CINA ISLAM (林川興) |
Isu MB: Sejam Anwar jumpa TG Abdul Hadi Posted: 11 Aug 2014 08:44 PM PDT 16 Syawal 1435. [MOD] - KUALA LUMPUR: Pertemuan antara Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berlangsung hampir sejam petang semalam.Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang turut serta dalam pertemuan itu mengesahkan ianya berkait dengan isu Menteri Besar Selangor. "Pertemuan itu berlangsung lebih kurang satu jam. Ya kita bincang isu MB Selangor" katanya kepada Harakahdaily sambil menambah tidak boleh mendedahkan butir perbincangan tersebut. Selain tiga tokoh itu, dua lagi yang turut serta dalam pertemuan di sebuah hotel di Kuala Ibai, Terengganu itu semalam adalah Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution. Menurut Mustafa, pertemuan ini adalah hasil keputusan bersama Pakatan Rakyat sebelum ini yang mahu pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti mengadakan pertemuan bagi mencari penyelesaian isu Menteri Besar Selangor ini. "DAP juga turut maklum dengan pertemuan ini," kata Mustafa lagi. Mustafa turut mengesahkan pertemuan serupa juga telah berlaku antara Tuan Guru Abdul Hadi dengan pimpinan DAP termasuk Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sebelum daripada ini. Sementara itu, isu Menteri Besar Selangor akan dibincangkan dalam mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos ini. Harakahdaily/- |
Polis kesan individu sebar konon berlaku pergaduhan Posted: 11 Aug 2014 04:29 PM PDT 16 Syawal 1435. [MOD] - IPOH: Polis Perak sedang mengesan individu yang menyebarkan dakwaan di laman sosial kononnya berlaku pergaduhan di antara kaum di bandar raya ini. Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam berkata polis sedang menyiasat perkara itu dan akan mengenakan tindakan tegas terhadap individu yang menyebarkan dakwaan itu. "Kita (polis) akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka di bawah Akta Hasutan, Akta Jenayah Komputer, Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta di bawah Kanun Keseksaan terhadap mereka yang menghasut dan mereka-reka cerita," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini. Beliau berkata polis tidak menyembunyikan sebarang fakta berikutan bandaraya Ipoh sekarang ini berada dalam keadaan aman. Sebelum ini, ada pihak mendakwa pergaduhan berlaku di Balai Polis Pekan Baru di sini, stesen Keretapi Tanah Melayu dan Pasar Malam Gerbang Malam baru-baru ini. Paramasivam berkata orang awam datang ke balai polis berkenaan kerana berlaku satu kemalangan melibatkan dua motosikal dan seorang daripadanya maut. "Disebabkan kemalangan itu, orang ramai datang ke balai polis dan kebetulan ada majlis perayaan di kuil India berdekatan dengan balai polis itu. Tiada kepungan dan rusuhan berlaku di situ," katanya. Selain itu, Paramasivam turut menafikan dakwaan berlakunya kejadian pecah cermin kereta individu yang mempunyai pelekat lambang sebuah restoran makanan segera. Beliau berkata setakat ini tiada laporan polis diterima berhubung dakwaan itu dan orang ramai diminta membuat laporan polis sekiranya menghadapi situasi berkenaan. - Bernama |
You are subscribed to email updates from : Cina Islam | 2014 : (林川興) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan