Khamis, 13 September 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Siasat Suaram tak jejas pendedahan kes Scorpene

Posted: 13 Sep 2012 01:33 AM PDT

26 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menegaskan siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SMM) tidak akan menjejaskan usahanya dalam mendedahkan penyelewengan dalam isu Scorpene.

Penyelaras Suaram E. Nalini berkata, mereka percaya dengan apa yang telah dibuat selama ini mempunyai perjuangan yang lebih besar untuk dicapai.

"Bagi Suaram, kami berani kerana benar, " katanya sebaik diminta mengulas sejauhmana usaha mereka meneruskan pendedah isu Scorpene walaupun menerima asakan dari kerajaan.

Beliau ketika dihubungi berkata, usaha mereka sepatutnya dihargai dalam menyedarkan rakyat Malaysia tentang hak asasi di samping melahirkan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai itu.

Baginya, Suaram tidak akan berundur malah intimidasi sebegini bukan sesuatu yang baru dan percaya mereka ditekan kerana berani mendedahkan rasuah dalam pentadbiran negara.

"Selagi rakyat Malaysia berada dalam penindasan dan berlakunya pencabulan hak asasi manusia, selagi itu Suaram akan berada dengan mereka," katanya.

Beliau turut menyifatkan tindakan SSM sebagai gangguan ke atas Suaram dan percaya ianya bermotifkan politik.

"Ini juga adalah satu gangguan ke atas badan hak asasi dan pejuang-pejuang hak asasi yang perjuangkan kebenaran, keadilan dan kesaksaaman di Malaysia.

"Semua ini bermula dan berlaku kerana kes Scorpene yang telah difailkan oleh Suaram di France," katanya.

Beliau kecewa, kerajaan menggunakan agensinya seperti SSM, Perkeso, Bank Negara dan sebagainya untuk meletakkan reputasi dan kredibiliti mereka sebagai Ng yang tidak berdafta.

Justeru, Suaram bersedia untuk disiasat siapa sahaja dan sehingga kini mereka telah pun memberi kerjasama yang baik kepada kerajaan.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SMM) Mohd Naim Daruwish menegaskan pihaknya menjalankan siasatan terhadap Suaram berdasarkan aduan yang diterima.

Pegawai SSM pada 5 September lalu mengeledah pejabat setiausaha syarikat dan juruaudit Suara Inisiatif serta merampas dokumen berkaitan dengan syarikat itu

HARAKHDAILY/-

Sumbang Mahram: Setiausaha Kerja Umno Hulu Terengganu Ditahan Polis

Posted: 13 Sep 2012 01:29 AM PDT

26 Syawal 1433H. [MOD] -

Kuala Terengganu – Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata beliau diberitahu Setiausaha Kerja (SUK) Umno Bahagian Hulu Terengganu telah ditahan oleh pihak polis.

Katanya, SUK Umno itu ditahan kerana disyakki melakukan perbuatan terkutuk sumbang mahram dengan anak tirinya.

"Pagi tadi saya pergi beraya di balai polis Kuala Berang, dia berbisik kepada saya…. (katanya)Ustaz tahu tak…. ..SUK Bahagian Umno Hulu Terengganu kena tangkap, (sekarang) ada di lokap,

"beristeri dua orang dah, tapi dia lakukan sumbang mahram dengan anak tirinya,"ujarnya menceritakan kepada para hadirin.

Menurutnya, pihak polis telah menjalankan siasatan ekoran dari aduan yang diterima daripada bapak saudara perempuan terbabit.

Kataya, apabila polis menjalankan siasatan, didapati budak perempuan tersebut mengandung dan telah pun melahirkan anak.

Ustaz Kamaruzaman yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Terengganu berkata demikian ketika beliau menyampaikan ucapan dalam Majlis Pidato Khas Memperingati Peristiwa Ahzab di Kampung Banggol Binjai, Tepoh, dekat sini pada Ahad malam 9 September.

Beliau yang dihubungi semalam, Selasa 11 September, mengesahkan perkara tersebut.

Ustaz Kamaruzaman juga memaklumkan, ada pihak tertentu yang sedang berusaha memujuk bapa saudara perempuan supaya menarik balik laporannya kepada pihak polis.

Justeru beliau berharap perkara tersebut dapat diadili dan pesalah terbabit dibawa ke mahkamah secepat mungkin. -Buletin Online

Apa Jawapan TG Nik Aziz Terhadap Kenyataan Najib?

Posted: 13 Sep 2012 01:26 AM PDT

26 Syawal 1433H. [MOD] -

Kata Najib: "Nak apa-apa pun, tuan-tuan kena sokong BN dalam PRU13!"

Nampaknya, Najib masih dengan "You help me, I help you."

Dan berkatalah TG Nik Aziz, "Najib belum kenal peribadi orang Kelantan, dia ingat kaedah yang serupa dia menipu di tempat lain boleh digunakan di Kelantan juga."

Kaedah politik U HELP ME, I HELP U, "jari menunjuk kelingking berkait" adalah kaedah curang di dalam memberikan bantuan, tidak ikhlas dan tidak jujur. Naib menyangka semua umat Islam sama perangainya macam lembu UMNO, boleh dicucuk hidungnya, boleh dibeli dan ditipu.

Rakyat Kelantan yang telah berada di bawah kepimpinan ulamak menolak sebarang ketidak-ikhlasan dan kecurangan di dalam pemerintahan dan telah bersedia untuk mengalahkan UMNO BN di dalam PRU13 nanti.

Isu tumpahan minyak parah, nelayan mahu jumpa MB Johor

Posted: 13 Sep 2012 01:01 AM PDT

26 Syawal 1433H. [MOD] -

PONTIAN - Nelayan pesisir pantai yang berpangkalan di tujuh pangkalan nelayan di sepanjang Tanjung Piai, dekat sini, memohon kerajaan mengambil tindakan segera mengatasi masalah tumpahan minyak yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.

Wakil nelayan, Husin Nasir 58, berkata, mereka turut bercadang untuk bertemu Menteri Besar Johor memandangkan tumpahan minyak di perairan Selat Melaka berhampiran kawasan Tanjung Piai yang sering berlaku menyebabkan mereka sukar mencari makan.

"Sudah acap kali, kami nelayan di sini buat aduan kepada polis dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), namun masalah tumpahan minyak semakin menjadi-jadi.

"Mengikut perkiraan kami nelayan di sini, dalam setahun sahaja lebih enam kali tumpahan minyak berskala besar berlaku di sini," katanya ketika ditemui pada majlis sesi dialog bersama nelayan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jaringan Bertindak Nelayan Pantai Semenanjung (Jaring), di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi Pas Kawasan Tanjung Piai, Ghazaley Ayob.

Katanya, masalah yang lebih besar bakal menimpa penduduk di sekitar Tanjung Piai, sekiranya tiada langkah berkesan diambil bagi membendung masalah tumpahan minyak yang mengancam pokok bakau.

"Tumpahan minyak yang sering berlaku di perairan Selat Melaka berhampiran Tanjung Piai menyebabkan nelayan bot-bot kecil mengalami kerugian.

"Semakin banyak kapal berlabuh dan kedudukannya yang semakin dekat dengan kawasan pesisir pantai sehingga boleh dilihat dengan begitu jelas dari kawasan pangkalan nelayan," katanya.

Jelasnya, kehadiran kapal-kapal yang berlabuh di situ menyebabkan hasil tangkapan semakin kurang dan adakalanya jaring yang dipasang bagi menangkap udang rosak dilanggar kapal.

Ketua Nelayan Pangkalan Tanjung Piai, Ahmad Yazid, 43, mendakwa, tidak pernah mendapat sebarang pampasan terhadap kerosakan barang akibat tumpahan minyak terbabit.

"Meskipun sudah membuat aduan kepada agensi yang berkaitan, namun tiada pampasan diterima.

"Sehingga hari ini, segala kerosakan jaring, enjin dan perkakasan yang lain kami tampung sendiri, kerana belum lagi terima sebarang bantuan.

"Setiap kali jaring nelayan terkena minyak, kami buat laporan polis dan memanjangkannya kepada pihak persatuan," katanya.

Sementara itu bagi Pengerusi Jaring, Jamaludin Mohammad berkata, sesi dialog yang diadakan bersama nelayan terbabit memberi peluang kepada nelayan mengetengahkan masalah yang dihadapi.

Menurutnya, pihak Jaring, akan menyerahkan dokumen berhubung masalah nelayan di kawasan Tanjung Piai kepada Kementerian Industri Asas Tani.

"Setiap tahun Jaring sebagai sebuah NGO yang mewakili nelayan akan menyerahkan dokumen kepada kementerian dengan mengemukakan masalah dan penambahbaikan yang boleh dilakukan," katanya.

SINAR HARIAN/-

Pesawat Terhempas di Rusia, 10 Penumpang Terbunuh

Posted: 13 Sep 2012 01:00 AM PDT

26 Syawal 1433H. [MOD] -

MOSCOW: Sebuah pesawat kecil terhempas di Timur Rusia mengorbankan 10 penumpang, manakala empat tercedera pada Rabu.

Siasatan sedang dilakukan bagi mencari punca pesawat yang diterbangkan dengan ketinggian 10 kilometer pada destinasi terakhir, termasuk kerosakan dan kesilapan juruterbang.

Penumpang pesawat An-28 membuat pendaratan kecemasan di rantau terpencil Kamchatka pada tengah hari waktu tempatan (tengah malam GMT), kata seorang jurucakap Kementerian Kecemasan cawangan Timur.

Pesawat enjin berkembar tersebut membawa 14 orang anak kapal termasuk dua krew.

"Sepuluh orang telah meninggal dunia dan empat yang cedera telah dihantar untuk mendapatkan rawatan kecemasan di bandar Palana," katanya.

Pesawat tersebut dilaporkan berlepas dari Kamchatka lapangan terbang utama Petropavlovsk-Kamchatsky untuk penerbangan yang dijadualkan ke Palana, namun komunikasi dengan pesawat tersebut terputus.

Sebuah helikopter penyelamat dihantar ke lokasi kemalangan namun mengalami kesulitan kerana kawasan bukit tersebut diliputi hutan tebal.

Kerajaan tempatan mengisytiharkan hari berkabung pada Khamis dan menjanjikan pampasan kepada keluarga mangsa.

Menurut jadual lapangan terbang Petropavlovsk-Kamchatsky, penerbangan harian ke Palana dikendalikan oleh syarikat penerbangan milik kerajaan tempatan. AFP

Bapa bedil kepala sendiri

Posted: 13 Sep 2012 12:20 AM PDT

26 Syawal 1433H. [MOD] -

MAUT...Ravindran menembak kepalanya menggunakan pistol buatan China.
BAWA...anggota polis mengangkat mayat Ravindran yang ditemui mati berhampiran kawasan ladang limau di Kampung Rapat, semalam.

IPOH: Rasa kesal atas tindakan menembak anaknya dalam satu kejadian petang kelmarin, dipercayai menjadi punca bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), membunuh diri dengan menembak kepalanya sendiri.

Mayat lelaki itu ditemui terbujur berhampiran kawasan ladang limau di Kampung Rapat, berhampiran pinggir Lebuh raya Utara-Selatan, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

S Ravindran, 44, didakwa melepaskan dua das tembakan ke arah kaki anaknya, R Hariharen, 15, selepas bertengkar dengan isterinya di hadapan rumah mereka di Taman Panorama Indah, Gunung Rapat, di sini, jam 4.40 petang kelmarin.

Sumber polis berkata, dia ditemui mati oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

METRO/-

Kartunis protes depan kedutaan Malaysia di Washington

Posted: 12 Sep 2012 11:49 PM PDT

26 Syawal 1433H. [MOD] -

(Zunar dan rakan-rakan antarabangsanya berdemo depan kedutaan Malaysia di Washington)

WASHINGTON: Kartunis Zunar bersama dengan beberapa kartunis antarabangsa telah mengambil bahagian dalam protes "Bebaskan Kartunis" di Kedutaan Malaysia di Washington DC semalam (12 Sept 2012).

Protes "solidariti-untuk Zunar" itu anjuran Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa dan Amnesty International.

Tujuan protes ini adalah untuk menggesa kerajaan Malaysia menghenti menggunakan undang-undang zalim seperti Akta Hasutan serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan untuk menekan beliau sebagai kartunis.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anuar Ulhaque dalam kenyataannya berkata, kerajaan selama ini menggunakan undang-undang tersebut bagi menghalang beliau dari menghasilkan karya yang mengkritik pemerintah dan mendedahkan amalan korupsi mereka.

"Tujuh buku kartun saya diharamkan, saya telah ditahan di bawah Akta Hasutan, pejabat saya sering diserbu, kilang pencetak dan penjual buku-buku saya juga sering diserbu dan diberi amaran agar tidak mencetak dan menjual buku-buku saya," kata Zunar dalam kenyataannya.

Hadir dalam protes tersebut termasuk Pengarah Eksekutif Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa Dr Robert Russell dan timbalannya Andrew Rougier Chapman, koordinator Amnesty International Becky Farrar dan pasukannya.

Selain beliau, kartunis yang turut mengambil bahagian ialah pemenang Pulitzer Prize untuk Editorial Kartun 2012 Matt Wuerker, kartunis Iran dalam pelarian juga pemenang anugerah Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial Nik Kowser dan kartunis terkenal Amerika Jeff Parker.

Protes berlangsung selama 45 minit.

Mereka menyanyi dan berteriak mengkritik kerajaan Malaysia dengan kata seperti, "Siapa punya hak untuk melukis? Zunar!", "Siapa takut kepada kartun? Kerajaan Malaysia!".

Pada penghujung program itu, Zunar mengambil pembesar suara dan memanggil pegawai-pegawai kedutaan supaya keluar bertemu mereka.

Dua daripada mereka keluar kemudiannya tetapi enggan mendedahkan nama dan jawatan mereka.

"Saya memperkenalkan para demonstran kepada mereka dan memaklumkan tujuan kami berdemonstrasi. Mereka juga enggan memberi sebarang komen," beritahu Zunar kepada media.

Zunar akan berada di Washington DC dan New York sehingga 18 September untuk mengambil bahagian dalam Konferen Kartunis Editorial Amerika sebagai tetamu dan untuk bertemu aktivis Malaysia di sini.

Zunar adalah kartunis politik yang pernah memenangi anugerah Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial 2011 oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa.

HARAKAHDAILY/-

Kenit jadi tumpuan, gembira didukung

Posted: 12 Sep 2012 10:39 PM PDT

26 Syawal 1433H. [MOD] -

PONTIAN – Melihatkan tubuhnya yang kecil dan berwajah kanak-kanak, pasti sukar mempercayai Mohammad Nor Ashari Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai 'Kenit', sudah berusia 17 tahun.

Dengan ketinggian 72 sentimeter atau hanya tiga kaki yang merupakan ketinggian bagi kanak-kanak yang berusia lima tahun, tidak membataskan Kenit bergaul dengan rakan-rakannya.

Malah, Kenit yang gemar menyanyi dan membuat persembahan di majlis-majlis jamuan raya dan majlis perkahwinan yang dihadirinya sering mencuri tumpuan.

"Ramai yang tidak percaya saya sudah berusia 17 tahun dan menyangka saya masih berusia lima tahun, sehingga kadang-kadang saya perlu menunjukkan MyKad kepada mereka.

"Saya suka menyanyi dan mahu menghiburkan hati semua orang," katanya.

Dia yang ditemani ibunya ditemui Sinar Harian pada majlis rumah terbuka Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pontian di Dewan Jubli Intan Pontian, di sini, semalam.

Bagi ibunya, Zauziah Husin, 47, dia menyifatkan anaknya itu sebagai permata yang sungguh berharga dan unik dengan gelagatnya.

Katanya, Kenit yang merupakan anak ketiga dari lima beradik itu tidak boleh berjalan lama kerana dia mudah berasa letih.

"Saya bersyukur sejak Kenit memasuki kelas Pusat Dalam Komuniti (PDK) Benut tiga tahun lalu, dia sudah boleh berdiri agak lama berbanding dahulu," katanya yang tinggal di Kampung Parit Maklumi, Benut, dekat sini.

Zauziah yang juga suri rumah berkata, sebelum ini anaknya itu bersekolah di sekolah harian biasa, namun dipindahkan ke kelas PDK tiga tahun lalu selepas mendapat nasihat guru dan rakan-rakan.

"Kehadiran Kenit menceriakan majlis dan kadangkala ada mendukungnya membuatkan dia begitu gembira

"Kenit juga sering bercerita kepada saya tentang impiannya untuk menunggang motosikal, saya dan suami sentiasa mendoakan agar dia akan berjaya mencapai impiannya itu suatu hari nanti," katanya.

Dalam pada itu katanya, anaknya itu menerima bantuan persekolahan daripada JKM sebanyak RM150 sebulan.

Majlis yang mengumpulkan kira-kira 100 penerima bantuan JKM dan warga emas itu turut dihadiri Pegawai Daerah, Muji Salimon; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong; Adun Pekan Nenas, Tang Nai Soon, dan Pegawai JKM Pontian, Juhainun Mohd Shukri.

SINAR HARIAN/-

'Innocence of Muslims' berniat jahat, provokasi

Posted: 12 Sep 2012 10:28 PM PDT

26 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (Ilmam) mengutuk keras sebarang usaha untuk menjejaskan kesucian Islam yang sengaja dicetuskan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menerusi sebuah filem berjudul Innocence of Muslims.

Presidennya, Dr Aminurrasyid Yatiban berkata, menurut satu sumber, filem yang diarahkan oleh Bacile (seorang Yahudi Israel) itu menelan belanja sebanyak USD5 juta dibiayai oleh 100 Yahudi.

Katanya, kandungan filem yang jelas berniat jahat itu sengaja menimbulkan provokasi seperti menyebutkan Islam is a cancer, period dan sebagainya.

"Perkara ini jelas mencemarkan kesucian Islam dan dakwaan yang sangat tidak betul serta menimbulkan provokasi melampau terhadap umat Islam," ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, ujarnya Ilmam menyeru semua umat Islam agar mempunyai sensitiviti yang tinggi dengan mengambil berat sebarang usaha yang boleh menyelewengkan ajaran Islam yang suci dan murni.

Harakahdaily/-

Pelampau Yahudi conteng masjid

Posted: 12 Sep 2012 09:46 PM PDT

26 Syawal 1433H. [MOD] -

IMREISH: Sebuah masjid di bandar di Tebing Barat ini diconteng oleh sekumpulan pelampau Yahudi dengan lambang jenayah 'tanda harga.'

Jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld berkata, kejadian berlaku awal pagi semalam.

Penyerang menconteng bahagian luar tembok masjid itu dengan perkataan 'Price tag Migron' (Tanda harga Migron).

Saksi berkata, penyerang juga cuba membakar sebuah kereta. Bagaimanapun pemiliknya terjaga dari tidur dan menjerit, menyebabkan mereka lari.

'Tanda harga' merujuk kepada jenayah balas dendam oleh pelampau Yahudi yang biasanya membabitkan perbuatan membakar dan merosakkan kereta, masjid serta pokok zaitun milik warga Palestin. - AFP

'Orang Islam-Amerika sasaran baru AS'

Posted: 12 Sep 2012 09:44 PM PDT

26 Syawal 1433H. [MOD] -

WASHINGTON - Pemimpin Al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri mengisytiharkan, Amerika Syarikat (AS) bakal menjadikan orang Islam-Amerika sebagai sasaran baru mereka.

Pengumuman itu dilakukan menerusi rakaman video terbaru yang turut disertai jurucakap AS, Adam Gadahn. Video bertajuk Kebenaran telah datang dan kepalsuan telah musnah itu, disiarkan pada forum jihad, tajaan Parti Republikan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negara Dewan Perwakilan bertujuan meningkatkan sentimen anti-Islam selepas serangan 11 September.

Dalam rakaman video 90 minit berkenaan, Gadahn menyangkal dakwaan Presiden AS, Barack Obama bahawa negara itu tidak berperang dengan Islam, namun agenda politiknya dilihat seperti mahu menjatuhkan Islam.

"Hari ini, orang Islam-Amerika sedang dibunuh di Yaman, esok mereka akan dibunuh di New York dan Los Angeles, maka itu bersedialah untuk menghadapi kemusnahan," katanya.

Gadahn berusia 34 tahun adalah berasal dari selatan California dan telah muncul dalam beberapa pita video untuk Al-Qaeda sejak 2004.

Zawahiri pula merupakan bekas pakar bedah mata yang telah mengambil alih kumpulan militan terbabit selepas kematian Osama bin Laden, pada Mei 2011.Rakaman video itu dilakukan sehari selepas Abu Yahya al-Libi dan timbalannya terbunuh dalam serangan pada Jun lalu.

sinar hARIAN/-

Hina Nabi: PAS desak Amerika ambil langkah serius

Posted: 12 Sep 2012 09:34 PM PDT

26 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS mendesak pihak pentadbiran Kerajaan Amerika Syarikat untuk mengambil langkah serius di atas provokasi kebencian beragama yang ditimbulkan melalui penerbitan filem yang menghina Nabi Muhammad SAW oleh pengarah dan penerbit filem keturunan Israel Amerika dari Amerika Syarikat.

"PAS pada asasnya menghormati perlunya kebebasan bersuara dan berkarya, tetapi kebebasan ini hendaklah berteraskan rasa kebertanggungjawaban sehingga tidak menyebabkan keharmonian hidup beragama dan kesucian yang difahami oleh umat Islam atau mana-mana kelompok agama dipermainkan," tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan

Menurutnya, mewujudkan perasaan kebencian yang cuba ditaburkan oleh kelompok tertentu ekstrimis ini adalah tindakan mundur ke belakang dan tentunya tidak akan menyumbang kepada suasana dunia yang lebih tenteram.

Beliau menegaskan, ianya hanya akan menyebabkan berlakunya kesan negatif berangkai yang tidak menguntungkan sesiapa pun.

PAS juga, kata beliau turut merasa terkilan, sedih, dan ingin menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga kakitangan diplomatik dan keselamatan Kedutaan Amerika di Libya yang telah terbunuh dalam protes yang bertindak di luar kawalan itu.

Justeru, beliau menambah PAS juga ingin menggesa pihak kerajaan umat Islam di seluruh dunia umumnya, dan Kerajaan Malaysia khasnya untuk melindungi serta memastikan keselamatan para diplomat dan kakitangan diplomatik yang bertugas di negara ini.

"Ingin saya tegaskan bahawa Islam memberi pengiktirafan tinggi terhadap kehadiran mereka dan kerajaan umat Islam wajib menjaga keselamatan para kakitangan diplomatik ini yang menjadi sebahagian tanggungjawab pihak kerajaan tuan rumah," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

harAkahdaily/-

Raih pendapatan RM66 sehari menarik rakit di Babelan

Posted: 12 Sep 2012 09:31 PM PDT

26 Syawal 1433H. [MOD] -

Seorang lelaki menarik tali untuk menggerakkan rakitnya menyeberangi sebatang sungai di Babelan, pinggir bandar raya Jakarta semalam. - REUTERS

JAKARTA - Berbekalkan keringat, sebuah rakit kayu dan tali yang diikat menyeberangi sebatang sungai di Babelan, dekat sini, beberapa penarik rakit mampu meraih pendapatan yang agak lumayan.

Mereka memberikan khidmat kepada orang ramai yang mahu menyeberangi sungai berkenaan dengan mengenakan bayaran semurah 30 sen untuk sehala.

Namun, seorang penarik rakit berkenaan yang memperkenalkan dirinya sebagai Ali memberitahu, dia mampu memperoleh pendapatan mencecah 200,000 rupiah (RM66) sehari hasil pekerjaan tersebut. - Reuters

SPA: Calon Gagal Diberi Peluang Sekali Lagi

Posted: 12 Sep 2012 08:47 PM PDT

26 Syawal 1433H. [MOD] -

PUTRAJAYA: Kira-kira 46,921 calon yang lulus dalam peperiksaan memasuki perkhidmatan awam dan program pusat penilaian (PAC)tetapi belum berjaya dilantik,masih berpeluang mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkatadaripada jumlah itu 40,424 ialah calon yang lulus peperiksaan dan selebihnya 6,501 calon lulus PAC.

"Calon-calon itu akan dipanggil semula untuk ditemu duga tanpa perlumenduduki peperiksaan atau PAC semula sekiranya terdapat kekosongan," katanyakepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan jawatankuasa khas mengkajipenyertaan kaum Cina dalam perkhidmatan awam di sini, Rabu.

Mahmood berkata peluang itu hanya layak kepada mereka yang lulus peperiksaandan PAC dari tahun 2008 hingga 2012 sahaja.

Sementara itu, Mahmood berkata dua kumpulan terdiri daripada pegawai SPAakan dihantar ke China dan India untuk mendapatkan maklumat mengenai pelantikanpenjawat awam di negara berkenaan. Beliau berkata ia bagi membolehkan SPA mencari kaedah lain bagaimana menarik minat lebih ramai kaum Cina dan India menyertai perkhidmatan awam.

Mengikut statistik untuk Julai dan Ogos 2012 berlaku peningkatan dalampermohonan daripada kaum Cina berbanding bulan yang sama tahun lepas.

Pada Julai sebanyak 3,543 (2012) dan 1,447 (2011) manakala pada Ogos 2,930(2012) dan 1,282 (2011); kaum India pula bulan Julai sebanyak 6,638(2012) dan2,277 (2011),untuk Ogos sebanyak 4,830 (2012) dan 2,472 (2011). BERNAMA

PAS hadapi budaya samseng sejak 1960-an

Posted: 12 Sep 2012 08:46 PM PDT

26 Syawal 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu parti itu sudah lama menghadapi budaya samseng sejak dari tahun 1960-an lagi.

Katanya, tindakan yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) hampir sama dengan apa yang parti Perikatan lakukan sebelum ini.

"Pada tahun 1969, mereka (Perikatan) telah tubuh pemuda tahan lasak yang akan membuat apa-apa sahaja tindakan sehinggakan parti pembangkang menghadapi kesukaran untuk meneruskan penerangan kepada rakyat.

"Mereka bukan sahaja membuat kacau tetapi sanggup meletakkan pokok kayu di tengah-tengah jalan bagi menghalang pergerakan parti pembangkang," ujarnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Mustafa juga menyatakan walaupun keganasan itu ditujukan kepada Ketua Pembangkang dan juga PKR, namun ia juga dianggap ancaman kepada Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata keganasan yang berlaku terus berulang setiap kali adanya program Pakatan Rakyat terutamanya PKR.

Namun, katanya walaupun tindakan tersebut sentiasa berlaku dan berulang sehingga kini belum ada kenyataan dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengutuk tindakan tersebut.

"Kita mempunyai maklumat dan bukti yang menyatakan bukan sekadar penglibatan Perkasa malah turut melibatkan Umno," katanya selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat.

Malah, katanya keganasan yang berlaku di Lembah Pantai seolah-olah ia mendapat restu daripada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Menurut beliau lagi, sehingga sekarang tidak ada langsung tindakan diambil oleh pihak polis berhubung insiden tersebut.

"Adakah ini menjadi budaya mereka dan jika tidak saya berharap pihak polis dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih tegas dan adil.

"Malah kenyataan terbaru ada yang memberi amaran kepada saya dari turun ke Johor untuk meneruskan program jelajah merdeka rakyat," sambung Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut berharap Najib dan juga Hishammuddin dapat tampil mengutuk keganasan yang telah berlaku di Kota Bharu, Alor Setar, Lembah Pantai dan Melaka.

Beliau juga minta Perdana Menteri perlu berlaku adil dengan semua pihak dan jangan hanya menyebelahi pihak yang menyokong beliau sahaja.

harakahdaily/-

Bendera PKR kena bakar

Posted: 12 Sep 2012 08:36 PM PDT

26 Syawal 1433H. [MOD] -

LABU - PKR Labu tidak menyangka tiga bendera parti yang digantung sejak sebulan lalu turut menjadi mangsa dibakar individu tidak bertanggungjawab walaupun ia berada di kawasan Masjid Kariah Pasir Putih.

Koordinator Keadilan Labu, Mokhtar Ahmad berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3.30 pagi semalam.

"Kira-kira jam 1 pagi tadi (semalam) saya melalui kawasan berkenaan dan mendapati bendera itu masih elok.

"Pada jam 1.30 pagi hingga 3.30 pagi, hujan turun agak lebat dan saya menjangkakan bendera itu dibakar sejurus hujan reda iaitu kira-kira jam 3.30 pagi.

"Kita tidak menuding jari mana-mana pihak dan mahu perkara ini disiasat mengikut undang-undang," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Bilik Gerakan PKR Labu, dekat Kampung Batu 8, di sini, semalam.

Hadir sama, Penaung Majlis Permuafakatan Keadilan Labu, Ismail Ahmad.

Sementara itu menurutnya, kejadian itu disedari kira-kira jam 9.30 pagi setelah dimaklumkan rakannya.

Menurutnya, kejadian itu pertama berlaku. Sebelum ini, bendera milik PKR dan komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain tidak dimusnahkan sebaliknya diturunkan.

"Kita terpaksa buat laporan polis di Balai Polis Labu kira-kira jam 10 pagi kerana tidak mahu perkara ini berulang dan ini merupakan satu provokasi yang boleh mencetuskan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penyokong PKR," katanya.

Sementara itu Ismail berkata, bendera parti telah dipasang di semua kawasan di Dun Labu terutamanya di Simpang Tiroi hingga Pekan Labu.

"Sebelum ini kita mendapat maklum balas bahawa ada sesetengah pihak yang tidak senang melihat bendera PKR dipasang begitu banyak.

"Kita tidak pernah mengganggu bendera parti lain meskipun dipasang di kawasan yang sama," katanya.

Menurutnya, pihaknya akur sekiranya bendera PKR dilarang dipasang di tiang-tiang milik agensi kerajaan kerana memahami peraturan.

Bagaimanapun katanya, penguatkuasaan itu juga perlu dilakukan ke atas semua parti politik lain dan kebanyakan bendera partinya dipasang di kawasan persendirian.

sinar harian/-

Golongan belia paling ramai hidap HIV

Posted: 12 Sep 2012 08:34 PM PDT

26 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Golongan belia berusia dari 18 hingga 40 tahun merupakan kelompok tertinggi menghidap HIV di negara ini.

Pengarah Eksekutif Majlis AIDS Malaysia (MAM), Roswati Ghani berkata, lebih 76 peratus daripada keseluruhan kes HIV hingga akhir tahun 2010 membabitkan golongan itu dengan jumlah 69,747 orang.

"Pada tahun 2011 pula bagi setiap empat kes baharu jangkitan HIV, satu dilaporkan daripada kalangan orang muda dan belia dalam lingkungan umur 13 hingga 29 tahun," katanya kepada pemberita pada Majlis Amal Rumah Terbuka MAM, di sini semalam.

Beliau berkata, antara faktor penyumbang kepada angka itu ialah golongan belia merupakan kelompok majoriti penduduk negara dan banyak daripada mereka yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

"Mereka juga dipengaruhi media sosial seperti Internet yang membolehkan kita berhubung sesiapa sahaja dalam masa yang pantas," katanya.

Sehubungan itu, Roswati berkata, MAM mengambil inisiatif melancarkan Kelab Belia Riben Merah pada 6 September lalu untuk menangani penularan virus tersebut dalam kalangan belia negara ini.

"Kita baru mulakan program untuk belia menerusi pelancaran kelab ini dan ia boleh menjadi satu wadah bagi mempromosikan gaya hidup sihat dan menyebarkan informasi yang tepat bagi mengenai HIV dan AIDS di kalangan belia," katanya.

Katanya, MAM sedang giat menjalankan kempen mencari anggota menerusi pendaftaran dalam talian dan untuk keterangan lanjut orang ramai boleh melayari laman Facebook kelab itu.

Roswati berkata, sebanyak 14 selebriti terbabit menjadi duta dalam kelab itu, antaranya penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan pelakon Aaron Aziz serta Fahrin Ahmad.

"Kita merasakan penglibatan artis dalam kerja sukarela seperti ini mampu memberi kesan yang besar sebab ia sedikit sebanyak dapat mempengaruhi belia menerusi maklumat yang golongan artis sampaikan," katanya. - Bernama

Kenapa pemimpin Umno tunjuk tanda simbolik Yahudi?

Posted: 12 Sep 2012 08:24 PM PDT



26 Syawal 1433H. [MOD] -

Knapalah pemimpin-pemimpin UMNO menunjukkan tanda simbolik Jewish Magi?

Dimana mereka belajar?

Apa perlunya menggunakan simbolik yahudi itu?

mereka melakukan perkara-perkara yang dilakukan oleh yahudi, yang sememangnya jelas memusuhi Islam?

Apakah orang Islam dibolehkan melakukan perkara-perkara yang menjadi amalan orang-orang bukan Islam? kredit: -Undi BN Bankrap Negara

PAS sokong 'orang Umno' jual tanah disiasat SPRM

Posted: 12 Sep 2012 08:22 PM PDT

26 Syawal 1433H. [MOD] -

JERANTUT: Pendedahan berlakunya penjualan tanah di kawasan bandar ini yang didakwa melibatkan pemimpin Umno sendiri dianggap amat mengejutkan.

Lebih memeranjatkan, perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak kepada sebuah akhbar harian semalam.

Serentak dengan itu, Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Jerantut Yohanis Ahmad (gambar) menyokong tindakan Wan Amizan yang mahu melaporkan skandal tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan.

"Saya pada mulanya terkejut dengan pendedahan Ketua Pemuda Umno Jerantut yang menyerang rakan sesama Umnonya sendiri dan mungkin ini biasa pada ketika mesyuarat Umno Bahagian dan menjelang Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

"Namun apabila ia mungkin membabitkan penyelewengan apa lagi melibatkan tanah rizab Melayu, maka tindakan mangadukannya kepada SPRM kami (DPP) sokong," katanya.

Yohanis berkata demikian mengulas laporan akhbar bertajuk "Orang parti jual tanah, dakwa Pemuda Umno" semalam.

Beliau berharap perkara ini bukan sandiwara dan mahu SPRM menyiasat sesiapa saja yang terlibat dan jika terdapat bukti janganlah didiamkan.

Wan Amizan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tahan, dalam laporan tersebut meminta SPRM menyiasat penjualan tanah di kawasan bandar Jerantut yang didakwa berlaku penyelewengan membabitkan penjawat awam dan ahli Umno sendiri.

Menurutnya, Pemuda Umno berasa terpanggil membuat laporan kepada SPRM supaya menyiasat perkara itu bukan sahaja untuk membersihkan imej parti, malah bagi mengekang segala manipulasi projek dalam kawasan bandar oleh pihak tertentu.

Laporan SPRM akan dikemukakan dalam minggu ini supaya siasatan segera boleh dilakukan bagi membuktikan sama ada pihak tertentu memainkan peranan sehingga menyebabkan tanah di bandar ini beralih kepada syarikat bukan Melayu.

Katanya, siasatan perlu dijalankan berikutan perkara ini kerap dibangkitkan ahli Umno di sini, malah Pemuda Umno turut menerima aduan daripada orang ramai supaya kes ini disiasat mengikut undang-undang dalang dalam kalangan orang kuat Umno itu sendiri telah menyebabkan banyak tanah di bandar Jerantut bertukar milik kepada pihak lain.

Tambahnyanya, sebilangan tanah di Bandar Baru yang menempatkan tapak rekreasi, stesen teksi dan bas contohnya, sudah terlepas kepada syarikat tertentu akibat tindakan pihak terbabit.

"Pemuda Umno juga mahu SPRM membuat siasatan mengenai manipulasi 'projek silang' dalam kawasan bandar yang dilihat dimonopoli syarikat tertentu.

"Kita khuatir wujud unsur korupsi, penyalahgunaan kuasa dan gejala lain bagi kepentingan satu pihak, sedangkan rakyat seperti peniaga, pemandu teksi dan pengusaha kecil ditindas," katanya.

Beliau berkata, Pemuda Umno sedia mengemukakan bukti supaya mereka yang terlibat disiasat mengikut undang-undang dan perlu dibuktikan untuk pengetahuan rakyat sesuai dengan perjuangan Umno yang lebih telus bagi melakarkan perubahan di samping perlu mempunyai pemimpin yang berintegriti dan amanah.

Sementara itu satu sumber memberitahu, masalah tanah di bandar bersejarah ini sememangnya sering menjadi isu dan membuatkan rakyat tidak puas hati.

Menurut sumber tersebut, contohnya tanah yang diusahakan dengan tanaman oleh penduduk seperti di Durian Hijau, Bukit Nikmat dan kampung-kampung lain tiba-tiba dimiliki oleh pemimpin Umno tertentu.

Sebelum ini media pernah mendedahkan penebangan balak secara berleluasa hutan di Padang Piol hingga ke Taman Negara.

"Semua itu rakyat mahukan siasatan, rakyat harap ini bukan sandiwara atau gimik menjelang PRU13," kata Yohanis.

Beliau turut mengucap tahniah di atas keberanian Wan Amizan kerana jika parti dalam Pakatan yang mendedahkan skandal tersebut lazimnya akan dipandang sepi.

harakahdaily/-

Ibu Abil: 'Saya tak sanggup menatap wajah Fauziah'

Posted: 12 Sep 2012 08:17 PM PDT

26 Syawal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM – "Saya tidak sanggup masuk ke bilik Fauziah." Demikian menurut ibu mertua Fauziah Muhamad, yang mengalami masalah saraf otak dan terlantar di katil sejak Jun tahun lalu.

Katijah Kassein, 65, ibu kepada Abil Fikri Ahmad, terus terang mengatakan bahawa dia tidak mampu memasuki bilik Fauziah, 38, kerana tidak dapat menahan air mata setiap kali melihat keadaan menantunya.

"Apabila keadaan dia jadi begini, saya sedih sangat. Sampaikan saya tidak sanggup menatap wajah dia, memang menitik air mata," luah Katijah sebak.

"Dulu dia rajin. Serba-serbi boleh buat, memang tak banyak kerenah. Malah dia sering ambil berat tentang saya.

"Kini, dia hanya mampu terbaring atas katil, sayu hati saya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online malam tadi.

Setiap hujung minggu, Katijah dan suaminya, Abdullah Lajis, 66, akan pulang ke rumahnya di Seremban, yang kini didiami Abil dan Fauziah.

Katanya, "saya balik ke Seremban setiap hujung minggu untuk teman Abil dan masak untuk dia."

Mengimbas kembali detik-detik awal Fauziah terlantar, Katijah akui kenyataan itu sukar diterima Abil.

"Pada awalnya, memang Abil susah nak terima keadaan Fauziah tetapi kami berikan sokongan kepadanya tanpa jemu.

"Akhirnya, Abil dapat terima dan setakat ini dia boleh menjaga Fauziah dengan baik dan kami sekeluarga tetap menyokong," katanya.

Menurut Katijah, Aidilfitri tahun ini jelas berbeza jika dibandingkan dengan tahun lalu.

"Tahun lepas, tidak ada seorang pun yang tidak menangis dalam keluarga kami.

"Sejak Fauziah memasuki keluarga kami, dia yang memasak untuk raya. Petang raya, dia yang akan tungkus-lumus di dapur, malah dia tak akan benarkan saya bantu," cerita Katijah dalam nada sebak.

Menyentuh soal tindakan Abil berhenti kerja, Katijah menyokong keputusan anak ketiganya itu.

"Dalam keluarga kami, apa-apa perkara sekalipun kami akan bawa berbincang jadi perkara itu juga sudah mencapai kata sepakat.

"Sebagai ibu, saya hormati keputusan Abil," kata Katijah.

Meskipun akur dengan kenyataan doktor yang sudah berputus asa, namun Katijah tetap menaruh harapan menantunya akan sembuh.

"Ini kehendak ALLAH, kalau dia sembuh itu memang kuasa ALLAH dan saya harap Abil tabah kerana saya tahu dia sayangkan Fauziah," katanya lagi.

Ahad lalu, Sinar Harian Online melaporkan pengorbanan bekas perunding kewangan dan speaker motivasi yang berhenti kerja demi menjaga isterinya yang terlantar sejak diserang asma.

Kisah hidup Abil-Fauziah ini terus menerus mendapat perhatian sejak disiarkan dan pelbagai maklum balas diterima berhubung kisah ini.

sinar harian/-

Mati dikapak suami

Posted: 12 Sep 2012 08:09 PM PDT

26 Syawal 1433H. [MOD] -

USUNG...anggota polis membawa keluar mayat mangsa dari rumah terbabit. Gambar kecil, Poziah.
ANGKAT...mayat mangsa dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.

SHAH ALAM: "Sebaik masuk dalam bilik, badan saya menggigil apabila melihat dia sudah tidak bernyawa dan tompokan darah memenuhi sebahagian bilik," kata Poziah Supian@Supien, 56, jiran seorang wanita Indonesia yang mati dipercayai akibat dikapak suaminya sendiri.

Mangsa dikenali sebagai Noviaryani, 34, ditemui mati di rumah sewanya di Lorong Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, di sini, jam 9 malam kelmarin dan polis turut menemui sebilah kapak yang dipercayai digunakan untuk menetak belakang kepala mangsa.

Sebelum kejadian, mangsa yang juga suri rumah bertengkar dengan suaminya dalam bilik mereka yang disewa bersama tiga pasangan lain sebelum suaminya dilihat keluar dan meninggalkan rumah dengan motosikal.

Poziah berkata, ketika berada di luar rumah, dia melihat suami Noviaryani atau lebih mesra dipanggil Ani, keluar dari rumah dengan membawa beg dan menaiki motosikal dalam keadaan biasa seperti tiada apa-apa berlaku di rumahnya.

metro/-

Wanita cemas kereta terbakar

Posted: 12 Sep 2012 07:58 PM PDT

26 Syawal 1433H. [MOD] -

REAKSI Umi selepas melihat kenderaannya terbakar ketika melalui jejambat Jalan Tun Razak dekat bulatan Loke Yew semalam.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita nyaris maut apabila kenderaan jenis Mitsubishi Storm yang dipandunya terbakar di atas jejambat Jalan Tun Razak berhampiran bulatan Loke Yew di sini semalam.

Kejadian mencemaskan pukul 11 pagi itu berlaku ketika wanita berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Umi memberhentikan kenderaan berkenaan selepas enjinnya terhenti secara tiba-tiba.

Pekerja di sebuah syarikat swasta itu kemudian cuba menghidupkan kenderaannya tetapi gagal sebelum anggota polis yang tiba selepas menerima aduan kesesakan jalan membantunya untuk menolak kenderaan itu ke tepi.

Tanpa disangka, kenderaan itu terus disambar api di bahagian enjin sebelum wanita itu bergegas keluar sebaik melihat api tersebut.

Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras yang menerima maklumat pada pukul 11.08 pagi bergegas ke tempat kejadian untuk memadam kebakaran tersebut.

Jurucakap bomba memberitahu, pihaknya mengambil masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk mengawal kebakaran itu namun kenderaan itu telah terbakar sepenuhnya ketika mereka tiba.

kosmo/-

.

.


KWSP beli lebih banyak unit saham FGV - TERUK PENEROKA FELDA nanti?

Posted: 12 Sep 2012 02:45 PM PDT


Oleh Lee Wei Lian
September 12, 2012
KUALA LUMPUR, 12 Sept — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membeli 2.2 juta saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) lagi oleh kerana harga saham gergasi perladangan jatuh menjunam lagi semalam sebelum pulih sedikit meningkat lima sen lebih tinggi.
Saham FGVH semalam tidak terlepas turun ke bawah harga jualan institusi sebanyak RM4.55 semalam, menjunam 11 sen dari harga pembukaan rendah RM4.57, sebelum pulih kepada RM4.73 pada akhir hari dagangan.
KWSP adalah salah satu pelabur asas FGVH dan telah meningkatkan kepentingan langsung dalam GLC tersebut daripada 5.07 peratus pada 4 Julai kepada 7.02 peratus semalam.
Pengumpulan saham FGVH walaupun menurun sejak dua bulan lalu menyebabkan sesetengah pemerhati pasaran menganggap bahawa dana pencen terbesar di negara ini membantu untuk menaikkan saham kumpulan perladangan.
Harga FGVH juga membimbangkan beberapa peneroka Felda yang telah diberi pilihan untuk membeli saham pada harga runcit IPO pada RM4.45.
Dilaporkan pada 29 Ogos, kerajaan memperolehi peruntukan RM360.7 juta oleh Felda untuk membiayai 800 unit saham yang dibeli oleh setiap peneroka sepenuhnya.
Peruntukan itu menyebabkan peneroka bebas daripada perlu membayar lima peratus faedah bank setahun ke atas pinjaman yang mereka ambil untuk membeli saham dan peneroka akan membayar balik Felda kira-kira RM50 setiap bulan tanpa faedah, selama lima tahun.
Harga saham FGVH lemah berbanding dengan rakan-rakan seperti Sime Darby dan KL Kepong.
Walaupun saham-saham perladangan telah berada di bawah tekanan disebabkan kebimbangan mengenai harga minyak sawit yang lebih rendah, KL Kepong turun kira-kira empat peratus dari awal bulan Julai dan Sime Daby turun hanya kira-kira satu peratus berbanding dengan FGVH yang telah jatuh kira-kira 12 peratus.
FGVH melaporkan keuntungan mengecewakan bagi suku kedua, turun 32.5 peratus berbanding tahun sebelumnya disebabkan oleh pengurangkan tuaian minyak sawit, peningkatan dalam kos operasi, dan sumbangan yang lebih rendah daripada subsidiari gula MSM Holdings.
Kumpulan itu juga berhadapan dengan penuaan pokok-pokok kelapa sawit sebanyak 53 peratus daripada 320,000 hektar ladang kelapa sawit antara yang tertinggi dalam industri dan latihan penanaman semula akan menyebabkan kehilangan lebih benyak pendapatan sepanjang tempoh sebelum pokok-pokok menjadi matang.
FGVH juga dilaporkan mengalami kerugian dari segi produktiviti tan sehektar yang disenaraikan sebagai ketiga terendah di kalangan firma perladangan utama di Malaysia.
Harga minyak sawit juga dijangka kekal lemah dalam tempoh terdekat oleh kerana stok penimbal Malaysia kekal tinggi dan negara ini juga menghadapi persaingan untuk eksport dari Indonesia.
Sesetengah penganalisis walaubagaimanapun mengambil perhatian bahawa FGVH menawarkan aliran tunai yang mantap dan 50 peratus dasar pembayaran dividen.

Source: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kwsp-beli-lebih-banyak-unit-saham-fgv/

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Dato Seri Anwar Ibrahim At France 4th October 2012 And London 21st September 2012

Posted: 12 Sep 2012 08:56 PM PDT

From Association of Muslim Social Scientists UK

AWARD – DR ANWAR IBRAHIM – OCTOBER 2012

AMSS (UK) LIFETIME ACHIEVEMENT AWARD 2010 to be presented to DR ANWAR IBRAHIM. The Award will be presented by the Chair of AMSS UK Dr. Anas S. Al-Shaikh-Ali, CBE, FRSA, in recognition of long and distinguished service in the field of politics and economic thought, the promotion of the cause of good governance, and commitment to the principles of freedom, tolerance and justice. To be presented at a lecture by Dr Anwar Ibrahim, on 4th October 2012 at Sorbonne, Malesherbes,108 Boulevard Malesherbes 75850 Paris cedex 17, FRANCE.

anwar2
DOES THE ARAB SPRING HAVE THE POTENTIAL TO BECOME A MUSLIM SPRING?
SPEAKER : Dr Anwar Ibrahim
DATE : 4th October 2012 at 5pm – All Welcome
VENUE : Sorbonne, Malesherbes,108 Boulevard Malesherbes 75850 Paris cedex 17, FRANCE
—-

AWARD – PROFESSOR NADIA MUSTAFA

The Association of Muslim Social Scientists (UK) is presenting its 2012 Lifetime Achievement award to Professor Nadia Mustafa in recognition of her outstanding scholarship, research and prolific writing on the study of the impact of religion on society, Western and Islamic paradigms of international relations theory, and analysis of intercultural dialogue

anwar1

LECTURE – DR ANWAR IBRAHIM – LONDON 21st SEPTEMBER 2012
LECTURE: ISLAM AND MULTICULTURALISM: The South East Asian Experience
SPEAKER : Dr Anwar Ibrahim
DATE : 21st September 2012 at 5.30pm – All Welcome
VENUE : Fyvie Hall, University of Westminster, 309 Regent Street, London W1B 2UW

MOHD FIRDAUS JAAFAR

MOHD FIRDAUS JAAFAR


Kunjung mengunjung musim Aidil Fitri...

Posted: 12 Sep 2012 09:01 PM PDT

Dgn Dato' Majid Presiden Gayong Pusaka M'sia dlm Majlis Jamuan Hari Raya...



Bersama Pemuda Guar Stesyen sewaktu
Jamuan Raya Cawangan tersebut

Mlawat pasti kg tualang bukit besaq.sempena lawatan kg tsebut..


Jumpa kaum cina d pekan sg limau...


Sumbgan kerusi roda pd warga emas d singkir laut




N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Pusat berdegil teruskan Langat 2 untuk kayakan kroni Umno BN

Posted: 12 Sep 2012 03:25 AM PDT

Sep 11 2012 / Keadilan Daily
(Oleh Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR 11 September: Kerajaan Persekutuan tetap berdegil mahu meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor), walaupun tanpa mendapat kelulusan Menteri Besar Selangor.

Ketua Penerangan KEADILAN Negeri, Suhaimi Shafie berkata, penerusan projek itu bertujuan untuk mengkayakan kroni Umno BN.

"Rancangan pembinaan loji Langat 2 telah membelakangi rakyat, dan menunjukkan kerajaan BN lebih mengutamakan syarikat korporat yang ada kaitan langsung dengan Umno.

"Walhal kroni yang mendapat projek itu kelak akan menyalurkan dana untuk kempen politik Umno menjelang pilihan raya umum akan datang," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mempengerusikan jawatankuasa kabinet mengenai isu itu pada Julai, telah mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji cara untuk meneruskan projek tersebut tanpa kelulusan Selangor.

Isnin lalu, China Press memetik sumber-sumber kerajaan sebagai berkata, Tan Sri Abdul Gani Patail sudah memberitahu jawatankuasa yang dipengerusikan Muhyiddin itu agar meneruskan tender projek tersebut walaupun mendapat tentangan Kerajaan Selangor.

"Pengurusan air ini tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan, malangnya ia bukan sahaja tidak dihormati Umno BN, malah menekan pula Peguam Negara untuk menghalalkan tindakan mereka," kata Suhaimi.

Sebelum ini, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli tidak menolak kemungkinan George Kent Bhd, syarikat yang dikaitkan dengan projek sambungan LRT Ampang,  akan menyertai bidaan untuk projek rawatan air Loji Langat 2 ini.

Beliau merujuk laporan Star Biz bahawa  konsortium yang mempunyai pengalaman dalam perpaipan untuk menjalankan projek saluran air mentah Pahang-Selangor itu akan menyertai bidaan tersebut bersama kumpulan pembina infrastruktur terkemuka, Gamuda Bhd dan Loh & Loh Corporation Bhd.

Dokumen tender pembinaan Loji Langat 2 itu akan dikeluarkan bermula esok.

Selangor tetap tolak Langat 2

Sementara itu, Exco Dr Xavier Jayakumar menegaskan, Kerajaan Selangor tetap menolak Langat 2 dan mahu penstrukturan semula air diselesaikan secara holistik.

"Berhubung kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Kerajaan Persekutuan akan mengeluarkan tender projek pembinaan loji air Langat 2, saya kira itu keputusan dibuat Kerajaan Persekutuan.

"Tetapi bagaimanapun akhirnya mereka perlu kembali merujuk kepada Kerajaan Negeri bagi meluluskannya," katanya dipetik MediaSelangorku.

Projek Langat 2 dianggar menelan kos RM8.7 bilion dan jika projek itu diteruskan, harga air di Selangor akan melonjak sekaligus membebankan rakyat yang kini menikmati air percuma di bawah dasar Pakatan Rakyat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

NOH, MAT ZIN: HENTIKAN PUBLISITI POLITIK MURAHAN TAHAP LELONG!

Posted: 12 Sep 2012 02:43 AM PDT

KENYATAAN MEDIA

PARTI KEADILAN RAKYAT, NEGERI SELANGOR

12 SEPT 2012.

NOH, MAT ZIN: HENTIKAN PUBLISITI POLITIK MURAHAN TAHAP LELONG!


Susulan dari dakwaan beberapa pihak tertentu berhubung program terbaru kerajaan negeri bertajuk Di Ambang Merdeka, berikut adalah kenyataan KEADILAN Selangor dalam perkara yang cuba dijadikan isu politik murahan oleh UMNO dan BN Selangor.

WALAUPUN Hari Raya aidiladha masih jauh berbulan lagi, namun kita pada hari ini dapat melihat kelibat 'kerbau' yang bakal disembelih pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13U) sedang menggelupur, meraung dan mengerang walaupun pisau masih belum lagi melekat di halkum.

Tabiat mencari walau seinci alasan untuk kekal relevan oleh UMNO Selangor di ketuai oleh YB. Dato' Sri Noh Omar dan 'ayam sabung lama' YB. Ir Dato' Sri Mat Zin ini amatlah menyedihkan. Bahkah adakala menjadi begitu memualkan. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila Istana yang menjadi tonggak payung kesepakatan dan kesatuan rakyat Selangor masih 'cuba diheret' ke kancah politik kepartian, ditanam perasaan kebencian dan selanjutnya memecahkan ukhwah yang sedia terjalin walaupun penggal kuasa sudah memasuki tahun ke 5.

Adalah menjadi amalan biasa sesuatu acara besar peringkat negeri diadakan, Dato' Menteri Besar melalui mesyuarat Exco, sebelum bermulanya sambutan acara tersebut, telah pun mengamanahkan tugasan persiapan majlis kepada pegawai kerajaan nombor satu iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri. Beliau dipertanggungjawabkan untuk segala persiapan, jemputan dan prasarana yang difikirkan perlu dan berbelanja secara berhemah.

Jawatankuasa ini telah menjalankan amanahnya dengan baik, berpandukan amalan sebelum ini sebagai contoh dan menjadikannya suatu majlis yang meriah dan mendapat pujian dan sanjungan daripada pelbagai pihak.

Sememangnya pihak yang sentiasa tidak akan puas hati ialah UMNO BN. Kemungkinan sambutan luar biasa itu menjadi sebab kurang senang mereka yang selama ini lena diulit dan dibuai oleh sang pengampu hingga disedarkan padatahun 2008 lalu.

Menerusi rekod bertulis, DYMM Sultan Selangor tidak hadir semua dalam sambutan dan acara kemerdekaan sebelum ini walaupun dibawah pentadbiran Kerajaan BN. Umum mengetahui bahawa DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sendiri tidak dijemput ke sambutan kemerdekaan di Stadium Bukit Jalil. Tetapi Pakatan Rakyat tidak menyerang Barisan Nasional seperti mana UMNO BN Selangor mencari publisiti murahan dengan memcuba berulang kali 'mengaitkan kemurkaan Istana'.

Melihat kepada tema politik 'Janji Ditepati' dan kerusi kerusi telah yang lebih awal lagi diasingkan untuk UMNO, MCA, MIC dan Gerakan dan kumpulan lain, maka apakah jenis sambutan kemerdekaan Kerajaan Persekutuan, dengan meminjam kata-kata 'Menteri Sewa Tanah' Noh Omar, yang menuduh Dato' Menteri Besar Selangor 'tidak tahu adat, budaya dan protokol'?

Apakah Kerajaan Persekutuan juga gagal memahami 'protokol, budaya dan tidak tahu adat' dalam membezakan 'antara majlis rasmi dan majlis politik'? Nah, silakan menjawap pula soalan ini!

Apakah kegagalan rejim Najib Razak menjemput DYMM YDPA dikira juga sebagai 'penghinaan kepada YDPA?' yang jelas kedudukan YDPA lebih tinggi statusnya daripada mana mana Sultan dalam negara ini.

Jika benar pandai sungguh UMNO BN dengan protokol, budaya dan adat kenapa jamuan raya UMNO BN Selangor di Rubber Research Institute (RRI) Sg Buloh 'dikudakan' di atas bahu Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang dibawah Jabatan Perdana Menteri?

Noh dan Mat Zin wajar menjawap tuduhan dan dakwaan bahawa mereka memaksa Dato' Ghani Selaku Pengarah JPP atau ICU Selangor serta 'dicucuk hidung' supaya 'melepaskan' RM2 juta untuk hanya jamuan raya politik UMNO BN yang turut melibatkan kehadiran Pengerusi UMNO Selangor, Najib Razak! Ini jamuan raya UMNO BN Selangor atau ICU, Jabatan Perdana Menteri? KEADILAN Selangor mengesa agar pihak ICU memberi penjelasan segera kerana difahamkan bajet telah dikeluarkan oleh mereka dan penggunaan wang rakyat sudah berlaku.

KEADILAN Selangor ingin bertanya, kenapa Noh Omar dan Mat Zin 'bijak sungguh berbelanja' program Kerajaan yang dikendalikan oleh agensi Jabatan Perdana Menteri dengan setiap Dun diperuntukkan bajet RM25 sekepala dikalikan dengan 1000 orang dari setiap Dun bermaksud setiap Dun berbelanja sekitar RM25000 hanya untuk makan?

Persoalan kedua ialah, duit siapa yang digunapakai untuk program yang sepatutnya adalah program rasmi jabatan kerajaan tetapi menjadi program politik UMNO BN ini?  Duit JPP @ ICU atau duit Pengarah, Dato Ghani atau duit UMNO BN? Atau ia adalah duit Noh Omar dan duit Dato Ir Mat Zin? KEADILAN Selangor yakin Noh Omar pasti mampu berbelanja jika perlu kerana kolam udangnya semakin bertambah besar.

Pastinya wang ini adalah duit rakyat yang berada di ICU! Jangan lupa Noh dan Mat Zin, rekod perbelanjaan majlis raya UMNO Selangor ada di tangan KEADILAN Selangor. Perbelanjaan khemah saja mencecah setengah juta ringgit. Perbelanjaan juadah 56 Dun disediakan dengan setiap Dun disasar membawa 1000 orang. Setiap anak muda dari NGO 'haram jadah' diberi RM50 seorang dan dikurung dalam pagar sehingga Najib tiba supaya semasa perasmian nampak ramai. KEADILAN Selangor mencabar UMNO menafikan penggunaan wang rakyat ini bukan bagi tujuan politik UMNO BN. Jika tiada penafian dalam seminggu, maka sah lah, UMNO BN adalah parti 'telunjuk lurus kelingking bersalut najis' yang wajar dikuburkan pada PRU13 akan datang. Inilah parti 'mengata dulang paku serpih' yang wajib dibuang dari Selangor.

Umum mengetahui sikap dwi-standard UMNO BN dalam perjuangan sia sia mereka mencari tempat untuk kembali memerintah negeri Selangor.

Umum juga mengetahui usaha mereka untuk memperbesarkan sekelumit kuman diseberang laut demi menunjukkan kepada Najib Razak bahawa mereka 'menjalankan kerja' dan Selangor 'bisa ditawan' tetapi gajah dibawah lebih 35 khemah di halaman RRI buat buat rabun pula matanya seolah olah tidak nampak langsung silapnya. Penggunaan duit rakyat yang dibawah agensi kerajaan seperti menggunakan wang sendiri oleh UMNO BN adalah perbuatan keji.

'One swallow does not a summer make'

Namun hakikatnya mereka hanya memberikan asap kelabu untuk mengaburkan pimpinan utama UMNO. Mereka sedar bahawa Selangor akan kekal ditangan Pakatan Rakyat dan usaha insignifikan ini hanyalah sekadar bungaan dan menyembunyikan hakikat sebenar.

Jemputan Dato' Seri Anwar Ibrahim hanyalah sebagai pemidato dan penceramah utama. Ribuan rakyat Selangor mengetahui bagaimana pada awal tahun 2012, Ustaz Azhar Idrus bersama beberapa artis menjadi penceramah jemputan untuk menghiasi suasana malam tahun baru. Rakyat seronok mendengar ceramah keagamaan beliau yang diselang-selikan lawak jenaka dan disertai golongan artis tua dan muda. Mengapa pula kedatangan Ustaz Azhar Idrus sebagai penceramah jemputan tidak dikira sebagai menghina Istana?

Hakikatnya jika mahu dijadikan isu, daki di dinding bangunan boleh diperbesarkan TV3 dan dijadikan masalah yang bisa menggugat 'ketenteraman persekutuan'.

Penggunaan publisiti murahan oleh Noh Omar, Mat Zin dan UMNO Selangor bukannya perkara baru; baja cap dacing, racun cap dacing, gula tapung 1Malaysia, keropok sehingga menggunakan agensi lobi zionis haram untuk setakat berjumpa Presiden Amerika Syarikat (ini boleh dikatakan publisiti mahalan!) amat sinonim dengan UMNO BN. Lebih banyak isu remeh yang ditimbulkan, dan seterusnya dipatahkan oleh hujah oleh Kerajaan PR Negeri Selangor (sepertimana dakwaan anak pelakon lucah terkenal MCA berkaitan tanah TALAM), akan berbalik dan memalit diri mereka sendiri.

KEADILAN Selangor menasihatkan UMNO BN agar kurang menyerang tanpa hujah dan fakta. Kerana jika 'backfire' itu terlalu banyak, terlalu amatlah mudah bagi PR mengekalkan kuasa tanpa perlu berbuat apa-apa.

Kepada Noh Omar dan Mat Zin, boleh saja jika mahu mencari publisiti, tapi pilihlah agar ia bukan publisiti murahan yg bertaraf; tahap lelong! Jagalah status Menteri dan Bekas Menteri yang sepatutnya 'ada kelas'!

SHUHAIMI HAJI SHAFIEI
Adun Sri Muda /
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor /
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Isteri pegawai polis ditipu warga Nigeria

Posted: 12 Sep 2012 11:50 PM PDT


Jika isteri pegawai polis pun boleh tertipu apabila hilang RM150,000 dalam skim pelaburan yang didalangi oleh warga Nigeria apatah lagi rakyat kebanyakan.  

Police officer's wife falls for Nigerian scam
September 13, 2012

She lost RM150,000 in dubious investment schemes proposed by the syndicate.

KUALA LUMPUR: A police officer's wife fell prey to a Nigerian syndicate's scam when greed got the better of her, resulting in her losing RM150,000 in dubious investment schemes.

It all started innocently enough. The woman in her mid thirties told police that she used the Internet to chat with a Nigerian man in the wee hours of the morning and the man convinced her that she will get good returns for her investments.

She credited the money in six accounts over more than three months since last March. The cat was out of the bag when the police officer confronted his wife after she persistently demanded money from him to "invest" in her investment scheme.

A Bukit Aman commercial officer told FMT that in her police report the woman had confessed that she had approached her husband for more money after exhausting all her savings and jewellery.

Acting on her report, the police arrested three Nigerians and two local women in Nilai late on Monday, before picking another woman, also a local in Ampang on Tuesday. Police recovered several computers, ATM cards and bank books from the suspects.

It is learnt that the Nigerians had used the local women to bank the money and have email accounts to carry out their illegal activities.

The women in return received some cash as their cut, stay at luxury hotels and enjoyed fully paid overseas trips.

Initial investigation revealed that at least four others have been duped by this syndicate.

The suspects in their late 20′s and 30′s are being detained at the Gombak district police station for further investigation.

DAURAH HADIS MUSLIM DAN SUNAN TARMIZI.

Posted: 12 Sep 2012 08:22 PM PDT


Daurah pembacaan /periwayatan kitab hadis Sahih Muslim dan kitab hadis Sunan Tarmizi
Tarikh : 10 Nov. 2012 - 30 Nov. 2012 
Tempat :  Madrasah Islamiah (Pondok) Kg Bongek Acheh, Rembau selama 9 hari - untuk Sahih Muslim kemudiannya disambung di Pondok Tampin, Jalan Kampong Padang Ragut, Repah, Tampin selama 11 hari lagi untuk pembacaan kitab Sunan Tarmizi

Daurah akan berlangsung selama 20 hari.

Penyampaian bacaan dan periwayatan Kitab Jami'  Sahih Muslim dan Sunan Tarmizi akan disampaikan oleh al-Allamah al-Sheikh Samir an-Nash (Ulama dari Syria)

Kepada mereka yang berminat sila pastikan kemampuan untuk menanggung dan menerima ilmu yang akan disampaikan, sebab semua penyampaian adalah dalam bahasa arab tiada terjemahan. Para guru, Ustaz dan Ustazah, Para penuntut ilmu menegah dan peringkat tinggi  daripada Pondok , Madrasah, Sekolah Tinggi Agama dan Universiti adalah sangat digalakkan.


Biodata Sheikh Samir al Nash.

Nama: al Alim, al Faqih, al Ushuliy, al Shufi, al Thobiib al Haafidz al Jaami' lilqiraat,  al Mutqiin ,al Sheikh, Samir Muhammad bin Mamduh bin Sharif al Nash.

Dilahirkan pada: 1955 masihi bersamaan 1375 hijrah.

Bapa beliau, adalah seorang yang Soleh, Iaitu Sheikh Mamduh al Nash, merupakan seorang soleh yang mencintai para ulamak dan awlia, . Bapa beliau juga sentiasa mulazamah dengan mendampingi seorang Arif billah iaitu Sheikh Ahmad alHaruni.

Datuk beliau adalah seorang ulamak, iaitu al Sheikh Sharif al Nash, merupakan ahli ilmu yang menimba ilmu daripada ramai kalangan Ulamak besar , para Ahli Hadis dan Awlia dizamannya.

Kegiatan Harian Sheikh Samir Nash:

Menarik , sangat menarik, beliau seorang guru al quran diMasjid Jamik Ibn Arabi, saban hari setiap subuh akan sentiasa ada di dalam kelas beliau diMasjid sehingga awal waktu duha. Beliau sangat terkenal dikalangan penuntut-penuntut bangsa arab amnya dan penuntut nusantara dan penuntut dari negara barat khasnya yang berminat untuk meningkatkan mutu bacaan al quran dijurusan makhraj.
Kemudian beliau akan pulang kerumah dan terus ke Klinik beliau kerana beliau juga merangkap Doktor yang merawat sakit jasmani. Beliau mempunyai Ijazah kedoktoran semasa belajar di Amerika , dan tentunya mahir bertutur dalam English.
Di Klilnik beliau yang sibuk dengan merawat pesakit , seringkali didatangi para murid yang dahagakan ilmu, dibilik rawatan beliau itu juga seringkali bertukar menjadi kelas pembacaan kitab.
Sering juga beliau diundang untuk mengadakan daurah-daurah di Luar negara, antaranya di England , Amerika dan Indonesia. Baru-baru ini beliau telah diundang daurah membaca kitab al Itqon fi Ulumil quran - Ilmu Ulum Quran. Beliau menghuraikannya dalam English.

Yang terakhir , sangat sangat menarik: Beliau sangat kasih kepada Nabi s.a.w, dikhabarkan setiap  hari beliau akan mengadakan majlis bacaan Qosidah Burdah.

Jamuan Mesra

Posted: 12 Sep 2012 05:18 PM PDT


Ceramah Hari Malaysia

Posted: 12 Sep 2012 05:18 PM PDT


Better Late Than Never

Posted: 12 Sep 2012 05:13 PM PDT


LMNS, Politeknik PD kaji seni bina rumah tradisional

12 Sep 2012 - Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) dan Politeknik Port Dickson akan menjalankan kajian seni bina rumah tradisional serta bangunan lama, termasuk bangunan kolonial di daerah Rembau.

Pengarah LMNS, Shamsuddin Ahmad berkata, 20 buah rumah tradisional dipilih untuk kajian tersebut.

Katanya, kajian itu bertujuan memastikan tinggalan sejarah dapat disimpan dan dipelihara dalam bentuk ilmu dan artifak untuk tatapan generasi yang akan datang.

"Kajian kali ini tertumpu di daerah Rembau memandangkan daerah itu adalah daerah terawal terbentuk di Negeri Sembilan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Shamsuddin berkata, menerusi kajian ini, pelajar jabatan kejuruteraan seni bina Politeknik Port Dickson akan melakukan lawatan, kajian, penyelidikan dan mengukur bangunan warisan yang dipilih.

Beliau berharap di samping membuat kajian, para pelajar terbabit juga dapat mengenali dan mempelajari adat perpatih serta tempat bersejarah di Rembau.

Katanya, kajian ini akan dibuat dalam beberapa fasa dan fasa pertama mengambil tempoh seminggu mulai Isnin ini.

"Hasil kajian ini nanti kita akan menerbitkan sebuah buku dan mengadakan pameran seni bina rumah tradisional di Muzium Replika Istana Raja Melewar, Rembau," katanya.

Nuffnang