Ahad, 27 Mac 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


IMARAHKAN SURAU DAN MASJID DENGAN PELBAGAI AKTIVITI KEMASYARAKATAN

Posted: 27 Mar 2011 01:26 AM PDT


TELUK INTAN, 27 Mac - Mempelbagaikan aktiviti di surau dan di masjid merupakan salah satu cara untuk kita mengimarahkan surau dan masjid. Demikian telah dinyatakan oleh isteri ADUN Changkat Jong , Puan Hjh. Faridah Rajiah binti Ahmad Fakhrurrrazi semasa merasmikan penutupan Pertandingan Memasak Ikan Keli Piala Isteri ADUN Changkat Jong. Majlis telah diadakan di Surau Diri Jumaat Hidayatul Islamiyyah, Taman Cicely dekat sini.
Ketua Muslimat Cawangan, Puan Hjh. Rokiah Azian  menyampaikan ucapan.

Pn. Hjh. Faridah bersalaman dengan para muslimat.

Sebahagian daripada peserta pertandingan memasak ikan keli.


Menurut beliau lagi, pihak surau dan masjid perlu memperbanyakkan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan yang boleh memberikan manfaat kepada penduduk setempat. 

Seorang peserta menunjukkan bakat melaungkan azan.
Pertandingan mewarna sedang berlangsung.

"Apa yang penting, dengan mempelbagaikan aktviti kita dapat mengubah pemikiran masyarakat selama ini yang hanya melihat surau dan masjid hanya sebagai tempat melakukan  ibadat solat sahaja sedangkan pada zaman Rasulullah, masjid telah menjadi pusat aktiviti kemasyarakatan bagi penduduk Madinah," tambah beliau lagi.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan memuji Jawatankuasa Muslimat Cawangan Taman Cicely yang telah berjaya menganjurkan program sebegini yang berjaya menarik ramai penyertaan kaum wanita setempat.
Pn. Hjh. Faridah sedang menghakimi masakan.
Antara masakan ikan keli yang dipertandingkan.
Selain diadakan pertandingan memasak ikan keli turut diadakan ialah pertandingan laungan azan dan mewarna bagi kanak-kanak. Penyertaan bagi setiap kategori pertandingan begitu menggalakkan.
Peserta mewarna menerima hadiah.
Pengerusi surau, Tn. Hj. Mohd. Taib menyampaikan hadiah pemenang laungan azan.

Salah seorang pemenang memasak ikan keli menerima hadiah.

Puan Hjh. Faridah turut diberi peluang menjadi hakim bagi pertandingan memasak ikan keli. Turut hadir sebagai hakim ialah Ketua Dewan Muslimat Kawasan, Puan Robiatun binti Abas dan Setiausaha Dewan Muslimat Kawasan, Puan Noor Saadah binti Abas. Ketua PAS Cawangan Cicely, Sdr. Ahmad Kabir Mahdin turut hadir.

Beliau juga turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang