Ahad, 13 Mac 2011

Direct Free Kick

Direct Free Kick


PROJEK PENEMPATAN SEMULA MESTI MENGIKUT JADUAL

Posted: 12 Mar 2011 11:51 PM PST

GOMBAK, 12 Mac: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad berharap agensi-agensi kerajaan yang terbabit melaksanakan projek-projek penempatan semula setinggan perlulah prihatin dan memastikan bahawa setiap projek berjalan dengan lancar dan siap mengikut jadual serta berkualiti.

 

Ini, katanya kerana kelewatan menyiapkan projek akan melewatkan perpindahan penduduk.

 

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Town House di Kampung Kemensah, hari ini yang telah mendapat kerjasama dengan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor.

 

Turut hadir Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor (PNSB), Ahmad Omar serta Pengerusi Pemaju Perspektif Masa Sdn Bhd (PMSB), Datuk Samad Maharuddin.

 

Iskandar berkata, PNSB adalah sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor yang telah diberikan tanggungjawab untuk menempatkan semula penduduk-penduduk asal Kampung Kemensah Hilir menerusi Program Penempatan Semula Setinggan Negeri Selangor.

 

Menurutnya, penempatan baru yang dibangunkan oleh pemaju Perspektif Masa Sdn Bhd telahpun menyiapkan 72 buah unit town house yang

merangkumi Block A, B, C, D berkeluasan 850 Kaki persegi seunit dengan harga RM50,000.

 

Pembangunan itu, ujarnya telahpun siap sepenuhnya dan 72 buah keluarga daripada penempatan asal telahpun menerima kunci rumah masing-masing.

 

Menurutnya lagi, pembangunan projek Kemensah Hilir yang meliputi tanah seluas 15.6 ekar dan antara kompenan-kompenan lain yang bakal dibangunkan secara berfasa adalah rumah teres, rumah kelab dan dewan dan kawasan itu akan dinamakan Bukit Kemensah Indah.

 

"Besar harapan saya semoga pihak pemaju dapat menunaikan janji yang dinyatakan bersama penduduk agar tidak berlaku perselisihan faham.

 

"Kerajaan Negeri juga bercadang untuk terus mengurangkan bilangan setinggan di Negeri Selangor untuk membebaskan mereka daripada kitaran kemiskinan dan menjamin hak asasi rakyat bagi mendapatkan rempat kediaman yang lebih selesa," katanya.

 

Pada majlis itu, seramai 72 orang penduduk telah menerima kunci rumah masing-masing.

 

Seramai 3 orang wakil bagi mewakili 72 orang pembeli setinggan telah menerima kunci tersebut.

 

Seorang penerima kunci, Mohd Manan, 69, bersyukur kepada Allah kerana rumah yang diidamkan selama ini telahpun dimiliki.

 

"Bagaikan sebuah penyeksaan bagi saya sekeluarga menanti rumah yang sangat diidamkan sehingga isteri saya telah pulang ke rahmatullah 4 bulan yang lalu.

 

"Rasa sedih kerana isteri saya tidak dapat merasakan rumah yang dinginkan selama ini. Berbagai ujian yang telah kami lalui selama menanti rumah ini siap," ujarnya.

 

Sebelum ini, beliau menduduki rumah setinggan yang dikenali sebagai Kampung Kemensah Hilir yang bermula 1962 sehingga 2005. - Harakahdaily

Tiada ulasan:

Nuffnang