Nuffnang

CINA ISLAM (林川興)

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:35 PG

CINA ISLAM (林川興)


PAS maklum keputusan kepada Pakatan Rakyat

Posted: 25 Aug 2014 10:07 PM PDT

30 Syawal 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS telah memaklumkan keputusan terbaru Mesyuarat PAS Pusat semalam kepada Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, keputusan itu telah dimaklumkan secara rasmi kepada Sekretariat Pakatan Rakyat sejurus selesai mesyuarat semalam.

"Ya, kita telah maklumkan keputusan itu secara rasmi kepada Sekretariat Pakatan Rakyat," kata beliau kepada Harakahdaily.

Semalam, PAS membuat keputusan menyerahkan kepada kebijaksanaan Sultan Selangor dalam menentukan jawatan Menteri Besar di negeri itu

Keputusan tersebut diputuskan pada menyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang semalam.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada jam 2.30 petang ini bagi menjelaskan kedudukannya.

Beliau dijangka akan mengadakan sidang media jam 4 petang ini bagi memaklumkan berhubung pertemuan itu.

Sidang media hari ini dilihat penting dalam melihat apa perkembangan baru dalam isu kemelut jawatan menteri besar ini.

- HARAKAHDAILY 

Nasib Khalid dan Wan Azizah diketahui hari ini

Posted: 25 Aug 2014 06:01 PM PDT

30 Syawal 1435. [MOD] -

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bagi mendapatkan nasihat baginda berhubung kedudukan beliau sebagai Menteri Besar.
Abdul Khalid berkata, beliau akan menghadap baginda pada pukul 2.30 petang , namun enggan memaklumkan lokasinya.


Abdul Khalid pada minggu lalu memohon menghadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat tentang kedudukannya sebagai Menteri Besar selepas Pas menarik balik sokongan terhadapnya.

Sultan yang ketika itu berada di luar negara bagaimanapun meminta Abdul Khalid untuk menunggu sehingga baginda pulang ke tanah air.

Terdahulu, Abdul Khalid dalam ucapannya berkata, beliau menerima dengan hati terbuka perkembangan terkini tentang status Menteri Besar dan barisan Exco.

Beliau berharap semua kakitangan kerajaan negeri terus bekerjasama de-ngannya bagi meneruskan pentadbiran bersama empat Exco yang ada dalam memastikan rakyat tidak terkesan de-ngan krisis politik yang sedang melanda.

Dalam perkembangan berkaitan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka menerima menghadap Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail selepas menteri besar Selangor berbuat demikian .

Ketika ditemui di Mahkamah Kuala Lumpur, Anwar memberitahu pihaknya telah menghantar surat untuk memohon menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah minggu lepas.

Katanya lagi, pihak istana turut mengesahkan menerima surat tersebut.
"Istana telah mengakui menerima surat kami tetapi Tuanku perlu melalui proses menerima menghadap dengan menteri besar dahulu dan kemudian Wan Azizah," kata ketua umum PKR itu.

Menurut Anwar (kanan) lagi, beliau bagaimanapun tidak tahu bila pihak istana akan menemui Wan Azizah.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan 
beliau akan menghadap sultan Selangor hari ini berhubung kedudukannya sebagai menteri besar.

Sultan telah pulang daripada kunjungan ke Eropah.

Pertemuan itu penting bagi menyelesaikan krisis pentadbiran negeri selepas PAS menarik balik sokongan terhadap Khalid selepas dipecat daripada PKR.

Arab Saudi peroleh RM26.88 bilion melalui ibadah haji

Posted: 25 Aug 2014 05:47 PM PDT

30 Syawal 1435. [MOD] -

MEKAH 26 Ogos - Kerajaan Arab Saudi dianggarkan bakal memperoleh pendapatan berjumlah AS$8.5 bilion (RM26.88 bilion) hasil daripada ibadah haji yang akan dijalankan pada bulan Oktober ini, lapor satu kajian yang keluarkan semalam.

Dewan Perniagaan Mekah memberitahu, hasil pendapatan pada tahun ini meningkat sebanyak tiga peratus berbanding tahun lepas.

Kajian yang dijalankan mendapati kira-kira 1.98 juta umat Islam akan berangkat ke tanah suci Mekah pada tahun ini, dengan 1.38 juta atau 70 peratus daripadanya merupakan jemaah luar negara. - AFP


Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP