Direct Free Kick |
Polis ganggu ceramah Pas Ganti Umno di Taman Cahaya 16 Mac 2011 Posted: 16 Mar 2011 05:26 PM PDT Pihak Polis telah mengganggu ceramah tersebut ketika Ahli Parlimen Padang Terap, YB Ustaz Nasir Zakaria berceramah. Mereka mahu ia diberhentikan walaupun suasana ceramah itu adalah aman dan teratur. Setelah gagal menghalang ceramah itu, mereka telah membawa lari kain rentang ceramah yang digantung di simpang jalan masuk. Mereka juga telah merampas MyKad petugas yang cuba menghalang mereka. Walaupun telah berlaku provokasi namun para pendengar tetap terus setia mendengar ceramah yang disampaikan. Yang menghairankan pihak Polis tidak pula mengganggu ceramah anjuran UMNO, Selamatkan Selangor, di Pandan Jaya dan Kg. Cheras Baru baru-baru ini. Jelas sekali pihak Polis mengamalkan 'double standard'. |
You are subscribed to email updates from Direct Free Kick To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan