Nuffnang

CINA ISLAM (林川興)

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:11 PG

CINA ISLAM (林川興)


Penerbangan Pertama Rayani Air Berlepas Pagi Ahad

Posted: 20 Dec 2015 12:18 AM PST

9 RabiulAwwal 1437[MOD] -


Pramugari Rayani Air yang beragama Islam diwajibkan memakai hijab manakala yang bukan Islam memakai pakaian bersopan
SEPANG, 20 Dis (Bernama) -- Syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, Rayani Air, melancarkan penerbangan sulungnya dari Kuala Lumpur ke Pulau Langkawi kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Pengarah Urusannya Jaafar Zamhari berkata penerbangan RN0600 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), di sini, membawa kira-kira 150 penumpang termasuk 18 anak yatim dari Institut Taufik Islami, Klang serta petugas media.

Secara keseluruhannya, katanya beliau berpuas hati dengan kelancaran penerbangan itu walaupun terdapat sedikit kelewatan semasa proses daftar masuk penumpang.



"Setakat ini saya berpuas hati dengan prestasi petugas. Mereka adalah petugas terlatih dan sebahagiannya telah mempunyai pengalaman dalam industri penerbangan.

"Saya berharap segalanya berjalan lancar," katanya kepada Bernama semasa ditemui sebelum penerbangan itu berlepas menggunakan pesawat Boeing 737-400.

Seorang penumpang, Ahmad Aiman Mohd Razali, 29, berkata beliau begitu teruja untuk mencuba penerbangan patuh syariah itu buat kali pertama.

Katanya harga yang ditawarkan syarikat penerbangan itu amat berpatutan memandangkan ia memberikan perkhidmatan penuh yang membezakan-nya dengan syarikat penerbangan lain.

"Dengan satu tiket, boleh dapat daftar masuk bagasi sebanyak 20 kilogram serta hidangan dalam pesawat. Setakat ini saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan," katanya.

Rayani Air menerima lesen perkhidmatan udara dan sijil pengendali udara daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada Jumaat lepas.

Syarikat itu merupakan hasil usahasama dua perniagaan iaitu syarikat minyak dan gas, Merdeka Jayabumi Enterprise dan syarikat perlombongan, Terus Maju Metal.

-- BERNAMA 

Presiden PAS ucap takziah tragedi 5 beranak lemas

Posted: 20 Dec 2015 12:07 AM PST

9 RabiulAwwal 1437 [MOD] -


HARAKAHDAILY | .



"Katakanlah: Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (Al-Jumu'ah : 8)

Saya merakamkan ucapan takziah diatas tragedi yang menimpa keluarga Ustaz Abdul Halim Samian sekeluarga ketika berkelah di Air Terjun Belukar Bukit,  Terengganu.


Semoga Allahyarham bersama empat ahli keluarga dikurniakan keampunan oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama orang-orang soleh di syurga Allah SWT.

Kepada adik Mohd Hasif, ahli keluarga tunggal yang terselamat, semoga Allah kurniakan kekuatan dan kemudahan untuk meneruskan  hidup mendatang dan menjadi anak yang soleh serta berjaya di dunia dan akhirat.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama membantu adik Mohd Hasif agar beliau dapat meneruskan kehidupan dengan baik.

ABDUL HADI AWANG 
Presiden PAS 

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP