Nuffnang

:: cina islam | 2011 ::

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:34 PG

:: cina islam | 2011 ::


Semoga Syawal berjaya memugar tarbiah Ramadhan

Posted: 07 Aug 2013 02:24 AM PDT


29 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


Perutusan Idulfitri 1434H

الله أكبر الله أكبر الله أكبر

الله أكبر الله أكبر الله أكبر

الله أكبر الله أكبر الله أكبر

بسم الله الرحمن الرحيم. قال الله تعالي : "قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ"

yang bermaksud : Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah ali-Imran, ayat 26)


Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izinNya kita masih diberikan peluang untuk meraikan Syawwal pada tahun ini. Sama ada ini merupakan Syawwal yang terakhir atau tidak di dalam hidup kita, hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui. Sesungguhnya perjalanan hidup ini seluruhnya berada di dalam genggaman kekuasaan Allah SWT. Dia berhak mematikan sesiapa yang dikehendaki pada bila-bila masa yang dikehendaki tanpa sebarang tanda dan amaran.

Segala kebesaran milik Allah SWT yang menguji kita umat Islam pada Syawwal kali ini dengan tragedi-tragedi yang menyayat hati di seluruh dunia. Kesemuanya mengingatkan kita agar sentiasa menyedari dan menginsafi bahawa kerajaan adalah milik Allah SWT. Pada hari ini di saat mana-mana kerajaan berkuasa, belum tentu lagi di hari esok ia akan terus menjadi kerajaan. Hakikatnya, kerajaan di langit dan di bumi semuanya milik Allah SWT.

Saya menyatakan perkara ini bagi mengingatkan kita semua tentang apa yang sedang berlaku di bumi ambiya' iaitu di Mesir pada hari ini. Kita menyambut Syawwal dalam keadaan saudara-saudara kita di Mesir sedang berdepan dengan rampasan kuasa yang sungguh menyayat hati. Sekalipun demokrasi telah mengesahkan kemenangan kerajaan pilihan rakyat, namun muncung senapang sekali lagi menjadi senjata sekular untuk menidakkan demokrasi. Pada saat rakyat di seluruh Mesir bangkit hanya bersenjatakan doa dan perarakan aman sahaja, mereka dipaksa untuk bersahur dan berbuka dengan berdilan peluru oleh tentera negara mereka sendiri.

Ini juga yang berlaku di Syria. Kita laungkan takbir raya pada saat kaum muslimin di Syria sedang melaungkan takbir jihad. Kita melakukan persiapan membeli pakaian hari raya ketika kaum lelaki di Syria menyiapkan kelengkapan perang menentang rejim zalim yang enggan turun dan tunduk pada desakan rakyat. Hasilnya, saban hari kita melihat gambar-gambar mereka yang terkorban di Syria dibunuh tanpa belas kasihan.

Inilah ujian daripada Allah SWT. Ujian kepada tahap persaudaraan yang kita miliki. Justeru, dalam pada kita riang gembira menyambut hari raya pada kali ini, luangkan masa kita untuk sama-sama menadah tangan agar Allah SWT menurunkan pertolonganNya kepada umat Islam di Mesir, Syria bahkan di seluruh dunia termasuklah di negara kita Malaysia. Teruskan berjuang dan berdoa, agar kezaliman melutut sujud di hadapan kebenaran.

Semoga Ramadhan yang berlalu berjaya memahat nilai taqwa dalam benak sanubari kita. Semoga Syawwal yang tiba juga berjaya memugar kembali kekuatan hasil tarbiah Ramadhan yang kita lalui. Ingatlah, jika di bulan Ramadhan berlakunya perang Badar, maka di bulan Syawwal telah berlakunya perang Ahzab. Kedua-duanya dimenangi dengan gilang gemilang oleh Rasulullah SAW.

Tiada yang pelik jika pertolongan Allah SWT yang pernah turun di medan Badar dan Ahzab akan turun buat kesekian kalinya untuk umat Islam pada hari ini. Syaratnya, iman dan taqwa hendaklah menjadi hantaran buat meminang nusrah daripada Allah SWT, Tuhan pemilik segala kerajaan.

الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد

Salam hormat, selamat hari raya Idulfitri 1434H

YB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Al-Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

MP lapor polis artikel 'Cina mahu duit zakat'

Posted: 06 Aug 2013 11:40 PM PDT

29 Ramadhan 1434 H. [MOD] -



 
Anggota Parlimen Seputeh daripada DAP Teresa Kok hari ini membuat laporan polis ekoran tulisan di sebuah blog yang menurutnya berniat jahat, berbentuk hasutan dan menimbulkan kebencian terhadapnya.

Beliau mendesak polis menyiasat tulisan berjudul "Cina pun mahu duit zakat - Teresa Kok" yang disiarkan dalam www.bnbesut.blogspot.com antara 4 dan 5 Ogos.

NONE
Tulisan itu kemudiannya dikongsi meluas di laman sosial Facebook, katanya.

"Ini fitnah jenayah... pihak polis harus menyiasatnya. Ia juga satu bentuk hasutan kerana membuatkan orang Islam marah pada saya," kata Kok kepada Malaysiakiniselepas membuat laporan polis pagi ini.

Kok berkata, beliau mengambil "langkah pencegahan" bagi mengelakkan polis mencarinya seperti yang berlaku pada 2008. 

Beliau ketika itu ditahan bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (KDN) selama seminggu.

Malaysiakini/-

Naqsabandiyah Indonesia raya semalam

Posted: 06 Aug 2013 11:37 PM PDT

29 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Meskipun umat Islam di seluruh Indonesia dijangka menyambut Aidilfitri secara serentak pada Khamis ini, namun sekumpulan pengikut tarekat Naqsabandiyah di Padang, Sumatera Barat sudah pun meraikannya semalam, dua hari lebih awal.


Pengikut tarekat itu mula melaungkan takbir raya malam semalam sebagai tanda menyambut 1 Syawal 1434 Hijrah di surau Baitul Makmur, daerah kecil Pauh, Kota Padang.




Pagi tadi para pengikutnya yang dianggar lebih 5,000 orang di sekitar Padang serta Daerah Solok dan Solok Selatan menunaikan Solat sunat Aidilfitri, media tempatan melaporkan semalam.



Setiausaha surau Baitul Makmur, Edizon berkata kumpulan itu menetapkan Aidilfitri jatuh pada 6 Ogos kerana mereka mula berpuasa sejak 7 Julai.



Mereka menggunakan kaedah perkiraan yang dinamakan hisab munjid, yang dikatakan berasal dari Mekah dan ia dilakukan dengan cara mengira 360 hari dari 1 Ramadan pada tahun lalu dan setiap tahunnya para pengikut tarekat itu selalunya berpuasa 30 hari.



Di Kota Padang, terdapat lebih 70 masjid dan surau tempat ibadat para pengikut tarekat Naqsabandiyah yang meliputi daerah kecil Pauh, Lubuk Kilangan dan Lubuk Begalung.



Pusat aktiviti kumpulan itu ialah di surau Baitul Makmur, di daerah kecil Pauh, Kota Padang.



- Bernama

ADUN PAS Hanya Ada Kereta & Motosikal

Posted: 06 Aug 2013 11:32 PM PDT

29 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu, Phee Boon Poh barangkali memiliki aset paling banyak dikalangan wakil rakyat, Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.
Beliau memiliki lapan hartanah termasuk aset bersama ada antaranya berada di Hamilton, New Zealand.
Menurut deklarasi aset beliau, Phee yang juga Exco Kerajaan Negeri, memiliki rumah (harta pusaka) dan tanah di Hamilton, sebuah pangsapuri di Pantai Molek, Butterworth, sebuah rumah di Taman Dalia, sebuah rumah kedai di Bandar Mutiara (harta pusaka), tanah di Teluk Air Tawar, sebuah penthouse di Bagan Ajam dan tanah banglo di Batu Kawan.

Phee juga memiliki pegangan di 24 syarikat dan enam syarikat unit amanah.
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, memiliki dua buah rumah kedai di Melaka, aset yang hampir sama ketika kali pertama beliau mengetuai kerajaan Pulau Pinang pada 2008
Beliau mempunyai simpanan tetap sebanyak RM308,368 dan pegangan di lapan syarikat unit amanah.
Sebuah rumah kedai itu merupakan pemilikan bersama dan dibeli pada harga RM435,000 sementara sebuah lagi dibeli pada harga RM530,000.
Lim telah selesai membayar pinjaman sebanyak RM300,000 bagi rumah kedai pertama, dan pinjaman sebanyak RM350,000 bagi rumah kedai kedua tahun lalu.
Beliau tidak mempunyai sebarang kenderaan.
Seorang lagi Exco Kerajaan Negeri, Lim Hock Seng, also from DAP, memiliki sebuah rumah di Seberang Jaya, sebuah flat di Mutiara Perdana, flat di Vista Perdana, sebuah rumah kedai di Jalan Raja Uda dan sebuah kilang di Permatang Pauh (milik bersama)serta dua bidang tanah di Teluk Air Tawar.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS negeri dan ADUN Permatang Pasir, Datuk Salleh Man tidak memiliki sebarang hartanah dan pegangan.
Beliau hanya mempunyai sebuah motosikal dan kereta Toyota Corolla Altis yang masing-masing berharga RM5,000 dan RM118,000
Datuk Abdul Malik Abul Kassim daripada PKR juga tidak memiliki sebarang hartanah atau pegangan saham.
Abdul Malik yang juga Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Batu Maung penggal kedua, memiliki sebuah Proton Tiara, Honda CRV, dan Ford Ranger yang dibelinya masing-masing pada harga RM36,000, RM143,000 dan RM32,000.
ADUN Machang Bubuk daripada PKR, Lee Khai Loon juga tidak memiliki sebarang hartanah namun beliau mempunyai 10,254 unit Amanah Saham Wawasan 2020 dan deposit tunai bernilai RM41,990.
ADUN Sungai Pinang, Lim Siew Khim daripada DAP pula hanya mempunyai sebuah rumah flatdan Proton Wira yang dibelinya masing-masing pada harga RM50,00 and RM43,000.
Dia membuat pinjaman bernilai RM45,000 dan RM23,000 untuk membeli rumah flat dan kereta tersebut.
ADUN Sungai Bakap Maktar Shapee daripada PKR memiliki tanah (harta pusaka) di Seberang Prai Selatan dan sebuah Proton Persona yang dibeli pada harga RM60,000.
Beliau juga tidak mempunyai sebarang hartanah, pegangan atau unit saham amanah.

Hujan Sebelah Pagi di Tiga Negeri Esok & Jumaat - Jabatan Meteorologi

Posted: 06 Aug 2013 11:24 PM PDT


29 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka pada sebelah pagi esok dan Jumaat ini.

Menurut jabatan itu dalam laman sesawangnya, hujan akan berlaku di satu dua tempat di kawasan pantai bagi negeri berkenaan.
Ribut petir diramalkan berlaku di satu dua tempat bagi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor pada sebelah petang bagi tempoh dua hari berkenaan.

"Manakala Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka akan mengalami hujan sementara di satu dua tempat pada sebelah petang Jumaat ini," kata jabatan itu.
Sementara itu, tiada hujan diramalkan pada sebelah pagi esok dan Jumaat ini di Sarawak dan Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.
Namun, sembilan kawasan di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Sarikei, Betong, Sri Aman, Mukah, Miri, Limbang dan Bintulu diramal berlaku ribut petir di satu dua tempat pada sebelah petang esok.
Bagi Sabah pula, kawasan Kudat, Pantai Barat, Sandakan dan zon pedalaman akan turut dilanda ribut petir di satu dua tempat pada sebelah petang esok.
"Manakala semua bahagian di Sarawak dan Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan diramal dilanda ribut petir di satu dua tempat pada Jumaat ini," kata jabatan itu.
Orang ramai boleh merujuk kepada laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia: http://www.met.gov.my, dan klik pada kolum 'Pengumuman' untuk mengetahui maklumat cuaca. - BERNAMA

Kuin: Mukhriz cuba lepas tangan, kenyataan bercanggah

Posted: 06 Aug 2013 11:21 PM PDT

29 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

POKOK SENA: Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkenaan status Kolej Universiti Insaniah (Kuin), bertentangan dari fakta sebenar dan menjerat leher sendiri.

Menurut Mahfuz, Menteri Besar Kedah itu seperti mahu menyembunyikan fakta sebenar dan mahu lepas tangan apabila mendakwa status Kuin adalah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan bukan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

"Kita kesal dengan kenyataannya yang tidak berpijak dibumi nyata. Kenyataan ini amat menyimpang dari fakta sebenar dan saya amat kesal seorang MB boleh mengeluarkan kenyataan seumpama ini," bidasnya ketika mengadakan sidang media di Pokok Sena, semalam.

Mahfuz sebelum ini membangkitkan isu pembekuan gaji kakitangan Insaniah Holding selama tiga bulan yang cuba di ketengahkanoleh Mahfuz baru-baru ini dan meminta Mukhriz selaku Menteri Besar menyelesaikannya.

"Apabila kita bertegas akan membawa hal tersebut kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, beliau (Mukhriz) mengeluarkan kenyataan 'lepas tangan' seolah-
oleh kerajaan negeri tidak terlibat atau bertanggungjawab dalam hal demikian.

"Kolej Universiti Insaniah Sdn Bhd merupakan milik penuh kerajaan negeri dan Lembaga Kuin sendiri dilantik oleh kerajaan negeri. Malah Pengerusi Lembaga Insaniah adalah Menteri Besar sendiri. 

"Oleh itu adalah tidak wajar sekiranya dikatakan masalah yang dihadapi oleh kakitangan Insaniah Holding bukan masalah kerajaan negeri," tegasnya lagi. 

Sambung beliau lagi, Kuin didaftarkan di bawah Akta Institut Pendidikan Tinggi Swasta dan akan tamat tempoh pada 17 Mei 2016. Walau pun Kuin milik kerajaan negeri namun statusnya adalah IPTS bukan IPTA. 

Apabila Mukhriz mengatakan masalah kakitangan Insaniah Holding bukan bidang kuasa kerajaan negeri, beliau menyifatkan kenyataan itu sangat pelik dan tidak berasas.

"Insaniah Holding merupakan milik penuh Kolej Universiti Insaniah Sdn Bhd kerana apabila sesebuah institusi pengajian yang didaftarkan sebagai institusi swasta, antara syaratnya ianya memerlukan syarikat yang mengendalikannya.

"Oleh itu Insaniah Holding mempunyai kaitan serta pemegang 'share' dengan Kolej Universiti Insaniah Sdn.Bhd. Kenyataan beliau yang menyifatkan Kuin bukan universiti swasta dan menafikan kelayakan mendapat ganjaran seperti kakitangan swasta amatlah dikesali.

"Kerana setakat ini kerajaan negeri masih gagal membuat keputusan secara rasmi berhubung status kakitangan Insaniah Holding dan mereka masih dinafikan hak untuk menerima gaji," ujarnya.

Mahfuz juga mempersoal kenapa Mukhriz secara tiba-tiba mengatakan wujudnya penyelewengan di Insaniah Holding. 

Jika betul dakwaan itu, beliau meminta Mukhriz melaporkan hal demikian kepada pihak polis atau SPRM untuk menyiasat, tetapi dalam sebarang situasi, gaji pekerja tetap perlu dibayar.

"Dia kata ada kakitangan yang tak layak (tidak cukup syarat) bekerja di situ, ok, kerajaan negeri boleh buang mereka tetapi perlu ikut prosuder mengikut undang-undang yang ditetapkan. Tetapi menafikan hak dan gaji mereka tanpa bersebab adalah tidak wajar dan tidak berperikemanusian," terjah Mahfuz.

Beliau berharap Mukhriz tidak melepaskan geram atau dendam politiknya kepada pihak tertentu kepada kakitangan Insaniah Holding. 

Malah, Mahfuz juga mempertikaikan kewajaran Mukhriz mahu menyelesaikan masalah berkenaan secara ehsan, sedangkan kakitangan itu mempunyai hak mengikut perjanjian untuk menerima gaji mereka yang dinafikan sejak Mei lalu.

"Saya berharap, Menteri Besar dapat menterjemahkan erti berpuasa di bulan Ramadan. Jangan tunggu sehingga tindakan undang-undang diambil kerana ini boleh
menjatuhkan nama baik sesebuah kerajaan kerana gagal memberi hak sewajarnya kepada pekerja tanpa sebab yang munasabah," sambungnya lagi.

Kesal kenyataan MB

Sementara itu, wakil Insaniah Holding, Fadli kesal dengan kenyataan MB, kononnya mereka diambil tidak mengikut prosedur dan tidak mempunyai kelayakan sepatutnya. 

Kenyataan berkenaan katanya, seolah-oleh menghina kewibawaan sesetengah pensyarah yang diambil terus dari universiti awam di Malaysia seperti Universiti Sains Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia. 

"Pengambilan pekerja mengikut 'Labour Law' dan kita mengadakan temuduga terlebih dahulu, kalau tak layak macamana kita boleh adakan program perubatan dan 
multimedia serta lain-lain. Adakah pensyarah yang kita tawarkan ke sini tidak mempunyai kelayakan? Macam mana yang kita ambil dari USM dan UKM, adakah mereka
juga tidak layak? " soal beliau kesal

Beliau merayu agar gaji kakitangan Insaniah Holding dibayar segera memandangkan Eidul Fitri juga semakin dekat. 

"Jangan pula yang berpiket dan berdemontrasi dibela dan mendapat hak sedangkan yang betul-betul bekerja tidak mendapat perhatian," katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah menyatakan, adalah sesuatu yang memalukan apabila seorang Menteri Besar sanggup menyelewengkan fakta semata-mata untuk menidakkan hak kakitangan Insaniah Holding. 

Maklumnya, sebelum ini Kuin didaftarkan sebagai Institut Agama Islam Negeri Kedah (Insaniah Sdn Bhd). 

"Walau pun sekarang, Kuin diletakkan di bawah Badan Berkanun namun ianya tetap IPTS bukan IPTA kecuali Kerajaan Pusat ambil alih. Kalau dah tak mahu anak-anak syarikat yang berada di bawah Kolej Universiti Insaniah Sdn Bhd, tak ada masalah tetapi gaji pekerja dan kakitangan kena bayar. Perkara ini tidak boleh
didolak dalih

"Sebelum ini kerajaan negeri telah meluluskan RM14 juta setahun peruntukan kepada Kuin dan pada tahun 2013 pula dinaikkan sehingga RM17 juta setahun dan disalurkan melalui Kolej Universiti Insaniah Sdn Bhd," jelasnya.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Adun Tokai, Dato' Mohamed Taulan Mat Rasul, Adun Alor Mengkudu, Ustaz Ahmad Yahaya dan Adun Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim.

harakahdaily.net/

Wartawan ditembak mati di Guatemala

Posted: 06 Aug 2013 11:15 PM PDT

29 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

GUATEMALA CITY: Seorang wartawan radio ditembak mati di timur wilayah Zacapa, kata pihak berkuasa. 


Jurucakap Jabatan Bomba, Sergio Vasquez berkata, anggotanya menemui mayat Jesus Lima di dalam keretanya yang diletak di luar stesen Sultana Radio di bandar Zacapa. Mangsa ditembak sebanyak dua kali. 


Vasques berkata, wartawan radio berusia 68 tahun itu dilaporkan memasuki pejabat ketika dia dibunuh. Tiga wartawan dibunuh sepanjang tahun ini. - AP

PAS Terengganu rai perantau 2 Syawal di Rusila

Posted: 06 Aug 2013 11:12 PM PDT

29 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


KUALA TERENGGANU: Bersempena menyambut Aidilfitri tahun ini, PAS Terengganu menganjurkan Majlis Ramah Mesra Bersama Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) pada Jumaat, 2 Syawal 1434 bersamaan 9 Ogos di Dewan Tok Guru, bersebelahan Masjid Rusila, Marang.


"Program yang dijalankan sejak 10 tahun lalu ini bertujuan untuk mengumpul serta meraikan anak-anak perantauan yang pulang ke kampung halaman," kata Zaidan Abdullah, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Terengganu.



Beliau berkata, berikutan sambutan yang memberangsangkan pada tahun lepas, sambutan dikekalkan diadakan pada sebelah malam bagi kali kedua.



Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Persuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut serta pimpinan PAS negeri yang lain akan hadir dan beramah mesra dengan perantau mulai jam 8 hingga 11 malam.



Katanya, semua perantau anak Terengganu dijemput hadir. 



Untuk maklumat lanjut berhubung dengan program ini, boleh hubungi Zaidan (019-9186025) dan Mohd Raziqin (014-8291265).

Trafik di semua lebuh raya utama lancar dan terkawal

Posted: 06 Aug 2013 11:11 PM PDT

29 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Aliran trafik dari ibu negara ke arah utara dan selatan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan bergerak lancar dan terkawal setakat jam 10 pagi tadi. 

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway Berhad berkata, bilangan kenderaan di beberapa lebuh raya utama semakin bertambah namun lalu lintas masih terkawal. 

"Tiada kesesakan di semua lebuh raya setakat ini," katanya ketika dihubungi BERNAMA pagi ini. 



Jurucakap itu turut memberitahu keadaan trafik di sepanjang Jambatan Pulau Pinang lancar dan terkawal. 

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di lebuh raya utama lain juga bergerak lancar. 

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

Polis: Matikan peralatan elektrik sebelum cuti

Posted: 06 Aug 2013 07:19 PM PDT


29 Ramadhan 1434 H. [MOD] -



Polis semalam menasihatkan orang ramai yang ingin bercuti panjang semasa musim perayaan agar mematikan semua peralatan elektrik bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini, seperti kebakaran.

"Kita tidak mahu peralatan elektrik terlalu panas atau berlaku litar pintas yang menjurus kepada kebakaran. Tidak kurang daripada lima kes kebakaran dilaporkan dalam tempoh dua lepas bulan.


"Jadi, usaha perlulah dilakukan oleh semua pihak untuk memastikan tidak akan ada kejadian baharu," kata Timbalan Ketua Polis Sibu Supt Zayadi Sebeli kepada pemberita di Sibu semalam.

Beliau turut menasihat jiran tetangga agar menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan serta-merta jika melihat sebarang kejadian kebakaran dari rumah yang tidak berpenghuni, semasa musim perayaan.

Kejadian kebakaran terburuk di pekan ini berlaku pada 19 Jun lalu yang memusnahkan 60 buah rumah di Kampung Datu dan menyebabkan 144 keluarga terdiri daripada 597 orang, hilang tempat tinggal.

Kebakaran terbaharu ialah pada 1 Ogos lepas mengakibatkan 40 orang daripada 10 keluarga, hilang tempat tinggal apabila ia memusnahkan Rh. Rumah Panjang Franky, di Rantau Panjang.

- Bernama

Bakar lemang....

Posted: 06 Aug 2013 07:12 PM PDT

29 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

JOM BAKAR LEMANG...Pelajar-pelajar antarabangsa dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mencuba pengalaman membakar lemang pada program "Jom Bakar Lemang" anjuran Sukarelawan Kebajikan, Kelab Media Perlis (KEMPs) dan UniMAP di rumah KEMPs dekat Kangar pada Rabu. Sebanyak 500 batang lemang dibakar pada program tersebut yang melibatkan 200 orang sukarelawan terdiri dari Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), St. John Ambulans, Persatuan 4x4 Perlis, Persatuan Radio Amatur Melayu Malaysia (ASTRA), Persatuan Bekas Perajurit Negeri Perlis. -Foto BERNAMA

Polis kenal pasti dua suspek kes bunuh Imam Ya'kub

Posted: 06 Aug 2013 07:11 PM PDT

29 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


PATTANI: Polis selatan Thailand mengenal pasti dua daripada empat suspek yang terbabit dalam pembunuhan pemimpin agama berpengaruh, Imam Ya'kub Raimanee iaitu Imam Besar Masjid Jamek Pattani. 

"Bagaimanapun, kes itu masih lagi dalam siasatan sama ada pembunuhan itu berpunca daripada masalah peribadi atau kes keselamatan," kata Ketua Polis Daerah Pattani, Kolonel Polis Tuan Dir Juthanan pada sidang media, di sini, hari ini. 


Katanya hasil siasatan polis, peluru yang digunakan untuk menembak Ya'kub adalah jenis sama yang digunakan dalam 10 kes lain di Pattani. 


Ya'kub, 49, ditembak empat lelaki dalam jarak dekat di depan ratusan khalayak pada jam 4.40 petang semalam di pasar Ramadan Cabang Tiga di sini ketika membeli makanan berbuka puasa dengan isterinya. 

Berdasarkan rakaman CCTV, suspek menunggang dua motosikal dan memakai topi. Dua daripada mereka bersenjatakan pistol .38mm. 

Sementara itu, Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra menyampaikan ucapan takziah dan berkata, Ya'kub banyak berjasa di kawasan itu. 

"Insiden itu tidak seharusnya berlaku," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, hari ini. 
Ditanya adakah kejadian itu hasil kegagalan usaha keamanan di selatan Thailand, beliau berkata, kadang-kadang insiden itu berpunca masalah peribadi dan sehubungan itu meminta orang ramai supaya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terlebih dulu. 

Beliau meminta pihak berkuasa menyiasat perkara itu dengan segera, manakala masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu itu yang dianggap sensitif. 

Bagi khalayak di Pattani, kematian Ya'Kub adalah kehilangan besar dan mengejutkan. 

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pattani, Wae Deramae Matmingchik berkata, Ya'kub adalah seorang yang terkenal dalam masyarakat dan juga imam yang berwibawa di Pattani. 

"Beliau dipilih penerima Anugerah Diraja sebagai Imam Terbaik tetapi belum sempat menerimanya beliau sudah meninggal dunia," katanya. 

Seorang penduduk di Pattani, Samsudin Samae yang sedih dan terkejut dengan berita itu berkata, sukar mencari pengganti Ya'kub kerana beliau seorang yang arif dalam hal ehwal duniawi dan akhirat. - BERNAMA

Lelaki cedera ditembak di Kulim

Posted: 06 Aug 2013 04:35 PM PDT


29 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Seorang lelaki cedera parah selepas ditembak oleh dua lelaki di Pondok Labu, Lunas dekat sini malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.45 malam ketika mangsa, 26, yang berasal dari sini dalam perjalanan melawat keluarganya di Pondok Labu.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Chin Su Song ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.


Katanya, mangsa yang memandu kereta ketika kejadian telah ditembak oleh dua lelaki yang menaiki motosikal, kini dirawat di Hospital Kulim.



Masjidilharam dibanjiri dua juta jemaah

Posted: 06 Aug 2013 04:30 PM PDT

29 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Kira-kira dua juta jemaah membanjiri Masjidilharam semalam, ketika Ramadan semakin tiba ke penghujungnya.

Jumlah jemaah yang ramai menyebabkan pihak berkuasa Mekah menempatkan pasukan keselamatan, terutamanya di Masjidilharam dan beberapa kawasan utama yang lain bagi mengawal situasi dan keselamatan.

Selain itu, agensi-agensi kerajaan turut melanjutkan tempoh perkhidmatan mereka, terutamanya melibatkan perubatan untuk kemudahan jemaah.
"Biarpun sesak, keadaan di Mekah dan Masjidilharam masih terkawal.

"Kira-kira 300 anggota keselamatan ditugaskan untuk berkawal dan membantu jemaah memudahkan urusan mereka," kata Pengarah Pusat Latihan Haji, Saad Al-Khlaiwi.

Ketua Pengarah Pertahanan Awam Mekah, Brigedier Khalaf Al-Mutrafi berkata, jumlah jemaah dijangka terus meningkat sehingga hari terakhir Ramadan, esok.

"Kami amat berbesar hati sekiranya jemaah dapat menunaikan ibadat dalam keadaan selesa dan selamat tanpa sebarang perkara tidak diingini berlaku," ujarnya.


Pergerakan jemaah di dalam Masjidilharam turut dipantau menerusi 750 skrin dan lebih 1,000 kamera litar tertutup (CCTV). - AGENSI


India tuduh Pakistan tembak tenteranya

Posted: 06 Aug 2013 04:24 PM PDT

29 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

SRINAGAR, India 7 Ogos - India hari ini menuduh tentera Pakistan membunuh lima anggota tenteranya di Kashmir, beberapa hari selepas bersedia untuk menyambung semula rundingan damai.

Walaupun tentera Pakistan menafikan sebarang penglibatan dalam serangan itu, tentera India berkata lima anggotanya terbunuh petang semalam di sebuah pangkalan yang terletak kira-kira 200 kilometer di selatan Srinagar.


"Tentera Pakistan menyerang pangkalan India, melanggar gencatan senjata itu dan membunuh lima anggota tentera kami," kata seorang pegawai kanan India yang enggan menyatakan namanya. - AFP



8 maut letupan pangsapuri di Argentina

Posted: 06 Aug 2013 04:20 PM PDT


29 Ramadhan 1434 H. [MOD] -



BUENOS AIRES: Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan 63 lagi mengalami kecederaan apabila letupan gas meranapkan pangsapuri tinggi di bandar Rosario  serta menyebabkan sebahagian besar penduduk di kawasan terbabit terpaksa dipindahkan awal pagi tadi. 


Berpuluh orang terperangkap di bahagian atas bangunan terbabit yang terbakar apabula asap tebal kelihatan di bandar ketiga terbesar negara berkenaan. Bahagian depan dan belakang musnah serta mendedahkan bahagian dalam pangsapuri terbabit. 


Anggota bomba dan penyelamat bertindak pantas menyelamatkan penduduk dari tingkap dan anjung apabila bahagian bawah bangunan berkenaan 
terbakar. 

Letupan terbabit turut memusnahkan bangunan lain di sekitar dan polis mengarahkan bangunan serta sekolah berdekatan supaya ditutup. - AP

Gempa bumi 5.1 magnitud gegar selatan Mexico

Posted: 06 Aug 2013 04:13 PM PDT


29 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

MEXICO CITY: Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 magnitud menggegar bangunan di sini dan menyebabkan sebahagian orang ramai cemas menyelamatkan diri di atas jalan raya. 


Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata, gempa itu berlaku pada kira-kira jam 3.17 petang (waktu tempatan) kira-kira 500 kilometer selatan Mexico City. 


Pusat gempa ialah lapan kilometer barat laut bandar Xochistlahuaca, wilayah Guerrero dan pada kedalaman 30 kilometer. 

Datuk Bandar Mexico City, Angel Mancera berkata, tiada laporan awal mengenai sebarang kerosakan atau kecederaan. - AP 

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP