Nuffnang

CINA ISLAM (林川興)

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:15 PG

CINA ISLAM (林川興)


4 exco PAS pertahan Kerajaan Selangor dari jatuh

Posted: 14 Aug 2014 03:03 PM PDT

19 Syawal 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kehadiran empat Exco Kerajaan Selangor daripada PAS ke mesyuarat mingguan exco bersama Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim semalam adalah untuk menyelamatkan kerajaan daripada jatuh.


Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, undang-undang tubuh negeri mengiktiraf kerajaan negeri sebagai masih wujud jika sekurang-kurangnya mempunyai empat orang exco.

"Pada kami, kami masih menganggap itu kerajaan Pakatan Rakyat.

"Sebab itu kehadiran empat orang exco PAS itu sebagai mewakili Pakatan Rakyat selepas daripada exco PKR dan DAP dipecat," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Lajnah Politik PAS di pejabat angung parti itu.

Beliau mengulas ketetapan PAS terhadap empat exco mereka agar terus menjalankan tugas seperti biasa di bawah pentadbiran Abdul Khalid walaupun menteri besar itu telah dipecat dari PKR.

Turut serta pada sidang media itu ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Menteri Besar Kelantan yang juga pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan Penolong Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagaimanapun tidak hadir pada mesyuarat malam ini atas faktor kesihatan.

"Bagi kita kalau exco tak hadir, kerajaan akan jatuh. Kita pentingkan rakyat. Kalau kita tak datang kita tak boleh buat keputusan untuk kepentingan rakyat," katanya sambil menegaskan bahawa PAS konsisten untuk terus bersama Pakatan Rakyat.

Terdahulu mereka mengadakan mesyuarat hampir sejam setengah bermula jam 9 malam.
Mesyuarat lajnah politik malam ini adalah sebagai rangka awal kepada perbincangan mesyuarat PAS Pusat 17 Ogos ini.

Bukan sebab jantina

Mustafa berkata, mesyuarat  bagaimanapun tidak menyentuh langsung soal calon menteri besar.

Ditanya adakah penolakan PAS terhadap Datuk Seri Wan Azizah sebagai calon menteri besar atas faktor jantina, Mustafa menafikannya.

"Bukan sebab jantina. Kita dah maklum kepada PKR...kenapa kita tu... tapi  saya tak akan dedah," katanya.

Berhubung dua calon PAS yang menghadiri sidang media bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah dan menyatakan sokongan kepada beliau sebagai calon menteri besar, Mustafa berkata PAS akan menyiasat terlebih dahulu perkara tersebut sebelum membuat apa-apa keputusan. - HARAKAHDAILY

PAS Selangor beri tempoh 24 jam kepada 2 Adun

Posted: 14 Aug 2014 02:57 PM PDT

19 Syawal 1435. [MOD] -
HARAKAHDAILY 



KUALA LUMPUR: PAS Selangor memandang serius tindakan Adun Hulu Klang, Saari Sungib dan Morib, Hasnul Baharuddin yang telah mengambil pendirian dan sikap bersendiri tanpa menurut tatacara dan arahan yang telah ditetapkan oleh parti.

Mereka pada sidang media tengah hari tadi menyatakan sokongan terbuka kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Selangor.

"Tindakan 2 Adun PAS di Selangor yang membelakangi pendirian parti amatlah serius dan kita akan bertindak," ujar Setiausaha PAS negeri, Mohd Khairuddin Othman dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, katanya PAS negeri memberi tempoh 24 jam untuk mereka menarik balik pendirian dan tindakan yang dibuat atau menghadapi konsekuansi tindakan.

Beliau berkata, PAS mempunyai organisasi negeri, kepimpinan pusat dan Majlis Syura Ulamak yang harus dipatuhi.
                                           
"Mengapa terlalu gopoh dan terlalu taksub sehingga parti dibelakangkan? Bukankah PAS Pusat akan bermesyuarat pada 17 haribulan ini?"

"Kita akan patuh apa jua keputusan dan ketetapan yang akan dibuat oleh PAS Pusat pada 17 haribulan ini. Sebab itu sabar," katanya lagi.

Justeru, beliau menasihati kedua-dua Adun itu menarik balik tindakan mereka atau PAS Selangor akan mulakan tindakan disiplin termasuk melihat kepada kandungan baiah yang telah dilafazkan sewaktu menjadi calon pada PRU13 lalu.

Tegasya, arahan daripada Pesuruhjaya PAS negeri adalah  tumpu kepada  pentadbiran kerajaan negeri sebagaimana yang diarahkan oleh parti. -

Pusat minta PAS S'gor serah laporan dua adun

Posted: 14 Aug 2014 02:34 AM PDT

18 Syawal 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS Pusat telah meminta PAS Selangor memberi laporan berhubung isu dua Adun PAS negeri itu yang telah menyatakan sokongan terbuka kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar Selangor.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata beliau telah menghubungi Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad petang ini dan meminta laporan penuh berhubung perkara itu.

"Saya telah menghubungi Pesuruhjaya PAS Selangor supaya memberi laporan tentang dua orang ini supaya kita dapat gambaran sebenar," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas tindakan dua Adun PAS, Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) yang bertindak menyertai sidang media bersama Dr Wan Azizah hari ini bagi menunjukkan sokongan majoriti dalam Dun Selangor pagi tadi.

Kedua-dua mereka turut menyatakan sokongan kepada presiden PKR itu untuk menjadi menteri besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata PAS akan menyiasat perkara itu dan akan mendapatkan gambaran sebenar.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempertahankan Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Pandangan serupa dinyatakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Malah, Majlis Syura Ulamak PAS juga menetapkan pendirian agar Khalid dikekalkan jawatan itu sekiranya beliau tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan berhubung pecah amanah.

- HARAKAHDAILY 

Azizah umum Pakatan dapat sokongan majoriti di DUN S'gor

Posted: 13 Aug 2014 11:34 PM PDT

18 Syawal 1435. [MOD] -
Malaysiakini/-


Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Pakatan Rakyat kembali mempunyai majoriti di DUN Selangor apabila dua orang ADUN PAS menyatakan sokongan kepadanya bagi menggantikan menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Wan Azizah, ADUN PAS tersebut iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyatakan sokongan mereka kepadanya bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR.
Situasi ini menjadikan Wan Azizah kini disokong oleh 30 orang ADUN berbanding Khalid Ibrahim yang disokong oleh 26 orang ADUN.

"Dengan ini saya mengumumkan 30 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YB Datuk Tan Sri khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

"Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baru," katanya dalam satu sidang akhbar di Subang Jaya hari ini.

Menurut Wan Azizah, sokongan mereka dinyatakan secara bertulis dalam Akuan Bersumpah yang ditandatangani oleh kesemua 30 ADUN berkenaan, selain mereka hadir sendiri pada hari ini untuk menyatakan sokongan.

"Dengan perkembangan ini, kami yang hadir mengesahkan bahawa kami mempunyai majoriti dalam Dewan Negeri, sekurang-kurangnya sebanyak empat orang ahli berbanding seorang ahli bebas, 12 ahli dari Umno dan 13 ahli dari PAS yang masih belum menyatakan sokongan terbuka.

"Oleh yang demikian, saya telah mengutuskan satu surat kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor pada jam 11.30 pagi ini untuk memohon menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenaan DYMM Tuanku seperti yang diperuntukkkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri," tegasnya.

"Saya juga memohon untuk mendapatkan pandangan DYMM Tuanku Sultan Selangor sekiranya ada keperluan bagi YB Speaker memanggil sidang Dewan Negeri Selangor untuk memuktamadkan proses pertukaran YAB Menteri Besar," katanya.
 
Sehubungan itu, Wan Azizah menasihatkan Khalid supaya menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi dengan segera meletakkan jawatan kerana beliau telah hilang sokongan majoriti.

"Beliau seharusnya memudahkan proses peralihan kuasa secara tertib dan tidak membuat sebarang keputusan dasar atau pentadbiran setelah sah kini dengan terbatalnya keabsahan (legitimacy) beliau sebagai menteri besar.
 
"Keutamaan saya ialah mengembalikan pentadbiran Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat agar segala perancangan dan dasar Pakatan Rakyat dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan seperti mandat yang diberikan rakyat.
 
"Oleh yang demikian, saya menyeru supaya rakan-rakan ahli Dewan Negeri dari Pakatan Rakyat yang lain yang belum membuat penyataan sokongan terbuka mempertimbangkan keperluan mendesak ini untuk mengembalikan urusan pentadbiran Kerajaan Selangor seperti biasa.
 
"Saya juga memuji kesabaran rakyat Selangor dalam menghadapi perkembangan politik mutakhir ini dan menasihati orang ramai agar terus bertenang sementara menunggu ia diselesaikan secara baik melalui jalan perundangan mengikut Undang-undang Tubuh Negeri," tegas Wan Azizah.

Wan Azizah dakwa 30 ADUN Selangor sokong beliau jadi Menteri Besar

Posted: 13 Aug 2014 10:58 PM PDT

18 Syawal 1435. [MOD] -

 Seramai 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dari Pakatan Rakyat didakwa menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar.

Pendirian mereka dinyatakan secara bertulis di dalam akuan bersumpah yang ditandatangani.

Wan Azizah berkata, beliau telah mengutus surat kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memohon mengadap dan mempersembahkan sokongan majoriti itu untuk perkenan sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri.

Semua ahli majlis tempatan di S'gor dikekalkan

Posted: 13 Aug 2014 09:54 PM PDT

18 Syawal 1435. [MOD] -


Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) hari ini membuat keputusan mengekalkan semua Ahli Majlis Kerajaan tempatan yang sedia ada.

Kuota yang masih tidak diisi sehingga kini akan dibuka kepada orang awam menerusi pengiklanan di akhbar dan media massa.
Sejak 2013, hanya kira-kira 80 dari hampir 200 kuota ahli majlis sembilan kerajaan tempatan di Selangor telah diisi.

Exco Selangor Dr Halimah Ali mengesahkan perkara tersebut kepada media sebentar tadi.
"Ya, semua ahli majlis kekal," kata beliau di lobi bangunan SUK hari.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan membuat kenyataan perkara itu hari ini.

Semalam, Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dilaporkan menyuarakan kebimbangannya tentang kemungkinan ahli-ahli majlis dari PKR dan DAP turut dipecat susulan pemecatan exco PKR dan DAP.

Suhaizan berharap agar exco-exco PAS yang kekal dalam kerajaan Selangor tidak menyokong usul itu seandainya ia dicadangkan kelak.


Sementara itu Khalid memberitahu isu kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri, tidak dibincangkan dalam mesyuarat MTES kira-kira dua jam yang baru selesai pada jam 12 tengah hari.
Malaysiakini/-

Rodziah Ismail sah dipecat sebagai exco S'gor

Posted: 13 Aug 2014 09:52 PM PDT

18 Syawal 1435. [MOD] -


ADUN Batu Tiga Rodziah Ismail sah dipecat pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Exco Selangor Dr Halimah Ali mengesahkan hal ini diputuskan selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pagi ini.
"Surat (pecat Rodziah) akan (keluar), sama macam (Exco PKR dan DAP) yang lain," kata beliau ketika ditemui pemberita di lobi bangunan pentadbiran kerajaan di Shah Alam hari ini.

Rodziah ketika ditemui Malaysiakini semalam berkata beliau setia bersama PKR dan Pakatan Rakyat.

Kemelut Selangor: Jangan terpedaya laporan Harakah palsu

Posted: 13 Aug 2014 04:35 PM PDT

18 Syawal 1435. [MOD] -

HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan agar tidak terpedaya dengan laporan dan berita yang menggunakan nama Harakah berhubung kemelut yang melanda negeri Selangor kini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut menjadi mangsa laporan palsu itu kononnya beliau telah menerima borang permohonan keahlian parti daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


"Contoh laporan guna nama Harakah yang tidak betul itu ialah kononnya saya telah menerima borang permohonan menjadi ahli PAS daripada Tan Sri Khalid. Ini memang tidak betul dan sangat mengelirukan orang ramai," katanya kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Menurutnya, ekoran tersebarnya laporan Harakah palsu itu melalui media sosial, beliau telah dihubungi oleh pihak media untuk mengulas berita yang tidak betul itu.

"Saya tegaskan di sini bahawa laporan berkenaan bukan daripada Harakah, adalah tidak benar sama sekali yang menggunakan nama Harakah termasuk berita-berita kononnya daripada pemimpin tertinggi PAS yang lain," tegasnya yang juga Pengerusi Harakah.

Justeru, beliau mengingatkan ahli-ahli dan pendukung PAS agar berwaspada dan tidak terpengaruh dengan laporan palsu yang mengelirukan itu. - 

MB akan saman jika PKR tak mohon maaf

Posted: 13 Aug 2014 04:13 PM PDT

18 Syawal 1435. [MOD] -


Tan Sri Khalid Ibrahim mengemukakan surat tuntutan kepada Datuk Saifuddin Nasution bagi memaksa setiausaha agung PKR itu memohon maaf dan menarik balik satu laporan yang memburuk-burukkannya.
Surat sepanjang 13 halaman itu dihantar melalui peguam Khalid dari firma Bon Advocates pada Isnin malam dan salinannya disaksikan oleh Malaysiakini hari ini.

Khalid menuntut Saifuddin menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf agar beliau tidak memulakan tindakan undang-undang.

Khalid dipecat daripada parti itu pada hari Sabtu lalu kerana enggan meletak jawatan sebagai menteri besar.

Laporan PKR itu antara lainnya membangkitkan kes hutangnya dengan Bank Islam, penstrukturan semula industri air Selangor, projek lebuh raya Kidex dan kutipan sampah di negeri itu.

Ia turut mempromosi Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan kedudukannya sebagai menteri besar.

Salinan laporan tersebut dihantar kepada pemimpin Pakatan termasuk ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presisen PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

Salinan laporan PKR bertarikh 4 Ogos itu turut dihantar kepada jawatankuasa pimpinan pusat ketiga-tiga parti yang menganggotai Pakatan dan wakil rakyatnya.

Khalid mendakwa, laporan tersebut menggambarkan bahawa beliau terlibat dengan cara tidak mengikut undang-undang dalam penyelesaian hutang Bank Islam, terlibat dengan rasuah, tidak ikhlas, hipokrit, tidak beretika, tidak layak menjadi menteri besar dan menyalahguna kuasa demi kepentingan sendiri.

Difahamkan, Khalid akan mengemukakan lebih banyak surat tuntutan.
Malaysiakini/-

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP