Khamis, 24 Disember 2015

CINA ISLAM (林川興)

CINA ISLAM (林川興)


PKR JANGAN ANGKUH, PERLU HORMAT PAS

Posted: 23 Dec 2015 02:39 AM PST

11 RabiulAwwal 1437 [MOD] -

PAS Kawasan Kuala Kangsar melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mendakwa PAS kurang pengaruh di Sarawak. Kenyataan tersebut sangat mengguris hati ahli PAS khususnya di Sarawak yang telah bertungkus-lumus menjalankan gerak kerja dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada bila-bila masa.

Bagi kami, kenyataan tersebut seolah-olah mahu memberi gambaran bahawa PAS tidak akan diberi peluang meletakkan calon mewakili kerjasama politik PAS dan PKR. Sedangkan, PAS telah pun membuat persiapan rapi dan telah mengenalpasti kawasan sasaran yang akan diberikan fokus.
Sebagai rakan kerjasama, PKR sepatutnya menghormati PAS dan berusaha memperjuangkan hak PAS khususnya dalam konteks PRN Sarawak. Kenyataan yang dikeluarkan Wan Azizah selaku ketua pembangkang lebih mementingkan survival politik Pakatan Harapan berbanding PAS.

Ini membuktikan PKR tidak ikhlas untuk menjalinkan tahaluf siyasi dengan PAS sebaliknya parti itu seolah-olah memperalatkan PAS demi kepentingan mereka dan kedudukan mereka di dalam Kerajaan Negeri Selangor. Kami berpandangan, PKR hanya cuba meraih sokongan penyokong PAS kerana mereka tahu sokongan minoriti pakatan baru mereka belum mampu memastikan kedudukan pembangkang dalam persada politik tanah air.

Justeru, kami mengharapkan agar PAS Sarawak tidak tunduk dengan desakan angkuh PKR sebaliknya terus fokus untuk menghadapi pilihan raya di Sarawak. Kami menyarankan agar PAS meletakkan lebih banyak calon pada kali ini khususnya majoriti melayu Islam dan bersedia untuk mengambil alih kerusi kerusi yang ditandingi PKR yang dilihat tidak mampu membawa suara pengundi Melayu dan bumiputra Islam.

Kami juga menyarankan agar pimpinan PAS Pusat dan Sarawak membuat ketetapan, sama ada menghadapi PRN Sarawak atas nama Pakatan Rakyat atau PAS akan bersendirian. Jika PKR mahu menghadapi PRN Sarawak melalui platform Pakatan Harapan, maka PKR tidak perlu untuk bergerak menghadapi BN bersama PAS!

"Beristiqamah Hingga Kemenangan"

DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Yang Dipertua,
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Kawasan Kuala Kangsar

Tiada ulasan:

Nuffnang