2 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Solat hajat untuk calon PAS. Kemungkinan besar PAS akan memenangi Pilihan Raya di DUN N.15 Muara Tuang kerana calon BN mempunyai masalah perbelanjaan 2006 yang tidak diisytiharkan. |
Terkini : Senarai calon pilihan raya Sarawak Posted: 05 Apr 2011 09:52 PM PDT 02 Jamadilawal 1432H. [MOD] - N065: SENADIN: SARAWAK: 22,432 1. Michael Teo Yu Keng (PKR) 2. Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP) Penyandang: Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP) Undi diperolehi: 7,173 Majoriti: 4,799 N08: SATOK: SARAWAK: 10,431 1. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB) 2. Ahmad Nazib Johari (PKR) Penyandang: Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,222 Majoriti: 2,798 N010: PENDING: SARAWAK: 29,488 1. Prof Dr Sim Kui Hian (BN-SUPP) 2. Violet Yong (DAP) Penyandang: Violet Yong (DAP) Undi diperolehi: 11,632 Majoriti: 4,372 N011: BATU LINTANG: SARAWAK: 27,833 1. Sih Hua Tong (BN-SUPP) 2. See Chee How (PKR) 3. Soo Lina (Bebas) Penyandang: Voon Lee Shan (DAP) Undi diperolehi: 8,806 Majoriti: 3,407 N045: BUKIT ASSEK: SARAWAK: 26,926 1. Hii Tiong Huat (Bebas) 2. Chieng Huong Toon (BN-SUPP) 3. Wong Ho Leng (DAP) Penyandang: Wong Ho Leng (DAP) Undi diperolehi: 10,380 Majoriti: 4,751 N056: BALEH: SARAWAK: 11,287 1. Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS) 2. Bendindang ak Manjah (PKR) Penyandang: Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS) Undi diperolehi: 5,330 Majoriti: 4,802 N054: PELAGUS: SARAWAK: 15,322 1. Stanley Nyitar @ Unja ak Malang (BN-PRS) 2. Edward Sumbang ak Asun (PKR) 3. George ak Lagong (Bebas) Penyandang: Larry Sng Wei Shien (BN-PRS) Undi diperolehi: 5,965 Majoriti: 3,239 N049: NANGKA: SARAWAK: 14,197 1. Dr Annuar Rapaee (BN-PBB) 2. Norisham Mohamed Ali (PKR) Penyandang: Awang Bemee Awang Ali Basah (BN-PBB) Undi diperolehi: 6,202 Majoriti: 4,815 N063: PIASAU: SARAWAK: 16,600 1. Ling Sie Kiong (DAP) 2. Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP) Penyandang: Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP) Undi diperolehi: 6,573 Majoriti: 3,91 |
Sebar bahan lucah sah di sisi undang-undang? Posted: 05 Apr 2011 09:33 PM PDT 02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengutuk tindakan penyebaran video seks bahan lucah secara terbuka menerusi laman web video Youtube dan foto akhbar tempatan. "Sesungguhnya perbuatan serta tindakan ini sangat keji dan menunjukkan betapa rendahnya nilai moral dalam masyarakat Malaysia," kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Muhamad Razak Idris. Katanya, penyiaran itu bertentangan sama sekali dengan ketetapan serta prosiding yang telah ditetapkan oleh undang-undang negara, di samping secara langsung mencabar autoriti pihak berkuasa yang berkenaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM). Di samping itu, tambahnya Abim juga menilai penyiaran video itu akan meninggalkan kesan yang negatif terhadap pembentukan tatasusila serta moral masyarakat di negara ini. "Kegiatan ini jika tidak diambil tindakan akan menjadi prisidion bahawa penyebaran bahan lucah adalah suatu yang sah dan tidak melanggar undang-undang negara," katanya. Menurutnya, perkara sedemikian rupa tidak pernah berlaku sepanjang catatan sejarah politik Malaysia. "Ini sekaligus membangkitkan persoalan kepada kita apakah norma-norma sedemikian ingin kita tonjolkan dan hidangkan kepada generasi muda dan masyarakat dalam dan luar negara sebagai satu keperluan kepada usaha pembangunan negara ini," katanya lagi. Beliau berkata, secara prinsipnya Abim sangat kecewa terhadap penyebaran ini kerana menambahkan satu lagi episod duka dan hitam dalam sejarah negara ini. "Sedang masyarakat berbicara dan berbahas usaha membenteras gejala sosial di dalam masyarakat, pada masa yang sama kita membuka ruang kepada percambahan perbincangan perkara tak bermoral dari sudut penyebarannya," ujarnya. Abim juga, kata beliau ingin meneegaskan kepentingan nilai, prinsip dan etika kewartawanan dan penyiaran yang harus dijunjung di kalangan pengamal media kerana mereka memikul tanggungjawab sosial yang sangat berat. Tambahnya, keutuhan prinsip Rukun negara bagi menjaga "Kesopanan dan kesusilaan" perlu diterjemah di dalam tindakan segenap masyarakat malah ia berkait juga dengan "Kedaulatan undang-undang" sebagai elemen pembangunan negara. Sehubungan dengan itu, Abim menggesa PDRM supaya mempercepatkan proses siasatan mengenai penyebaran video seks tersebut, di samping mengenal pasti individu yang terlibat untuk dibicarakan menerusi pengadilan yang telah ditetapkan dengan segera. Beliau menambah, Abim ingin menegaskan menolak sebarang provokasi untuk mengaibkan peribadi seseorang memandangkan perbuatan tersebut adalah haram dan bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam. Justeru, katanya perbuatan tersebut iaitu provokasi terhadap peribadi seseorang seharusnya tidak boleh dijadikan alat bagi mencapai sesebuah tujuan dan memenuhi kepentingan tertentu. "Dalam kesempatan ini, Abim ingin menyeru umat Islam supaya agar menjauhi perbuatan mengaibkan peribadi seseorang di samping meningkatkan doa dan menunaikan solat hajat untuk memohon kesejateraan serta perlindungan dari sebarang malapetaka dan bencana untuk umat Islam serta seluruh pelusuk masyarakat di negara ini," katanya. Harakahdaily/- |
Posted: 05 Apr 2011 09:06 PM PDT 02 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Wan Azizah dan keluarganya menafikan imej yang serupa dengan Anwar dalam video seks Datuk T pada sidang media di rumahnya selasa 5 April lalu Ia semestinya berita buruk buat Pakatan Rakyat, apabila kecundang dalam kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Merlimau dan Kerdau, menjelang ulang tahun ketiga selepas "tsunami politik" pada 8 Mac 2008. Lebih-lebih lagi, matlamat Pakatan Rakyat untuk "menghakis undi majoriti" turut gagal, apabila BN berjaya meraih majoriti yang lebih besar berbanding tahun 2008. PRK Merlimau Di Merlimau, calon Umno-BN Roslan Ahmad menewaskan calon PAS-Pakatan Rakyat, Yuhaizad Abdullah, dengan majoriti 3,643 undi. Berbekalkan peratusan pengundian setinggi 78.98 peratus, Roslan memenangi 5,962 undi, sementara Yuhaizad hanya memperolehi 2,319 undi. Jumlah pengundi untuk N. 27Dun Merlimau adalah 10,679 orang, dengan 6,850 orang Melayu (64.14 peratus); 2,225 orang Cina (20.83peratus); 1,567 orang India (14.67 peratus) dan lain-lain (0.34 peratus). Pada PRU ke-12, Allahyarham Mohamad Hidhir Abu Hasan daripada BN memperolehi 4,981 undi, menang dengan majoriti 2,154 undi ke atas Jasmi Tompang (PAS). Peratusan pengundian pada tahun 2008 itu adalah 76.18 peratus. PRK Kerdau Di Kerdau pula, calon Umno-BN Syed Ibrahim yang meraih 5,060 undi, berjaya menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 2,724 undi, dalam PRK yang mencatat peratusan pengundian setinggi 83 peratus. Untuk N.28 Dun Kerdau, jumlah pengundi ialah 8,999 orang, dengan 7,988 orang Melayu (88.7 peratus); 454 orang Cina (5 peratus); 298 orang India (3.3 peratus) dan lain-lain (2.9 peratus). Dalam PRU pada tahun 2008, Allahyarham Zaharuddin Abu Kassim daripada BN memperolehi 4,135 undi, menewaskan Hassanuddin Salim daripada PAS dengan majoriti 1,615 undi. Peratusan pengundian pada PRU ke-12 adalah 75.3 peratus. Dengan kata lain, BN berjaya meningkatkan undi majoriti sehingga melepasi paras yang dicapainya pada tahun 2008, malah lebih tinggi daripada PRU ke-11 di Kerdau. Pada tahun 2004, Redzwan Harun dari BN menang dengan majoriti 2,565 undi di Kerdau. Kekesalan Pakatan Rakyat mungkin hanya terubat dengan keputusan di Merlimau, memandangkan pada tahun 2004, Mohamad Hidhir Abu Hasan menang dengan majoriti 5,087 undi. Sesetengah pemimpin dan penyokong Umno-BN masih menyimpan keputusan PRU ke-11 pada tahun 2004 sebagai nostalgia, memandangkan BN meraih sokongan yang tinggi di bawah pimpinan PM kelima, Abdullah Ahmad Badawi yang baru mengambil-alih tampuk kerajaan pada ketika itu. Bagaimanapun, sokongan kepada BN menjunam secara mendadak pada tahun 2008, dilihat sebagai fenomena "luar biasa" buat BN. Mengikat kedudukan 8-8 Berikutan kemenangan ini, BN berjaya mengikat kedudukan 8-8 dalam 16 PRK yang diadakan selepas PRU ke-12. BN menerima tamparan pertama dalam PRK Permatang Pauh, menyaksikan bagaimana Anwar Ibrahim kembali ke Dewan Rakyat dengan majoriti yang lebih besar, pada Ogos 2008. Kemudian, BN tewas sekali lagi, memberikan kerusi parlimen tambahan Kuala Terengganu kepada PAS-Pakatan Rakyat, pada awal tahun 2009. Keadaan tidak memulih, meskipun Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009. Dalam tiga PRK serentak di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, BN hanya mampu menang satu daripadanya, ketinggalan dengan kedudukan 1-4. BN hanya menamatkan kekalahan dirinya di Semenanjung, apabila Isa Samad menyumbang melalui PRK Bagan Pinang, pada 11 Oktober 2009. Bagaimanapun, BN gagal mendakwa bahawa itu detik kebangkitan semula dirinya. Meskipun menang di Hulu Selangor selepas itu, tetapi tewas pula di Sibu, belumpun genap sebulan selepas pertarungan di Hulu Selangor. PRK kemudiannya memperlihatkan pola pengundian, di mana pengundi Melayu, kampung masih memihak kepada BN; sementara pengundi Cina, golongan muda dan bandar lebih menyebelahi PR. BN kini berjaya mencipta kemenangan lima PRK berturut-turut dalam masa terdekat, dari Batu Sapi, Galas, Tenang, Merlimau hinggalah Kerdau. Kesemua negeri telah menjalani sekurang-kurangnya satu PRK selepas PRU ke-12, melainkan negeri Perlis. Keputusan ini semestinya melemahkan semangat PR, lebih-lebih lagi apabila langkah PRU ke-13 semakin mendekat. Sumber: Merdeka Review |
Posted: 05 Apr 2011 09:01 PM PDT 2 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Menunggu penamaan calon oleh Suruhanjaya Pilihan Raya di DUN N.15 Muara Tualang jam 12.00 tengah hari. Penyokong PAS menunggu sementara menjamu makanan tengah hari yang disediakan oleh pihak petugas. Hanya penyokong PAS sahaja yang sedia menanti sehingga pengumunan calon. BN meletakkan adik kepada Bekas Ketua Menterinya Sarawak, Ali Mahmud manakala PAS meletakkan calon muslimatnya, Noraini yang merupakan calon tempatan di DUN Muara Tualang. Penyokong masih menunggu pengisytiharan penamaan calon. Ikuti perkembangan dan liputan terkini dari kami. |
Makanan: Utamakan aspek halal, selamat Posted: 05 Apr 2011 09:00 PM PDT 02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 5 April: Pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan diingatkan agar mengutamakan aspek halal, keselamatan dan mutu makanan dalam meluluskan makanan untuk orang ramai di negara ini. Ingatan tersebut sejajar dengan usaha yang dilakukan oleh kementerian itu dalam usaha mengemaskinikan lagi undang-undang mengenai pemakanan yang membawa kepada pembentangan satu lagi rang undang-undang baru yang dinamakan Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman ketika mengingatkan perkara itu berkata, dengan pengenalan rang undang-undang itu diharap akan menyedarkan lagi Kementerian Kesihatan bagi menjadikan negara sebagai halal hub untuk menentukan kehalalan makanan yang diluluskan. Menurut beliau, selain itu, penekanan ke atas makanan dan minuman kesihatan juga perlu dilakukan bagi menjamin makanan dan minuman itu benar-benar bermanfaat kepada orang ramai. Katanya, antara contoh makanan dan minuman yang dimaksudkan itu termasuklah Tongkat Ali dan minuman lain yang dikatakan 3 dalam 1 yang dikatakan berkhasiat, tetapi dibimbangi semakin lama digunakan akan menjadikan seseorang itu makin kurang sihat. "Jadi dengan pengenalan rang undang-undang baru ini diharap juruanalisis makanan itu dapatlah menyiasat perkara itu bagi mengesahkannya untuk kepentingan orang ramai," katanya ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini. Di samping itu, beliau turut mengingatkan agar dengan pengenalan rang undang-undang itu, juruanalisis yang dilantik itu akan turut memainkan peranan dengan baik dalam memastikan makanan yang diproses dan dikeluarkan oleh pihak-pihak terbabit itu dihasilkan dengan cara yang betul dari sisi syarak dan terjamin dari bahan-bahan merbahaya. Antara penghasilan yang dimaksudkan itu, katanya termasuklah susu. Beliau turut berharap agar juruanalisis yang dilantik itu benar-benar berkemampuan, di samping turut diberikan peluang bukan sahaja kepada pihak tertentu sahaja, tetapi juga NGO-NGO Islam dan lulusan IPTS. Selain menekankan tentang makanan manusia, beliau turut berharap agar rang undang-undang tersebut turut menekankan analisis bagi makanan haiwan untuk membekalkan makanan yang baik, bermutu dan terjamin bagi haiwan. Namun menyentuh tentang perkara yang berkaitan dengan profesionalisme dan pengalaman juruanalisis yang akan dilantik dan didaftarkan yang dinyatakan dalam rang undang-undang itu, beliau mempertikaikan tentang tindakan yang akan dikenakan oleh pihak kerajaan apabila terdapat perrcanggahan tindakan atau hukuman yang akan dikenakan antara mereka yang menjalankan kerja itu tanpa pendaftaran dengan mereka yang menjalankan kerja tersebut dengan pendaftaran atau perlantikan walaupun kurang pengalaman. Manakala Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad ketika berucap membahaskan rang undang-undang itu turut menekankan pihak kerajaan agar lebih mengutamakan profesionalisme juruanalisis makanan yang dilantik itu. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat antara lain berkata, dari sudut falsafah, beliau menyokong pengenalan undang-undang itu kerana ia akan membekalkan kepada rakyat makanan yang mencukupi dan bermutu dan terjamin dari segi agama, mutu dan keselamatan. "Meskipun baik dari sudut matlamat. Tapi ia akan membina birokrasi, akan membengkakkan lagi birokrasi kerajaan kerana rang undang-undang ini sendiri bermatlamat hendak menubuhkan majlis," katanya. Sementara Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat ketika mencelah mempertikaikan rang undang-undang tersebut kerana tidak terdapat akta yang komprehensif mengenai makanan yang diimport dari luar negara bagi memastikan makanan tersebut terjamin dari segala segi. Harakahdaily/- Oleh : Aziz Muda |
Parit Buntar : Pemuda dan Muslimat Dapat Ketua Baru Posted: 05 Apr 2011 08:47 PM PDT 1 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Parit Buntar - Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Parit Buntar yang telah bermesyuarat baru-baru ini telah melantik ketua serta jawatankuasa baru bagi sesi 2011-2013. Untuk jawatan tertinggi, pemilihan ketua, timbalan ketua dan naib ketua telah dibuat secara syura di dalam majlis mesyuarat khas dewan masing-masing.
Antara perwakilan yang hadir
Barisan kepimpinan DPPK PB
Telus dan bersih
Perbahasan usul
Penghargaan buat Ketua Pemuda DPPKPB bagi sesi 2007- 2011
|
Tip Tambahan Untuk Membina Pantun Posted: 05 Apr 2011 08:35 PM PDT 02 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Dalam buku yang pertama, saya telah memberikan teknik penciptaan pantun untuk seseorang pengacara atau bakal pengacara atau sesiapa pun yang ditugaskan untuk membuat teks pengacara mencipta pantun sendiri agar acara dan pantun yang dilafazkan tidak lari daripada maksud yang ingin disampaikan. Namun, mungkin ada antara kita yang masih terkial-kial menghasilkan pantun yang sesuai untuk majlis yang akan dikendalikan atau mencipta pantun untuk teks ucapan atau pengucapan awam yang lain. Oleh itu, dalam bahagian ini, akan diberikan sedikit panduan tentang cara menajamkan kemahiran mencipta pantun dan pemilihan perkataan yang sesuai dan tepat dalam penciptaan pantun. 3.1 Petua asas menajamkan kemahiran Terdapat beberapa cara untuk menajamkan kemahiran mencipta pantun. Untuk menajamkan kemahiran mencipta pantun, kita perlu: a. Banyak membaca pantun sedia ada Dalam pasaran sekarang ini terdapat pelbagai buku pantun yang boleh dibeli. Anda hanya perlu mengeluarkan sedikit wang untuk mendapatkan buku pantun tersebut. Dengan adanya pantun tersebut, anda dapat melihat cara penciptaan pantun yang dibuat oleh masyarakat Melayu zaman dahulu. b. Buat latihan penciptaan pantun Setelah anda membaca buku pantun sedia ada dan melihat cara penciptaannya, anda boleh memulakan latihan mencipta pantun. Pada peringkat awal, anda boleh menggunakan pembayang atau maksud pantun lama dan digantikan dengan idea anda sendiri. Setelah anda mampu mengolah pantun tersebut, anda boleh mula mencipta pantun anda sepenuhnya. Anda boleh menggunakan teknik penciptaan pantun yang telah diterangkan dalam buku yang terdahulu. Yang perlu anda ingat bahawa anda perlu mematuhi ciri-ciri pantun empat kerat terutama dari segi jumlah perkata-an, suku kata dan rima akhir pantun. Selain itu, anda juga perlu menetapkan maksud pantun terlebih dahulu sebelum mencipta pembayang-nya. Dengan melakukan latihan yang kerap, anda mampu mencipta pantun anda sendiri. c. Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang budaya Melayu Seseorang yang ingin mencipta pantun perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas tentang ketamadunan manusia. Hal ini bermaksud, sesiapa sahaja yang ingin mencipta pantun perlu meningkatkan pengetahuan tentang nama tempat, pantai, sungai, nama tokoh sejarah, nama makanan, jenis senjata, peralatan yang biasa digunakan oleh masyarakat Melayu dan sebagainya. Hal ini bagi memudahkan kita mencipta pembayang untuk maksud pantun yang dicipta. d. Meningkatkan kepekaan terhadap alam sekitar Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu bukan sahaja mengetahui nama-nama pokok, bunga, buah-buahan, burung, unggas dan sebagainya tetapi turut mengetahui sifat-sifat binatang, bau-bauan dan warna bunga dan pelbagai sifat unggas serta mengenali musim-musim tertentu. Keakraban masyarakat Melayu dengan alam sekitar menjadikan pantun yang ada begitu indah. Oleh itu, untuk mencipta pantun, kita perlu mempunyai kepekaan terhadap alam sekitar. Mungkin amat sukar bagi kita sekarang ini terutama yang tinggal di bandar untuk memahami keadaan yang berlaku pada musim-musim tertentu. Jadi, cukuplah sekiranya kita mengetahui nama-nama pokok, bunga, buah-buahan dan burung yang terdapat di sekitar kita. Jadi, untuk mengetahui nama-nama pokok, bunga, buah-buahan dan burung, kita perlu banyak membaca buku. Selain membaca buku, kita juga boleh melayari Internet untuk mencari maklumat tersebut. Artikel di atas dipetik daripada buku 518 Pantun Pelbagai Majlis Untuk Teks Pengacara & Teks Ucapan. Maklumat lanjut tentang buku ini boleh didapati di www.books.perintis.com.my |
Posted: 05 Apr 2011 08:00 PM PDT 02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] - BATANG LUPAR, : Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru rakyat Sarawak menolak parti yang menggunakan politik lucah dan rasuah untuk kekal berkuasa. Katanya, rakyat selaku pengundi di negeri ini perlu membuat perubahan dengan tidak bersubahat menyokong parti yang menggunakan pendekatan jijik dan kotor. "Pengundi harus membuat perubahan dengan menolak politik kotor yang dibawa parti lawan termasuk politik video lucah, rasuah dan sebagainya. "Beri peluang kepada PAS dan Pakatan Rakyat membawa perubahan. "Jika tidak baik juga, 5 tahun akan datang boleh tukar semula," katanya ketika lawatan ke Dun Tanjung Datu hari ini. Terdahulu, beliau mengunjungi pekan Lundu bertemu dengan pengundi pelbagai kaum di sekitar pekan ini bersama Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar). Pada sebelah malam, beliau menunaikan solat maghrib berjemaah bersama penduduk di masjid Pekan Lundu. Kedatangan beliau bagaimanapun sedikit mengejutkan ahli jemaah masjid tersebut yang sedang menanti ketibaan pemimpin BN iaitu Datuk Adnan Satem untuk satu program khas. Namun sehingga selesai solat Adnan bagaimanapun tidak hadir. Esok beliau akan mengiringi calon PAS bagi Dun Sadong Jaya ke pusat penamaan calon. Harakahdaily/- |
Perang bermula..Pakatan siap siaga Posted: 05 Apr 2011 07:39 PM PDT o2 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Cuaca pagi ini di Kucing amat baik. Tenang. Tiada kesibukan di sekitar jalanraya yang seolah tiada apa yang besar sedang berlaku, walaupun hari ini adalah untuk pertama kalinya dalam sejarah pilihan raya Sarawak, Pakatan Rakyat akan menetakkan calon di hampir kesemua kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak. Semalam berbondong-bondong tiba barisan pimpinan Pakatan Rakyat, kesemuanya kelihatan berada sekitar Kucing.Yang kelihatan ialah Timbalan Pengerusi PKR Azmin Ali, pimpinan PKR Dato Mansor Othman dan dua Naib Presiden PAS Dato Mahfuz Omar dan Salehudin Ayob. Barisan Petugas dari Kelantan, Perak, Terengganu dan Pulau Pinang dari pelbagai komponen parti Pakatan Rakyat juga tiba bertali arus di Lapangan Terbang Kuching. Dato presiden Pas TG Haji Hadi Awang dan Timbalan Presiden Nasharuddin dikhabarkan telahpun berkampung beberapa hari di sekitar lima kawasan yang ditandingi Pas. Kebanyakan yang tiba bertanyakan status potensi kemenangan, yang bercampur baur antara kesungguhan menumbangkan Barisan Nasional. Khabarnya isu-isu Nasional bukan menjadi fakta penarik kempen di sini, kecuali hal-hal berkaitan dengan masyarakat setempat. Kemunduran dan kebajikan rakyat Sarawak yang dilihat mempunyai lompang luas antara dua kelas masyarakatnya.. yang kaya raya dan miskin kedana. Puan Noraini Hamzah, calon Muara Tuang Calon Tanjung Datu Abang Ady calon Saadong Jaya Presiden telah menyampaikan amanat kepada lima calon PAS di Pejabat Perhubungan PAS Sarawak. Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Presiden, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung dan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat. Beliau berkata, calon memikul amanah dan wajib memeliharanya, serta sesiapa sahaja yang mengkhianati amanah, pasti akan mendapat balasan dari Allah swt. PAS bertanding Sadong Jaya, Sebuyai, Tanjung Datu, Beting Maru dan Muara Tuang. PAS berpotensi memenangi sekurangkurang tiga daripada kerusi ditandingi. Mengikut sumber DAP pula berpotensi besar untuk terus mengekalkan kerusi yang dimenanginya pada pilihanrayalepas di kesemua kawasan bandar yang ditandinginya, malahan akan memenangi beberapa kerusi lagi kerusi baru, manakala PKR akan banyak berhadapan tugas berat untuk menentang BN, khususnya. |
Penamaan calon bagi merebut Sarawak Posted: 05 Apr 2011 07:34 PM PDT 2 Jamadilawal 1432H. [MOD] - 9 pagi hingga 10 pagi: Tempoh penamaan calon 10 pagi hingga 11 pagi: Tempoh bantahan 11 pagi hingga 12 tengahari: Pengumuman calon yang layak bertanding oleh SPR Pilihan raya negeri Sarawak ke-10 bermula hari ini dengan proses penamaan calon yang dijalankan serentak bagi semua kawasan DUN. Tempoh kempen ditetapkan selama 10 hari dan tarikh mengundi ditetapkan pada 16 April. Pilihan raya kali ini menjanjikan perkembangan menarik di sudut BN yang berusaha memperbaiki prestasi mereka berbanding pilihan raya negeri terakhir pada 20 Mei, 2006. Dalam pilihan raya itu BN kehilangan lapan kerusi – sebahagian besarnya di kawasan majoriti Cina di Kuching dan juga di kerusi majoriti Dayak di Engkilili dan Ngemeh. Sementara itu, Pakatan Rakyat yang berbekalkan pengalaman mentadbir beberapa negeri di Semenanjung Malaysia pula menawarkan kerajaan alternatif kepada pengundi. Pertembungan di antara pelbagai parti dijangka akan berlaku khususnya di kawasan majoriti bumiputera, termasuk di antara Parti Kebangsaan Sarawak (Snap), Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS). Fokus kali ini tertumpu kepada beberapa 'heavyweight' tempatan yang bertanding sebagai calon bebas, termasuk bekas timbalan menteri pelajaran Datuk Salleh Jaffarudin yang akan menentang ketua menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di DUN Balingian. Penyandang kerusi Padungan, Dominique Ng juga meraih perhatian di Batu Lintang. Beliau mungkin akan bertanding sebagai calon bebas atau terus menentang PKR yang baru ditinggalkannya. Beberapa kerusi panas juga dikesan di kawasan yang terlibat dengan pentadbiran kerajaan negeri ke atas tanah adat Orang Asal Sarawak, pembukaan kawasan hutan dan pembinaan empangan hidroelektrik. Di kawasan luar bandar ini, BN dijangka akan memainkan isu 'undi BN untuk pembangunan' bagi menyekat kemaraan pembangkang yang akan membawa isu-isu nasional dan seruan untuk memilih pemimpin baru. LAPORAN LANGSUNG 8.45am: Balingian - Kira-kira 300 penyokong PBB berkumpul di sebuah masjid, 11 kilometer dari pusat penamaan calon. Kerusi di Mukah ini dijangka menyaksikan calon PKR, Suriati Abdullah mencabar KM, Taib Mahmud. Turut menjadi tumpuan adalah calon bebas, Salleh Jafaruddin, yang mahu menumbangkan sepupunya Taib. Salleh tiba di pusat penamaan calon bersama isterinya dan lima penyokong pada jam 7.20 pagi. 8.47am: Satok - Kira-kira 250 penyokong BN berkumpul lebih kurang 2.5km dari pusat penamaan calon di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang. Mereka datang bagi meluahkan sokongan kepada timbalan presiden PBB yang dilihat juga sebagai bakal ketua menteri, Datuk Abang Johari Openg, yang akan mempertahankan kerusinya untuk kali kelapan. PKR pula menurunkan seorang peguam syarie Ahmad Nazib Johari sebagai calon Pakatan. 8.50am: Batu Kawah - Suasana seakan pesta di Kota Padawan di mana penamaan calon akan diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kota Padawan. Kira-kira 200 penyokong BN mengiringi calon mereka Tan Joo Phoi dari pusat operasi mereka di pekan kecil yang dihuni majoritinya masyarakat Cina. Ia terletak kira-kira 20km dari selatan Kuching. Penyokong DAP pula hanya berjumlah 50 orang seperti yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang menemani calon mereka, Christina Chiew ke pusat penamaan calon. "Saya rasa yakin, Begitu juga ibu bapa saya, Mereka datang dari Sibu untuk menyokong saya," kata Chiew. Chew adalah jurutera kimia dan sebelum ini berkhidmat sebagai pembantu ADUN Pending, Violet Yong. 8.55am: Beting Maro - PAS, yang bertanding di lima kerusi dikatakan mempunyai peluang terbaikn di sini. Mewakili parti Islam itu ialah peguam Abang Ahmad Kerdi Abang Magasus. Keputusan tidak menampilkan calon ulama bertujuan memantapkan imej PAS sebagai parti yang moden. Sementara itu, BN menurunkan seorang pendatang baru, Razaili Gapor. Keputusan itu dikatakan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan akar umbi yang kecewa bahawa penyandangnya Bolhassan Ahmad Di digugurkan. Pada pilihan raya negeri yang lalu, PAS tewas tipis dengan 895 undi di kawasan yang majoriti pengundinya adalah Melayu/Melanau. Kerusi ini mempunyai 4,742 pengundi. 9.05am: Padungan - Kira-kira 200 penyokong DAP dan PKR berada di luar bangunan Majlis Perbandaran Kuching Selatan - tempat penamaan calon bagi tiga kersi Padungan, Pending and Batu Lintang. Ketiga-tiga kerusi di Kuching ini mempunyai penduduk majoriti Cina. Tidak seperti di Semenajung Malaysia, suasana penyokong agak terkawal - tiada jerit menjerit mengenai slogan parti. Jumlah penyokong BN yang tiba di pusat penamaan calon jauh lebih besar daripada penyokong Pakatan. Dianggarakan tidak kurang 1,000 yang datang sambil mengibarkan bendera BN. 9.14am: Layar - Calon PKR Stanny Embat, tiba dengan 100 penyokong yang berarak dari pekan Betong ke pejabat daerah yang dijadikan pusat penamaan calon di Layar. Ia sebuah kerusi di pinggir bandar yang majoriti pengundi adalah masyarakat Iban. Kerusi ini telah dipegang oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu untuk selama tujuh penggal. Penyokong PKR pula diketuai oleh timbalan ketua menteri, Datuk Mansor Othman. Mereka membawa sepanduk dan bendera parti sambil melaungkan"Reformasi!" dan "Tumbang Jabu!". Calon Snap Joe Unggang, diiringi kira-kira 50 penyokong yang berkemeja T kuning, warna rasmi parti itu. 9.15am: Balingian -Ketua Menteri Taib, 74, tiba selepas diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman serta 5,000 penyokong Barisan Nasional (BN). Turut sama, isteri Taib, Puan Sri Ragad Waleed Taib. 9.20am: Layar - Timbalan Ketua Menteri, Jabu tiba di pusat penamaan calon dengan diiringi naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan kira-kira 300 penyokong yang mengibarkan bendera BN dan PBB. Mereka melaungkan "1Malaysia", "1Sarawak" dan "1BN". Selain Stanny (PKR), Joe (Snap) dan Jabu (BN), terdapat seorang lagi calon Bebas, Tedewin Ngumbang, yang kelihatan di pusat penamaan calon. Keempat-empat mereka dilihat memfailkan borang pencalonan masing-masing. 