Ahad, 1 September 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Parti politik dan NGO lulus resolusi kutuk krisis Mesir, desak sidang khas Parlimen

Posted: 01 Sep 2013 04:24 AM PDT

25 Syawal 1434 H. [MOD] -

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik Pakatan Rakyat (PR) hari ini meluluskan resolusi mengutuk rampasan kuasa di Mesir selepas selesai Sidang Meja Bulat Isu Rampasan Kuasa Mesir yang diadakan di ibu kota hari ini.

Dalam resolusi yang dibacakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menggesa pemerintah tentera supaya mengembalikan kuasa dan hak kepada rakyat Mesir.
"Kami pertubuhan politik dan ngo Malaysia yang menyertai sidang meja bulat mengenai Mesir pada 1 September 2013 mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai dan penindasan politik di Mesir.
"Kami sebulat suara menolak rampasan kuasa pihak tentera, kebebasan politik di Mesir dan perlantikkan kepimpinan pemerintah yang tidak sah kerana ia bertentangan dengan lunas demokrasi dan kehendak rakyat Mesir," kata beliau semasa membacakan resolusi tersebut.
Mohamad juga berkata usaha untuk memberi tekanan kepada pemerintah tentera Mesir akan diteruskan tanpa henti, serta menggesa supaya pihak antarabangsa mengambil tindakan terhadap pihak tentera yang merampas kuasa.
"Dengan kesegaran dan hak asasi manusia adalah impian rakyat Mesir tanpa mengira bangsa, masyarakat sejagat semua seluruh dunia bersolidariti dengan perjuangan demokrasi di Mesir.
"Kami berikrar untuk berusaha dengan segala upaya bagi menamatkan pemerintahan tentera dan kembalikan kuasa kepada presiden Morsi yang dipilih secara sah," kata Mohamad semasa membaca resolusi itu lagi.
Dalam sidang sama, cadangan oleh Presiden Ikram Malaysia Syed Ibrahim Syed Noh mendesak supaya satu sidang khas Parlimen juga dimasukkan dalam resolusi tersebut.
"Kami juga yang telah berbincang pada sidang hari ini, menyeru Parlimen Malaysia meluluskan satu resolusi seperti yang dibentangkan oleh saudara Syed Ibrahim tadi.
"Kami mendesak Parlimen Malaysia mengadakan satu sidang khas untuk mengutuk keras kekejaman di Mesir," kata Mohamad lagi.
Turut kelihatan dalam sidang meja bulat tersebut beberapa wakil daripada NGO seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), wakil DAP Zairil Khir Johari dan wakil daripada PKR, Tian Chua serta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sementara itu, wakil Freedom and Justice Party (FJP), Ahmed Fahmy, juga turut hadir pada sidang meja bulat hari ini.
Pengasas Jawatankuasa Hal Ehwal Luar FJP tersebut menggesa masyarakat antarabangsa supaya bersama menyatakan sokongan kepada perjuangan rakyat Mesir yang dinafikan hak demokrasi mereka, disamping membidas beberapa negara arab lain yang bersekongkol dengan rampasan kuasa.
"Hak asas fundamental rakyat Mesir telah dinafikan, rampasan kuasa yang tidak demokratik ini perlu ditentang.
"Rampasan ini didalangi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, yang mahu melihat Mesir berpecah serta didalangi oleh anasir luar seperti Israel dan juga negara arab seperti Arab Saudi," katanya lagi.
Bulan lalu, Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi digulingkan dalam satu rampasan kuasa oleh pihak tentera.
Sehingga kini pertempuran antara penyokong Morsi dari gerakan Ikhwanul Muslimin dan pemerintah tentera masih belum berhenti walaupun sudah mengorbankan banyak nyawa.
PAS juga telah menghantar memorandum bagi menyeru Kabinet membuat ketetapan bahawa kerajaan Malaysia mengadakan Sidang Dewan Rakyat tergempar mengutuk insiden di Mesir.

Ahli politik guna gangster, M’sia tidak selamat?

Posted: 01 Sep 2013 04:21 AM PDT

25 Syawal 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Majis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) memandang serius kenyataan Datuk Seri Suleiman Muhamed, bekas Menteri Penerangan yang mendakwa wujud ahli politik yang mengguna gangster di negara ini. 



Malah beliau mendakwa terdapat 70,000 gangster di seluruh negara sekarang.



"Jika benar, maka persepsi negara ini tidak selamat adalah juga benar," ujar Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.



Ini juga, katanya bermakna gejala jenayah berat yang kini berleluasa di negara ini ada hubungan dengan kewujudan kumpulan gangster yang demikian banyak.



"Kami mengambil maklum juga betapa jumlah anggota pasukan polis yang terlibat dalam menangani jenayah masih tidak mencukupi di negara ini," katanya lagi.



Ini, ujar beliau pernah didedahkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang berkata, biarpun jumlah keseluruhan pegawai dan anggota dalam organisasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai 112,583 orang, namun jumlah itu meliputi mereka yang terlibat dalam kerja-kerja pengurusan.



Jelas Wan Junaidi, daripada jumlah itu, tiga jabatan di bawah pasukan itu terlibat khusus dalam pembanterasan jenayah iaitu Jabatan Siasatan Jenayah (10,150 anggota), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (4,224) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (1,663).



Beliau juga memaklumkan jumlah keseluruhan tiga jabatan ini iaitu 16,037 anggota juga termasuk mereka yang berada di pejabat sebagai kerani dan sebagainya, oleh itu tidak ramai yang betul-betul bertugas khusus menangani jenayah.



Dengan fakta itu, kata Mohd Azmi maka pihaknya kami mempersoalkan bagaimana gangster boleh menjadi suatu realiti di negara ini. 



Tambahnya, operasi kumpulan haram ini tidak mungkin bermaharajalela jika ia tidak dilindungi oleh pihak-pihak tertentu yang terlibat dengan sindiket gangster.



"Adakah ini menggambarkan bahawa Malaysia sudah semakin tidak selamat sehingga kumpulan gangster wujud untuk mengawal keselamatan orang kenamaan dan ahli politik di negara ini?" tanya beliau.

Bekas tentera udara mati ditembak

Posted: 01 Sep 2013 04:17 AM PDT

25 Syawal 1434 H. [MOD] -



Seorang bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mati ditembak berhampiran restoran milik bapanya di deretan premis perniagaan di Jalan Permasuri Mazwin, Taman Rishah, Silibin di Ipoh pagi tadi.


Mangsa S. Jambukeshan, 39, yang mempunyai tiga orang anak meninggal dunia ketika dibawa anggota keluarganya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.



Mangsa yang bersara selepas 19 tahun berkhidmat dengan TUDM kini membantu perniagaan restoran bapanya.



Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.15 pagi ketika mangsa mahu mengeluarkan barangan dari kereta Perodua Kancil di hadapan sebuah kedai runcit yang terletak kira-kira 30 meter dari restoran bapanya.



Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata semasa mangsa keluar dari keretanya, sebuah kereta Toyota Vios berwarna putih perak tiba-tiba menghampiri mangsa dan seorang suspek yang memakai topi keledar dengan cermin muka penuh keluar dari kereta itu lalu melepaskan beberapa das tembakan.



"Suspek kemudiannya terus masuk ke dalam kereta Vios itu dan melarikan diri. Polis percaya terdapat sejumlah suspek di dalam kereta itu.



"Kita akan dapatkan rakaman kamera litar tertutup mengenai kejadian," katanya kepada pemberita di Balai Polis Taman Rishah di Ipoh hari ini.



Sum berkata polis menjumpai tiga kelongsong peluru dan slug jenis .9mm di tempat kejadian.



Beliau berkata polis sedang menyiasat motif pembunuhan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi mana-mana balai polis.



-Bernama

Palanivel menang tanpa bertanding jawatan presiden MIC

Posted: 01 Sep 2013 04:15 AM PDT

25 Syawal 1434 H. [MOD] -



G Palanivel memang tanpa bertanding untuk jawatan presiden MIC selepas penamaan ditutup pada tengah hari ini.

Dr S Subramaniam yang pada mulanya dikatakan akan menentang Palanivel hari ini menjadi calon untuk jawatan nombor dua.


palanivel subramaniam 010913Palanivel (kanan) menerima 617 pencalonan, jauh mendahului jumlah minimum 50 yang ditetapkan.

Sementara itu, Bernamamelaporkan, keputusan itu disambut sorakan dan laungan "Hidup Palanivel" oleh hampir 1,500 penyokong yang berkumpul di ibu pejabat MIC di Jalan Rahmat di Kuala Lumpur sejak 9 pagi.

Pengerusi jawatankuasa pemilihan presiden MIC Tan Sri K Kumaran mengumumkan kemenangan Palanivel itu sebagai presiden kelapan untuk tempoh tiga tahun (2013-2016) atau sehingga pemilihan presiden akan datang

Perlembagaan parti menetapkan calon yang mahu bertanding jawatan presiden mesti menjadi pengerusi cawangan dan mendapat 50 pencalonan dan setiap pencalonan perlu mempunyai seorang pencadang dan lima penyokong.

'Terima kasih akar umbi'

Bercakap kepada pemberita selepas pengumuman itu, Palanivel mengucapkan terima kasih kepada pemimpin akar umbi MIC, khususnya pengerusi cawangan yang memberi kepercayaan kepada beliau untuk menerajui parti 77 tahun itu.

"Saya amat terharu dengan sokongan padu dan kepercayaan yang diberikan kepada saya. Saya menghargai keyakinan anda terhadap diri saya," Palanivel, 64, dipetik sebagai berkata kepada penyokongnya yang berkumpul untuk pengumuman rasmi itu.

Palanivel, yang mengambil alih pucuk pimpinan parti selepas bekas menteri kerja raya Datuk Seri S Samy Vellu berundur parti 2010.

Malaysiakini;/-

Hujan lebat: Trafik bergerak perlahan di Lembah Klang

Posted: 01 Sep 2013 04:10 AM PDT

25 Syawal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 1 Sept. - Trafik dilapor bergerak perlahan di beberapa lebuh raya sekitar Lembah Klang petang ini berikutan hujan lebat dan banjir kilat di beberapa kawasan.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memberitahu Bernama, setakat 5 petang, trafik perlahan di Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dari PJS2 menuju Maju Jaya serta di persimpangan lampu isyarat Taman Medan kerana banjir kilat.

"Trafik juga dilaporkan bergerak perlahan di Lebuhraya Kesas dari Sri Petaling menuju ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) disebabkan hujan lebat dan faktor cuti hujung minggu.

"Keadaan sama berlaku selepas Plaza Tol Grand Saga menuju ke Plaza Phoenix serta dari Plaza Tol Sunway menuju ke Lebuhraya Persekutuan," kata jurucakap itu.

Sementara itu, Jurucakap Bomba Kuala Lumpur berkata pihaknya menerima laporan banjir kilat di Jalan Klang Lama kira-kira 4.50 petang dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil telah dikerahkan ke lokasi berkenaan.

Jurucakap itu berkata pihaknya menerima beberapa laporan kenaikan paras air di beberapa kawasan di ibu negara akibat hujan lebat, namun telah surut selepas hujan reda.

Dalam pada itu, jurucakap Bomba Selangor berkata pihaknya menerima laporan kejadian pokok tumbang kira-kira 4 petang di beberapa kawasan di sekitar bandar Klang dan Pekan Meru dipercayai berpunca daripada angin kencang serta hujan lebat.

Beberapa jentera dari balai bomba berhampiran telah dikerahkan bagi mengalihkan pokok-pokok berkenaan, katanya. - BERNAMA

Gempa bumi sederhana di Irian Jaya, Indonesia

Posted: 01 Sep 2013 04:08 AM PDT


25 Syawal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter berlaku di wilayah Irian Jaya, Indonesia pada jam 1.57 pagi ini. 


Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berpusat di Kilometer 491 tenggara Sorong, Indonesia dan kilometer 1,971 tenggara Semporna, Sabah. 


Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami. - BERNAMA 

Hanya pukat tunda bersaiz lebih 38mm dibenarkan mulai 1 November ini

Posted: 01 Sep 2013 04:05 AM PDT

25 Syawal 1434 H. [MOD] -

BERA: Kerajaan akan menguatkuasakan penggunaan pukat tunda yang lubang jaringnya melebihi 38 milimeter (mm) mulai 1 November ini bagi menyelamatkan benih ikan laut daripada pupus. 

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penguatkuasaan itu mengikut Akta Perikanan 1985 dalam usaha memulihara sumber marin di perairan negara ini.


"Kita akan mengambil tindakan mulai 1 November ini dengan menjalankan operasi oleh Jabatan Perikanan," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Raya dan Ramah Mesra anjuran Jabatan Pertanian di sini, hari ini. 

Beliau berkata, beberapa buah negara lain menguatkuasakan penggunaan pukat tunda dengan saiz lubang jaring lebih besar iaitu Brunei 55mm, Myanmar dan Bangladesh masing-masing 60mm. 

"Tujuannya bukan untuk menyekat rezeki para nelayan tetapi bagi memastikan ikan ataupun sumber marin terus berkekalan dan secara langsung dapat memastikan pendapatan nelayan pantai tidak terjejas," katanya. 

Beliau berkata, pukat saiz lama yang lebih kecil lubang jaringnya itu menyebabkan banyak ikan kecil terperangkap di dalam pukat tunda terbabit dan hasil tangkapan itu pula dijadikan baja. 

Katanya, terdapat 6,116 bot pukat tunda daripada kelas B, C dan C2 di seluruh negara dan di Pahang saja terdapat 429 pengusaha bot yang menggunakan pukat tunda.

"Bagi lesen kelas B, mereka dibenarkan menangkap ikan dalam lingkungan 5 hingga 12 batu dari pantai, kelas C sekitar 12 hingga 30 batu dan C2 sekitar 30 batu sehingga Zon Ekonomi Eksklusif," katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata, Jabatan Perikanan membatalkan 26 lesen bot nelayan tempatan selepas didapati disewakan kepada nelayan warga Vietnam. 

Beliau berkata, pihak kementerian mendapat bantahan daripada beberapa pengusaha bot nelayan yang meminta kerajaan mengambil tindakan terhadap nelayan warga Vietnam yang didakwa berleluasa di Pantai Timur. 

"Saya ingin perjelaskan dakwaan kononnya nelayan Vietnam yang dikatakan menjadi pengusaha bot nelayan di negara ini adalah tidak benar, mereka adalah awak-awak kepada pengusaha bot tempatan bagi mengisi kekosongan awak-awak tempatan," katanya. - BERNAMA

257 lelaki ditahan dalam operasi banteras lumba haram dan rempit

Posted: 01 Sep 2013 04:01 AM PDT

25 Syawal 1434 H. [MOD] -

KUANTAN: Sebanyak 257 lelaki berusia 16 hingga 30 tahun termasuk seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) ditahan dalam operasi membanteras kegiatan lumba haram dan merempit di Jalan Kuantan-Gambang, di sini. 


Semua yang ditahan dalam operasi bermula 12 malam tadi hingga 6 pagi ini dipercayai sering berkumpul di situ pada setiap malam minggu sebelum mengadakan lumba haram dan merempit. 


Dalam 'Ops Rempit' selama enam jam itu, terdapat beberapa penunggang motosikal bertindak melarikan diri dengan meninggalkan motosikal masing-masing bagi mengelak daripada ditahan polis. 


Ketua Bahagian Ketenteraman Awam/Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Asisten Superintendan Ahmad Nazri Zainal yang mengetuai operasi itu berkata dua daripada yang ditahan itu berusia 16 dan 21 tahun didapati positif dadah jenis methamphetamine dan pil kuda. 



"Sementara seorang OKU, 23, turut ditahan kerana tidak memiliki lesen selain turut merempit," katanya di sini, hari ini. 



Menurutnya, sebanyak 109 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik dan 31 motosikal disita. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Nuffnang