YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri |
Posted: 23 Mar 2011 11:54 PM PDT Iklim politik kita semakin panas. Makin banyak yang terdedah dan didedahkan. Akibatnya, rakyatlah yang terheret dengan keadaan tersebut. Dalam isu-isu yang besar, yang tidak dituduh boleh menafikan penglibatannya, manakala yang merasakan dirinya dituduh lagilah tidak mahu mengaku perbuatannya. Selebihnya, bagi orang yang diberitahu atau yang tahu, ada juga yang beriya-iya benar menafikannya sedangkan mereka sendiri tidak pasti apa yang sebenarnya. Ada juga orang yang bersekongkol dengan orang yang didakwa itu awal-awal membuat penafian, malah lebih jengkel lagi apabila mereka pula yang menuduh orang lain punya angkara sehingga timbulnya sesuatu isu tersebut. Apa yang pasti, geografi akal politik orang kita (sebahagiannya) sudah tidak begitu menarik. Ramai yang berfikiran berat sebelah. Maksud saya, apabila sesuatu pendedahan mengenai puak mereka dibuat, mereka segera menafikan dan berkata boleh bahawa ini adalah satu konspirasi walaupun dalam keadaan mereka tidak tahu apa sebenarnya. Dalam keadaan yang lain, mereka dengan bulat-bulat menerima keburukan musuh politik mereka walaupun tahu bahawa apa yang sampai ke telinga mereka itu adalah satu pembohongan. Lebih menjijikkan lagi apabila ada yang menggunakan Islam untuk menghalalkan setiap dakwaan dan tuduhan. Itulah yang sedikit menyedihkan. Saya berpandangan, cara berfikir sedemikian tidak menyumbang kepada kelebihan diri dan masa depan kita. Kita harus berani menjadi rakyat yang boleh menerima kenyataan walaupun ianya pahit untuk ditelan. Kita harus berdiri sebagai rakyat yang sayangkan negara mengatasi sayangnya kita kepada pemimpin tertentu. Kita harus belajar menerima yang salah adalah salah, dan berani pula mengatakannya. Dan, bijak mengatakan yang benar adalah benar. Kita tidak boleh terlalu cepat menjatuhkan andaian tanpa usul periksa hanya dengan kepentingan politik semata-mata. Dalam konteks yang hampir sama bagi saya, negara telah kerugian banyak masa kerana melayan karenah politik sedemikian. Banyak yang sudah terganggu dan diganggu denga isu politik yang sedang melingkari kita. Asyik-asyik isu yang sama dan melibatkan orang yang sama. Rakyat harus lihat di mana kerugian mereka jika membiarkan politik sedemikian berlarutan. Itulah yang penting. Marilah kita bertekad untuk menjadi rakyat yang hebat, dengan mempunyai pemikiran yang hebat dan bukannya tersumbat. |
You are subscribed to email updates from YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan