Rabu, 14 Ogos 2013

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Ketua Utama Sami Buddha Malaysia Memohon Maaf Kepada Umat Islam Malaysia

Posted: 13 Aug 2013 08:00 PM PDT


KUALA LUMPUR - Ketua Utama Samy Buddha Malaysia, Datuk K. Sri Dhammaratana Nayake Maha Thera memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam atas tindakan sekumpulan penganut Buddha dari Singapura mengadakan sesi meditasi di surau sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor baru-baru ini.

Walaupun beliau sendiri tidak mengenali anggota kumpulan itu, namun atas dasar tanggungjawab, beliau melahirkan rasa kesal terhadap perbuatan tidak bertanggungjawab itu dan berharap kejadian sedemikian tidak berulang.

"Kumpulan luar itu sepatutnya mendapatkan tempat sesuai dan memahami sensitiviti budaya dan tradisi tempatan sebelum melakukan ritual.

"Saya minta seluruh masyarakat Islam menerima permohonan maaf ini dan akan menentukan kejadian itu tidak akan berulang," katanya ketika dihubungi Bernama.


Beliau menasihatkan penganut Buddha agar menghormati sensitiviti mana-mana penganut agama lain.

Beliau berkata penganut Buddha mestilah sentiasa menyedari prinsip asas yang ditegakkan oleh Buddha: "...Tidak mungkin seseorang itu dapat mencipta kesenangan atas kesusahan orang lain".




- BERNAMA

TPPA Memberi Ruang Kepada Pelabur Asing Mencabar Undang-undang Negara

Posted: 13 Aug 2013 07:43 PM PDT


PETALING JAYA 12 OGOS : Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) bakal mengaut wang rakyat berjumlah kira-kira RM27 bilion menerusi cukai pendapatan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, Pakatan Rakyat sudah melahirkan kebimbangan berhubung hal itu sejak isu berkenaan dibincang
"Melihat kepada cara kaedah rundingan dan kerahsiaan yang dibuat, terpapar beberapa perkara yang akan memberi kesan negatif terhadap bidang perubatan, pertanian dan perkhidmatan
"Maka, kita pada dasarnya menolak rundingan diteruskan sebelum isu pokok diperjelas. Kerajaan BN pula berdolak dalik dengan memberi gambaran positif pada awalnya dan biarpun kini mula negatif.
"Akan tetapi rundingan itu tetap juga diteruskan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.
TPPA adalah rundingan perjanjian dicadangkan FTA yang berlangsung antara 12 negara rantau Asia Pasifik, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Filipina, Amerika Syarikat, Vietnam dan Jepun ada gabungan keluaran dalam negara kasar (KDNK) melebihi AS$33 trilion akhir tahun lalu.
Pada masa ini, Amerika Syarikat (AS) mempunyai FTA dengan enam negara iaitu Australia, Kanada, Chile, Mexico, Peru dan Singapura.
Pada sidang media itu, Anwar percaya AS adalah perunding utama di belakang kebanyakan cadangan dilakukan melalui TPPA.
"Dengan semua 29 bab dalam rundingan dengan 10 daripadanya menjadi keutamaan FTA, kita melihat usaha AS untuk mengenakan tekanan ekonomi menerusi pasaran bebas, pembatalan kawal selia di kalangan negara kecil.
"Kesan negatif terhadap ekonomi tempatan tentu memberi impak dalam kehidupan rakyat apabila nilai mata wang negara akan jatuh di pasaran," katanya.
- FZL

"Beta mendapati ajaran Syiah Ini Mula Disebarkan Di Selangor Oleh Mereka Yang Tidak Bertanggungjawab"-DYMM Sultan Selangor

Posted: 13 Aug 2013 07:15 PM PDT


SHAH ALAM  : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat agar sentiasa berwaspada terhadap penyebaran ajaran sesat yang jauh menyimpang dari ajaran agama Islam sebenar.
Ini kerana titah baginda, ajaran yang mengelirukan rakyat boleh membawa keadaan huru-hara jika tidak dibendung sebagaimana ajaran Syiah yang ternyata berbeza dengan ajaran Al Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan sejak dahulu lagi.

"Beta mendapati ajaran Syiah ini  mula disebarkan di Selangor oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
"Beta khuatir fenomena in menjadi suatu barah yang menular di dalam senyap dan berkemungkinan ianya akan mengakibatkan Selangor dan Malaysia akhirnya mengalami nasib yang sama seperti apa yang berlaku di beberapa negara Islam di luar negara," titah baginda.
Sultan Sharafuddin bertitah demikian dalam Majlis Perasmian Masjid Taman Subang Perdana sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri di Subang perdana di sini semalam.
Baginda amat memandang berat perkara itu kerana baginda tidak mahu berlakunya perselisihan dan pergaduhan di kalangan umat Islam di Selangor.
"Oleh yang demikian, Beta berkenan supaya golongan imam, ahli jawatankuasa masjid serta ahli ilmuwan agama Islam supaya terus memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada rakyat jelata tentang kepentingan memelihara ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah agar umat Islam di Selangor sentiasa berada di landasan yang benar dan tidak terjerumus ke lembah kesesatan.
"Beta berkenan supaya segala jenis pendekatan digunakan untuk tujuan pendidikan termasuk penggunaan media elektronik atau media cetak dan ianya hendaklah merangkumi seluruh peringkat umur dan latar belakang rakyat," titahnya.
Sultan Selangor turut mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut Aidilfitri kepada seluruh rakyat Selangor yang beragama Islam.
Sebelum perasmian masjid, Sultan Selangor berkenan menyampaikan sumbangan kepada 250 asnaf fakir dan miskin, 100 asnaf muallaf dan 197 anak yatim bagi daerah Petaling dalam majlis itu serta menerima pembayaran zakat perniagaan daripada Timbalan Presiden II, KPJ Healthcare Berhad, Yusof Ismail berjumlah RM400,000.
Turut hadir, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Marzuki Hussin dan barisan Exco Kerajaan Negeri.
Masjid Taman Subang Perdana yang asalnya surau Al-Hijrah pada 1996 dibina semula dam disiapkan pada Ogos 2008 dengan kos RM3.6 juta mampu menampung jemaah seramai 1,400 orang pada sesuatu masa.

selangorku

Rizab Selangor Meningkat Hampir RM 3 Bilion

Posted: 06 Aug 2013 07:27 PM PDT

PELABUHAN KLANG,: Laporan kewangan terkini dari Jabatan Perbendaharaan Kerajaan Negeri Selangor menunjukkan rezab Kerajaan Negeri Selangor terus meningkat dari RM2.7 bilion sebelum ini kepada hampir mencecah RM3 bilion.
Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, wang rezab itu kemudiannya akan diuruskan mengikut satu garis panduan yang akan diumumkan dalam Belanjawan 2014 pada bulan November akan datang.
"Dalam Belanjawan November nanti kita akan terangkan bagaimana kita mentadbirkan rezab negeri, bagaimana penggunaannya jika perlu.
"Hanya lima tahun lepas kita asyik sibuk memastikan simpanan kita terkumpul, baru kali ini kita dah ada simpanan terkumpul dan sekarang kita boleh buat beberapa program menggunakannya dengan lebih tertib dan lebih efisyen," kata Abdul Khalid .
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jom Shopping Bantuan Raya di Pasaraya Besar Econsave, Pandamaran di sini.
Ujar, Abdul Khalid memberitahu pada ketika ini Kerajaan Negeri tidak menetapkan sasaran jumlah tertentu yang perlu ada dalam rezab Kerajaan Negeri.
Sebaliknya menurut beliau, jumlah rezab tersebut  bergantung kepada keadaan ekonomi semasa.
"Terpulang pada keadaan ekonomi negeri, kalau ekonomi meningkat, hasil negeri meningkat dan tentulah simpanan negeri dipertingkatkan.
"Ekonomi ini ada turun naik, kalau ekonomi turun kita boleh gunakan rezab ini untuk menolong Kerajaan Negeri dalam pentadbiran," ujar Abdul Khalid lagi.

selangorku

Tiada ulasan:

Nuffnang