Isnin, 15 Disember 2014

Chong Chieng Jen's Blog

Chong Chieng Jen's Blog


DAP Sarawak tentang usaha keluar Malaysia

Posted: 13 Dec 2014 04:50 PM PST

DAPSarawak_M
Chong Chieng Jen, berkata sentimen di kalangan segelintir pihak yang mahu Sarawak keluar dari Malaysia perlu ditangani.- Foto arkib TRP
SUBANG JAYA, 14 Disember:
Di sebalik beberapa cadangan agar diwujudkan sistem pemerintahan bebas, DAP Sarawak menegaskan ia menentang agar dua negeri di Malaysia Timur berpisah daripada Persekutuan Malaysia.
Pengerusinya Chong Chieng Jen, berkata sentimen di kalangan segelintir pihak yang mahu Sarawak keluar dari Malaysia perlu ditangani.
Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching itu berkata, untuk menjadi rakan kongsi yang adil dan saksama dalam Persekutuan Malaysia, DAP Sarawak mencadangkan kerajaan negeri itu harus menerima pakai sistem pendidikan autonomi bagi menghapuskan pengaruh UMNO.
Katanya lagi, DAP berjanji akan menggunapakai sistem berkenaan jika memenangi pilihan raya negeri berkenaan tahun depan.
Chong berkata, walaupun politik Sarawak tidak dikuasai oleh UMNO secara langsung, namun pengaruhnya dapat dirasai dalam kandungan sukatan pelajaran dan sistem pendidikan negara.
"Sarawak adalah satu-satunya negeri yang bebas dari sebarang pengaruh UMNO.
"Namun di sebalik keharmonian kaum di negeri ini, UMNO melalui pegawai kerajaan Persekutuan yang dilantik yang mempengaruhi dan membuat keadaan menjadi kucar-kacir di negeri ini," katanya kepada perwakilan pada Perhimpunan Agung Tahunan DAP, di One City, hari ini.
Chong mendakwa sukatan pelajaran yang kini digubal oleh pegawai-pegawai kerajaan persekutuan 'meracun' generasi semasa dan lebih muda di negeri ini dengan polemik kaum dan agama.
Perkara itu, kata Chong telah dibangkitkan apabila sayap negeri DAP mengumumkan Perisytiharan Bintulu 2014 baru-baru ini.
Selain pendidikan, beliau juga mendesak kuasa autonomi dalam bidang kesihatan dan perubatan serta kepolisan tanpa menjelaskan lebih lanjut sebab desakan itu dibuat.
"Bagaimanapun untuk memastikan bahawa ia berlaku, Sarawak memerlukan dana," katanya sambil menegaskan ia boleh dilakukan dengan memastikan bahawa 50 peratus daripada wang pembayar cukai yang dikutip dari Sarawak disalurkan semula ke negeri Malaysia Timur itu.
Chong menegaskan bahawa pada tahun 1963, amalan seperti itu pernah dilaksanakan terhadap Singapura ketika republik itu adalah sebahagian daripada Malaysia, dan sehubungan itu tidak mustahil ia boleh dilakukan terhadap Sarawak. 
-The Raykat Post(14/12/2014)



‘Adopt independent education system to overcome Umno’s influence in Sarawak’

Posted: 13 Dec 2014 04:48 PM PST

DAPsarawakchairman-m

DAP Sarawak chairman Chong Chieng Jen has claimed that the current education syllabus drafted by officials in the federal government has 'poisoned' the current and younger generation in the state with racial and religious polemics. 
SUBANG JAYA, Dec 14, 2014:
Despite several proposals for independent systems to be set up, DAP Sarawak stressed it was against the East Malaysia state from seceding from the Malaysian Federation.
Its chairman Chong Chieng Jen, however, said the sentiments of those who wanted to secede from the country must be addressed.
The Bandar Kuching Member of Parliament suggested that in order to become an equal partner in the federation, DAP Sarawak proposed that the state should adopt an autonomous education system to do away with Umno's influence should it win the state's election next year.
Chong said despite Sarawak not being influenced by Umno from a political sphere, its influence remained within the contents of the national education syllabus.

"Sarawak is the last state without any Umno influence. However despite the racial harmony in the state, Umno through its federal-appointed officers have usurped influence and have made a mess in the state," he told delegates at the DAP annual general assembly, at One City, here today.
Chong claimed the current education syllabus drafted by the officials in the federal government "poisoned" the current and younger generation in the state with racial and religious polemics.
Saying that the matter had been incorporated when the DAP state wing announced it at the Bintulu Declaration 2014 recently, Chong also called for autonomy in the areas of health care and medicine as well as policing without further elaborating on the reasons.
"However to ensure that it happens, the state needs funds."
This, he explained, could be done by ensuring that 50% of taxpayers' money collected from Sarawak is channelled back to the East Malaysia state.
Chong pointed out that in 1963, such a practice was implemented when Singapore was part of Malaysia, hence it was doable and not impossible.
He added in acquiring autonomous power in Sarawak, it would continue to strengthen its existing diversity.
on The Raykat Post(14/12/2014)

Tiada ulasan:

Nuffnang