Nuffnang

Chong Chieng Jen's Blog

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:47 PG

Chong Chieng Jen's Blog


Larian Impian Kampung pada 18 Oktober depan

Posted: 13 Sep 2015 05:14 AM PDT


KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Cawangan Mambong dengan kerjasama Impian
Sarawak, DAPSY Sarawak, penduduk Kampung Muk Ayun, Sting dan Nyegol menganjurkan Larian Impian Kampung pada 18 Oktober depan.


Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata larian itu dianjurkan sempena siapnya projek jalan raya di bawah Impian Sarawak baharu dibina dari Kampung Kemas ke Kampung Muk Ayun, Kampung Sting dan Kampung Nyegol di Hulu Padawan.


"Larian ini dijangka menarik lebih 1,000 penyertaan penduduk tempatan serta penduduk luar," katanya pada sidang media di sini semalam.


Chong menjelaskan, larian itu dibahagikan kepada tiga kategori iaitu 5km lelaki, 5km wanita dan 8km terbuka.


"Yuran penyertaan bagi kategori 5km sebanyak RM20 setiap penyertaan dan RM30 bagi kategori 8km terbuka.


"Bagi kategori 8km pemenang menerima RM800 (juara), RM600 (naib juara) dan RM300 (tempat ketiga) dan tujuh hadiah sagu hati berupa wang tunai RM80 juga diberikan," katanya.


Menurutnya, bagi kategori 5km tempat pertama memenangi wang tunai RM600, tempat kedua RM400 dan ketiga RM200 dan tujuh sagu hati RM50 bagi tempat keempat hingga ke-10.


"Saya minta orang ramai dapat bersama-sama menyertai larian Impian Kampung ini untuk berkongsi cerita, budaya, kesusahan serta memberi sokongan kepada program ini," katanya.


Beliau memberitahu, orang ramai berminat boleh mendapatkan borang penyertaan di ibu pejabat DAP serta pejabat DAP di Bau, Serian, Siburan dan Kota Sentosa atau boleh didapati secara online di www.impianmalaysia.com/kampungrun2015.


Tarikh tutup penyertaan pada 8 Oktober depan dan semua borang penyertaan hendaklah dihantar sebelum atau pada tarikh itu.


Mengenai projek jalan tersebut, Chong berkata ia adalah inisiatif penduduk kampung sendiri dengan mengutip dana sejumlah RM80,000 untuk permulaan projek membina baharu jalan dari Kampung Kemas ke Kampung Muk Ayun, Kampung Sting dan Kampung Nyegol.


"Tetapi dana itu tidak mencukupi untuk membina jalan tersebut dan pada Mei 2015, DAP melalui Impian Sarawak membelanjakan RM160,000 untuk meneruskan projek pembinaan jalan berkenaan dan siap awal September lalu," katanya.


Beliau berkata, ini hasil gotong-royong bersama penduduk kampung dan kini 65 keluarga mendiami kawasan itu dapat menikmati kemudahan jalan raya yang boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda dan motosikal.


Sebelum membina jalan raya itu, penduduk kawasan itu terpaksa berjalan kaki selama dua hingga lima jam ke pasar berdekatan bagi menjual hasil tani dan mendapatkan barang keperluan.


Hadir sama Ahli Parlimen Stampin Julian Tan, pengerusi pengelola, Sanjan Daik dan ahli-ahli DAP lain.


- theborneopost 13/9/2015

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP