Ahad, 2 Jun 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Gempa bumi kuat landa Taiwan

Posted: 02 Jun 2013 01:09 AM PDT

23  Rejab 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda Taiwan pada 1.43 tengah hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
Kenyataan jabatan itu menyebut gempa itu berpusat di 23.8 darjah Utara dan 121.1 darjah Timur, kira-kira 42 kilometer tenggara Fengshan, Taiwan dan 1,934km timur laut Kudat, Sabah.
Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami, menurut kenyataan itu.
- BERNAMA

Dua mangsa bot karam masih hilang

Posted: 02 Jun 2013 01:04 AM PDT

23 Rejab 1434 H. [MOD] -

  • Paulus Ungkang, seorang daripada tiga mangsa bot ekspres karam yang disebelum ini dilaporkan hilang, disahkan selamat.
    Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau berkata perkara itu disahkan oleh saudara Paulus yang tinggal di Belaga.

    "Pagi tadi, Paulus telah telefon saudaranya di Belaga dari Sibu untuk memberitahu yang dia selamat dalam tragedi itu.

    "...dan saudaranya telah memberitahu Pejabat Daerah Belaga, sebelum menasihati Paulus untuk membuat laporan polis," katanya kepada pemberita pusat operasi di sebuah pulau di tengah Sungai Rajang, di Belaga hari ini.

    Bakar berkata berikutan itu, sehingga petang ini, jumlah mangsa yang selamat ialah 205 orang, dua masih hilang dan satu mayat, Tujok Lah sudah dijumpai.

    Dua lagi mangsa yang masih hilang ialah Roslin Jati dan Maurice Ajan.

    - Bernama

Tubuh badan bebas ambil alih peranan SPR

Posted: 01 Jun 2013 11:10 PM PDT

23 Rejab 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memindahkan kawal selia Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah kuasa dan kawal selia sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen menandakan kemenangan awal PKR dalam menuntut reformasi pilihan raya.

"Malah, pengumuman tersebut membuktikan bahawa kerajaan mengakui wujudnya penipuan dan kelemahan dalam proses pilihan raya di Malaysia," kata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Kaanya, PKR sekali lagi menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengembalikan kepercayaan awam, memulihkan kredibiliti serta wibawa sebagai sebuah badan bebas yang menjadi tonggak kepada sebuah negara yang demokratik.

Beliau berkata, sebagai langkah permulaan, selaras dengan usul di Kongres Nasional Tahunan ke 9 Parti Keadilan Rakyat pada 25 Mei 2013 yang lalu, PKR kekal menuntut agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR segera meletakkan jawatan demi memulihkan kredibiliti dan reputasi SPR sebagai sebuah entiti demokrasi.

Perkara 113 dan 114 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menggariskan pembentukan SPR.

"SPR bukanlah sebuah agensi ataupun jabatan kerajaan dan tidak boleh menjadi alat kepada mana-mana parti politik," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gombak dalam satu kenyataan.

Oleh kerana itu, jelasnya PKR bersama-sama badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Bersih menggesa agar kawal selia SPR tidak boleh diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Sungguhpun begitu, ujarnya adalah penting pengumuman Perdana Menteri bukanlah sekadar 'public relations exercise' semata-mata.

"Saya menuntut supaya cadangan pembentukan Jawatankuasa Khas hendaklah dihalusi dengan pelbagai pihak atau stakeholders dan memberikan terma rujukan yang luas dan holistik supaya jawatankuasa yang dibentuk dapat melaksanakan reformasi pilihan raya secara efektif," katanya.

Sementara itu, beliau turut menyarankan agar suatu badan bebas ditubuhkan di bawah bidang kuasa parlimen bagi mengambil alih peranan SPR untuk membuat syor-syor terhadap urusan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya.

"Cadangan ini adalah bagi memastikan tidak berlakunya conflict of interest dan penyalahgunaan kuasa serta menjamin tugas dan peranan SPR yang lebih efektif dan bertanggungjawab dalam pengurusan perlaksanaan pilihan raya," katanya.

Menurutnya, penubuhan badan bebas ini penting supaya persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya ini dilaksanakan dengan asas dan kriteria-kriteria yang jelas termasuk mengambil kira kriteria electoral quota and 5 % rule, geographical size, special geographical consideration, local government boundaries, boundaries of existing constituencies and local ties.

Baik pulih persefahaman kebangsaan

Posted: 01 Jun 2013 04:48 PM PDT

23 Rejab 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menitahkan semua pihak, tanpa mengira kaum dan kepercayaan, menyokong usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membaik pulih semula persefahaman kebangsaan.

Dalam titah itu, Seri Paduka mahu agar prinsip-prinsip seperti demokrasi berparlimen yang sihat dan matang, Raja Berpelembagaan sebagai teras kestabilan nasional, menghormati falsafah Persekutuan, meraikan kepelbagaian, menjunjung keluhuran Perlembagaan dan memuliakan kedaulatan undang-undang dijadikan teras panduan kepada proses itu.
"Membaik pulih semula persefahaman kebangsaan harus menjadi agenda nasional yang menjadi keutamaan semua pihak. Sama ada Malaysia terus berjaya dan mencapai tahap pembangunan berikutnya sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi atau menjadi sebuah negara gagal, semuanya bergantung kepada permuafakatan yang akan sama-sama kita capai.
"Oleh kerana itu, Beta mahu semua pihak mengekalkan dan memperkukuhkan lagi ikatan perpaduan yang sedia wujud," titah Seri Paduka pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di sini hari ini.
Seri Paduka turut mengingatkan sesetengah pihak yang cuba membaja permusuhan dan persengketaan di kalangan rakyat demi kepentingan agenda sempit mereka, supaya segera menghentikan perbuatan yang tidak berperlembagaan itu.
Seri Paduka bertitah usaha pengukuhan perpaduan nasional tidak boleh dianggap sebagai tugas serta tanggungjawab pihak tertentu sahaja, sebaliknya ia menjadi agenda setiap warganegara.
"Beta berkehendakkan agar kerajaan pimpinan Mamanda Perdana Menteri Beta supaya memastikan setiap dasar pembangunan negara hendaklah berpandukan kepada prinsip meraikan kemajmukan.
"Realitinya, masa depan kita saling berkait dan memerlukan satu sama lain. Semua rakyat Beta, tanpa mengira kaum dan agama seharusnya mendapat pembelaan," titah baginda.
Tuanku Abdul Halim melahirkan rasa sukacita kerana proses pilihan raya umum lepas berjalan dengan tertib dan harmonis.
Baginda turut mengulangi agar semua pihak menerima keputusan yang telah dibuat rakyat iaitu melalui peti undi yang selaras dengan prinsip keluhuran dan kedaulatan undang-undang.
"Jika terdapat sebarang perbezaan atau ketidakpuasan hati, maka gunakanlah mekanisme mahkamah yang sedia ada, sepertimana diperuntukan Perlembagaan dan undang-undang negara.
"Beta tidak mahu mana-mana pihak mengambil sebarang tindakan yang lampau undang-undang, mahupun lampau Perlembagaan," titah Seri Paduka.
Seri Paduka juga berharap agar kerajaan dan rakyat Malaysia akan terus mendukung cita-cita untuk menjadi sebuah negara maju, beretika, bermoral tinggi dan rakyatnya dikenali sebagai bangsa yang berakhlak, bermaruah serta disegani.
- Bernama

Rusia kuatkuasa larangan merokok

Posted: 01 Jun 2013 04:46 PM PDT

23  Rejab 1434 H. [MOD] -

MOSCOW 1 Jun - Rusia menguatkuasakan larangan merokok di tempat awam bermula hari ini bagi mengurangkan jumlah perokok dan memperbaiki kesihatan awam.

Peringkat pertama penghamaran antitembakau itu menjadikan perokok tidak dibenarkan merokok di dalam bas, pengangkutan awam, stesen kereta api, stesen bas dan lapangan terbang, lif dan pejabat pentadbiran termasuk kemudahan kesihatan dan pendidikan.

Bermula 1 Jun 2014, larangan itu akan melibatkan kapal, kereta api jarak jauh, platfom kereta api, hotel, kafe dan restoran.

Kremlin memulakan inisiatif kesihatan awam itu pada tahun lepas dalam usaha untuk mengurangkan jumlah perokok kepada separuh, ekoran kira-kira 44 juta penduduk Rusia menghisap rokok sehari. - AFP




Lelaki Kristian dihukum penjara hina Islam

Posted: 01 Jun 2013 04:45 PM PDT

23 Rejab 1434 H. [MOD] -

KAHERAH 2 Jun - Sebuah mahkamah Mesir semalam menjatuhkan hukuman penjara selama setahun terhadap seorang lelaki Kristian atas kesalahan menghina agama Islam.

Mahkamah Misdemeanour di bandar Assiut, selatan Mesir, mendapati tertuduh, Romani Saad bersalah kerana menghina al-Quran yang merupakan kitab suci umat Islam.

Saad turut diarahkan membayar ikat jamin sebanyak 500 pound Mesir (RM220) sementara menunggu rayuan terhadap keputusan tersebut. - DPA


India ikrar hapus isu rasuah dalam tentera

Posted: 01 Jun 2013 04:44 PM PDT

23 Rejab 1434 H. [MOD] -

NEW DELHI 2 Jun - Kementerian Pertahanan India semalam mengumumkan satu dasar pembelian senjata yang baharu sebagai usaha membanteras gejala rasuah dalam sektor pertahanan negara.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataannya berkata, polisi baharu itu akan menggariskan tahap piawaian tinggi dalam urusan pembelian senjata.

Februari lalu, orang ramai menyuarakan kemarahan mereka terhadap isu bayaran rasuah daripada syarikat Itali, Finmeccanica untuk mendapatkan kontrak penjualan 12 buah helikopter kepada India.

Kes tersebut masih disiasat dan urusan jual-beli berkenaan ditangguhkan. - AFP




Cadangan SPR bawah Parlimen ulangi JK sebelum ini

Posted: 01 Jun 2013 06:00 AM PDT

22 Rejab 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar)menyifatkan rancangan Perdana Menteri untuk meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen sebagai pengakuan memang wujud penipuan pilihan raya.

"Meletakkan SPR di bawah jawatankuasa itu hanya lakonan semata-mata untuk menyelamatkan suruhanjaya itu," katanya.

Salahuddin berkata, sebelum ini Pakatan Rakyat bersifat terbuka dan menyertai Jawatankuasa Khas Parlimen berhubung pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini.

"Jawatankuasa tersebut dicadangkan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) sendiri.

"Pakatan hantar Dr Hatta Ramli dari PAS, Azmin Ali dari PKR dan Anthony Loke dari DAP sebagai tiga wakil kita dalam jawatankuasa itu.

"Akhirnya terbukti, tidak ada satu pun cadangan jawatankuasa itu yang dilaksanakan," kata beliau.

Salahuddin yakin, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rancangan itu semata-mata untuk melaksanakan "damage control" apabila melihat semakin ramai rakyat yang menyambut slogan "tipu pilihan raya, turun jalan raya".

Semakin ramai rakyat yang menyifatkan kerajaan minoriti dengan hanya 47.38 peratus undi pimpinan Najib sebagai kerajaan tipu pilihan raya, katanya.

"Bukan itu sahaja, perhimpunan ratusan ribu rakyat menolak pilihan raya yang dikotori oleh penipuan menakutkan para pemimpin Umno BN.

"Sebab itulah Najib umumkan rancangan yang belum tentu dilaksanakan dan belum tentu dipersetujui oleh 'warlord-warlord' Umno atau 'godfather' mereka, (Tun) Dr Mahathir (Mohamad)," kata beliau.

Oleh kerana PAS menyifatkan pengumuman Najib itu hanyalah pengakuan bahawa memang berlaku penipuan dalam pilihan raya, Salahuddin menuntut supaya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat penipuan-penipuan pilihan raya.

"Tuntutan sebegini sudah lama dibuat dan keengganan kerajaan BN menunaikan tuntutan itu menguatkan keyakinan rakyat bahawa ada terlalu banyak penipuan dan penyelewengan yang hendak disembunyikan," kata beliau.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sebelum ini memberitahu, pihaknya menerima pelbagai aduan penipuan dalam pilihan raya.

Mengenai kes lampu padam ketika pengiraan undi, selain beberapa laporan polis mengenai kejadian itu di sana sini, beliau berkata pihaknya menerima tujuh aduan mengenai kejadian tersebut.

Bukan setakat itu sahaja, kata Rafizi, pihaknya juga menerima aduan tentang warga asing yang turut mengundi, pengundi berdaftar yang tidak dapat pengundi kerana ada pengundi hantu mengundi menggunakan namanya, jumlah undi yang lebih daripada kertas undi yang dikeluarkan dan pelbagai aduan lain.

Ambiga: Panel PM tak okay, mesti ganti anggota SPR

Posted: 01 Jun 2013 05:30 AM PDT

22 Rejab 1434 H. [MOD] -

Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lebih baik dengan menukar semua anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), daripada mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas untuk memantau suruhanjaya yang sudah kehilangan keyakinan orang ramai.

"Perdana menteri berbuat demikian kerana beliau mengakui bahawa SPR tidak mendapat keyakinan orang ramai, oleh itu mereka (anggota SPR) mesti letak jawatan atau diganti.

"Untuk mereka melaporkan kepada sebuah lagi jawatankuasa adalah tidak sah kerana jika anda melihat Perlembagaan Persekutuan, mereka sepatutnya menjadi sebuah badan bebas," kata Ambiga ketika dihubungi Malaysiakini.
s ambigaBeliau berkata demikian ketika mengulas laporanBernama 
berhubung ucapan Najib di majlis ulangtahun Yang di-Pertuan Agong hari ini di mana beliau mengumumkan sebuah jawatankuasa khas untuk memantau suruhanjaya itu akan ditubuhkan untuk menangani kekurangan keyakinan terhadap SPR.

Bagaimanapun laporan itu tidak menyatakan maklumat lanjut.

Ambiga berkata anggota SPR mempunyai kedudukan yang setaraf dengan seorang hakim mahkamah persekutuan dan dengan meletakkan SPR di bawah sebuah, ia ibarat meletakkan badan kehakiman di bawah pihak berkuasa lain.

"Mereka (SPR) bukan sebuah jabatan kerajaan walaupun mereka bertindak sepertinya.

"Mereka telah berkelakuan seperti sebuah jabatan kerajaan kerana mereka dilayan seperti itu, jadi lebih cepat setiap orang menyedari fungsi dan kuasa SPR, adalah lebih baik.

"Itulah sebabnya BERSIH meletakkan standard pertanggungjawaban yang tinggi bagi SPR," kata peguam itu.

"Jika mereka benar-benar mahu memulihkan keyakinan orang ramai, (caranya) ialah membuang semua mereka (anggota SPR) dan digantikan dengan mereka yang mendapatkan keyakinan awam dan berintegriti tinggi.

NONE"Penyelesaiannya adalah sangat mudah. Biarlah rakyat dalam 
masyarakat sivil mencadangkan siapa yang patut menjadi anggota SPR. Ia Ia adalah satu penyelesaian yang sangat mudah," katanya.

DAP supremo Lim Kit Siang yang juga sependapat dengan Ambiga, berkata walaupun langkah Najib itu ke "arah yang betul", tetapi SPR harus bermula dengan rekod yang bersih dengan menggantikan Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan Timbalan Pengerusi, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (foto atas).

Malaysiakini/-

Najib umum penubuhan jawatankuasa khas pantau SPR

Posted: 01 Jun 2013 05:00 AM PDT

22 Rejab 1434 H. [MOD] -

Bagi memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kerajaan memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi SPR kepada satu jawatankuasa khas yang diwakili anggota Parlimen daripada semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang. 

    
"Dengan langkah ini, diharap kebebasan SPR tidak dipersoal lagi dan keyakinan rakyat terhadap SPR akan dapat diperkukuhkan," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata demikian dalam ucapan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena hari keputeraan Seri Paduka dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di Istana
Negara.

Langkah itu, yang bertujuan untuk meningkatkan kredibiliti SPR, dibuat ketika Pakatan Rakyat melancarkan kempen terhadap suruhanjaya itu berikutan dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum ke-13 bulan lepas.

Pakatan pembangkang mendapat 51 peratus undi popular tetapi hanya memenangi 40 peratus kerusi di Parlimen berbanding dengan parti pemerintah, yang hanya menang 47 peratus undi popular tetapi memperolehi 60 peratus kerusi kerana amalan persempadanan kawasan pilihanraya.

Persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR dijangka dilaksanakan lewat tahun ini dan Pakatan dijangka mengenakan untuk membetulkan ketidakseimbangan jumlah pengundi, yang didakwa memberi kelebihan kepada BN

Najib turut melaporkan kepada Tuanku Abdul Halim bahawa buat kali ke-13 sejak kemerdekaan, Malaysia berjaya menyelesaikan secara aman dan tertib pilihan raya umum bagi memilih wakil rakyat dan seterusnya membentuk kerajaan di peringkat persekutuan dan 12 negeri mengikut lunas-lunas yang digariskan Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara.
    
"Patik ingin menjunjung kasih di atas perkenan kepercayaan Tuanku melantik patik selaku perdana menteri Malaysia selaras dengan mandat yang telah diberikan rakyat di bawah sistem raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen.
    
"Amanah ini akan patik dan rakan-rakan jemaah menteri serta anggota pentadbiran lain lunaskan dengan penuh keinsafan bagi membawa rakyat dan negara ke arah kemakmuran dan kesejahteraan dengan bimbingan Tuanku dan izin Allah SWT," kata Najib.
    
Beliau berkata selesainya proses pilihan raya bermakna penerusan kembali pelayaran bahtera negara untuk tempoh lima tahun akan datang menuju matlamat wawasan kebangsaaan.
    
"Dalam tempoh itu kita akan menamatkan Rancangan Malaysia (RMK) ke-10 dan memulakan RMK ke-11, rancangan pembangunan lima tahun terakhir sebelum tercapainya Wawasan 2020 yang akan menyaksikan Malaysia, dengan izin Allah SWT," tambahnya.

Najib juga berkata, kerajaan akan memberi kerjasama penuh kepada SPR untuk menambah baik wibawa perjalanan pilihan raya di negara ini walaupun pilihan raya umum ke-13 (PRU13) telah berlangsung dengan baik dan lancar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. 
    
Perdana menteri menegaskan janganlah kerana kepentingan diri dan kelompok tertentu, ada pihak cuba merosakkan kebolehpercayaan institusi itu dengan melempar pelbagai persepsi liar.
    
Beliau menarik perhatian hakikat SPR bukanlah sebuah agensi atau jabatan kerajaan, sebaliknya sebuah mekanisme yang ditubuh berasaskan peruntukan undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dan anggotanya
mendapat perlindungan jawatan yang sama dengan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan.
    
Najib berkata demikian dalam ucapan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena hari keputeraan Seri Paduka dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di Istana
Negara.
    
Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berkenan berangkat menghadiri majlis itu. Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri Kabinet.
    
- Bernama

View issues with Tan Seng Giaw

View issues with Tan Seng Giaw


Housing & corruption

Posted: 01 Jun 2013 09:46 PM PDT

Malaysians believe that housing industry is full of irregularities such as corruption. Last week Minister Paul Low mentions the prevention of corruption and housing industry.  The people hear.

Housing developers calculate the cost of construction carefully. If at any stage from drawing plan to completion of houses, there is an extra payment to an officer in a government department, say RM2 million,for approval,  this is added to the cost. Buyers pay higher price for each house. House prices are determined by market forces.

For years, the public witness these irregularities. They yearn for a change. The Government announces low and medium cost housing projects. They hope the houses are fairly distributed. They also want to know the types of effective measures to fight corruption. 

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Majlis Pelancaran dan Perkhemahan Unit Amal DUN Kota

Posted: 01 Jun 2013 08:34 PM PDT


Tarikh : 15 dan 16 Jun 2013 (Sabtu - Ahad)
Masa : 8 pagi 15 Jun hingga 5 ptg 16 Jun
Tempat : Taman Rekreasi Gunung Datuk, Rembau

Yuran : Percuma
Terbuka kepada remaja lelaki 15 tahun ke 30 tahun dari selurh N.Sembilan
Terhad 30 orang peserta sahaja
Anjuran : Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau dan Unit Amal Negeri Sembilan http://unitamaln9.blogspot.com

Untuk pendaftaran sila hubungi Azman 019-6771495

Antara aktiviti menarik : Meneroka Denai, BBQ, Memasak Dalam Hutan dan banyak lagi.

Dapatkan berita semasa PAS DUN Kota di http://pas-n28-kota.blogspot.com

Sumbangan Baju T untuk Ahli Unit Amal DUN Kota

Posted: 01 Jun 2013 08:33 PM PDT

Selepas PRU-13 ramai di kalangan beliau di DUN Kota berminat untu menyertai Unit Amal. Rata-rata belia-belia ini hanya bekerja kampung, tiada pekerjaan tetap, bekerja kilang dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu PAS DUN Kota mempelawa kepada sesiapa yang sudi untuk memberi sumbangan baju T untuk ahli Unit Amal DUN Kota dalam Parlimen Rembau ini.

Dianggarkan kos baju T ialah antara RM20 ke RM30 sehelai dengan ahli Unit Amal DUN Kota pada ketika ini sekitar 30 orang.

Sumbangan boleh disalurkan ke ke :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA , Bank Islam Malaysia Berhad: 05-021-02-011755-8

atau :
Maybank , No Akaun 155126945930
CIMB , No Akaun 05020693061526
Tel. Rozmal 012-2267406 , Izamri 013-2124086

Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Kota

Posted: 01 Jun 2013 05:34 PM PDT

Adalah dimaklumkan waktu operasi Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Kota dalam Parlimen Rembau di Kg Bongek ialah seperti berikut :

Setiap hari Sabtu bermula 8 Jun 2013
Masa operasi : 9 pagi - 11 pagi , 4 ptg - 6 ptg

Antara fungsi Pusat Aduan Rakyat ini ialah :
- Menyalurkan aduan rakyat setempat ke pihak yang berkaitan
- Memberi khidmat nasihat permasalahan setempat
- Menerima sumbangan dari para dermawan untuk diagihkan kepada keluarga yang memerlukan sekitar DUN Kota

Mereka yang ingin menjadi Sukarelawan Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Kota atau untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr Izamri 013-2124086

Dapatkan berita semasa PAS DUN Kota di http://pas-n28-kota.blogspot.com

Sudah tertangkapkah pembunuh kejam di Seremban ini?

Posted: 01 Jun 2013 04:15 PM PDT


Apakah kesudahan kes pembunuhan kejam seorang pemuda dari Taman Satria, Senawang ini? Adakah pembunuh kejam tersebut telah ditangkap dan didakwa?

Dikelar kerana langgar bahu
18 Mei 2013

SEREMBAN – Hanya kerana berlanggar bahu, seorang lelaki dikelar sekumpulan lelaki tidak dikenali di sebuah pusat karaoke di Terminal 2, dekat sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, Mohd Hairulnizam Hanafiah, 23, cedera parah selepas bahagian kanan lehernya dikelar dengan senjata tajam.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia selepas kira-kira 20 minit mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini.

Ketua Polis daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, pada awalnya, mangsa bersama tujuh rakannya ke pusat karaoke terbabit kira-kira 12 tengah malam. "Ketika berada di sebuah bilik di pusat karaoke itu, mangsa tiba-tiba keluar kerana terdengar ada pergaduhan di bilik lain. "Seorang lelaki keluar dari bilik tersebut dalam keadaan marah, lalu terlanggar bahu mangsa," katanya.

Menurutnya, selepas kira-kira satu jam, rakan mangsa yang masih berada dalam bilik karaoke tidak sedap hati apabila mangsa tidak masuk semula dalam bilik.Katanya, rakan mangsa kemudian keluar mencari mangsa dan terkejut selepas mendapati mangsa duduk tersandar di pintu keluar pusat karaoke berkenaan dengan keadaan leher berlumuran darah. "Mangsa yang cedera parah dibawa ke hospital, namun disahkan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan," katanya.

Sabtu, 1 Jun 2013

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


It's not 'demoralisation' Zahid should worry about

Posted: 01 Jun 2013 06:33 PM PDT

'Malaysians are demoralised by rogue police officers'

Posted: 01 Jun 2013 06:32 PM PDT

EC needs new blood more than extra bosses, Najib told

Posted: 01 Jun 2013 09:50 AM PDT

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Komitmen Terhadap Mempopularkan Bangi Bandar Ilmu - Menubuhkan Galeri

Posted: 01 Jun 2013 04:55 PM PDT

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


Kuasa Politik dan Kuasa Agama

Posted: 01 Jun 2013 04:44 PM PDT

Kuasa politik dan kuasa agama
   

Oleh  Prof Madya Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin   

Ada yang menyatakan kepada saya bahawa dia bimbang negara ini menjadi negara mullah (clergy state) yang akan melarang kebebasan bersuara seperti yang saya dan beberapa pendakwah lain alami. Kata mereka, apabila kuasa agama mencengkam, ramai yang akan terhalang haknya seperti apa yang berlaku di Eropah sebelum Revolusi Perancis.

Saya jawab, saya tidak bimbang dengan pengaruh Islam terhadap negara, bahkan itulah harapan saya sebagai Muslim. Islam dibina atas keadilan dan rahmat. Apa yang saya bimbang adalah cengkaman sesetengah kelompok bernama agama yang berfikiran sempit, fanatik atau berkepentingan sehingga meminggirkan prinsip-prinsip keadilan seperti yang berlaku di Afghanistan dan Nigeria. Bukan salah Islam, tapi salah guna kuasa.

Kita hendaklah mengenal pasti kerjasama antara golongan politik dan agama itu sama ada demi kepentingan kuasa atau kepentingan Islam yang berasaskan keadilan dan kerahmatan.

Begini...

Sepanjang sejarah kita lihat bukan sedikit pemimpin yang cuba mendakwa dirinya adalah jelmaan Tuhan, atau dia merupakan Tuhan. Jika tidak pun, ramai pemimpin tanpa mengira jenis agama, bangsa dan negara cuba menguasai upacara agama, atau menguasai orang agama. Mengapakah hal ini berlaku?

Sebenarnya, politik adalah penguasaan terhadap rakyat. Penguasaan yang paling kuat adalah apabila seseorang pemimpin berjaya menguasai kepercayaan, jiwa dan perasaan rakyat. Sehinggalah apabila 'iman rakyat' dikuasai olehnya, dia bererti benar-benar menguasai rakyat. Mengaitkan diri pemimpin dengan 'Tuhan' atau 'pegangan agama' adalah faktor terkuat untuk rakyat taat dan setia tanpa berbelah bahagi terhadap seseorang pemimpin.

Sebab itu, ramai pemimpin tanpa mengira agama akan mengaitkan dirinya dengan agama tertentu apabila dia dapati pengaruhi agama tersebut kuat menguasai rakyatnya. Dakwaan diri sebagai 'tuhan' atau 'jelmaan Tuhan' adalah termasuk dalam usaha menguasai jiwa dan perasaan rakyat atau menguasai 'iman rakyat'.

Begitulah juga penonjolan ciri-ciri agama seperti membawa orang agama menyokong atau berdoa atau berdampingan dengan sesebuah kepimpinan politik itu kadangkala atas tujuan sedemikian. Maka, sikap pemimpin atau raja menonjolkan unsur-unsur agama atau hubungannya dengan ahli-ahli agama mempunyai berbagai andaian; boleh jadi atas kesedaran dan kecintaan serta ikhlas kepada agama atau 'Tuhan', tetapi boleh jadi juga ada tujuan yang membabitkan agenda penguasaan politiknya.

Orang Agama

Rentetan dari itu, kita hendaklah sedar bahawa seseorang yang diberikan kepercayaan oleh orang ramai disebabkan faktor agama, dia sebenarnya telah memiliki sebahagian daripada kuasa penguasaan terhadap orang lain. Ertinya, dia mempunyai sebahagian 'penguasaan politik' atau kuasa yang menyebabkan orang lain hormat, patuh dan menurut arahannya.

Maka jangan hairan jika ada orang agama yang bersaing antara satu sama lain seperti mana orang politik bersaing. Jangan hairan jika ada imam yang 'senior' tidak mahu memberi laluan kepada 'imam junior' di sesebuah masjid yang hanya berada di hulu kampung. Walaupun kadangkala tiada elaun yang tinggi yang dibayar, namun 'pengaruh politik agama' amat besar harganya bagi seseorang yang terbiasa dengan kuasa penguasaan ke atas orang lain. Itu jika di hulu kampung, bagaimana pulak jika membabitkan tempat, atau wilayah yang lebih besar?

Maka janganlah hairan, jika tanpa keikhlasan iman golongan agama juga akan bertarung dan jatuh menjatuh sama seperti orang politik. Bukan kerana perbezaan idea, tetapi kerana 'kemaruk kuasa' seperti mana yang berlaku kepada ramai orang politik yang tidak bersandarkan wahyu. Mereka pun akan menghapuskan apa sahaja yang boleh mengikis penguasaan mereka.

Kata Sufyan al-Thauri (meninggal 161H): "Aku tidak melihat kezuhudan itu paling kurang melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya" (al-Zahabi, Siyar A'lam al-Nubala, 7/262).

Justeru itu juga, kita melihat bukan sedikit golongan agama yang cuba mendampingi pemerintah atau raja. Perdampingan mereka itu boleh jadi kerana keikhlasan untuk menerapkan nilai-nilai agama dan keadilan demi kebaikan rakyat, tetapi boleh jadi juga kerana tujuan untuk menguatkan penguasaan mereka terhadap masyarakat dan rakyat.

Perkongsian dan pertarungan kuasa
Sepertimana politik boleh menjadi saluran mendapat kemegahan, sanjungan, kekuasaaan dan harta, demikianlah agama. Maka sepanjang sejarah, bukan sedikit kita melihat dua kelompok ini berpakat untuk menguatkan antara satu sama lain. Tujuannya; sama ada demi mematuhi perintah agama, ataupun demi mengukuhkan cengkaman mereka ke atas orang lain.

Begitulah juga kita melihat kedua kuasa ini; kuasa politik dan kuasa agama kadangkala bersaing dan bertarung antara satu sama lain. Boleh jadi pertarungan itu disebabkan kuasa politik merasakan kuasa agama bersaing pengaruh terhadap rakyat, ataupun kuasa agama merasakan kuasa politik telah berperanan merentasi sempadan yang sepatutnya dikawal oleh pengaruh agama.

Maka kerja sama atau pertarungan antara dua kuasa ini boleh jadi atas asas menegakkan kebenaran dan keadilan di mana kuasa agama cuba mencegah kezaliman kuasa politik seperti para nabi menentang pemerintah yang zalim di zaman mereka.

Ataupun, kuasa politik cuba mencegah kezaliman atas nama agama seperti kebangkitan Eropah menentang kuasa gereja atau Pemerintah Inggeris yang menghapuskan beberapa amalan agama yang zalim di India seperti sati yang membakar hidup-hidup isteri bersama suami yang mati.

Islam Dan Pemerintah

Islam juga menyatakan pemerintah adalah khalifah yang bertanggungjawab terhadap menegakkan agama dan bersiasah dengan panduan agama. Namun, Islam menjadikan keadilan dan kebenaran yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas.

Pemerintah tiada kuasa mutlak atau dianggap maksum (infaillible). Pemerintah sentiasa terdedah kepada kritikan dan pembetulan. Ini terbukti dalam teksal-Quran dan al-Sunnah serta amalan Khulafa al-Rasyidin yang menegaskan prinsip ini.

Membetulkan pemerintah apabila salah adalah satu tanggungjawab. Islam tidak menyatakan semua perbuatan pemerintah itu divine atau diredhai Allah. Islam tidak menyatakan taatlah apa sahaja yang disuruh oleh pemerintah. Sebaliknya, Allah menyebut: (maksudnya)

 "Wahai mereka yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan uli al-Amr (pemimpin) dari kalangan kamu.  Kemudian jika kamu berselisih pendapat maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar beriman dengan Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu yang paling utama dan paling baik akibatnya" (Surah al-Nisa' 59).

Ertinya, jika berlaku perselisahan, asasnya bukan pendapat pemerintah tetapi kembali kepada prinsip-prinsip yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Selepas ayat ini, Allah menegaskan tanggungjawab rakyat melantik pemerintah yang berkualiti dan layak, dan tanggungjawab pemerintah yang dilantik melaksanakan keadilan: (maksudnya)

 "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu  menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum dalam kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat". (Surah al-Nisa: 58).

Terlalu banyak nas-nas yang melarang mentaati pemimpin secara 'membabi buta' (blind imitation). Antaranya, sabda Nabi s.a.w:
 "Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu Muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat".
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Islam dan ulama

Islam tidak pernah memaksumkan ulama. Seperti mana orang lain, ulama terdedah kepada salah dan silap. Sebab itu adanya istilah ulama al-suk atau ulama jahat yang menggunakan ilmu untuk kepentingan diri sehingga menggadaikan kebenaran. Bahkan al-Quran mensifatkan ulama jahat seperti anjing dalam Surah al-'Araf ayat 75-76.Ulama dilarang mengampu pemerintah atas kesalahan atau bersekongkol dengan mereka atas kezaliman. Sehingga Nabi s.a.w memberi amaran:

"Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongaSesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)".
Riwayat Ahmad, al-Nasai dan al-Tirmizi, ia dinilai sahih oleh al-Albani).

Pemerintah dan ulama

Pemerintah dalam Islam tunduk kepada prinsip-prinsip keadilan dan kemaslahatan rakyat. Bukan kepentingan diri ataupun puak tertentu semata sehingga meminggirkan prinsip kepentingan umum. Pemerintah di suruh bersama ulama jujur demi memastikan mereka sentiasa berada atas landasan yang redhai Allah bukan untuk menguatkan cengkaman kuasa kedua kelompok itu. Sabda Nabi s.a.w:

"Tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat). (Pertama) Bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan serta menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan serta menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang diselamatkan Allah". (Riwayat al-Bukhari dan al-Nasai).

Inilah Perbezaannya...
Jika gabungan pemerintah dan golongan agama itu jujur, maka natijahnya akan ditegakkan kebenaran, keadilan dan kerahmatan kepada rakyat. Pemerintah akan tunduk kepada agama dan ulama akan bebas daripada kepentingan lantas rakyat menikmati keadilan. Sebaliknya, jika tujuannya untuk cengkaman kuasa, kita akan mendapati kedudukan kedua golongan bertambah selesa sedangkan rakyat bertambah resah.

Di dunia Islam, ada mufti-mufti yang berjenama besar, tetapi gagal untuk menasihati pemerintah mereka dengan tegas agar jangan bersekongkol dengan Israel yang menzalimi rakyat Palestin. Lihat apa yang Mesir, Jordan dan negara-negara lain lakukan terhadap nasib rakyat Palestin yang terkepung di sempadan mereka. Ketika golongan agamawan makan mewah di meja bersama penguasa, rakyat Palestin di sempadan mati kebuluran!!

Di negara kita juga mesti dilihat keadaan mana yang berlaku. Umpamanya, jika peraturan agama pencetakan atau selainnya dibuat dengan ditegaskan 'tidak boleh mengkritik mufti' atau sultan atau majlis agama, maka itu untuk cengkaman kuasa. Jika dimasukkan 'tidak boleh menghina Allah dan Rasulullah, itu untuk Islam dan kebenaran!!! Setiap pihak terdedahkan kepada kesilapan dan penilaian, sehingga Abu Bakr dan Umar membenarkan diri mereka dikritik, bagaimana ada kelompok yang tidak boleh dikritik!!

Apabila sesebuah buku diharamkan tanpa alasan melainkan 'panel kurang selesa' atau 'panel agama merasa keliru' maka itu ke arah negara primitive dan kepentingan kuasa. Namun jika dilarang dengan asas-asas ilmiah yang dibahas secara ilmu dan adil, maka itu prinsip Islam!!


Kita tidak takutkan prinsip Islam ditegakkan, kita takut nama agama digunakan untuk cengkaman kuasa dan kerjasama 'pintar dan putar' antara kedua kelompok ini untuk kepentingan masing-masing! Marilah kita nilai dengan teliti apa sebenarnya yang sedang berlaku...

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


SPR dibawah Parlimen

Posted: 01 Jun 2013 03:25 AM PDT

Bagi memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kerajaan memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi SPR kepada satu jawatankuasa khas yang diwakili anggota Parlimen daripada semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang.     

"Dengan langkah ini, diharap kebebasan SPR tidak dipersoal lagi dan keyakinan rakyat terhadap SPR akan dapat diperkukuhkan," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata demikian dalam ucapan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena hari keputeraan Seri Paduka dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di IstanaNegara.

Langkah itu, yang bertujuan untuk meningkatkan kredibiliti SPR, dibuat ketika Pakatan Rakyat melancarkan kempen terhadap suruhanjaya itu berikutan dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum ke-13 bulan lepas.

Pakatan pembangkang mendapat 51 peratus undi popular tetapi hanya memenangi 40 peratus kerusi di Parlimen berbanding dengan parti pemerintah, yang hanya menang 47 peratus undi popular tetapi memperolehi 60 peratus kerusi kerana amalan persempadanan kawasan pilihanraya.

Persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR dijangka dilaksanakan lewat tahun ini dan Pakatan dijangka mengenakan untuk membetulkan ketidakseimbangan jumlah pengundi, yang didakwa memberi kelebihan kepada BN

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


BN Fully Responsible Over Widening Polarisation Between The Majority 51% Malaysians Behind PR And BN, With The Abuse Of Powers By Registrar Of Society, Police, Immigration Department, Malaysian Anti-Corruption Commission & Election Commission To Benefit BN Over Public Interests.(en/bm/cn)

Posted: 01 Jun 2013 12:08 AM PDT

Press Statement by DAP Secretary-General and MP for Bagan Lim Guan Eng in Kuala Lumpur on 1.6.2013.

BN is fully responsible over widening polarisation between the majority 51% Malaysians behind PR and BN with the abuse of powers by Registrar Of Society(ROS), Police, Immigration Department, Malaysian Anti-Corruption Commission & Election Commission to benefit BN over public interests. The latest action by ROS against DAP implying possible deregistration and Immigration Department's ban of Lembah Pantai MP Nurul Izzah from entering Sabah shows that BN is willing to abuse its powers with lies and false charges. Such oppression and injustice is divisive and will not help national reconciliation but instead harm national unity.

DAP condemns Registrar of Societies (ROS) director Abdul Rahman Othman for making outright lies that over 700 DAP delegates were denied their right to vote during the party National Congress last year, because they were not notified. I have never seen a senior government servant openly lie without any sense of shame when ROS had written to us to demand evidence of notices to four DAP branches to attend the party congress – Taman Sri Sungai Pelek in Selangor, Taman Nesa in Skudai, Johor, Desa Dahlia in Seremban and Ladang Paroi, also in Negri Sembilan.

These 4 branches comprise less than 15 delegates, and not ROS's claim of over 700 delegates. How can Abdul Rahman magnify and exaggerate the disputed less than 15 delegates to suddenly become over 700 delegates? Clearly he is unqualified to be ROS director when he is a liar and a willing tool of UMNO and BN.

Yesterday, National Organising Secretary Anthony Loke had furnished proof that representatives from three out of the four branches – that had been mentioned by ROS in its letter to DAP – did attend the party congress, thus there was no question of them not being notified about the party congress nor being denied their right to vote.

DAP's condemnation of the ban on Nurul Izzah from entering Sabah has nothing to do with the Sabah 20 point agreement. DAP does not oppose the Sabah 20 point agreement but oppose any tyrannical abuse of power that is completely unfair, unjust and against the spirit of the 20 point agreement. Simlarly DAP's attack on the police and immigration department is directed at abuses of powers by the few top officers to benefit BN in winning the general elections and not against its entire personnel.

DAP express disgust that the police is conniving with Utusan Malaysia to conduct a witch hunt with baseless allegations and lies of a cyber army paid by DAP, known as the Red Bean Army, to overthrow the government in the internet. DAP states that it has no knowledge of a Red Bean Army and as a poor party can not afford to pay off any member of the so-called Red Bean Army. To date neither the police nor Utusan has said who are members of the Red Bean Army. Clearly these lies of a Red Bean Army able to overthrow a government through writings in the internet is to create fear, even though no dictatorship in history has been overthrown through the internet.

Why is the MACC refusing to even investigate BN leaders who possess unaccountable and extraordinary wealth like Sarawak Chief Minister Tan Sri Taib Mahmud? Worse is when the Chairman and Deputy Chairman of the Election Commission is more BN than BN in attacking PR because PR demands polls reforms to ensure a clean voter list and that the popular vote reflects the actual result.

DAP urges our supporters to remain calm and steadfast in fighting this latest ROS' false allegations against the DAP. DAP Central Executive Committee(CEC) will be holding an emergency meeting next Wednesday night at DAP headquarters to discuss the future course of action against the latest lie and attack by ROS director, which DAP sees as setting the ground and conditions to deregister the DAP.

LIM GUAN ENG
—–BM Version —

On the way

—-Mandarin Version

民主行动党秘书长兼峇眼国会议员林冠英于2013年6月1日在吉隆坡发表的声明:

国阵需对社团注册局、警方、移民厅、反贪委会及选委会滥用职权,把国阵利益置于人民利益之上,扩大民联51%的多数选民支持率与国阵支持率的鸿沟,负起全责。

国阵需对社团注册局、警方、移民厅、反贪委会及选委会滥用职权,把国阵利益置于人民利益之上,扩大民联51%的多数选民支持率与国阵支持率的鸿沟,负起全责。社团注册局最近可能撤销行动党注册的动作,以及移民厅禁止班底谷国会议员努鲁入境沙巴一事,显示了国阵愿意利用谎言和莫须有的罪名来滥用它的权利。这种压迫及不公平是分裂之举,它不会让国民和解,反之会破坏国民团结。

民主行动党谴责社团注册局总监阿都拉曼奥士曼公然撒谎,声称超过700名行动党中央代表在去年举行的党选因没有接到通知书而被拒绝投票。正当社团注册局致函行动党,要求我们提呈发给4个支部的行动党大会通知书证据,也即是雪州的斯里双溪比力花园支部、柔佛的士姑来尼莎花园支部、芙蓉迪沙达丽雅支部及森美兰拉当芭蕾支部的当儿,阿都拉曼竟然可以公然撒谎。我从来没有见过任何一名高级公务员如此毫不羞耻地公然撒谎。

这4个支部共有少于15名中央代表,而不是如社团注册局声称的超过700名中央代表。阿都拉曼何以能够将只有15名中央代表的争议,放大及夸大成突然变成超过700名中央代表?很明显的,他没有资格再出任社团注册局总监,因为他已经沦为愿意为巫统及国阵撒谎的工具。

昨天,行动党全国组织秘书陆兆福已提呈证据,证明在社团注册局发给行动党的来信中阐明,这4个支部当中,3个支部的中央代表都有出席党代表大会,因此他们就不可能没有接一以大会的通知,或者是被否决投票的权利。

行动党也谴责努鲁被禁足沙巴,与沙巴加入马来西亚的20条款没有任何关系。行动党不反对20条款,但是我们反对任何强横滥用权利的举动,包括不公平、不公正及违反20条款精神的事。同样的,行动党抨击警方及移民厅,是冲着滥用权力、协助国阵赢得大选的数名高官而来,而不是对整个团队作抨击。

行动党对警方纵容《马来前峰报》进行政治逼害,以毫无证据的指控与谎言称行动党支付统称"红豆兵"的网络兵团,以在互联网上推翻政府一事,表达厌恶。行动党重申,我们并不知道"红豆兵",还有,做为一个穷政党,我们没有能力支付任何被称为"网络红豆兵"的任何成员。截至 目前为止,不管是警方或《马来前峰报》,都没有说明谁是"网络红豆兵"的成员。很明显的, "网络红豆兵有能力透过网上文章来推翻政府"的谎言,是为了制造恐惧—虽然历史上根本没有任何的独裁统治者成功被互联网推翻。

为什么反贪委会依然不愿意介入调查那些如砂拉越首长丹斯里泰益马目般拥有不负责任及非凡财富的国阵领袖?更糟糕的是,选委会主席及署理主席比国阵更国阵,在民联要求选举改革,要更干净的选民册,以及较能反映真实成绩的多数票系统时,却面对选委会高层的攻击。

行动党呼吁所有支持者保持冷静,并坚定地与最近社团注册局对行动党展开的莫须有罪状继续抗战。行动党中委会将在下个星期三晚上于总部召开紧急会议,商讨应对社团注册局总监最新谎言及攻击的方案,因为这被行动党视为是要设下条件及理由以撤销行动党注册之举。

林冠英

Khalid Samad

Khalid Samad


Bertanding di Kota Damansara Dari Sudut Akhlak Jamaah Islam

Posted: 31 May 2013 06:30 PM PDT

Beberapa hari yang lalu telah saya bahas dari sudut ijtihad atau keputusan strategi. Hari ini saya ingin bahas dari sudut yang lebih berat iaitu akhlak jamaah Islam.

Untuk membahas dari sudut akhlak jamaah Islam, satu persoalan utama perlu dijawab terlebih dahulu. Persoalan ini ialah samada wakil rasmi PAS dalam mesyuarat perundingan kerusi di peringkat PR Pusat telah memberi persetujuan untuk menerima Dr. Nasir sekiranya beliau diturunkan sebagai calon PKR atau sebaliknya? Sekiranya persetujuan telah diberi oleh wakil rasmi PAS di mesyuarat tersebut, maka walau apa pun alasan yang diberi oleh kawasan dan cawangan-cawangan, tindakan PAS bertanding adalah salah dari segi akhlak jamaah Islam.

Sekiranya ianya tidak dibincang dan wakil PAS di mesyuarat perundingan kerusi PR Pusat telah dengan jelas menyatakan bahawa walau apa pun, calon PSM tidak boleh diterima, maka tindakan PKR meletak Dr. Nasir sememangnya menempah masalah.

Sememangnya setiap kerusi dibincang dan diputuskan di mesyuarat PR Pusat. Bukan untuk Kota Damansara sahaja tetapi untuk semua kerusi yang ditandingi. Setiap kerusi dibincang dan diagihkan di antara parti yang terlibat berdasarkan maklumat dari Negeri yang telah diambil dari kawasan. Oleh kerana PAS tiada pertindihan kerusi dengan DAP maka biasanya PAS akan berunding dengan PKR sambil PKR pula akan berunding dengan DAP berhubung kerusi majoriti bukan Melayu.

Dalam soal KD ianya telah ditandingi oleh PKR pada tahun 2008 dan Dr. Nasir jugalah calon yang diturunkan oleh PKR. PKR menurunkan Dr. Nasir sebagai calonnya di Kota Damansara pada 2008 dengan persetujuan mesyuarat PR dan beliau telah menang. Semua yang terlibat dengan mesyuarat PR mengetahui bahawa Dr. Nasir adalah dari parti PSRM pada asalnya tetapi keluar PSRM apabila PSRM disatukan dengan PKR. Dr. Nasir dan beberapa rakannya kemudiannya berusaha untuk mendaftarkan 'PSM' sejak sebelum 2008 lagi. Tanpa adanya parti sendiri maka mereka bersetuju untuk bertanding dengan menggunakan lambang PKR. PKR pun bersetuju untuk mengelak berlakunya 3 penjuru dan mesyuarat PR meluluskannya.

Pada 2013 PSM telah didaftarkan. Maka pada ketika itu mereka ingin bertanding atas lambang PSM. Perkara ini, sefaham saya, telah dibawa ke mesyuarat PR. Keputusan mesyuarat PR pada ketika itu ialah sekiranya mereka bertanding atas lambang PKR maka status quo akan kekal dan mereka akan diterima sebagai calon PKR dan dengan itu calon PR. Dan ini dipersetujui oleh wakil PAS di dalam mesyuarat tersebut yang turut menegaskan supaya elak pertandingan 3 penjuru.

Sebaliknya, sekiranya mereka bertanding atas lambang PSM maka mereka tidak mewakili PR. Dalam keadaan itu PKR akan bertanding juga walaupun berlaku 3 penjuru! Yang akan bertanding melawan PSM pada ketika itu adalah PKR bukan PAS! PAS tiada kena-mengena dengan kerusi tersebut kerana ianya kerusi PKR. Itu yang dipersetujui oleh wakil rasmi PAS.

Berbekalkan keputusan ini maka PKR berusaha memujuk ahli PSM untuk bertanding atas lambang PKR seperti pada 2008. Ini adalah untuk mengelak dari berlakunya 3 penjuru yang mungkin akan menyebabkan PKR dan PR kehilangan kerusi berkenaan. Calon PSM untuk DUN Semenyih yang bertanding atas lambang PKR pada tahun 2008 telah menolak tawaran tersebut. Maka PSM turun sebagai calon PSM dan oleh itu berlakulah 3 penjuru di antara PKR, PSM dan BN di Semenyih. PKR bertanding walaupun 3 penjuru adalah sepertimana yang diputuskan dan dipersetujui dalam mesyuarat PR. Hasilnya BN menang di Semenyih dan PSM dianggap membantu BN untuk mencapai kemenangan.

Di Kota Damansara, PKR berjaya memujuk Dr. Nasir untuk bertanding dengan lambang PKR. PKR mengarahkan bakal calon PKR sendiri, iaitu Sdr Razlan Jalaluddin seorang peguam untuk menarik diri dan beri laluan kepada Dr. Nasir. Sdr Razlan akur dengan keputusan tersebut dan menarik diri. Dr. Nasir seterusnya diturunkan sebagai calon PKR. PKR yakin keadaan 3 penjuru telah dielak dan terkejut apabila didapati PAS menurunkan calonnya untuk Kota Damansara pada pagi penamaan calon! Pada ketika itu, dan biarlah kita bercakap ikhlas dalam soal ini, jangan berputar-belit macam Yahudi, PAS turunkan calon menentang calon PKR bukan calon PSM!

Wakil rasmi PAS dalam mesyuarat PR Pusat telah dihubungi. Beliau berada di Sabah dan tidak ketahuan apa dan mengapa perkara tersebut berlaku. Setelah dimaklumkan, beberapa hari kemudian, beliau telah turun dari Sabah ke Kota Damansara untuk mengisytiharkan Dr. Nasir sebagai calon rasmi PR! Malangnya ahli PAS Kota Damansara menolak pendirian beliau sedangkan beliau adalah wakil rasmi PAS dalam soal perundingan kerusi!

Apa yang ditulis di atas adalah apa yang saya dimaklumkan oleh wakil rasmi PAS ke mesyuarat perundingan kerusi PR Pusat, iaitu Setiausaha Agung PAS, Dato Mustaffa Ali. Sekiranya apa yang diceritakan adalah benar, maka amat jelas PAS telah mungkiri janji.

Sekiranya begitu maka amat sangat malanglah keadaannya, lebih lebih lagi sekiranya PAS ingin terus menafikan bahawa PAS telah melakukan kesalahan dengan melanggar apa yang telah dipersetujui bersama. Soal perjanjian dan berpegang kepadanya adalah sesuatu yang amat dipentingkan oleh Islam. Oleh itu tindakan melanggar janji adalah satu tindakan yang tidak boleh dibenarkan dan didiamkan. Allah berfirman di dalam Al-Quran:

"Dan janganlah kamu jadikan perjanjian yang kamu sertai di antara kamu (sebagai bahan mainan). Akan tergelincir kaki setelah berdiri teguh. Dan akan kamu dilemparkan dengan kehinaan kerana kamu menjadi penghalang kepada jalan Allah (dengan perangai buruk kamu) dan di akhirat akan kamu menerima azab yang dahsyat."
(An-Nahl 94)

Tindakan langgar perjanjian di dalam ayat ini di samakan Allah dengan tindakan menghalang manusia dari jalan Allah! Kerana dilihat oleh mereka bahawa orang Islam tidak berpegang pada janji. Maka mereka memandang hina terhadap orang Islam dan dengan itu menjadi punca mereka menjauhkan diri dari jalan Allah. Fikir-fikirkanlah. Tindakan tersebut sebagai sebuah 'Parti Islam' mempunyai implikasi luas dan terus terhadap tanggapan manusia mengenai Islam itu sendiri.