9.25am: Padungan - Penyandang kerusi Padungan Dominique Ng tiba di pusat penamaan calon bagi kawasan Padungan, Pendingdan Batu Lintang. Adalah dipercayai beliau akan mempertahankan kerusinya itu dan dijangka berdepan dengan calon DAP Wong King Wei. Semalam, ketika mengumumkan dirinya keluar PKR, beliau berkata akan bertanding di Padungan ataupun di Batu Lintang. 9.26am: Batu Kawah - Penyandang Tan Joo Phoi, seorang anak tempatan mampu akan dapat mempertahankan kerusinya daripada dicabar oleh gadis kelahiran Sibu, Christina Chiew dari DAP. "Mereka masih baru di kawasan ini dan belum melakukan apa-apa pun tetapi kita mesti kerja keras (dalam kempen)," katanya ketika mengemukakan borang pencalonannya. 10.01am: Satok - Pegawai pengurus pilihan raya Onn Abdullah mengumumkan tamatnya tempoh penamaan calon dan bermulanya tempoh bantahan yang akan berakhir pada jam 11 pagi ini. Hanya Abang Johari (PBB), 61 dan Ahmad Nazib (PKR), 35, yang telah mengemukakan borang pencalonan masing-masing. Malaysiakini/- |
Sarawak: Sekitar Penamaan Calon N.15 Muara Tuang Posted: 05 Apr 2011 07:18 PM PDT 2 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Penamaan calon di DUN N.15 Muara Tuang melibatkan calon dari PAS yang mewakili Pakatan Rakyat manakala PPB mewakili dari Barisan Nasional. Pertandingan melibatkan antara PAS dan PPB. Proses penamaan calon ditutup jam 10 pagi. Pimpinan PAS yang hadir termasuklah Dato Seri Nizar Jamaluddin selaku ADUN Pasir Panjang yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Mahfuz Omar selaku Ahli Parlimen Pokok Sena dan ramai lagi. Kebanyakkan penyokong adalah dari negeri Perak. Laporan akan menyusul dari semasa ke semasa dengamn perkembangan terkini yang berlaku di Sarawak. oleh: kijang59 |
Sibuk dengan video, BN naik harga minyak Posted: 05 Apr 2011 07:13 PM PDT 02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR,: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, isu video telah memerangkap rakyat Malaysia sehingga hilang fokus kepada isu yang sebenar. Katanya, ketika rakyat sibuk membincangkan isu video, kerajaan BN telah menaikkan harga minyak RON 97 sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.70 manakala SPRM mengumumkan negara rugi RM108 bilion setiap tahun angkara rasuah dan aktiviti haram yang lain. Tambahnya, kebijaksanaan pemimpin BN mengalihkan isu sebenar dengan permainan media mereka sehingga lupa kepada isu tidak kemampuan BN menguruskan negara. Begitu juga, ujarnya dengan Buku Jingga sampai sekarang tidak ada jawapan yang mantap untuk menjawabnya oleh pemimpin Umno BN. "Mereka hanya mampu mengatakan Buku Jingga boleh bawa bankrap jika Pakatan Rakyat laksanakan apabila mereka memerintah walaupun jawapan balas sudah diberikan dengan fakta tentang kemampuan PR melaksanakan agenda Buku Jingga," katanya kepada Harakahdaily. Pakatan Rakyat, katanya jangan pula lalai dengan isu video sehingga lupa untuk agenda perubahan untuk rakyat. Menurutnya, semua maklum isu Buku Jingga pihak BN berada dalam keadaan defensif. "Mereka hanya upah pemimpin Umno Sabah untuk bercakap mengenai Buku Jingga di dalam parlimen walaupun kadang-kadang tidak masuk stesen sehingga di dalam parlimen askar upahan BN membincang Buku Jingga dan terlupa bincang titah Diraja," katanya. Tegasnya, PAS yakin isu video akan menjadi senjata makan tuan kerana rakyat sudah mual dengan politik lucah yang tidak berkesudahan. "Apakah ini politik transformasi Datuk Seri Najib Tun Razak? "Apakah rakyat boleh kenyang dengan video lucah? Apakah dengan isu ini inflasi negara akan menurun?" soalnya. Harakahdaily/- |
