Sabtu, 21 Januari 2012

Lim Kit Siang

Lim Kit Siang


Pengisytiharaan harta

Posted: 21 Jan 2012 07:35 AM PST

— Aspan Alias The Malaysian Insider Jan 21, 2012 21 JAN — Sekarang isu pengisytiharan harta oleh ahli Jemaah Kabinet menjadi bahan perbincangan rakyat ramai di mana-mana. Belum pun habis dengungan saranan yang anjurkan oleh DAP serta MACC, Nazri Aziz, seorang menteri kanan kerajaan negara, dengan pantas tidak bersetuju dengan cadangan itu. Nazri memberikan alasan [...]

On changing horses midstream and the man who can walk on water

Posted: 21 Jan 2012 07:24 AM PST

— Sakmongkol AK47 The Malaysian Insider Jan 21, 2012 JAN 21 — The prime minister told the people not to change horses midstream. So we asked, don't we change even if the horse is limping and is running on three legs? In endurance races, riders change horses in order to arrive at the destination. Malaysians [...]

Dua graduan UiTM sertai DAP

Posted: 21 Jan 2012 05:51 AM PST

Roketkini.com IPOH, 21 JAN: Dua graduan muda jurusan undang-undang daripada UiTM yang berminat dengan politik telah memilih untuk menyertai DAP. Mereka adalah Fairuz Azhan Amirruddin dan Dyana Sofya Mohd Daud. Fairuz Azhan, 25, merupakan seorang penulis manakala Dyana Sofya, 24, seorang peguam. Penyertaan mereka dilihat sebagai keseinambungan populariti parti tersebut di kalangan profesional Melayu yang [...]

Rosmah’s ‘shopping spree’ hits Aussie paper

Posted: 21 Jan 2012 05:23 AM PST

Malaysiakini Jan 21, 2012 The big spending habits of another member of Prime Minister Najib Abdul Razak's family caught the attention of the Australian media again today – this time in Sydney. In the ‘Private Sydney’ section of the Australian daily Sydney Morning Herald, columnist Andrew Horney called Rosmah the "first lady of shopping", allegedly [...]

Let Malaysian Chinese unite as one Dragon and together with other Malaysians, effect a change of power in Putrajaya in 13GE

Posted: 21 Jan 2012 01:35 AM PST

With the closer approach of the 13th General Elections, whatever the date decided by the Prime Minister to dissolve Parliament, one common aspiration uniting Malaysians is gathering momentum – the possibility and potential for change of power at the federal level for the first time in the nation's 54 year history. Let Malaysian Chinese unite [...]

Anwar verdict: What Najib now faces

Posted: 20 Jan 2012 02:22 PM PST

— Yang Razali Kassim The Malaysian Insider Jan 20, 2012 JAN 20 — Last July, Prime Minister Najib Razak and Indonesian Muslim leader Amien Rais had a private meeting in a third country to chat about the case of Anwar Ibrahim. Amien, who is close to Anwar, apparently had expressed brotherly concern to Najib about [...]

A totalitarian/absolutist economy

Posted: 20 Jan 2012 02:15 PM PST

— Art Harun The Malaysian Insider Jan 20, 2012 JAN 20 — The establishment, nourishment, protection and subsequent embellishment by any government of entities (corporate or otherwise) with monopolistic businesses and/or preferential treatment signal the rise of what I would term as totalitarian economy. A totalitarian economy operates and behaves in manners not unlike a [...]

Dalam diam DAP melakukan transformasi

Posted: 20 Jan 2012 07:38 AM PST

by Amin Iskander The Malaysian Insider Jan 20, 2012 20 JAN — Pada ketika Umno masih belum selesai dengan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, memperbesarkan isu pemecatan Datuk Dr Hasan Ali dan memanipulasi isu pengambilan portfolio agama Islam oleh MB Selangor, dalam diam DAP memperkukuhkan partinya. Hari ini Umno dikejutkan lagi dengan berita penyertaan Hata [...]

.

.


Gambar siapa layak dapat zakat?

Posted: 20 Jan 2012 02:25 PM PST

Piow With You 文标与你

Piow With You 文标与你


黄文标2012农历新年祝贺短片 Ucapan YB Ong Boon Piow sempena Tahun Baru Cina 2012

Posted: 21 Jan 2012 03:14 AM PST

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Perutusan Tahun Baru Cina Presiden PAS

Posted: 21 Jan 2012 04:32 AM PST

27 Safar 1433H. [MOD] -
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Bersempena dengan Tahun Baru Cina yang akan disambut oleh masyarakat Tionghua di Malaysia dan di seluruh dunia minggu ini, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin mengucapkan selamat menyambut hari kegembiraan tersebut. Perayaan yang turut melibatkan majlis makan besar dalam keluarga besar merupakan satu nilai positif yang juga turut disanjung ajaran Islam. Islam juga menggalakkan hubungan kekeluargaan dipereratkan, malah jika sudah memeluk Islam sekalipun, hubungan kekeluargaan tidak pernah putus khususnya dengan kedua ibu bapa mereka.

Apa yang malangnya ialah pemerintahan negara selama puluhan tahun ini masih belum mampu mewujudkan perpaduan nasional yang mantap. Malah hidup dalam kegelisahan akibat permainan politik perkauman pihak pemerintah. Bahkan hubungan masyarakat Tionghua di Tanah Melayu ini telah wujud seawal pemerintahan kerajaan Islam Melaka melalui hubungan diplomatik Laksamana Cheng Ho dengan kerajaan Melaka.

Masyarakat Tionghua di Malaysia merupakan kelompok kedua terbesar di negara ini dan memberi kesan terhadap politik dan sosial negara. Perubahan yang mereka lakukan dalam pilihanraya ke-12 yang lalu membuka lembaran baru politik negara yang menyentak keselesaan pemerintah di peringkat pusat. Perubahan yang dilakukan adalah untuk melihat negara maju ke hadapan dan keluar daripada politik usang yang menindas, diskriminasi dan zalim kepada rakyat kepada politik yang adil dan saksama sesama rakyat.

Namun ianya belum cukup merubah keseluruhan sistem 'usang' negara dan menginsafkan pemimpin pusat yang terus menerus menindas negeri-negeri dan rakyat. Maka tibalah masanya kita membuat perubahan total diperingkat kerajaan pusat. Maka sekali lagi masyarakat Tionghua adalah penting dalam mengekalkan dan meningkatkan undi mereka kepada Pakatan Rakyat dan seterusnya bersama membina negara yang adil untuk semua.

PAS akan sentiasa menghormati dan mengiktiraf kehadiran dan peranan masyarakat Tionghua di Malaysia dalam membentuk sebuah kerajaan yang lebih adil dan makmur. PAS juga kini melalui Kelab Penyokongnya telah berjaya menjalin hubungan baik dengan masyarakat Tionghua khususnya dalam saling faham-memahami dan hormat-menghormati serta saling tolong-menolong di antara satu sama lain. Semoga sifat bersefahaman dan saling menghormati ini akan terus diperkasakan.

Gong Xi Fa Cai kepada semua.

Presiden PAS

Akhbar Australia lapor Rosmah 'berbelanja besar'

Posted: 21 Jan 2012 04:16 AM PST

27 Safar 1433H. [MOD] -


Tabiat berbelanja besar seorang lagi anggota keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menarik perhatian media Australia hari ini - kali ini di Sydney.

Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Horney memanggil Rosmah sebagai "first lady of shopping', kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp, kolumnis itu melaporkan bahawa "pelanggan terbesar" Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu "percutian peribadi" di sana "sekitar dua minggu lalu".

darling hotel sydney australiaMenurut kolum tersebut, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut,
menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam (kanan) di Hotel Darling.

Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Oktober lalu, anak perempuan Najib, yang tidak dinamakan, telah dilaporkan oleh akhbar Western Australian telah berbelanja mewah di David Jones di Perth semasa Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM).

Akhbar itu kemudiannya membuat pembetulan kepada laporan tersebut, dengan memetik sumber tanpa nama, selepas Najib berkata anak perempuannya tidak berada di Perth pada masa itu. Malaysiakini/-

'Aku Jimat' muncul permainan kedua paling popular

Posted: 21 Jan 2012 04:06 AM PST

27 Safar 1433H. [MOD] -

Suatu permainan Apple, yang dipercayai diilhamkan dari watak isteri perdana menteri, kini muncul sebagai permainan kedua paling popular di kalangan aplikasi berbayar Malaysia.

NONEMungkin dengan mengambil kesempatan daripada tumpuan media terhadap permainan Aku Jimat, syarikat yang membangunkan permainan elektronik itu, Antartica Group, kini mengenakan bayaran AS$0.99 bagi setiap muat-turun.

Harga baru untuk versi 1.1 permainan itu, yang memaparkan watak kartun yang mirip Datin Seri Rosmah Mansor, lengkap dengan model rambutnya, dikenakan semalam.

Permainan tersebut, yang merupakan satu-satunya yang dibangunkan oleh syarikat berkenaan, dan boleh didapati di Apple App Store untuk pengguna iPod, iPad dan iPhone, telah dilancarkan pada 17 Januari.

Ia mendapat perhatian media pada 19 Januari dan terus menjadi rebutan muat-turun permainan tersebut.

Sehingga ini, 154 orang telah memberi permainan tersebut penarafan lima bintang.

Menurut syarikat pemajunya, permainan itu adalah "untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung" sejak kecil dan "lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan".

NONEDengan tabung berbentuk seekor kucing, pemain dikehendaki menyambut duit syiling bernilai US$1000 (RM3,100) setiap satu yang digugurkan bagi membuat pembelian - sama ada sebuah rumah bernilai US$5,000,000 (RM15, 000,500) atau kereta berharga US$300,000 (RM10,000).

Pengguna juga boleh membeli mana-mana sembilan beg tangan yang ditawarkan, bernilai antara US$ 9,000 hingga US$ 110,000 (RM27, 900 hingga RM440,000) atau juga cincin berlian bernilai US$24 juta (RM74 juta).

Setiap syiling bernilai $1,000 tetapi jika seseorang itu bernasib baik, jongkong emas bernilai $1,000,000 akan digugurkan.

Pemain bagaimanapun mesti berhati-hati untuk mengelakkan diri mereka daripada terkena bom.

Ini kerana bagi setiap kali mereka terkena bom, tambahan umur setahun akan dimasukkan kepada pemain dan seseorang dipaksa untuk "bersara" pada usia 99 tahun.

Malaysiakini/-

Beberapa laluan lebuh raya PLUS bergerak perlahan

Posted: 20 Jan 2012 08:02 PM PST

27 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Trafik menghala keluar ibu negara bergerak perlahan hari ini berikutan warga kota mula meninggalkan kediaman masing-masing untuk bercuti sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut Isnin ini.

Jurucakap PLUSLine ketika dihubungi berkata, berlaku peningkatan trafik di beberapa lokasi di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala ke arah utara dan selatan.

Beliau berkata, antara laluan yang dilapor bergerak perlahan ialah dari Nilai ke Seremban, Kota Damansara ke Bukit Lanjan, Sungai Buloh ke Bukit Tagar dan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tanjung Malim ke arah utara.

"Trafik mula perlahan dari Jawi ke Bukit Tambun kerana terdapat kemalangan yang berlaku menghala ke persimpangan plaza tol Bukit Tambun...di sebelah selatan trafik mula sesak di Lebuhraya Link Kedua menghala ke Johor Bahru namun pergerakan masih lancar," katanya.

PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan mereka dengan bijak bagi mengurangkan risiko kemalangan dan kesesakan pada musim perayaan ini. - BERNAMA

Gempa bumi 5.7 magnitud gegar timur Indonesia

Posted: 20 Jan 2012 07:59 PM PST

27 Safar 1433H. [MOD] -

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher menggegarkan sebahagian timur Indonesia, awal pagi tadi, lapor Agensi Meteorologi dan Geofizik tempatan.

Agensi Penyelidikan Gelogikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa yang berlaku pada jam 5.50 pagi itu berpusat kira-kira 128 kilometer di Pulau Sangihe, utara Maluku dengan kedalaman 59 kilometer dari aras laut.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami atau kecederaan dilaporkan.

8 terbunuh serangan pemberontak di utara Nigeria

Posted: 20 Jan 2012 07:56 PM PST

27 Safar 1433H. [MOD] -

KANO: Beberapa siri letupan bom yang mensasarkan pasukan keselamatan di bandar kedua terbesar Nigeria, di sini, membunuh sekurang-kurangnya lapan orang, termasuk seorang pengebom berani mati di pejabat polis di sini, semalam.

Bandaraya Kano, bandar terbesar di utara yang didiami sebahagian besar masyarakat Islam, bergolak apabila kira-kira 20 letupan dan beberapa tembakan kedengaran di sekitar bandar itu yang mensasarkan lapan pejabat polis dan imigresen termasuk kediaman penduduk.

Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan berhubung pihak yang mendalangi serangan terbabit.

Sementara itu, pihak polis tempatan mengesahkan lapan kawasan diserang kumpulan pemberontak, termasuk ibu pejabat polis dan wilayah. - AFP

Pelukan terakhir.

Posted: 20 Jan 2012 07:37 PM PST


27 Safar 1433H. [MOD] -Pelukan terakhir: Mohd Faizal Jaafar bersama isterinya, Rohana Ahmad memangku jenazah anak mereka Muzaffar, 3 bulan, sebelum dikebumi semalam. Muzaffar dan seorang lagi bayi meninggal ketika dalam jagaan pengasuh di Taman Pertama, Ampang. - Foto Zulfadhli Zulkifli

Tahun Naga Tahun Untuk Berubah

Posted: 20 Jan 2012 07:26 PM PST

27 Safar 1433H. [MOD] -

Saya bagi pihak PAS Sarawak ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua masyarakat cina. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita akan melihat suatu perubahan yang lebih baik dari tahun yang lalu.

Menurut kepercayaan Cina, Naga adalah salah satu daripada 12 haiwan dalam zodiak Cina yang digunakan untuk menetapkan tahun dalam kalendar Cina. Ianya berpendapat bahawa setiap haiwan dikaitkan dengan personaliti tertentu. Tahun Naga biasanya yang paling popular untuk melahirkan bayi.Terdapat lebih banyak bayi yang dilahirkan pada tahun-tahun Naga daripada mana-mana binatang yang lain dalam tahun Zodiak.

Walau apapun kepercayaan masyarakat kita, sebagai rakyat Malaysia kita harus saling hormat menghormati antara kaum agar kita dapat hidup dalam rukun damai tanpa ada perasaan prejudis diantara satu sama lain. Kita juga seharusnya menghormati adat dan pantang larang agama masing-masing agar tidak timbul salah faham dalam pergaulan kita seharian dalam masyarakat yang berbilang bangsa.

Semoga dengan kerjasama dan kesepakatan dalam memperjuangkan keadilan, kita mampu mengubah system pentadbiran negara ke arah yang lebih baik dan adil untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Kepada mereka yang balik kampung, hati-hati di jalanraya agar selamat sampai ke destinasi masing-masing. Semoga kita dapat merayakan tahun baru ini dengan perasaan harmoni antara kaum.

Gong Xi Fa Cai kepada semua masyarakat Cina

Jofri Jaraiee
PAS Miri

Lim Lip Eng

Lim Lip Eng


Robbed and beaten up by drunk cop

Posted: 21 Jan 2012 12:36 AM PST

Photo: Lim Lip Eng
Story: http://www.freemalaysiatoday.com/2012/01/21/robbed-and-beaten-up-by-drunk-cop/ (By K Pragalath, 21.1.2012)
A 44 year man today related how he was beaten up and robbed by a police man last night.
Speaking to FMT shortly after a press conference with Segambut MP Lim Lip Eng of the DAP in Rawang, he related his bad experience.
"Last night, at 9 pm a drunk policeman by the name of Mansur started scolding and beating me," said Khoo Gin Seong who was gambling at a restaurant in Bukit Sentosa, Hulu Selangor. Khoo said he recognised Mansur as a policeman who he claimed frequently got drunk in that restaurant. He said he was then taken to the Bukit Sentosa police station.
"They took RM1,000 from me and a group of policemen started beating me. They also threatened to lock me behind bars if I don't give up my money. "After that I was beaten up until my dentures broke and my body was in pain," said Khoo.
At this point, Lim told FMT that Khoo returned home at 11 pm and later lodged a report at 4.30 am at the same police station. "The front desk personnel in the police station were initially reluctant to accept the report." Lim claimed the investigating officer for the case urged Khoo to settle the case at 9 am. "Khoo declined and informed him that he had alerted the DAP of his predicament," said Lim.
"Don't try to charge this innocent man for obstructing police work," he said because the police, according to him, had a tendency to charge the public for alleged obstruction. "Don't play tricks because I have witnesses," said Lim who said that several patrons in the restaurant had witnessed the entire incident.

Siti Zailah | Home

Siti Zailah | Home


SEMINAR NEGERI BERKEBAJIKAN - PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB ISTERI WAKIL RAKYAT NEGERI KELANTAN

Posted: 20 Jan 2012 06:35 PM PST

 KakLah bersama dengan isteri MB Datin Sabariah


 YB Kak Ubai Exco Pembangunan sedang memberi ucapan




 KakLah sedang menyampaikan ucapan motivasi
kepada isteri-isteri wakil rakyat.


Sebahagian isteri-isteri wakil rakyat 45 DUN
seluruh kelantan menghadiri seminar.

Jumaat, 20 Januari 2012

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


Appeal fuels idea BN wants Anwar out, say analysts

Posted: 20 Jan 2012 08:17 PM PST

Karpal says appealing reversal of sedition acquittal

Posted: 20 Jan 2012 04:55 AM PST

ZULKIFLI BIN NOORDIN

ZULKIFLI BIN NOORDIN


ANWAR AL-KAZIB

Posted: 20 Jan 2012 01:02 AM PST

(Aramak Jah! Fenin..fenin..tembelang aku dah pecah Jah oiii!!!)

Salam 2 all.

Persoalan yang bermain dikalangan rakyat sekarang ini ialah: mengapa Mahkamah membebaskan Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat stafnya Saiful walaupun kesan airmani Anwar dijumpai didalam dubur Saiful?

Kedua, adakah Anwar Ibrahim "suci & bersih" setelah Mahkamah menolak pertuduhan meliwat staf dia Saiful Bukhori?

Ketiga, adakah Kerajaan terlibat dengan konspirasi bersama Mahkamah untuk membebaskan Anwar kerana tekanan atau kepentingan politik? Adakah benar dakwaan kaum Anwarinas bahawa Kerajaan begitu takut rakyat akan marah sehingga berpakat dengan Mahkamah untuk membebaskan Anwar?

ABU KAZIB @ BAPAK PEMBOHONG

Saperti yang telah teman sebut sebelum daripada ini, penghakiman Mahkamah membuktikan satu perkara yang cukop jelas:

ANWAR IBRAHIM BAPAK PEMBOHONG & PUTAR BELIT!

Buktinya? Kerana Anwar mendakwa pertuduhan liwat terhadap Saiful itu adalah konspirasi jahat Kerajaan untuk menjatuhkan dia! Perbicaraan itu satu sandiwara! Skrip perbicaraan dan hukuman sudah siap! Dia pasti ke penjara! Inilah yang dijaja Anwar siang malam pagi petang, di bandar dikampung, didalam dan luar negara! Mesej Anwar jelas: dia adalah mangsa konspirasi jahat Kerajaan! Bahawa Kerajaan mahu menyumbat dia kedalam penjara dengan pertuduhan rekayarsa meliwat stafnya Saiful Bukhori!

INI BERMAKNA PENGHAKIMAN MAHKAMAH SEPATUTNYA MENDAPATI ANWAR BERSALAH & DIHUKUM DALAM PENJARA DENGAN HUKUMAN BERAT!

Tetapi hakikat yang berlaku adalah sebaliknya! ANWAR DIBEBASKAN!

HAKIKATNYA MAHKAMAH MEMBEBASKAN ANWAR!

Setelah kes berlalu lebih daripada 3 tahun, dengan puluhan penangguhan, dengan pelbagai usaha dibuat untuk menyingkirkan Hakim, dengan pelbagai permohonan difailkan; fakta didepan mata kita ialah HAKIM MEMBEBASKAN ANWAR!

Bukankah penghakiman itu bukti jelas apa yang ditemberangkan Anwar sejak Saiful membuat lapuran polis ini sebagai satu konspirasi adalah satu pembohongan dan putarbelit semata-mata?

Dan mike dah lupakah pembohongan Anwar mengenai 16 Sept? Mike dah lupa pembohongan Anwar dia nak kena tembak mati selepas Saiful buat lapuran polis? Mike dah lupe pembohongan Anwar konon tidak mengenali rakan baiknya Datuk Eskay? Mike dah lupe pembohongan Anwar pasal jam Omega? Mike dah lupa pembohongan Anwar mengenai twit semasa dengan ChinaDOLL? Berapa punya banyak lagi pembohongan Anwar yang telah dilakukan?

APA MIKE LUPA SEMUA TU YOP?

Pokok pangkalnya, keputusan Mahkamah hanya memperkuatkan lagi jaringan bukti yang kita semua sudah tahu: iaitu Anwar ini adalah ABU KAZIB! BAPAK PEMBOHONG!

SUCI & BERSIH

Adakah Anwar terbukti "suci & bersih" dengan pembebasan tersebut?

Mahkamah tidak menyatakan Anwar tidak bersalah! Mahkamah tidak menyatakan aduan Saiful tidak betul! Mahkamah tidak memutuskan pertuduhan itu satu rekaan!

Mahkamah cuma menyatakan bukti DNA yang ada tidak selamat untuk menyabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat Saiful! Mahkamah Cuma menyatakan bahawa "Mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh berdasarkan keterangan Saiful tanpa bukti sokongan (iaitu DNA yang jelas)", walaupun semasa memutuskan ada kes prima facie, Mahkamah menyatakan Saiful adalah saksi yang berwibawa & ada integriti!

Ini sama dengan keputusan Mahkamah Persekutuan semasa membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Azizan pada tahun 2004, bila Mahkamah menegaskan "walaupun kami menemui bukti untuk mengesahkan Anwar & adik angkatnya Sukma terlibat dalam kegiatan homoseksual dan terdorong untuk mempercayai perbuatan liwat terhadap Azizan memang berlaku, tetapi Mahkamah hanya boleh mensabitkan Anwar & Sukma jika Pendakwaraya berjaya membuktikan kes tanpa sebarang keraguan".

Jadi persoalannya ialah, adakah Anwar "bersih & suci" daripada perbuatan terkutuk amalan kaum Lut ini? Jelas jawapannya tidak! Cuma dia bernasib baik kerana kita mengamalkan prinsip beban pembuktian yang terlalu tinggi dalam membuktikan pendakwaan kes-kes seksual.

Perlu diingatkan, jika Anwar berasa diri dia benar-benar "suci & bersih", sudah tentu dia akan berikan sample darah untuk ujian DNA tanpa sebarang keraguan pun. Tapi tidak, Anwar berdolak-dalik tak mau bagi! Kenapa? Mike pikior sendiri lah yop!

Begitu juga Anwar tidak berani memberi keterangan dengan cara bersumpah? Sebaliknya dia hanya membaca kenyataan yang sudah ditaip oleh peguamnya dari kandang orang salah. Macam pasang kaset aje. Hakim tak boleh tanya soalan, dan Pendakwaraya tidak boleh soal-balas!

Dan mengapa tidak ada seorang pun saksi alibi dia hadir memberi keterangan di Mahkamah? Mana dia Wan Azizah isteri dia sendiri! Mana dia Hasanudin tuanpunya kondo yang juga kawan baik Anwar? Mana dia Mohd. Sani pemandu setia Anwar berbelas tahun? Mana dia Mokhtar pengawal peribadi Anwar yang juga adik ipar dia! Mereka ini semua disenaraikan oleh Anwar sebagai saksi alibi dia, untuk beri keterangan bersumpah konon Anwar tidak ada ditempat kejadian! Tapi seorang pun tak datang Mahkamah! Mike pikior sendirilah yop!

Jadi untuk menyatakan Anwar sekarang "suci & bersih" daripada perbuatan meliwat Saiful itu, ataupun daripada aktiviti homoseksual & liwat hanya kerana Mahkamah membebaskan dia adalah tidak tepat sama sekali!

ADAKAH INI KONSPIRASI KERAJAAN

Keputusan Mahkamah membebaskan Anwar (walaupun dengan bukti dan keterangan yang begitu kuat) jelas membuktikan bahawa kes liwat Saiful ini bukan satu konspirasi Kerajaan, apatah lagi YAB Perdana Menteri.

Anwar cukup bijak memutar belit! Cukop mudah beliau putarbelitkan cerita mengaitkan konon YAB PM terlibat hanya kerana Saiful pernah bergambar dengan seorang kakitangan pejabat PM, dan konon ceritanya Saiful pernah berjumpa dengan PM!

Sama macam cubaan mengaitkan kes pembunuhan Altantuya dengan PM. Hanya kerana yang terlibat ialah Razak Baginda, penulis ucapan PM (yang mengaku ada hubungan sulit dengan Altantuya), dan pegawai UTK yang pernah menjadi bodyguard dan pengiring Tun Abdullah Badawi & Dato' Sri Najib (semasa dia TPM). Maka habis diputarbelit cerita konon PM pun terlibat! Alhamdulillah nasib baik teman sendiri adalah peguam yang terlibat dengan kes Altantuya ini, dan teman menegaskan dengan jelas bahawa PM tidak terlibat samasekali (walaupun masa itu teman adalah juga peguam Anwar Ibrahim).

Dan yang peliknya, Anwar langsung tidak mengaitkan kes Saiful dengan YB Senator Ezam, sedangkan Saiful ada juga berjumpa Ezam. Begitu juga dengan Rahimi, pegawai khas Anwar sendiri langsung tidak dikaitkan, sedangkan Rahimi yang membawa Saiful masuk bekerja dengan Anwar, dan Rahimi membuat lapuran polis dia diarah membuat Akuan Bersumpah palsu untuk mengaitkan PM dengan kes Saiful!

Apa pun, jelas daripada keputusan Mahkamah membebaskan Anwar itu bahawa fitnah kononnya ini semua satu konspirasi Kerajaan & PM adalah satu pembohongan dan putar-belit semata-mata.

Dan setelah fitnah konon tuduhan liwat itu satu konspirasi hancur terhempas, kini mereka bawa pula satu fitnah terbaru; pembebasan Anwar itu satu konspirasi Kerajaan kerana takutkan tekanan asing, dan kerana takutkan kemarahan rakyat!

Hanya mereka yang biol dan otak kurang sifat sahaja yang akan membuat tuduhan jahat saperti ini. Kerana kalau benar, maknanya mereka menyatakan Dato' Sri Najib yang bebaskan Anwar. Kalau itu betul, Anwar dan para penjilat dan pencacai dia sepatutnya beratur diluar pagar Sri Perdana dan mencium tangan dan kaki Dato' Sri Najib sambil tunduk syukur dan berterima kasih kerana Dato' Sri Najib telah membebaskan Anwar.

RUMUSAN – MAHKAMAH RAKYAT

Apa yang perlu kita faham ialah soal samada Anwar bersalah atau tidak adalah tugas dan bidangkuasa Mahkamah perundangan, itu kerja para Hakim, bukan kerja kita. Selepas ini ada proses rayuan. Pendakwaraya telahpun mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Selepas itu, mana-mana pihak yang terkilan boleh merayu ke Mahkamah Persekutuan. Dan Akhirnya nanti, YDP Agong adalah merupakan autoriti terakhir sebagai penentu kepada kes ini. Biarkan proses perundangan berjalan saperti mana biasa di Mahkamah perundangan!

Jadi sebagai rakyat, bukan menjadi kerja kita untuk pening kepala samada Anwar kena sabit atau tidak, samada Anwar wajib dipenjarakan atau tidak. Itu tugas dan bidangkuasa Mahkamah perundangan dan para Hakim!

Tetapi itu tidak bermakna kita rakyat marhaen, kita rakyat biasa, kena pejam mata buat tak tahu. Di luar sana ada satu lagi Mahkamah: iaitu Mahkamah Rakyat. Mahkamah dimana Rakyat Hakim Negara! Dan perbicaraannya ialah pada masa PRU 13.

Sebab itu walaupun soal samada Anwar bersalah dan patut dihukum adalah tugas Hakim dan Mahkamah Perundangan, tetapi soal samada Anwar layak atau tidak menjadi calon Perdana Menteri adalah hak dan bidangkuasa Mahkamah Rakyat dan Rakyat Adalah Hakim Negara!

Dan dalam menjawab soalan samada Anwar layak atau tidak menjadi calon Perdana Menteri mewakili pakatan BiaDAP-PKR-TumPAS, Rakyat sebagai Hakim Negara di Mahkamah Rakyat perlu menilai watak dan akhlak Anwar!

Disinilah pentingnya kes liwat Saiful Bukhori dan keputusan Mahkamah membebaskan Anwar itu! Iaitu jelas Anwar ini adalah manusia yang sangat buruk akhlak dan perangainya.

Bak kata Datuk Dr. Hasan Ali, politik Anwar ini sangat kotor dan jijik!

Apa yang jelas, Anwar ini adalah pembohong, penipu dan kaki putar alam! Bukan sahaja rakyat Malaysia, habis satu dunia dibohongi, ditipu dan diputarbelitkan. Konon ini satu konspirasi, konon perbicaraan itu hanya satu sandiwara, konon skrip perbicaraan sudah disediakan, konon hukuman sudah ditetapkan. Malah Anwar boleh kelentong satu dunia, konon sebagai persediaan untuk dia ke penjara, pengganti sementara beliau sebagai bakal PM sudah ditetapkan, sampai Anwar meninggalkan wasiat supaya tolong tengok-tengokkan anak isteri dia bila dia ke penjara nanti! Begitu hebat pembohongan, penipuan dan putar belit yang dikompangkan Anwar Ibrahim.

Malah dihadapan Hakim, semasa dipanggil membela diri, Anwar enggan mengangkat sumpah memberi keterangan. Sebaliknya dia membaca satu kenyataan yang antara petikannya saperti berikut:

"Saya menyatakan sedemikian (iaitu perbicaraan ini adalah satu konspirasi & sandiwara) kerana keluhuran Mahkamah telah terjejas dan memperlihatkan segala unsur-unsur perbicaraan sandiwara, dimana skripnya telahpun dirangka, dan HUKUMANNYA telah ditetapkan! Saya nyatakan sedemikian kerana sebagai seorang Hakim yang mengadili perbicaraan ini, kamu telah tanpa ragu lagi menunjukkan sikap berat sebelah!".

Cuba bayang yop, daripada awal sehinggalah dipanggil membela diri, Anwar jelas membawa fitnah dan tohmahan kononnya perbicaraan dia adalah satu konspirasi, dan hukuman sudah ditetapkan! Siap dengan amanat dan wasiat lagi! Begitu bijak lakunan Anwar. Dan jika Mahkamah sabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman penjara, sudah pasti Anwar dan para pencacai dia akan mengamuk dengan segala deminstarsi dan himpunan haram!

Tau-tau Mahkamah membebaskan Anwar! Walaupun Hakim kata keterangan Saiful ada kewibawaan dan integriti, walaupun sudah ada bukti video dan CCTV, walaupun beberapa pakar forensic, perubatan dan kimia mengesahkan kejadian, walaupun Anwar enggan berikan sample darah untuk ujian DNA, walaupun Anwar enggan berikan keterangan bersumpah, walaupun tidak ada seorang pun saksi alibi dia datang termasuk bini Anwar, walaupun Thomas Hoogland terkejut teori dia "anu" Anwar tidak boleh berfungsi diperlekeh dengan video yang ditunjuk oleh Pendakwaraya; walaupun Anwar tuduh Hakim berat sebelah, walaupun Anwar fitnah kata hukuman telah diskripkan; dengan semua itu HAKIM TETAP BEBASKAN ANWAR!

Itupun nak kata konspirasi lagi? Bukan sahaja ianya menafikan konspirasi tidak ujud, malah pembebasan Anwar membuktikan Anwar pembohong, penipu dan kaki putar-belit!

Atas alasan itu sahaja sudah cukup untuk Rakyat Hakim Negara menghukum Anwar di Mahkamah Rakyat didalam perbicaraan PRU 13 dengan satu sahaja hukuman: nyahkan Anwar dan Pakatan BiaDAP-PKR-TumPAS daripada politik negara dengan memberi undi dan kepercayaan yang sepenuhnya kepada Dato' Sri Najib Tun Razak untuk terus memimpin rakyat dan negara ini kearah tranfomasi politik, ekonomi dan sosial.

Berikan 222 kerusi Parlimen kepada Dato' Sri Najib, berikan 0 kepada Anwar!

Adios amigos, grasias senor!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Jumaat

26 Safar 1433

20 Januari 2012

Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


US has 'archaic' laws too | MOLE.my

Posted: 20 Jan 2012 11:10 AM PST


KUALA LUMPUR: A Malaysian blogger points out that sodomy laws – which he says Anwar must have been referring to when he called some of Malaysia's law "archaic" -- do not only exist in Malaysia but in other countries too, notably the United States of America.

Not only that, he believes Anwar would have been tried there as well.

"Anyone, even without reading in between the lines, would have interpreted the archaic law he was referring to was the sodomy law," Hantu Laut wrote today, referring to remarks Anwar had made in a recent BBC interview.

"Certainly, the BBC was not referring to the ISA,OSA or the Police Act when the question was thrown at him. He was asked a specific question and he gave a specific answer saying that such archaic laws should be reviewed," he said.

The blogger pointed out that besides Malaysia, other countries have laws against sodomy, including the US, where sodomy is illegal in 22 states.

"Some states with strong Christian values," he said, "even outlawed consensual homosexuality, open and notorious cohabitation and adultery."


US has 'archaic' laws too | MOLE.my

Nuffnang