Untuk makluman, di peringkat Negeri Selangor, soal PAS bertanding di kerusi Kota Damansara tidak pernah timbul walau dalam apa-apa perbincangan. PAS Negeri dan Kawasan telah bersetuju bahawa kerusi itu adalah milik PKR dan PAS tidak akan bertanding di situ! PAS Kawasan Subang, iaitu kawasan di mana terdapat DUN Kota Damansara, bertemu berkali-kali dengan PAS Negeri tetapi hanya untuk berbincang persoalan calon Paya Jaras SAHAJA! Pendirian Negeri inilah yang diulangi di peringkat Pusat.

Adalah merupakan kebiasaan bahawa janji dan persetujuan yang dibuat oleh wakil rasmi sesebuah pertubuhan adalah merupakan janji dan persetujuan pertubuhan tersebut. Sekiranya PAS mempunyai tanggapan berbeza, di mana janji dan persetujuan wakil rasmi yang diberi mandat untuk mewakili PAS di dalam sesuatu perbincangan tidak mengikat PAS, maka perlu diberitahu pada semua dari awal. Dalam ertikata lain, PAS perlu beritahu bahawa wakil PAS boleh berjanji tetapi janji dan persetujuan itu boleh dibatalkan dan dilanggar pada bila-bila masa mengikut keseuaian tempat dan keadaan semasa.

Saya minta pendirian jelas dikeluarkan yang mengatakan begitu sekiranya benar itulah sikap PAS terhadap janji dan persetujuan yang diberi. TETAPI ketahuilah, sekiranya itulah sikap PAS maka tiada siapa akan membuat perjanjian dengan PAS kerana janji tersebut tidak bermakna!

Dalam soal ini hujjah 'ijtihad pemimpin' tidak boleh diguna-pakai. Kerana pemimpin tidak boleh berijtihad untuk melanggar perjanjian dan persetujuan yang telah dicapai sebelumnya dengan begitu sahaja. Untuk makluman di antara matlamat utama PR ialah untuk menentukan satu lawan satu menentang BN. PAS telah beri komitmennya untuk mengukuhkan PR. Tindakan bertanding di Kota Damansara bercanggah dengan apa yang dijanji dan dipersetujui.
عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم :
" إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِالأَمِيرِ خَيْراً ، جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ صِدْقٍ ، إِنْ نَسِيَ ذَكَّرَهُ ، وَإِنْ ذَكَرَ أَعَانَهُ ، وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهِ غَيْرَ ذَلِكَ ، جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ سُوءٍ ، إِنْ نَسِيَ لَمْ يُذَكِّرْهُ ، وَإِنْ ذَكَرَ لَمْ يُعِنْهُ "
[ رواه أبو داود والنسائي ] .


Dari Ayesyah (RA): Telah berkata Rasulullah (SAW):-
Sekiranya Allah inginkan kebaikan bagi seseorang pemimpin, akan diadakan untuknya wazir yang bersifat benar. Sekiranya dia lupa akan diingatkannya dan sekiranya dia ingat akan dibantunya. Sekiranya diinginkan Allah sebaliknya, maka diadakan untuknya wazir yang jahat. Sekiranya dia lupa tidak diingatkannya dan sekiranya dia ingat, tidak dibantunya.
(Riwayat Abu Daud dan An-Nasaii)

Biarlah ahli PAS menjadi sebagai wazir yang Siddiq yang membantu kearah pengukuhan PR sepertimana yang diinginkan PAS. Maka apabila pimpinan lupa, sama-sama kita ingatkan dan apabila pimpinan ingat dan berusaha keras untuknya, sama-sama kita bantu.

Maka sekali lagi saya nyatakan, sekiranya persetujuan telah diberi oleh wakil rasmi PAS dalam mesyuarat PR bahawa PAS tidak akan bertanding di Kota Damansara apabila PKR menurunkan calon, walaupun calon itu adalah Dr. Nasir, maka tindakan PAS bertanding di Kota Damansara adalah salah, bercanggah dengan akhlak jamaah Islam dan menjatuhkan imej PAS dan Islam dikhalayak ramai.

Saksikan ya Allah bahawa saya telah tunaikan tanggung jawab saya kepada pimpinan saya!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Piow With You 文标与你

Piow With You 文标与你


考红土砍海军基地而为保住州务大臣,证明赞比利不获得民心的州务大臣

Posted: 31 May 2013 10:38 PM PDT





图:黄文标( 坐者左5))与2013至2014年行动党小双溪槟榔支部新理事改选后进行合照。


霹雳州行动党副秘书黄文标指军警票在505全国大选的动向还是没有获得显著改变。特别是霹雳州务大臣拿督斯里赞比利代表的邦咯州议席,第一次在邦咯岛输了接近1300票。但是因为红土砍海军基地而为他保住了身份,也足以证明赞比利不获得民心的州务大臣
也是行动党德彬丁宜区候任州议员的他,今天是主持行动党小双溪槟榔支部改选后,表示军警为了"指定性"被指示效忠政府,国阵领袖把国阵和政府的关系合为一体,所以民联要在这群人士要寻求突破是有难度。国阵使用这种利用掌握政权的精神灌输法,也可以诠释为不民主和专制的施政。
与此同时他感谢支部理事以及当地选民的努力,协助民联候选人英兰赢取失去多年的红土砍国会议席,也在邦咯岛历史性民联票数多过国阵。虽然州议席无法打倒国阵,但是令赞比利在本身选区名称输掉,加上全霹雳州州总票数才获得44%的国阵。比起民联的54%,这是一个没有民意基础的政府。
以下是2013至2014年行动党小双溪槟榔支部新理事名单:
主席:杜福团
副主席:邓亚进
秘书:杨新来
副秘书:陈桂荣
财政:范昌楠
宣传秘书:郭和达
妇女事务秘书:郭桂金
理事:雷德胜,陈亚戈,陈成友,陈忠华,林亚六,黄亚明,郭亚珍,钟曼妹
 

DUN KUBU GAJAH

DUN KUBU GAJAH


Sukan

Posted: 01 Jun 2013 01:50 AM PDT

Kenduri

Posted: 01 Jun 2013 01:48 AM PDT

View issues with Tan Seng Giaw

View issues with Tan Seng Giaw


A truly independent Election Commission

Posted: 01 Jun 2013 01:17 AM PDT

In a parliamentary system of government with general elections, the election commission must be fair. Since 1957, Malaysia has had 13 general elections. At the beginning, the difference in the number of voters between constituencies was not more than 15%. The Federal Constitution was amended to make it 50%. Then,  a further amendment abolishes the limits.

The 13th General Election on May 5, 2013 showed weaknesses and discrepancies such as doubts on immigrants becoming voters. The Election Commission (EC) insists that there are no major weaknesses. But, many Malaysians believe that it should not be under the Prime Minister's Department. It must be truly independent.

Today, Prime Minister Datuk Seri Najib announces a Special Parliamentary Committee to oversee EC. The public would like to know how it ensures independence of EC.

YAB Najib should get the views of various parties and organizations such as Pakatan Rakyat and NGOs to find out the acceptable ways of making sure that EC is seen to be fair. For example, the ways with which important personnel such as secretary-general and secretaries are appointed should be transparent.


The cost of Mass Rapid Transit?

Posted: 31 May 2013 06:34 AM PDT

The traffic problem is serious.  Mass Rapid Transit (MRT) project is meant to overcome it. But this project is huge, costing multibillion ringgits. It faces many problems such as land acquisition.

Today,  the Prime Minister Datuk Seri Najib talks about the ability of local firm to implement MRT project and the job opportunities. People want to know, among other things, its open tender system and the actual cost.


Nuffnang