Muka macam Anwar, badan macam Najib? Posted: 05 Apr 2011 07:00 PM PDT 02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] - Ramai yang marah-marah apabila video yang didakwa sebagai video lucah seorang pimpinan tertinggi pembangkang dimuatnaikkan ke dalam laman video Youtube sehingga semua peringkat umur rakyat Malaysia dapat menontonnya. Jika sebelum ini, hanya wartawan terpilih sahaja yang bertuah mendapat jemputan tayangan video tersebut di sebuah hotel eksklusif. Ramai juga yang kehairanan dan tertanya-tanya, bagaimana video yang telah diserahkan kepada pihak polis boleh terlepas ke alam maya? Mungkin segala apa yang berlaku mengenai video lucah tersebut satu persatu berjalan mengikut seperti yang telah dirancang. Jangan ditanya mengapa polis masih tidak mengambil tindakan terhadap trio Datuk T yang lepas bebas sehingga hari ini, bagaimana video tersebut ditayangkan di merata ceruk negara dan kini menyusup masuk ke setiap rumah yang berinternet, bukan sahaja dinegara kita malah seluruh dunia. Biarpun video yang dimuatnaikkan ke dalam laman youtube itu hanya sebagai 'pembuka selera' sekitar seminit lebih berbanding dengan video asal yang berdurasi selama hampir setengah jam, ianya lebih berbentuk 'rahmat' kepada pihak pembangkang. Terutamanya Anwar sendiri. Jika sebelum ini, semua penyokong Anwar menghentam 'pembikin filem' lucah ini tanpa menontonnya terlebih dahulu. Hentaman itu pula dilantunkan dimasa faktanya masih di awang-awangan, segalanya menggunakan logik akal. Mana mungkin Anwar berbuat begitu, kata mereka membela. Dengan adanya 'teaser' video tersebut sedia ditonton di laman youtube, semua rakyat boleh menyaksikannya dengan mata kepala sendiri untuk menilai akan 'ketulenan' dakwaan yang dilemparkan kepada Anwar. Video tersebut telah disahkan tulen oleh pihak polis tetapi apa yang dimahukan oleh orang ramai adalah pengesahan ketulenan pelakon video tersebut. Benarkah Anwar ataupun pelanduk dua serupa? Tidak dinafikan video tersebut bisa berkesan kepada penonton yang hanya melihat di permukaannya sahaja dan mungkin juga terus mengiyakan bahawa memang Anwarlah yang mereka saksikan bertuala di dalam bilik hotel dengan seorang gadis berkulit putih. Manakala bagi penonton yang sedikit teliti, dengan sekali tonton sahaja mereka bisa menemui beberapa kejanggalan yang terpapar di video tersebut. Banyak persoalan akan menerjah keminda mereka, mengapa begitu dan mengapa begini. Tidak akan terus menelan bulat-bulat tetapi akan mengunyahnya dahulu. Rata-rata komentar orang ramai yang menonton video tersebut akan berpusat kepada susuk tubuh 'pelakon' itu berbanding dengan bentuk badan Anwar sendiri. Bahu yang lebar dan bongkok, berbuah dada dan perut yang buncit memang jauh sekali daripada potongan badan Anwar. Tetapi lebih kepada susuk tubuh Najib, ada juga yang mengandaikannya begitu. Tulisan yang merentang skrin sepanjang video tersebut juga menjadi tanda tanya. Mengapa ada tulisan siam pada video yang dikatakan dirakam dengan kamera cctv disebuah hotel di tengah bandaraya Kuala Lumpur pada bulan Februari yang lalu? Apakah kamera yang digunakan buatan Thailand sehingga tulisan tersebut tersiar sama? Apabila diterjemahkan tulisan itu, ternyata ianya adalah nama sebuah jalan di bandar Bangkok, Thailand. Apa kena mengena nama jalan di Bangkok dengan rakaman disebuah hotel di Kuala Lumpur? Satu lagi persoalan besar yang perlu dijawab oleh trio Datuk T. Jika suatu masa dahulu heboh dengan video seks artis-artis Malaysia, tetapi sebenarnya hanyalah video seks daripada Thailand yang muka pelakonnya seiras dengan artis negara ini, lalu digunakan oleh pihak penjual untuk melariskan video seks mereka itu. Gimik orang berniaga. Mungkin pendekatan yang sama juga digunakan oleh trio Datuk T yang mempunyai motif yang cukup kuat untuk mengenakan Anwar, sayangnya sehingga kini mereka langsung tidak disentuh oleh pihak polis walaupun laporan polis telah dibuat dan pengakuan penglibatan mereka disiarkan semua rangkaian berita negara. Politik untuk menjatuhkan seseorang pemimpin dinegara ini semakin hilang arah. Tersasar daripada landasan maruah dan moral. Semakin jijik dari hari kehari semata-mata untuk bergayut kepada kuasa yang ada. Generasi sekarang telah runtuh akhlaknya dengan gejala sosial yang menakutkan, apakah politik negara mahu generasi yang akan datang menjadi lebih teruk lagi sehinggakan menonton video lucah itu 'dihalalkan' atas nama 'menegakkan kebenaran'? Harakahdaily/- http://ajijoi.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan