Khamis, 24 Mac 2011

Islam untuk semua

Islam untuk semua


Video seks: ‘Datuk T’ mengaku terlibat, salah seorang ada dalam video

Posted: 23 Mar 2011 07:40 AM PDT


WarkahDaily, 23 Mac – Baru aje Datuk Johari pecah tembelang barua-barua Umno-BN tu, sekarang ni pulak duk mengaku ada dalam rakaman video seks tu.




MENGAKU: "Saya dalam video itu, " jelas Datuk Shazryl Eskay kepada media. foto Malaysiakini

Dah makin bercelaru nampaknya modus operandi Umno-BN untuk jatuhkan Anwar Ibrahim. Rupa-rupanya 'Datuk T' tu ada tiga orang. 'Datuk T' itu kononnya bermaksud 'Datuk Trio' – tiga orang datuk (rakan baik). Antara trio itu ialah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim. Laa...budak Perkasa ada jugak ke..sah Perkasa adalah barua Umno-BN.

Hari ini, Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah membuat pengakuan bahawa beliau ada dalam rakaman video seks yang didedahkan kelmarin.

"Saya dalam video itu, " jelas Datuk Shazryl Eskay kepada media.

Beliau membuat pengakuan itu dalam satu sidang media bersama Tan Sri Rahim Thamby Chik hari ini selepas ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

Menurut laporan Malaysiakini, Shazryl yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.

Dalam sidang media berkenaan, Rahim Thamby Chik turut mendedahkan seorang lagi yang bergelar 'Datuk T' iaitu bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

Tiada ulasan:

Nuffnang