Nuffnang

CINA ISLAM (林川興)

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:29 PG

CINA ISLAM (林川興)


15 tahun tunggu, orang kampung bina sendiri jalan

Posted: 23 Sep 2014 08:04 PM PDT

29 Zulkaedah 1435 . [MOD] -



Bayangkan pelajar sekolah rendah yang perlu bangun dinihari, lama sebelum matahari terbit.

Kemudian dengan berjalan kaki mereka merentasi hutan, mendaki bukit, melalui beberapa ladang kelapa sawit dan menyeberangi beberapa sungai menerusi jambatan gantung untuk sampai ke sebuah tempat perhimpunan utama di sebuah sungai yang besar.

Selepas itu mereka perlu pula menaiki bot ke jeti terdekat sebelum berjalan merentasi beberapa lagi ladang kelapa sawit untuk ke sekolah setiap hari.

Inilah yang dihadapi pelajar dari enam kampung di Pitas, Kudat di Sabah kerana jalan yang dijanjikan 15 tahun lalu masih tidak terbina.

Bosan dengan janji kosong, enam penduduk kampung nekad nekad mengeluarkan simpanan mereka sendiri untuk membina sebatang jalan balak.

Projek membina jalan sepanjang 7.5 kilometer itu turut meminta sokongan semangat, publisiti dan derma wang tunai bagi membantu kira-kira 3,000 penduduk kampung yang rata-ratanya bekerja sebagai petani dan pemungut hasil hutan keluar dari kepompong kemiskinan.

Laman web mereka www.pitasroad.org menyatakan jalan balak tersebut akan menghubungkan enam kampung iaitu – Kampung Dowokon, Kampung Mandamai, Kampung Kobon, Kampung Perupok, Kampung Maliau Pusat and Kampung Maliau Layung – ke pekan Pitas.

Keenam mereka kini sedang galak mendapatkan sokongan dari orang ramai kerana mempunyai peralatan dan tenaga yang amat terbatas, selain tiada pengalaman melakukan pembinaan tersebut .

Menurut laman web itu, penduduk kampung memerlukan kira-kira RM85,000 lagi selepas menggunakan wang simpanan mereka sebanyak RM5,000 menyelenggara sebuah mesin pengorek terpakai, dua buah gergaji berantai dan menyewa sebuah mesin jengkaut berharga RM150 setiap hari bagi membina jalan tersebut.

Akhbar The Star Sabtu lalu melaporkan seorang penduduk Maklin Masiau berkata kerajaan negeri Sabah telah berjanji membina jalan melalui kampung tersebut pada tahun 1999.

"Saya fikir kesusahan dan kesengsaraan penduduk kampung akan berakhir dan keadaan akan menjadi lebih baik," kata beliau sambil menunjukkan laporan akhbar Daily Express pada 5 Ogos 1999 yang melaporkan "berita baik" tersebut.

Beliau berkata kerajaan memulakan pembinaan Jalan Pitas Pandan Pinapak pada tahun 2000 sebelum berhenti tanpa sebab selepas membina jalan batu sepanjang dua kilometer.

Penduduk enam kampung tersebut kini hanya mengharapkan Sungai Bengkoka yang bermasalah untuk dilalui sekiranya paras air naik atau ketika musim hujan.
Mereka yang mahu membantu boleh menghubungi komuniti tersebut di emel mereka pgks7@yahoo.com.my atau ikuti perkembangan lanjut di laman Facebook mereka dihttps://www.facebook.com/pitasroad .

Laman kempen itu menggunakan slogan "Orang kampung mau bikin jalan raya".
Malaysiakini/-

MB persembah nama senarai exco esok

Posted: 23 Sep 2014 07:47 PM PDT

29 Zulkaedah 1435 . [MOD] -

Menteri besar Selangor yang baru dilantik semalam Azmin Ali akan menghadap sultan esok untuk menghantar nama barisan Exco barunya.
Azmin berkata pertemuan sedang diadakan bersama wakil PKR, DAP dan PAS hari ini dan bakal dibawa kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah esok.
"Sekarang saya sedang teliti barisan exco baru seperti yang saya katakan semalam dan disusuli dengan pertemuan kedua (dengan parti) petang ini.

"Hari khamis saya akan menghadap Tuanku dan majlis angkat sumpah akan diadakan pada hari jumaat,"kata beliau ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

iPhone 6, 6 Plus catat rekod jualan 10 juta unit dalam tiga hari - Apple

Posted: 23 Sep 2014 06:34 PM PDT

29 Zulkaedah 1435 . [MOD] -


KAKITANGAN jualan Apple menyusun model iPhone 6 Plus yang sudah ditempah pelanggan di New York, baru-baru ini. - Foto AP
WASHINGTON: Apple memecah rekod jualan bagi pelancaran model iPhone terbaharunya minggu lalu dengan mencatat 10 juta unit dalam masa tiga hari dan jumlahnya lebih banyak sekiranya mempunyai jumlah pengeluaran yang mencukupi.

"Jualan untuk iPhone 6 dan iPhone 6 Plus melebihi luar jangkaan bagi tempoh seminggu pelancarannya dan ini tidak menyenangkan kami," kata Ketua Eksekutifnya, Tim Cook hari ini.
"Kami sepatutnya jual lebih banyak lagi iPhones sekiranya pengeluaran lebih hebat dan kami berusaha keras untuk memenuhi permintaan seberapa cepat yang boleh," katanya.
Pembukaan jualan bagi edisi iPhones berskrin lebih besar menyaksikan Apple memecah rekod jualan sembilan juta yang dicatat tahun lalu apabila iPhone 5S dan 5C dilancarkan.
Model baharu berkenaan dilancarkan Jumaat lalu di Amerika Syarikat, Britain, Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun, Puerto Rico dan Singapura.
Mulai 26 September ini, model iPhone terharu itu akan memasuki pasaran lebih 20 lagi negara manakala 115 negara lagi penghujung tahun ini.
Reaksi positif pasaran terhadap keluaran terbaharu iPhone itu menyaksikan penganalisis berkata, Apple kini mempunyai lonjakan pasaran dengan keluaran berkenaan.
Saham Apple melonjak 0.15 peratus semalam untuk ditutup AS$101.11 sesaham.
Pelancaran model terbaharu itu menyaksikan orang ramai beratur panjang di luar kedai Apple di Tokyo, Hong Kong, Paris dan New York.
Kedua-dua edisi terbaharu iPhones itu mempunyai saiz skin yang lebih besar dengan Apple memperkenalkan trend "phablet" untuk pesaing rapatnya dari Samsung, yang berjaya dengan siri Galaxy Note.
iPhone 6 mempunyai skrin 4.7 inci manakala 6 Plus 5.5 inci.
Pesaing utamanya, Samsung yang popular di Asia dijadual akan melancarkan Galaxy Note 4 terbaharunya dalam masa terdekat.
Apple berkata, pihaknya menerima tempahan lebih empat juta unit iPhone terbaharunya itu dalam tempoh 24 jam sebaik jualan dibuka. - AFP

BlackBerry bakal lancar telefon pintar terbaharu

Posted: 23 Sep 2014 06:30 PM PDT

29 Zulkaedah 1435 . [MOD] -

MONTREAL: BlackBerry bersedia untuk melancarkan edisi telefon pintar terbaharunya di pasaran esok bagi memastikan kumpulan telekomunikasi dari Kanada itu terus bersaing di pasaran global.

Dinamakan sebagai BlackBerry Passport dengan skin bersaiz 4.5 inci dan papan kunci fizikal dijangka dijual AS$599 tanpa kontrak penyedia talian di Amerika Syarikat, demikian menurut Ketua Eksekutifnya (CEO), John Chen memberitahu Wall Street Journal.
Harga berkenaan lebih rendah daripada harga kontrak berbanding pesaing iPhone keluaran Apple dan pengeluar telefon pintar berteknologi tinggi dari Samsung.

Azmin mulakan tugas di pejabat MB Selangor pagi ini

Posted: 23 Sep 2014 06:26 PM PDT

29 Zulkaedah 1435 . [MOD] -

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memulakan tugas di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 24 September, 2014.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memulakan tugas di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, hari ini.
Menteri besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin Ali memulakan tugasnya secara rasmi sebagai ketua eksekutif negeri terkaya itu, hari ini.

Azmin tiba di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam kira-kira pukul 7.45 pagi tadi dan pertama kali masuk ke pejabat menteri besar Selangor di tingkat 21, lima minit kemudian.
Beliau akan memulakan tugasnya dengan mengadakan mesyuarat bersama ketua setiap jabatan dan juga Setiausaha Kerajaan Negeri  Datuk Mohamad Khhusrin Munawi pada jam 9 pagi ini. – 24 September, 20
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/azmin-mulakan-tugas-di-pejabat-mb-selangor-pagi-ini#sthash.Sir1UA75.dpuf

Sallehen: Jangan label exco PAS pengkhianat

Posted: 23 Sep 2014 06:22 PM PDT

29 Zulkaedah 1435 . [MOD] -

Bekas Exco Selangor, Sallehen Mukhyi tidak mahu DAP mendakwa yang keempat-empat Exco PAS dalam pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai "pengkhianat" kerana mereka bekerja untuk mempertahankan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, empat Exco PAS itu telah jelas menyatakan kedudukan mereka sebelum ini dan memohon Setiausaha Agung Lim, Guan Eng agar melihat kembali tindakan dan ucapan beliau dalam pentadbiran Pulau Pinang yang turut berkepentingan untuk mempertahankan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun beliau tidak mengulas apakah kenyataan Guan Eng tersebut.

"Jangan label Exco PAS sebagai pengkhianat.

"Saya fikir Lim Guan Eng tidak memahami Undang-undang tubuh Kerajaan Negeri. Sejak awal saya sebut empat orang exco PAS menjadi benteng terakhir Pakatan Rakyat.

"Lim Guan Eng semak balik ucapan dia. Ucapan politik dia sendiri ada kepentingan," kepada Sallehen ketika ditemui wartawan selepas acara mengangkat sumpah menteri besar baru Selangor di Istana Alam Shah, Klang hari ini

Semalam Guan Eng membuat kenyataan menyatakan semua 15 ADUN DAP Selangor telah menyokong Azmin Ali dan "kesal" dengan tindakan empat Exco PAS yang tidak meletak jawatan sebagai tanda perpaduan bersama enam Exco PKR dan DAP yang dipecat oleh Khalid sebelum ini.

Sallehen dan tiga lagi bekas Exco PAS itu dilihat bertemu dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas Azmin mengangkat sumpah pagi tadi.

Bagaimanapun beliau yang juga ADUN Sabak, menyatakan pertemuan itu tidak mempunyai maksud untuk minta dikekalkan jawatan mereka dan hanya pertemuan biasa.

"Tidak ada (minta kekal jawatan). Tuanku cakap terima kasih kepada empat Exco dan Khalid kerana bantu memboleh kerajaan negeri berjalan sehingga pelantikan menteri besar baru," katanya.

Sallehen berkata kedudukan empat Exco PAS itu kini terpulang kepada menteri besar baru, Azmin Ali.

"Itu bukan kuasa Tuanku i(lantik Exco). Tuanku hanya perkenankan nama-nama yang dihantar oleh menteri besar," katanya sambil menambah jika pada pandangan menteri besar, nama-nama itu sesuai dan bersetuju, maka ia akan diangkat.

"Cuma saya rasa, parti masih akan tetap mengekalkan exco yang sedia ada sebab masing-masing dah ada perancangan dan elok meneruskan kerja," katanya. MK/-

Kesal DAP terus serang PAS di khalayak ramai

Posted: 23 Sep 2014 06:12 PM PDT

29 Zulkaedah 1435 . [MOD] -
HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Menuduh Exco PAS sebagai pengkhianat dalam keadaan mereka berusaha untuk menyelamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah suatu tindakan yang amat tidak wajar.

Demikian ditegaskan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar sebagai respons kepada kenyataan media Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, semalam.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Saya merujuk kepada kenyataan media Setiausaha Agung DAP, YAB Lim Guan Eng bertarikh 22 September 2014.

Bagi pihak PAS, saya ingin merakamkan rasa kesal di atas sikap Setiausaha Agung DAP yang menuduh 4 orang Exco Kerajaan Selangor dari PAS sebagai melakukan pengkhianatan terhadap prinsip solidariti dan setiakawan bersama dengan 6 lagi bekas Exco dari DAP dan PKR apabila 4 Exco tersebut mematuhi arahan PAS Pusat untuk tidak meletakkan jawatan sebagai Exco selepas Exco-Exco lain dipecat oleh Menteri Besar Selangor pada 12 Ogos 2014 yang lalu.

Kepimpinan PAS sebelum ini telah beberapa kali memberikan penjelasan di atas tindakan tersebut yang dibuat, namun kelihatan Setiausaha Agung DAP memilih untuk terus menyerang PAS di khalayak ramai.

Setiausaha Agung DAP harus memahami bahawa tindakan PAS mengarahkan keempat anggota Exco tersebut supaya tidak meletakkan jawatan adalah dibuat di atas pertimbangan strategi untuk menyelamatkan Dewan Undangan Negeri Selangor daripada menghadapi risiko dibubarkan akibat ketiadaan sebuah majlis mesyuarat kerajaan negeri untuk menjalankan fungsi eksekutif pemerintahan di negeri Selangor.

Saya percaya Setiausaha Agung DAP menyedari wujudnya peruntukan di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang mensyaratkan hendaklah terdapat minimum empat orang Exco bagi memastikan Kerajaan Negeri Selangor terus dapat berfungsi seperti biasa.

Menuduh Exco PAS sebagai pengkhianat dalam keadaan mereka berusaha untuk menyelamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah suatu tindakan yang amat tidak wajar.

Dengan pelantikan YAB Azmin Ali sebagai Dato' Menteri Besar Selangor yang turut disokong sepenuhnya oleh kesemua parti komponen Pakatan Rakyat, maka Kerajaan Negeri Selangor dan seluruh jentera Pakatan Rakyat wajib untuk bergerak ke hadapan bagi memastikan agenda pembelaan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Hentikan segala serangan sesama sendiri yang tidak membawa faedah kepada sesiapa.

Muafakat Pakatan Rakyat harus diperkukuh dan sebarang perbezaan dan persengketaan yang wujud terutama yang diakibatkan oleh kemelut politik Selangor mestilah diselesaikan menurut kaedah yang harmoni agar keyakinan rakyat tidak terus tergugat. 

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP