Sabtu, 17 Disember 2011

.

.


Mursyidul Am PAS : Beza PAS Dengan Umno

Posted: 16 Dec 2011 02:43 PM PST

Mursyidul Am PAS : Beza PAS Dengan Umno


E-mail Cetak PDF

MURSYIDUL AM PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sering menjadi bahan kecaman Umno, sehinggakan pada Perhimpunan Agung Umno, minggu lepas, nama Tok Guru sering disebut-sebut dalam perbahasan. Mengapakah Tok Guru tidak disenangi Umno?

Semua persoalan ini dijawab Menteri Besar Kelantan itu kepada wakil Harakah MOHD RASHIDI HASSAN dan IZWAN ABDUL HALIM di Rumah Kelantan, 10 Disember 2011.

HARAKAH: Boleh Tuan Guru huraikan beza doktrin PAS dengan Umno?

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT: PAS diajar melalui Islam supaya manusia sedar bahawa segala-galanya menumpang nikmat Allah SWT. Bumi kita pijak Allah yang buat, udara kita sedut Allah buat, air kita minum Allah buat, bahkan seluruh anggota tubuh badan kita Allah buat. Maka bila kita menumpang nikmat Allah Taala kita wajib bersyukur. Syukur ertinya buat yang Dia suruh, tinggal yang Dia larang. Perkara ini tiada dalam Umno. Umno tidak mengajar perkara ini, yang diajarnya menumpang jalan raya Kerajaan Pusat buat, itu dulu. Menumpang kemudahan-kemudahan telekom, Umno yang buat. Umno mengira dia telah beragama bila dia buat masjid, bila ada guru agama di sekolah-sekolah, itu sahajalah (agama pada Umno). Sekarang kita berada di Malaysia. Bolehkah kita ambil setengah-setengah sahaja undang-undang Malaysia sebagaimana Umno ambil setengah-setengah hukum Allah. Misalnya motokar, kita tidak mencuri, kita beli kerana undang-undangnya begitu. Tetapi 'road tax' (cukai jalan) tak bayar, lampu belakang tidak menyala, sedangkan itu salah juga undang-undang kerajaan. Jika kita duduk bawah kerajaan kita kena patuh semua undang-undang kerajaan, mana boleh kita dengan Allah SWT kita ambil setengah-setengah. Bila kita duduk bawah kerajaan, tak kiralah Kerajaan Malaysia, Kerajaan Amerika dan mana-manapun, rakyat kena terima semua segala undang-undang, begitulah kita dengan Allah Taala, kena terima semua.

Mungkin ada yang keliru status rakyat dengan status hamba Allah?

Kita dididik oleh Islam hendaklah menjadi bertaraf hamba dengan Allah SWT, bukan menjadi taraf rakyat. Kita bukan rakyat Allah, kita jadi hamba 24 jam. Rakyat kalaulah kita tidak pernah buat salah dengan kerajaan, bila kita mati kita tidak diberi apa-apa oleh kerajaan kerana kita tidak buat salah dengan dia. Polis datang rumah kita bila kita buat salah, kalau kita benar tak pernah datang pun. Tapi kita dengan Allah, kita benar dapat pahala, kita salah dapat dosa. Tiada masa kita ini kosong dengan Allah Taala. Inilah cara kita berfikir kita sebagai hamba Allah dengan berfikir cara rakyat bagi Allah. Umno hanya sebut kita rakyat. Rakyat lain, hamba lain, hamba 24 jam. Hamba ini berasaskan "liya'budun" (untuk beribadah pada-Nya). Kalau kita ini rakyat Allah, maka kita boleh guling Allah macam kita rakyat Malaysia boleh guling kerajaan. Kita dengan Allah SWT nak guling macam mana, nak tukar macam mana?

Maknanya selama ini Umno keliru dan celaru?

Orang Cina tak melawan sangat PAS, yang melawan PAS ini orang Melayu Umno. Adakah dengan kehendak Umno, dia (orang Melayu) melawan PAS ini atau sebagai mata tombak (lembing) sahaja, (sedang) hulunya Umno pegang atau MCA pegang? Jika Umno sendiri nak lawan, tiada sebab langsung. Sebab PAS bawa Islam, maka sepatutnya Umno sokong dan Umno tidak perlu wujud di atas muka dunia. Kerana PAS perjuangkan Islam, Umno tak perlu lawan PAS. Atau Umno telah jadi mata tombak, hulunya orang lain pegang. Ini bahaya, maknanya jadi alat orang lain. Kerana itulah timbul masalah celaru yang jadi melawan PAS ini. Bukan Islam di Malaysia ini jadi celaru, hendak turut PAS atau turut Umno. PAS bertengkar dengan Umno, Umno bertengkar dengan PAS, bukan Islam terpinga-pinga pihak mana yang betul. Kita sebagai umat Islam bukan sahaja kita wajib berpegang kepada Islam, tetapi wajib juga dakwah Islam. Ke mana sahaja kita pergi kita diwajibkan dakwah Islam. Di Malaysia ini sebab hampir sama bilangan Melayu dengan bukan Melayu ini, maka bukan Islam terpinga-pinga hendak menurut siapa. Bukan sahaja bukan Islam, Melayu juga terpinga-pinga juga hendak turut PAS atau Umno. Turut Umno dapat duit, turut PAS tak dapat duit. Semua ini Umno kena fikir kesudahannya.

Isu agama dipolitikkan sering jadi mainan Umno, pendapat Tuan Guru?

Politik ini sebahagian agama. Memperjuangkan Islam ini bukan kerja main-main. Bila kita Islam, maka menyebarkan Islam menjadi kewajipan, bukan sahaja solat wajib, bukan sahaja puasa wajib, bahkan sebarkan Islam, dakwahkan Islam menjadi wajib. Jadi hendak sebarkan macam kalau Melayu sendiri tak faham. Ulasan Umno ialah agama lain, politik lain. Baik, kita hendak tanya Umno; bila politik tidak agama, pentadbiran negara tidak ikut agama, siapa dia yang jadi Ketua Kerajaan semasa Nabi kita di Madinah? Kalau agama lain, politik lain, maka yang jaga politik masa Nabi di Madinah itu siapa? Kalau Nabi juga yang jaga sebagai ketua kementerian kewangan, portfolio sosial, ertinya Nabi Muhammad juga dengan agama, terlibat dengan Allah SWT. Kerana kerja-kerja Nabi Muhammad semua agama. Solat itu agama, berperang itu agama, kirim surat kepada raja-raja itu agama. Baginda letak cop mohor atas surat-surat itu, ini kerja apa? Ini kerja politik, jadi bagaimana Umno boleh kata agama lain, politik lain? Raja-raja mana hendak terima kalau Nabi Muhammad hanya (seorang) imam sahaja. Raja-raja sekitar, Raja Parsi, Raja Mesir, Raja Rom Byzantin, Raja Hebyah, mereka tahu Nabi Muhammad bukan Tok Imam sahaja, dia Ketua Negara. Bila Nabi Muhammad itu Ketua Negara, maka kenapa Umno kata agama lain politik lain?

Maknanya, Umno tiada hujah, hanya putarbelit mereka sahaja?

Apa hikmah Allah lanjut dakwah Nabi Muhammad sehingga 23 tahun? Nak mengajar sembahyang puasa sahaja dua minggu pun cukup. Dua minggu itu pun dak kira lama mengajar orang sembahyang. Tapi Nabi Muhammad diminta urus urusan hidup manusia, 'the way of life'. Urusan ini mesti diurus oleh Nabi Muhammad sendiri, bagaimana berumah tangga, berjiran. Mengurus kewangan, adakah sebarang harta boleh ambil semua, tidak! Ada had, ada halal, ada haram. Semua ini 23 tahun, bila cukup 23 tahun turun ayat (Quran) bahawa agama telah sempurna. Jadi 23 tahun memakan masa baru sempurna. Perkara apa, sembahyang? Sembahyang ini diwajibkan masa di Makkah. Dalam keadaan ditekan kafir Makkah, sembahyang diwajibkan. Jadi bukan sembahyang sahaja jadi agama, tapi urusan hidup lain yang tidak boleh dibuat di Makkah kena mari ke Madinah membentuk sebuah negara sendiri. Kita baru sambut Maal Hijrah, sambutan ini ertinya ingati balik pengorbanan nabi menjalankan urusan agama termasuklah kewangan, mengurus sosial, budaya, pemikiran hingga 23 tahun. Jadi Umno tiada hujah, bila tiada hujah inilah mereka guna ISA. Macam Raja Namrud dengan Nabi Ibrahim, bila Nabi Ibrahim kemuka cabaran minta Namrud buktikan kebenaran jika dia Tuhan, bawa naik matahari dari barat ke timur kerana Allah menaikkan matahari dari timur ke barat. Bila Namrud tak boleh jawab, dia bakar (Nabi Ibrahim). Sepatutnya dia berterima kasih kerana Ibrahim mengajar dia, tapi dia bakar. Zaman sekarang tak bakar, tapi ISA. Banyak tok-tok guru pondok kena ISA tak pasal-pasal kerana Umno tak boleh jawab. Sepatutnya hujah lawan hujah, bila orang lawan kita (hujah) kita sebutlah balik. Macam negeri demokrasi, orang hujah kita hujah. Ini orang hujah, tak boleh jawab ditangkapnya mereka, buang kerja, pindah tempat kerja. Ini semua tanda Umno itu sesat. Dalam sembahyang kita berdoa agar kita tidak sesat, tapi jalan Umno hala ke sesat. Tak boleh jawab sepatutnya terima kasihlah. Ini tangkap orang, ISA orang, mengarut Umno.

Pandangan Tuan Guru mengenai perjuangan Melayu Umno?

Umno sibuk jaga Melayu sedangkan Melayu ni bangsa, tak payah jaga. Kerana bangsa ni tak boleh hilang. Kalau orang Melayu duduk di Kutub Utara seorang diri, Melayu juga dia. Pergi ke mana pun, kalau duduk di London sejak dahulu sampai tak boleh cakap Melayu, bila tanya bangsa (dijawab) Melayu juga dia. Jadi Melayu tak payah jaga kerana bangsa ini tak hilang. Yang kena jaga ini perkara boleh hilang dan ada. Macam duit, kena jaga kerana boleh jadi hilang, boleh jadi tak hilang. Islam ini macam tu, Islam ni kena jaga, boleh jadi orang murtad kerana orang tak jaga dia. Jadi benda kena jaga ni bukan bangsa tapi agama kerana boleh hilang dan boleh ada. Macam duit kita dapat masuk dalam beg, kita zip, masuk dalam poket seluar kita zip lagi kerana ia boleh hilang, boleh kena curi, boleh poket kita tembus. Umno dia jaga Melayu, tak jaga pun dia Melayu, sampai dalam kubur mati pun dia Melayu. Ini kesilapan Umno. Kalau Umno ikut kata dia ikut kata Hang Tuah "Takkan Melayu hilang di dunia" habis begitu buat apa dia jaga juga? Ini Umno jaga benda yang tak hilang, PAS jaga benda yang boleh hilang; Islam, iman, ihsan. Sebab tu Jibril turun dari langit tanya Nabi tentang Islam, iman, ihsan. Dia tak tanya Arab, tak tanya bangsa.

Sumber : Harakahdaily


Source: http://ulamak.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=402%3Amursyidul-am-pas--beza-pas-dengan-umno-&catid=17&Itemid=19

Lim Kit Siang

Lim Kit Siang


Umno’s missed opportunity

Posted: 16 Dec 2011 05:41 PM PST

Awang Abdillah | December 17, 2011 Free Malaysia Today Issues of national concern were not discussed at the recent Umno general assembly. Delegates also failed to call on Najib to step down for Umno to rise again. COMMENT Frankly, the recent Umno general assembly was the best venue and probably the last chance for Umno [...]

Putrajaya having a cow, but Shahrizat saved?

Posted: 16 Dec 2011 05:32 PM PST

— Gomen Man The Malaysian Insider Dec 16, 2011 DEC 16 — Umno has decided to save Shahrizat Jalil and paint her husband as the main actor behind the scandal of the year, the National Feedlot Corporation aka the government's transformation programme (cows to condo). Leading her defence is the man who helmed the Agriculture [...]

Unease grows over Muslim head for top convent school

Posted: 16 Dec 2011 05:24 PM PST

By Debra Chong The Malaysian Insider Dec 17, 2011 KUALA LUMPUR, Dec 17 — For Catholic Malaysians, Putrajaya's latest pick of a Malay-Muslim principal to head the prestigious SMK Convent Bukit Nanas (CBN) underscores a worrying trend to disregard the Church's contribution and rights in the country. Archbishop of Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam [...]

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Dua gempa kuat landa Puerto Rico

Posted: 17 Dec 2011 02:29 AM PST

21 Muharram 1433H.[MOD] -

SAN JUAN (Puerto Rico): Dua gempa bumi kuat dengan kekuatan 5.1 dan 5.3 magnitud melanda Puerto Rico dalam tempoh selang tiga minit, hari ini.

Gempa pertama jam 2 pagi(waktutempatan) menggegarkan barat Pulau Passage Mona.

Satu gempa susulan yang lebih kecil dilaporkan beberapa minit kemudian.
Tiada kerosakan dilaporkan buat masa ini. - AP

Dato’ Harun Taib : “Jauhi Tuduh Menuduh dan Kita Sayang Kepada Semua Ahli Kita”

Posted: 17 Dec 2011 02:11 AM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -

Kuala Lumpur, 17hb Dis 2011. Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Dato' Hj. Harun Taib meminta agar semua ahli PAS tidak tuduh menuduh di antara satu sama lain sesama ahli jamaah kerana kita sayang kepada semua ahli kita tanpa membezakan di antara satu sama lain.

Demikian tegas beliau ketika mengulas tentang perkembangan terkini PAS sepertimana yang hangat diperkatakan oleh media massa sejak mutakhir ini.

"Menyayangi ahli kita adalah satu tanggungjawab syar'ie dan kita hendaklah berusaha agar mereka tidak lari daripada ikatan jamaah Islam, usaha ke arah menyayangi mereka dan 'mengekal'kan mereka dalam jamaah adalah satu yang wajib dilakukan dalam hidup berjamaah, ini adalah prinsip perjuangan PAS yang bersandarkan kepada ajaran Islam" ujar beliau lagi yang juga merupakan Adun Manir.

"Kita telah berusaha sedaya upaya untuk mencari ahli untuk menambahkan keahlian PAS, maka sudah tentu kita bertanggungjawab di sisi Allah untuk menjaga ahli dan menyayangi mereka sebagai ahli jamaah sepertimana yang terkandung dalam dalam prinsip perjuangan kita yang berdasarkan kepada tuntutan Islam" tegas beliau lagi.

3 maut menjelang pengiraan undi terakhir pilihan raya Mesir

Posted: 16 Dec 2011 07:59 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -

KAHERAH: Sekurang-kurangnya tiga maut manakala 257 lagi cedera selepas kumpulan penunjuk perasaan bertempur dengan polis semalam menjelang pengiraan undi peringkat akhir pilihan raya Mesir.

Stesen televisyen melaporkan, pertempuran berterusan sepanjang malam di jalan raya yang berdekatan dengan bangunan kerajaan dan Perlimen.

Dua daripada tiga yang terbunuh itu dilaloprkan ditembak mati, kata seorang pegawai kesihatan. - AFP

Ribut Tropika Washi ragut 14 nyawa di selatan Filipina

Posted: 16 Dec 2011 07:30 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -

MANILA: Ribut Tropika Washi mengganas di selatan Filipina hari ini, mengakibatkan banjir teruk dan mengorbankan sekurang-kurangnya 14 nyawa.

Sementara itu, 20,000 tentera Filipina dikerahkan untuk membantu kerja-kerja menyelamat dan memindahkan mangsa di pulau besar selatan Mindanao, kawasan paling teruk terjejas, kata Pegawai Pertahanan Awam, Benito Ramos kepada agnesi berita AFP.

"Ribut bergerak dengan perlahan di kawasan berkenaan menyebabkan hujan turun dengan lebat dan mengakibatkan banjir besar," katanya yang juga Pengarah Eksekutif Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan. - AFP

Gempa bumi sederhana 5.5 magnitud gegar Kepulauan Jawa

Posted: 16 Dec 2011 07:08 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 5.5 magnitud menggegarkan barat Kepulauan Jawa hari ini, lapor Agensi Geofizik dan Meteorologi.

Gegaran itu berlaku pada jam 6.17 pagi (waktu tempatan) dengan pusat gempa bumi di 636 kilometer barat daya Ujungkulon, wilayah Banten dan kedalaman 10 kilometer di bawah dasar laut, kata pegawai agensi hari ini.

Tiada kecederaan atau amaran tsunami dilaporkan. - BERNAMA

Kepada siapa hala muncung senjatamu

Posted: 16 Dec 2011 03:51 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -
Tuan Ibrahim Tuan Man

Peperangan bukan sahaja mengadu kekuatan pasukan berhadapan dengan musuh, tetapi apa yang lebih penting ialah musuh perlu dikalahkan dengan apa cara sekalipun.

Di zaman kuno, sebaik-baik peperangan ialah peperangan yang dimenangi tanpa menggunakan seorang askar pun – taktik minda, tulisan sebenarnya jauh lebih tajam daripada pedang mahupun keris.

Keupayaan mengalahkan musuh melalui senjata mereka atau mengelirukan mereka merupakan kaedah terbaik, sehingga musuh sudah lagi dapat membezakan siapa sahabat dan siapakah musuh dan akhirnya membenamkan diri sendiri.

Strategi mengelirukan ini menyebabkan musuh akan menembak kawan mereka sendiri bahkan tidak mustahil ia sanggup menghalakan mungcung senjata kepada diri sendiri; terutama bilamana wujud kekeliruan luar biasa dalam diri. Inilah yang menyebabkan berlaku bunuh diri disebabkan wujudnya desakan dalaman agar menamatkan musuh yang sentiasa membisikkan dalam diri sendiri.

"Bunuh dia, agar kamu lepas dari bebanan ini" - lalu ia akan bertindak bukan membunuh musuh sebenarnya, kerana musuh itu tidak akan mati, tetapi ia bunuh dirinya.

Dalam detik perjuangan yang semakin genting, harus diingatkan musuh akan melakukan pelbagai cara untuk menimbulkan suasana huru hara dan konflik dalaman pasukan musuh, sehingga mereka sanggup menghalakan senjata kepada kawan sendiri. Teknik ini seringkali diguna oleh pelbagai agen sehingga berlaku pertembungan dalam pasukan.


Untuk berhadapan dengan konflik ini, setiap kita mesti menyedari plot sesuatu perkara, kerana modus operandi mereka hampir sama. Apa yang paling malang, bilamana wujudnya pengaruh besar dalam diri (senangnya 'ego diri') sehingga mereka sangat yakin bahawa tindakan mereka itu adalah betul dan semua tindakan yang lain adalah salah. Kekeliruan luarbiasa ini berlaku sehingga apa jua yang dinyatakan terus ditolak dan dianggap mengarut.

Hal ini terjadi adalah disebabkan kelewatan mengenali punca berlakunya konflik dalaman atau sikap membiarkan konflik tersebut tanpa mengambil sebarang usaha mengatasinya.

Lebih malang apabila konflik yang sepatutnya dicari jalan penyelesaian baik, diurus dengan emosi amaran dan provokasi melampau, seolah-olah tiada jalan keluar melainkan dengan perisytiharan konfrantasi terbuka.

Rakan-rakan yang dikelirukan dan terkeliru dan dirumitkan keadaan kerana ego mereka yang tinggi, kadang-kadang diperlukan satu genjatan tajam untuk menyedarkan mereka bahawa mereka terperangkap dalam agenda musuh.

Persoalan utama ialah apakah muncung senjata itu dihadapkan kepada musuh, bukan kepada rakan sepasukan apatah lagi kepada diri sendiri. Perjuangan ini jauh dan mempunyai banyak halangan sebagaimana dinyatakan oleh Allah. Kalau ia jauh, tentu dengan kemampuan diri tidak akan mampu melainkan perlunya kesinambungan perjuangan oleh barisan pelapis yang baru.

Barisan pelapis ini akan tetap ada dalam sejarah perjuangan Islam ini, namun bukan bermakna kita tidak perlu mempedulikan apa yang ada, kerana mata rantai perjuangan perlu bersambung, bukan terputus sehingga perlu diikat kembali.

Demikian juga mehnah dalam perjuangan Islam ini datang dalam pelbagai bentuk, terkadang bukan untuk menguji orang yang berhadapan dengan mehnah itu, tetapi untuk melihat sejauh mana kita berusaha membantu rakan yang ditimpa mehnah itu.

Di sinilah, lahirnya nikmat persaudaraan dalam perjuangan Islam. Dalam perjuangan yang sengit ini, tiada sepatutnya wujud individu yang boleh memeras ugut jamaah ataupun merasakan dirinya 'tinggi' sehingga tidak boleh ditegur. Bak kata Inggeris, "No one is indespensible."

Bilamana kita berada dalam jamaah, kita mesti sedar bahawa pandangan jamaah lebih baik dari pandangan peribadi, apatah lagi menganggap jamaah tidak memelihara perjuangan Islam, atau lari dari prinsip Islam. Semoga Allah memelihara perjuangan ini dan memberi kesabaran di atas mehnah sedikit ini. Amin.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
16 Disember 2011

China Negara Pengguna Video Dalam Talian Paling Banyak di Dunia

Posted: 16 Dec 2011 03:44 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -

Jumlah pengguna video dalam talian China dijangka mencapai 394 juta orang pada tahun ini. Ini bermakna China akan menjadi negara pengguna video dalam talian paling banyak di dunia.

Ketua Pengarah Biro Kawalan Program Video Internet Jabatan Pentadbiran Am Radio, Filem, dan Televisyen Nasional China, Luo Jianhui menyatakan demikian dalam Forum Industri Audiovisual Internet China 2011 di Shanghai semalam.

Menurut beliau, sebagai "usaha baharu", industri audiovisual dalam talian menjadi komponen penting dalam kebudayaan internet yang sihat. China akan berusaha meningkatkan perkembangan media baharu internet .

Polis Mesir serbu khemah aktivis

Posted: 16 Dec 2011 03:42 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -

PENUNJUK perasaan cuba merempuh masuk bangunan Jabatan Perdana Menteri di tengah Kaherah, semalam. - Foto EPA
PENUNJUK perasaan cuba merempuh masuk bangunan Jabatan Perdana Menteri di tengah Kaherah, semalam. - Foto EPA

Pasukan keselamatan usir penunjuk perasaan ancam cetus keganasan

KAHERAH: Pasukan keselamatan Mesir menyerbu khemah yang didirikan di luar bangunan Kabinet negara itu semalam, bagi mengusir penunjuk perasaan yang mendesak ditamatkan pemerintahan tentera, ketika pegawai mula mengira undi pilihan raya Parlimen pusingan kedua semalam.
Pertempuran meningkatkan ketegangan antara aktivis dan pegawai keselamatan serta mengancam mencetuskan pusingan baru keganasan selepas dua hari pengundian yang aman dalam pilihan raya yang dianggap paling bebas dan adil dalam sejarah moden negara itu.
Pergaduhan tercetus apabila penunjuk perasaan berkhemah di luar bangunan Kabinet, menuntut pemerintahan tentera negara itu memindahkan kuasa dengan segera kepada pihak berkuasa awam.

Seorang penunjuk perasaan mengirim gambar online seorang penunjuk perasaan wanita dipukul dalam pertempuran itu manakala yang lain berkata mereka ditahan oleh polis tentera. Tidak dapat dipastikan berapa ramai penunjuk perasaan masih berada dalam tahanan polis.

Aktivis, Hussein Hammouda berkata tentera bertindak balas dengan melempar batu dan menyembur air dari dalam pagar bangunan itu.

"Ketegangan antara penduduk dan pasukan keselamatan amat teruk dengan sedikit saja masalah boleh mencetuskan pertelagahan besar. Tiada lagi kepercayaan antara mereka," katanya.
Tentera mengambil alih kuasa daripada Presiden Hosni Mubarak yang disingkirkan dalam revolusi Februari lalu. Kumpulan hak dan aktivis mendakwa tentera menjalankan amalan rejim lama, termasuk menahan dan memukul pembangkang.

Penunjuk perasaan berkata, pertempuran bermula petang kelmarin selepas tentera memukul teruk seorang lelaki muda yang mengambil bahagian dalam demonstrasi itu.

Beratus-ratus orang bergegas menyertai bantahan itu selepas video dan gambar online menunjukkan orang ramai mengusung lelaki yang cedera itu. Gambar menunjukkan muka dan matanya lebam serta bengkak, kepalanya dibalut dan darah menitis dari hidung.

Saksi menuduh polis tentera menarik lelaki terbabit dari lokasi tunjuk perasaan dan memukulnya di dalam Parlimen, berhampiran ibu pejabat Kabinet. Kemudian penunjuk perasaan membaling batu dan bom api ke arah polis tentera.

Aktivis Hussein Hammouda berkata, tentera memberi tindak balas dengan membaling batu dan mensasarkan meriam air dari dalam pagar berhampiran bangunan Parlimen.

"Ketegangan antara orang ramai dan pegawai keselamatan amat tegang sehingga apa saja boleh menyemarakkan keadaan itu. Tiada kepercayaan antara kedua-dua pihak," kata Hammouda yang berhenti dari jawatan sebagai anggota polis pada tahun 2005 untuk membantah amalan pasukan keselamatan itu.

Agensi berita Mesir melaporkan, sekurang-kurangnya empat cedera dibawa ke hospital berhampiran dan kebakaran berlaku di bangunan kerajaan berhampiran akibat pertempuran itu. Stesen televisyen menyiarkan imej polis berpakaian biasa membaling batu ke arah penunjuk perasaan dari bangunan Parlimen. – AP

Lelaki dipenjara ugut bunuh Obama

Posted: 16 Dec 2011 03:40 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -

Mississippi 17 Dis. - Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan kerana mengugut untuk membunuh Presiden Barrack Obama dan meletupkan hospital yang menolak melakukan pembedahan kepada isterinya.

David Williams ditahan pada Julai lalu selepas Pusat Perubatan Unuversiti Mississippi membuat laporan polis tentang ugutan tersebut.

Dia mengaku bersalah pada 31 Ogos.

William menelefon hospital untuk mengaturkan pembedahan isterinya. Apabila diberitahu ia tidak dapat dilakukan, Williams mengugut untuk meletupkan hospital dan membunuh presiden. - AGENSI

Bill Gates umum dana RM96j penyelidikan penyakit

Posted: 16 Dec 2011 03:38 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -

MONTREAL 17 Dis. - Yayasan Bill dan Melinda Gates bersama sebuah pertubuhan tidak berkepentingan (NGO) Kanada semalam mengumumkan dana berjumlah RM96 juta ($32 juta) bagi tujuan penyelidikan penemuan dan pembangunan bagi mengesan penyakit di negara-negara membangun.

Tujuan utama projek tersebut bagi mengesan dan merawat penyakit secara serta-merta di kawasan terpinggir negara mundur dan berpotensi menyelamatkan lebih banyak nyawa tanpa menunggu lebih lama.

"Bayangkan sejenis alat ringkas berkuasa bateri yang boleh mengambil darah dan dalam masa beberapa minit memberi keputusan bahawa kanak-kanak yang sedang demam itu mengalami malaria, denggi atau jangkitan bakteria," kata ketua Grand Challenges, Peter Singer yang berkerjasama dengan pengasas Microsoft, Bill Gates dalam menjayakan projek tersebut.

Yayasan Gate's menyumbangkan RM63 juta ($21.1 juta) sepanjang tiga tahun lalu untuk penyelidikan tersebut manakala Grand Challenges, yang didokong oleh kerajaan Kanada menyumbangkan RM32 juta ($10.8 juta). - AFP

Presiden Syria didesak letak jawatan

Posted: 16 Dec 2011 03:33 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -

WARSAW 17 Dis. - Pengerusi Majlis Peralihan Kebangsaan Libya semalam mendesak Presiden Syria melepaskan jawatan dengan alasan rakyat negara itu berhak menentukan masa depan mereka sendiri.

Mustafa Abdul-Jalil berkata, Presiden Bashar al-Assad patut mencari jalan damai keluar daripada krisis dalam negaranya, yang telah lama menderita akibat tindakan rejim itu.

Beliau bagaimanapun mempertikai tindakan Assad yang ingin menyertai pilihan raya bagi melihat sama ada rakyat Syria menerimanya.

"Jika benar rakyat Syria bersedia memilih Assad, biarkan ia berlaku," kata beliau dalam satu persidangan pembangunan di bandar ini. - AGENSI

Perjalanan terakhir seorang negarawan

Posted: 16 Dec 2011 03:32 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -
http://bumiperak.blogspot.com

IPOH 14 Dis: Abdul Majid Salleh atau lebih dikenali sebagai Pak Imam Majid Salleh telah kembali kerahmatullah awal pagi tadi di rumah anaknya Kampung Sengat, Simpang Pulai pada usia 88 tahun.

Allahyarham dilahirkan di Kampar Perak pada tahun 1923, pernah aktif dalam Angkatan Pemuda Insaf dan Persatuan Kebangsaan Melayu Muda bersama tokoh-tokoh ternama seperti Dr Burhanuddin al Hilmy, Ahmad Boestamam dan seluruh pejuang kemerdekaan yang tulen yang lain dalam menentang British sehingga beliau ditahan dan dipenjarakan.

Seawal pada 17 Oktober 1945, beliau telah menubuhkan cawangan pertama PKMM di Simpang Ampat, Kampar, Perak sebagai ahli jawatankuasa. Kemudian beliau telah berpindah ke negeri Johor untuk melebarkan pengaruh PKMM. sehingga berkembang ke seluruh daerah di Johor. Seorang pejuang kemerdekaan yang berani menentang penjajahan Inggeris sehingga beliau dipenjarakan oleh Inggeris selama tujuh tahun di Singapura.

Dengan kebolehan berbahasa Inggeris, Mandarin dan juga bahasa Arab, beliau pernah ditawarkan jawatan dalam kerajaan tetapi menolaknya kerana tidak sesuai dengan perjuangannya.

Selain itu beliau juga pernah menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Gopeng pada tahun 80an dan juga pernah bertanding dalam Pilihanraya menentang presiden MCA Tan Kon Swan pada tahun 1986 di Parlimen Gopeng.

"Pemergian Allahyarham Abdul Majid Salleh merupakan kehilangan besar pejuang rakyat sewajar dicontohi pengorbanan dan semangat juang Pak Imam Majid terutamanya generasi muda.

"Semoga Allah SWT meletakkan rohnya bersama para An'biya, Syuhada' dan Solihin," katanya.

PARLIMEN BUKIT GANTANG

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Berkhatan itu satu sunnah- DS Nizar.

Posted: 17 Dec 2011 01:45 AM PST


Banner Majlis Khatan

Persiapan terakhir "Bunga Manggar" oleh DMPK & Lujnah Kebajikan untuk upacara mengiringi anak-anak yang akan dikhatankan....

Cenderahati siap disusun bagi menyempurnakan majlis itu

Unit Jabatan Bomba & Penyelamat Taiping diundang membantu didalam majlis tersebut

Anak-anak peserta diarak dengan kumpulan kompang " SIDANG SENDUK - Tales of the River" untuk upacara mandian. Turut sama mengiring ialah YB DSNJ.

Pncutan air, tanda perasmian majlis disempurnakan oleh Ahli Parlimen.


Sejuuuuuknya......

Adik Farid Shahrir bin Yusuf, peserta yang paling muda berumur 3 tahun menyertai sama.....kata Ayah dan Ibunya , ia atas kemahuan nya sendiri....

Ibu & bapa anak-anak peserta...

" Berkhatan itu dituntut oleh syarak dan salah satu sunnah Nabi SAW....". Ucapan dari DSNJ.

Tempat berkhatan dah siap dan Tok Mudim pun dah siap-siaga...jangan takut...mulakan dengan Bismillah...


AJK PAS Kawasan, AJK DMPK, & AJK Lujnah Kebajikan (Skuad Kebajikan) sedang berehat sebentar menjamu selera dan berbincang

Dah siap pun....Alhamdulillah....sakit sikit je...didoakan agar cepat sembuh

DSNizar , Ust Idris, YB Dun Sepetang dan NYDP sedang berbual menunggu majlis tersebut tamat
17 Dis 2011

Sabtu : Satu majlis berkhatan beramai-ramai dimusim cuti sekolah ini telah diadakan di Musolla Batu 8, Jalan Trong, Bendang Siam anjuran Ahli Parlimen Bukit Gantang dan PAS Kawasan Bukit Gantang.


Seramai 26 orang menyertai majlis ini yang terdiri dari anak-anak penduduk dalam Parlimen kawasan ini iaitu DUN Cht Jering, DUN Sepetang dan DUN Trong.


Ahli Parlimen Datuk Seri Hj Nizar bin Jamaluddin telah merasmikan majlis tersebut. Turut hadir sama ialah AF Ust Hj Idris bin Hj Ahmad selaku AJK PAS Pusat dan juga Pengarah Jabatan Tarbiyah dan Perkaderan PAS Malaysia. Gerak kerja turut dijayakan sama oleh AJK PAS Kawasan, Dewan Muslimat PAS Bukit Gantang, Dewan Pemuda PAS Bukit Gantang, Jabatan Unit Amal dengan sokongan dan kerjasama ibu-bapa peserta dan orang ramai. Diantara Lujnah yang terlibat ialah Lujnah Kebajikan PAS Kawasan & DMPK, Lujnah Penerangan PAS Kawasan & DMPK.

Unit Jabatan Bomba dan Penyelamat Taiping juga turut dijemput untuk membantu memandikan anak-anak yang hendak berkhatan dengan menyediakan kenderaan tangki air yang besar.


Lujnah Kebajikan DMPK telah berbesar hati menyumbangkan cenderahati dan bunga telur kepada peserta-peserta dan juga kepada anggota-anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat. DMPK yang diketuai oleh Puan Hjh Jiaranah telah membantu melaksanakan majlis tersebut dari awal hingga akhir dengan jayanya.


Mudim terkenal dari Batu Hampar Jalan Beruas Tn Hj Shaaran telah melakukan upacara berkhatan beramai-ramai itu.


Alhamdulillah, semua aktiviti berjalan dengan baik, lancar dan selamat.

Jumaat, 16 Disember 2011

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


Tweets from New York

Posted: 16 Dec 2011 04:21 PM PST

Ambiga explains why Bersih has global appeal | Free Malaysia Today

Posted: 15 Dec 2011 11:37 PM PST

Nuffnang