Blog DR LO'LO' |
MENTERI WILAYAH DIMINTA TARIK BALIK BACAAN KALI KEDUA DI PARLIMEN BUKAN TANGGUH. Posted: 02 Mar 2011 12:11 AM PST Saya ingin menarik perhatian media dan pemilik serta pewaris tanah Kampong Bharu khasnya kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Dato' Raja Nong Chik Zainal Abidin bahawa Kerajaan berhasrat menangguhkan perbahasan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2010 (RUU PPKB 2010) dalam sesi Parlimen bermula 7/3/2011 hingga 7/4/2011 ini. Pertamanya saya merasa agak lega dengan kenyataan itu tetapi ini tidak bermakna apa-apa bagi pemilik tanah Kampong Bharu khasnya. Saya lega kerana akhirnya desakan dan luahan rasa pemilik tanah Kampong Bharu diambil perhatian oleh Kerajaan. Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa melalui Sekretariat Pembangunan Kampong Bharu (SPKB) yang ditubuhkan khusus untuk menangani isu ini telah mengadakan siri penerangan kepada pemilik tanah di enam (6) buah kampong di dalam Kampong Bharu agar pemilik tanah faham dan tahu isi kandungan RUU PPKB 2010 ini. Kami juga mengambil inisiatif mengedarkan salinan RUU PPKB 2010 kepada pemilik tanah yang hadir sesi penerangan kami. Sukacita saya menasihatkan pemilik tanah Kampong Bharu supaya jangan mudah terpedaya dan terpesona dengan janji-janji manis ini. Ini bukan hasutan tetapi peringatan. Sejarah sudah membuktikannya di Kampong Bharu sendiri bagaimana janji-janji manis yang ditaburkan oleh Kerajaan hanya tinggal janji. Saya mengambil contoh Projek Puncak Baru di tapak Pasar Minggu Kampong Bharu yang dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 30/3/2009 dengan peruntukkan RM500 juta. Telah dijanjikan projek itu akan dimulakan 3 bulan dari tarikh perasmian pecah tanah tersebut tetapi sehingga kini masuk 2 tahun, tiada apa yang berlaku. Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang menangguhkan RUU Perbadanan PKB semalam memang dialu-alukan dan saya selaku wakil rakyat mengucapkan terima kasih. Walau bagaimana pun pemilik dan pewaris Kg Baru yang majoriti menolak RUU PPKB mahukan RUU ini ditarik sepenuhnya terlebih dahulu di Parlimen kerana telah dibentangkan untuk bacaan pertama pada Bulan Disember 2010 yang lalu. Ini untuk memastikan kenyataan yang dikeluarkan menteri dilaksanakan dan bukan hanya untuk menyedapkan hati orang Kg Baru seperti mana yang berlaku sebelum ini dimana RUU PPKB telah terlebih dahulu dibentang di Parlimen baru menteri turun jumpa orang-orang Kg Baru tidak seperti janji dan kenyataan menteri sebelumnya. Kenyataan Raja Nong Chik yang menyatakan 90% orang Kg baru bersetuju dengan RUU Perbadanan adalan sangat tidak tepat dari realitinya jika melihat bantahan-bantahan yang dizahirkan melalui baner-baner yang dinaikkan oleh penduduk Kg Baru. Saya berharap selepas di tarik balik sepenuhnya barulah KSU Kementrian dan JK yang ditubuhkan menteri datang berjumpa & berbincang dgn pemilik/pewaris dan bukan hanya wakil-wakil NGO-NGO. Ini kerana kebanyakan orang Kg Baru telah diberi penerangan secara terperinci dan memiliki salinan RUU PPKB untuk mereka teliti dan memahami dengan ini mereka boleh memberi cadangan klausa-klausa mana yang tidak mereka setuju atau mahu dibuat bantahan. Sebanyak 6 Majlis Penerangan telah diusahakan oleh Sekretariat Pembangunan Kg Baru dibawah Pusat Khidmat Wakil Rakyat TW dan saya sendiri selaku wakil rakyat dalam memberi penerangan dan berdialog dengan pemilik dan pewaris Kg Baru. Saya yakin kini orang Kg Baru mampu untuk mencadangkan pandangan dan idea-idea mereka tentang pembangunan Kg Baru terutama dikalangan generasi muda mereka. Saya mencadangkan setiap kampung pilih10 wakil untuk perbincangan dengan JK yang dilantik menteri yang diketuai KSU kementerian. MAS hendaklah diwakili sepenuhnya oleh ahli-ahli lembaga dan ketua-ketua kampung. Setiap yang hadir mestilah datang dengan persediaan cadangan-cadangan balas mereka dalam bentuk bertulis sebaik-baiknya setelah mereka berbincang sesama wakil-wakil kampung. Wakil-wakil juga hendaklah datang dari pemilik-pemilik hartanah yang bukan dibawah MAS tetapi termasuk dalam Kg Baru. Saya juga mengingatkan Menteri supaya tidak samakan MAS dgn NGO kerana MAS adalah satu entiti 'Kerajaan Tempatan' yang ada enakmen tersendiri dan jauh berwibawa berbanding NGO-NGO yang sebenarnya tidak mewakili suara majorirti penduduk. Lembaga MAS melalui ketua-ketua kampung kena segera mengadakan perbincangan dengan penduduk masing-masing supaya persiapan yang rapi sebelum perjumpaan dan perbincangan dengan JK yang dilantik menteri SPKB akan membantu MAS dan wakil-wakil kampung kearah persiapan tersebut. Selepas selesai semua perbincangan dgn pemilik/pewaris barulah RUU Perbadanan yang baru di wujudkan dengan persetujuan kesemua wakil-wakil tersebut. Sebagai wakil rakyat saya masih berpegang dan yakin satu Badan Amanah perlu diujudkan dan MAS dinaik taraf untuk menjaga amanah geran hartanah Kg Baru kerana walau bagaimana pun PPKB yang akan diujudkan semula tetap akan berkonsepkan entiti perniagaan seperti Perbadanan Putrajaya dan lain-lain perbadanan dengan ini boleh menimbulkan konflik kepentingan antara menjana keuntungan dengan menjaga amanah pemilik dan pewaris. Setelah semua proses ini selesai dan draf RUU PPKB 2010 serta cadangan penubuhan Badan Amanah dipersetujui dan dikemukakan semula kepada pewaris dan pemilik barulah boleh dibentangkan di parlimen oleh menteri. Saya juga sangat berharap pihak menteri memberi peluang kepada saya sebagai wakil rakyat untuk terlibat secara langsung dengan penyediaan RUU dan majlis perbincangan yang akan diadakan sebab mahu tidak mahu saya sudah pasti mesti melibatkan diri sebagai wakil rakyat yang telah diberi amanah oleh penduduk Titiwangsa. Sekian. Dr Lo'Lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo' |
Majlis Dialog Akta Rang Undang2 Perbadanan Kampung Baru ( Plaza Rah Jalan Raja Abdullah ) Posted: 02 Mar 2011 12:08 AM PST |
You are subscribed to email updates from Blog DR LO'LO' To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan