DUN PENGKALAN KUNDOR |
Posted: 21 Mar 2011 03:43 AM PDT
Disamping itu, Ziarah juga sedikit sebanyak mengubat resah pesakit terhadap sakit yang dialami.Masa yang ada untuk bertanya berita tentang seorang Ahli MKK Taman Perpaduan kawasan Kuala Kedah, Sdr. Ramli b. Mat. Beliau yang kini terlantar akibat penyakit bengkak hati sejak 2 bulan lalu kini tidak dapat meneruskan tanggungjawab sebagai seorang ahli MKK berikutan keadaan yang menimpa. Sahabat-sahabat yang mempunyai kelapangan masa bolehlah menziarahi beliau di Kg. Batas Paip, Jalan Kuala Kedah. | ||||||
Diari YB: Dialog bersama JAKSA Perunding Taman Nelayan Posted: 21 Mar 2011 12:26 AM PDT Isnin: 21 Mac 2011- Masalah perpindahan penduduk taman nelayan yang sebelumnya dipandang sepi, kini mendapat reaksi daripada Exco Bahagian Perumahan terhadap beberapa isu yang masih belum diselesaikan. Antara lain, ialah keciciran hak untuk mendapat rumah di taman tersebut sejak penempatan tersebut mula diperkenalkan di kawasan terbabit. Penduduk yang rata-ratanya bekerja sebagai nelayan mengambil kesempatan meluahkan masalah yang dihadapi melalui Jawatankuasa Perunding yang terdiri daripada JKK dan JKKKP yang menganggotai JAKSA tersebut. Majlis dialog serta perbincangan diadakan di sebuah rumah penduduk kawasan Taman Nelayan dengan dihadiri rombongan Exco Bahagian Perumahan, Dato' Ir. Hj. Phahrolrazi Zawawi bersama beberapa wakil penting dari Setiausaha Kerajaan Bahagian Perumahan En. Safwan , En. Abdul Hamid wakil Majlis Bandaraya Alor Setar dan beberapa staf yang lain.Turut hadir YB Nasir Mustafa ADUN Kubang Rotan yang menjadi orang tengah dalam perbincangan ini.
Reaksi dari YB Phahrolrazi Zawawi menyatakan masalah yang berlaku diharap diselesaikan dengan baik serta tidak berakhir dengan keputusan mahkamah sebagai pihak ketiga yang mana akan merugikan sebelah pihak. Oleh itu, keputusan yang akan dibuat perlu sepakat dan memuaskan hati semua pihak serta mendatangkan faedah kepada penduduk setempat dan tidak dibiarkan berlarutan. JAKSA Perunding menarik nafas lega setelah beberapa isu yang dikemukakan mendapat persetujuan pihak Kerajaan Negeri. Bagi masalah-masalah yang rumit akan dibincangkan semula oleh SUK Bahagian Perumahan dalam menentukan jalan terbaik.
Kerjasama dari kedua-dua belah pihak diharap dapat dipereratkan dengan perbincangan semasa ke semasa. Syabas kepada penduduk Taman Nelayan atas kerjasama anda. |
You are subscribed to email updates from DUN PENGKALAN KUNDOR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan