Selasa, 20 Ogos 2013

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


KEADILAN Akan Lawan Cadangan Ccris Peminjam PTPTN Yang Menjerut Belia

Posted: 19 Aug 2013 06:30 PM PDT


KUALA LUMPUR 19 Ogos: KEADILAN akan memastikan kerajaan membatalkan tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melaksana Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), kata Pengarah Strateginya, Mohd Rafizi Ramli.
demo-hapus-ptptnIa berikutam kenyataan Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh bahawa PTPTN akan melaksanakan CCRIS dengan kerjasama  Bank Negara bagi menyenaraihitam peminjam yang gagal membayar pinjaman.
Rafizi yang sebelum ini mengumumkan pelan Pendidikan Percuma Pakatan Rakyat berkata, tindakan itu mengakibatkan peminjam disenarai hitam daripada membuat pinjaman lain termasuk  membeli kenderaan.
"Saya kecam usaha PTPTN mengambil jalan CCRIS ini. Kita akan lawan sampai PTPTN batalkan hasrat itu,"  tulisnya di Twitter malam tadi.
"CCRIS. Maksudnya blacklisted untuk loans dari bank kalau tidak bayar PTPTN. Nak beli motor tidak boleh," kata Rafizi yang menerima banyak pertanyaan mengenai perkara itu di Twitter.
CCRIS adalah laporan bulanan yang dihantar institusi kewangan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memaklumkan mengenai situasi ansuran ke atas pinjaman yang dilakukan pada setiap bulan dalam tahun semasa.
Semua transaksi ansuran bulanan akan dihantar ke Bank Negara untuk dijadikan sebagai rujukan institusi kewangan.
Aktiviti pembayaran yang akan direkod adalah seperti bayaran ansuran sewa beli kenderaan, ansuran pembiayaan perumahan, ansuran pinjaman peribadi (personal loan) dan ansuran kad kredit
Sementara itu, Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhammad Safwan Anang menyifatkan langkah terbaru itu menambah beban anak muda terutama graduan yang masih belum mendapat pekerjaan.
"Ini pastinya menambah beban kami. Bayaran PTPTN itu sendiri mengurangkan pendapatan bulanan anak muda, apatah lagi dengan CCRIS ini menyebabkan kesukaran meminjam untuk membeli kereta dan rumah. Itu tidak termasuk kos sara hidup yang kian melonjak selain kadar pengangguran dalam kalangan graduan," katanya.
Beliau sekali lagi menegaskan pentingnya pelaksanaan Pendidikan Percuma dan pemansuhan PTPTN sebagaimana dituntut anak muda sebelum ini.
"Kami akan membincang perkara ini dalam masa terdekat sambil meninjau respon menteri lain terutama Khairy Jamaluddin yang sebelum ini bercakap mengenai isu kebankrapan di kalangan anak muda. Apa pula responnya selepas ini," katanya lagi.

keadilandaily

Pembelian Senjata Api Secara Online ? Gila dan Bahaya

Posted: 19 Aug 2013 06:10 PM PDT


Bukan sahaja murah tetapi juga senang diperoleh, itu tanggapan yang dapat diungkap terhadap dua akaun Facebook yang mendakwa menjual senjata api dalam talian, di negara ini. 
Satu daripada akaun itu mendakwa menawarkan pelbagai senjata api termasuk pistol, revolver dan 'assault rifle' dalam lingkungan harga antara RM500 dan RM15,000.

Menurut akaun Facebook itu, raifal AK-47 dijual dengan harga RM12,000 manakala pistol Smith & Wesson RM500 dan revolver termasuk dua kotak peluru dijual pada harga RM15,000.

Satu lagi akaun Facebook mendakwa menawarkan kira-kira 10 jenis senjata api antaranya E&C M16A4, airsoft gun Tercel M1911 serta S&T Mosin Nagant Gas Rifle (Real Wood) dengan harga antara RM600 dan RM1,250.

Berdasarkan gambar yang dipapar, senjata terbabit menyerupai senjata sebenar.

Akaun Facebook itu diwujudkan Februari lalu dan mendapat 688 'likes' di samping menjadi topik perbualan 141 pengguna yang melayari akaun berkenaan.

Pengendali akaun juga dapat dihubungi menerusi nombor telefon mudah alih yang dipapar pada akaun itu serta memberi respons kepada khidmat pesanan ringkas yang dihantar oleh wartawan Bernama ini.

Kewujudan dua akaun Facebook itu menimbulkan persoalan mengenai penguatkuasaan undang-undang di negara ini apabila orang ramai dilihat dapat memperoleh senjata api dengan mudah tatkala kejadian tembak meningkat kebelakangan ini.  

Sepanjang Julai lepas beberapa kes tembak dilaporkan termasuk yang berprofil tinggi membabitkan pengasas Ambank Hussain Ahmad Najadi yang maut ditembak ketika keluar dari sebuah tokong di Lorong Ceylon dekat Kuala Lumpur.

Sehari sebelum itu pada 28 Julai, aktivis pemantau jenayah R. Sri Sanjeevan parah ditembak dua lelaki dalam kejadian di Bahau, Negeri Sembilan.

Pada 5 Julai seorang guru di Kelantan cedera parah selepas ditembak di leher.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika diminta mengulas mengenai kewujudan akaun terbabit, berkata pihaknya akan menyiasat mengikut Seksyen 11 Akta Senjata 1960 jika benar mereka menawar dan menjual senjata api di negara ini.

"Jual senjata api tanpa lesen yang sah adalah kesalahan serius," katanya yang dihubungi Bernama.

Sementara itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata tindakan mereka yang menjual senjata api secara terbuka menunjukkan mereka tidak gentar dengan undang-undang sedia ada.

"Hukuman berat perlu dikenakan supaya mereka tidak sesuka hati menjual senjata api.

"Malahan, sebagai negara yang mempunyai undang-undang ketat, pihak berkuasa dan kerajaan juga harus menjalankan siasatan terperinci agar mereka dapat ditahan dan menjadi pengajaran kepada penjenayah lain," katanya.

Bernama

Tiada ulasan:

Nuffnang