Rabu, 2 Mac 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Program Ekonomi Yang Tidak Seimbang Menjadi Punca Rakyat Muflis

Posted: 02 Mar 2011 01:18 AM PST

Pendedahan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong, bahawa untuk tahun 2009 sahaja, Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan seramai 1,806 penjawat awam diisytiharkan muflis sangat membimbangkan. Dari jumlah tersebut 72.74% adalah lelaki.

Berikutan dari pengumuman tersebut saya menggesa agar kementerian terbabit segera mengumumkan angka keseluruhan penjawat awam yang dihimpit masalah keterhutangan yang begitu meruncing ini. Adalah wajar buat kementerian segera mengenal pasti penjawat awam pada aras gaji berapakah yang terpaksa berhutang dan kemudiannya terjerumus muflis. Selain itu adalah suatu yang mustahak untuk kita mengetahui samada penjawat awam yang berhutang dan muflis ini kebanyakannya tinggal di bandar atau di desa.

Pendedahan ini sebenarnya membenarkan beberapa permasalahan serta langkah yang diungkapkan dalam Buku Jingga itu. Pakatan Rakyat tuntas mengungkapkan betapa kos sara hidup yang kian melonjak manakala pendapatan yang diperolehi tidak mampu menampung kehidupan apatah lagi jika berkeluarga. Bayangkan 34% dari 4 juta pekerja di Malaysia dibayar kurang RM 700 sebulan, manakala 40% dari keseluruhan rakyat Malaysia hanya menikmati pendapatan isi rumah kurang dari RM 1500. Dengan jumlah pendapatan yang sebegini manakala berhadapan pula dengan peningkatan kos sara hidup seumpama kenaikan harga barang serta petrol, pastinya rakyat hidup dalam keperitan.

Oleh kerana itu kita bertegas mahu menyemak semula antaranya perjanjian dengan Pembekal Tenaga Bebas (IPP) yang ternyata membebankan dan merugikan negara. Selain itu Pakatan Rakyat juga mensasarkan selepas 5 tahun memerintah, pendapatan isi rumah wajar pada jumlah RM 4000 demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Lembah Pantai

Posted: 01 Mar 2011 09:48 PM PST

Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

4 Mac 2011 (Jumaat)

8.00 – 12.00 Malam – Ceramah Perdana – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

Lokasi : Dewan MBPJ, Gasing Indah, Seksyen 5, Petaling Jaya

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Azmin Ali
3. YB Nurul Izzah Anwar
4. YB Tony Pua
5. YB Gobind Singh Deo

Program Kempen Dato’ Seri Anwar Ibrahim di DUN Kerdau, Pahang

Posted: 01 Mar 2011 09:47 PM PST

3 Mac 2011 (Khamis)

Program 1
8.00 – 10.00 malam – Majlis Penerangan Dan Dialog Bersama Rakyat

Lokasi : Markas PAS, Kampong Desa Purun, Temerloh

Program 2
9.00 – 12.00 Malam – Ceramah 1

Lokasi : Markas KeADILan, Kampong Rumpun Makmur, Kuala Krau

Program 3
9.00 – 12.00 malam – Ceramah – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

Lokasi : Markas KeADILan Felda Jengka 22, Bandar Tun Razak, Jengka

Antara Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YBhg Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
3. YB Nurul Izzah Anwar
4. YB Abdullah Sani
5. YB Azan Ismail
6. YBhg Dato' Fauzi Abdul Rahman
7. YBhg Hassanuddin Salim (Calon)
8. Pimpinan Pakatan Rakyat

Ahli PAC Pertikai Tuduhan ‘Ringan’ Bekas Menteri

Posted: 01 Mar 2011 07:59 PM PST

Dari Malaysiakini

Seorang ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Account Committee (PAC) telah mempersoalkan ‘tuduhan ringan’ yang dikenakan kepada bekas menteri pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy berhubung kaitannya dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar yang ahli jawatankuasa pusat PAS berkata apabila ahli politik BN yang berprofail tinggi didakwa, tuduhan yang lazim dikenakan adalah ringan.

“Saya ingin tahu mengapa sedemikian. Perkara yang sama berlaku dengan (bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd) Khir Toyo dan bekas setiauasha politik (bekas menteri kewangan) Nor Mohamed Yakcop,” kata Kamaruddin ketika dihubungi.

“Hal ini seakan telah menjadi pola sekarang apabila membabitkan kes-kes berprofail tinggi. Ahli politik BN yang didakwa – jika mereka didakwa – akan dikenakan hukuman yang paling ringan."

Chan pada Isnin lalu dikenakan tiga pertuduhan menipu, yang membawa hukuman maksimum lima tahun setiap satu atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, PAC selepas inkuirinya pernah mencadangkan Chan disiasat untuk tuduhan pecah amanah(CBT), yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebatan rotan dan denda bagi pegawai kerajaan.

Petronas Found Wanting in Global Transparency Study

Posted: 01 Mar 2011 05:31 PM PST

From Malaysiakini

The national oil and gas company Petronas has scored below average in an international study on revenue transparency and public disclosure, which covered 44 oil and gas companies worldwide.

According to the 2011 Report on Promoting Revenue Transparency in Oil & Gas companies, published today by Transparency International (TI) and Revenue Watch Institute (RWI), Petronas performed badly in all three key sections.

These are ‘Reporting on Anti-Corruption Programme’, ‘Organisational Disclosure’ and ‘Country-Level Disclosure for International Operations’.

Ppetronasetronas’ respective scores were 30, 38 and zero percent, compared with the average scores of 43, 65 and 16 percent.

UK’s BG Group, India’s Oil and Natural Gas Corporation and Norway’s Organisational Disclosure and Statoil, topped the three sections respectively with scores of 93, 100 and 69 percent.

Petronas was ranked in the bottom 25 percent of the 20 international and 24 national oil companies surveyed.

‘Reporting on Anti-Corruption Programmes’ refers to companies reporting their anti-corruption programmes according to the TI-UN Global Compact Reporting Guidance on the 10th Principle against Corruption.

‘Organisational Disclosure’ measures reporting of a company’s organisational structure, operations, partnerships and standards used for published financial accounts.

‘Country-level Disclosure for International Operations’ refers to companies’ reporting on meaningful country-level financial and technical data relating to their international operations.

pkfz port klang ong tee keat lee hwa beng paul low seng kuan pc 100609 02“The report aims to promote accountability in resource-rich countries by improving awareness of the importance of revenue transparency of major oil and gas companies,” TI Malaysia chapter chairperson Paul Low (right) said in a statement.

“Oil and gas producers generate and transfer considerable funds to national and host governments. Natural resources wealth can fuel large-scale corruption and mismanagement, if not properly managed.

“Transparent and accountable management of resources and revenues are fundamental to economic development and the public good."

Low said the report has highlighted the need for Petronas to significantly improve transparency and public disclosure.

“TI-Malaysia calls on Petronas to promptly heed and remedy the highlighted weaknesses.

“This is necessary to assure the public that national and international resources, of which Petronas is custodian, are being managed with transparency, integrity and good governance in the interests of Malaysia and its citizens."

Problematic aspects

Data for the study was based exclusively on publicly available information or documents.

The report finds that Petronas is not transparent in terms of the supply of goods and services to governments, and in procurement procedures.

azlanIt also reveals that Petronas is not a supporter of the Extractive Industries Transparency Initiative (EITI), a coalition of governments, companies, civil society groups, investors and international organisations that sets a global standard for transparency in oil, gas and mining.

“The EITI offers a simple mechanism to ensure the systematic disclosure and dissemination of information on payments and revenue from mining and oil and gas. Therefore, companies should join the EITI as a way to promote both corporate and government transparency,” reads the report. 

However, the report observes that compared with its 2008 study, many companies have begun publishing corporate documents relevant to their anti-corruption programmes. They included Petronas, which has published a new sustainability report.

“There are positive transparency trends in the oil and gas sector, although the overall level of reporting remains unsatisfactory,” concludes the report.

In a study by TI and RWI released last October, which referred to governments, Malaysia, by way of Petronas, also scored below average on transparency of revenue management.

===

Syarikat minyak dan gas nasional, Petronas mencatatkan prestasi lesu dalam kajian antarabnagsa mengemai ketelusan pendapatan dan pendedahan awam. Kajian itu membabitkan 44 syarikat minyak dan gas di seluruh dunia.

petronasMenurut laporan yang diterbitkan oleh Transparency International (TI) dan Revenue Watch Institute (RWI) hari ini, prestasi Petronas dalam ketiga-tiga sektor yang dijalankan pada kajian itu menunjukkan prestasi buruk.

Ia adalah adalah ‘laporan program anti-rasuah’, ‘pendedahan organisasi’ dan ‘pendedahan peringkat negara untuk operasi antarabangsa.’ 

azlanMarkah yang dicatatkan oleh Petronas adalah adalah 30, 38 dan kosong peratus, berbanding dengan skor purata pada 43, 65 dan 16 peratus.

Kumpulan BG dari UK, India Oil dan Natural Gas Corporation Norway menduduki tempat teratas dengan masing-masing mendapat markah 93, 100 dan 69 peratus.

Petronas disenaraikan di bawah 25 peratus daripada 20 syarikat antarabangsa dan 24 syarikat minyak kebangsaan yang dikaji.

Anwar Bawa Dokumen Bukti Hubungan Apco-Israel

Posted: 01 Mar 2011 05:20 PM PST

Dari Keadilan Daily

Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan kepada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau apabila mendedahkan salinan dokumen perjanjian antara Apco Worldwide dan kerajaan Israel yang ditandatangani pada 1991 – bukti pertalian erat kedua-dua pihak.

Ketua Umum KEADILAN itu turut membaca satu perenggan sebelum menyerahkan kepada jurugambar media tempatan yang berebut-rebut mahu merakam dokumen berkenaan.

"Tarikh dokumen ini bila? Tahun 1991. Apa berlaku pada 1999? Ehud Barrack (Perdana Menteri Israel) anjur kempen One Israel. Pada 2009 pula, (Datuk Seri) Najib (Razak) memperkenal Satu Malaysia.

"Pada 1999 juga, Ehud kemuka slogan 'People First', Najib pula 'Rakyat Didahulukan'. Kemudian, Ehud buat klinik untuk rakyat Israel. Najib buat apa? Klinik Satu Malaysia.

"Ke-be-tu-lan," sindir Anwar dengan disambut sorakan kira-kira 3,000 hadiri yang memenuhi lokasi ceramah di Merlimau Pasir di sini, malam tadi.

Anwar pada Disember tahun lalu digantung dari menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan selepas mendedahkan persamaan slogan One Israel dan Satu Malaysia dengan mengaitkan peranan Apco, tanpa diberi peluang membela diri.

Turut digantung ialah Mohamed Azmin Ali (KEADILAN-Gombak), R Sivarasa (KEADILAN- Subang), dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).

Kerajaan Malaysia sebelum ini, walaupun menafikan slogan Satu Malaysia hasil ilham Apco, mengaku membayar RM70 juta kepada firma perunding antarabangsa yang didalangi pemimpin Israel-Zionis itu.

Antara pegawai kanan Apco ialah bekas Duta Israel ke Jerman, Shimon Stein yang berkhidmat dalam kerajaan Israel dan berperanan penting dalam pentadbiran dua bekas Presiden Amerika, Bill Clinton dan Jimmy Carter, selain menjadi bekas ahli lembaga pengarah Yayasan Jerusalem.

Pegawai kanan lain ialah Itamar Rabinovich, bekas duta Israel ke AS dan Ketua Perunding Israel dengan kerajaan Syria ketika Yitzak Rabin masih menguasai kerajaan Israel.

Selain bukti itu, Anwar pada ceramah berkenaan turut membawa salinan dokumen laporan Global Financial Integrity (GFI) yang menunjukkan aliran keluar wang haram dari Malaysia sebanyak RM888 bilion (AS$291 bilion) dalam tempoh sembilan tahun sejak 2000.

Beliau berkata, jumlah itu menyamai wang yang dilarikan dua diktator iaitu bekas Presiden Tunisa, Zainal Abidien Ben Ali mahupun bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak selepas diguling rakyat negara masing-masing.

Anwar juga kesal kerana kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) sehingga kini berdiam diri tanpa membuat sebarang siasatan, jauh sekali mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

"Jika Pakatan Rakyat memerintah negara, kita akan menjalankan siasatan terperinci. Ini memalukan negara di mata dunia," katanya.

Laporan itu menunjukkan Malaysia berada di tangga kelima dari senarai panjang negara yang terlibat dalam pengaliran keluar wang secara salah seperti wang rasuah mahupun wang lari cukai.

Pada ceramah itu, Anwar turut mengulangi janji Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga petrol sehari selepas menawan Putrajaya.

Malah, gaya beliau membuat pengumuman penurunan harga petrol mencuit hati hadirin yang menggamatkan suasana dengan bersorak, dikuti laungan takbir.

Selain Anwar, beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk calon PAS bagi DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah; Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani; Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud turut menyampaikan ceramah.

Tiada ulasan:

Nuffnang