Ahad, 4 Ogos 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Anwar, Karpal lapor polis dakwaan rasuah hakim

Posted: 04 Aug 2013 02:24 AM PDT

NONE26 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis terhadap dakwaan seorang calon BN dalam pilihan raya umum lalu, yang memetik dakwaan "surat misteri" bahawa beliau merasuah hakim dan timbalan pendakwaraya.

Turut membuat laporan, Pengerusi DAP Karpal Singh - yang turut dituduh menerima bayaran guaman RM50 juta daripada Anwar, seperti didedahkan calon BN Permatang Pauh Mazlan Ismail.

Dakwaan itu disiarkan oleh TV3 pada 2 Ogos serta akhbar Utusan Malaysia danNew Straits Times pada keesokan harinya.

Dalam sidang media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Tropicana, Petaling Jaya hari ini, Anwar menyifatkan "surat layang" itu fitnah berterusan yang didakwanya ditaja Umno.

Kata Anwar, sepanjang penglibatan Karpal sebagai panel guamannya, soal bayaran tidak pernah dibangkitkan. 

Justeru, tambahnya, membangkitkan soal bayaran dan dakwaan yang dilemparkan itu menghina maruah Karpal dan dirinya.

NONE"Saya bersetuju (dengan Karpal) dan mengambil tindakan bersesuaian dengan fitnah yang berterusan," katanya.

Ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata, isu itu dibangkitkan bagi mengelakkan pelbagai isu lain, antaranya unjuran ekonomi yang lesu, kadar jenayah meningkat dan dakwaan skandal rasuah.

Mazlan sebelum ini dilapor menerima surat bertajuk "Bankleaks Anwar/Karpal" dan meminta Anwar dan Karpal memberi penjelasan berhubung isi kandungannya.

Mazlan mendakwa menerima kira-kira 6,000 laporan sama yang dihantar hampir setiap hari melalui pos atau diletakkan di dalam peti surat rumahnya.

Karpal: Kalau jantan, tunjukkan akaun
Sementara itu, Karpal berkata, dakwaan itu mengarut dan tidak ada asas. 

NONE"Saya mencabar Mazlan, jika dia anak jantan tunjukkan akaun bank, nombor cek dan identiti orang yang membuat surat tersebut.

"Saya juga mencabar TV3,Utusan Malaysiadan NST untuk melakukan perkara yang sama," kata Karpal yang tidak teragak-agak untuk memfailkan tindakan undang-undang kepada tiga pihak itu.

Karpal berkata pihaknya sedang mengumpul bukti dan akan mengambil tindakan dalam tempoh seminggu.

Ahli parlimen Bukit Gelugor itu turut menggesa pejabat Peguam Negara mengarahkan siasatan mendalam susulan dakwaan yang dilemparkan kepada mereka.

Katanya, pejabat peguam negara tidak boleh berdiam diri dan perlu mempertahankan sistem kehakiman ekoran dakwaan tersebut dan harus memberi maklum balas mengenai perkara itu.

malaysiakini.com

Tetap jalan damai, Ikhwan tolak seruan Al-Qaeda

Posted: 04 Aug 2013 02:21 AM PDT

26 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,04 Ogs 2013
MESIR: Ikhwan Muslimin dengan tegas menolak seruan Pemimpin Al-Qaidah Ayman Al-Zawahiri agar gerakan Islam Mesir itu segera meninggalkan demokrasi. 

Sebaliknya, pemimpin Ikhwan yang juga bekas Timbalan Gabenor Alexandria Hasan Al-Berens berkata, Ikhwan Mesir tetap memilih jalan damai dan yakin jalan demokrasi juga boleh menyelesaikan kemelut di Mesir.

Menurut Hasan, apa yang berlaku di Mesir ketika ini adalah "demokrasi telah diculik" oleh pihak tentera yang melakukan rampasan kuasa.

"Ikhwan yakin bahwa demokrasi layak mendapatkan pengorbanan, dan kami akan membuat pengorbanan 'damai' untuk mengembalikannya.

"Kami tidak akan meninggalkan jalan demokrasi dan akan menggunakan segala cara demokrasi dan damai untuk memulihkan demokrasi," katanya kepada agensi Anadolu.

Beliau berkata demikian sebagai jawapan balas kepada seruan pemimpin al-Qaeda kelmarin agar Ikhwan meninggalkan demokrasi di Mesir dan dilihatnya tidak membawa kepada kebaikan.

Al-Qaedah sebelum ini juga sependapat bahawa Amerika Syarikat dalang kepada penggulingkan Muhamed Morsi. 

Menurut al-Zawahiri, Morsi telah disasarkan oleh konspirasi yang dipimpin oleh kaum sekular, Kristian Koptik dan tentera yang merupakan tangan-tangan Amerika.

Sejak awal himpunan menyokong legitimasi diadakan penyokong Morsi, Ikhwan secara tegas menyatakan pendirian bahawa himpunan ini adalah damai dan menolak sebarang keganasan.

Namun, pihak tentera Mesir melalui media dikawal mereka telah memberi gambaran bahawa himpunan tersebut adalah bersifat keganasan.

Tuduhan tersebut dibuat dipercayai sebagai alasan untuk bertindak keras menyuraikan penyokong Morsi yang berhimpun sudah lebih sebulan sejak Morsi digulingkan tentera.

Dalam beberapa siri cubaan meleraikan himpunan, pihak polis dan tentera Mesir telah menembak ratusan penyokong Morsi khususnya di Medan Raba'ah.

Sehingga kini dianggarkan sejumlah 500 telah terkorban dan ribuan lagi cedera sejak rampasan kuasa 3 Julai lalu.

Penyokong Morsi umum himpunan "Lailatul Qadar"

Posted: 04 Aug 2013 02:20 AM PDT

26 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,04 Ogs 2013
MESIR: Para penyokong Presiden Dr Muhammad Morsi malam ini akan mengadakan himpunan di seluruh Mesir yang dinamakan sebagai himpunan "Jutaan Lailatul Qadar".

Himpunan malam ini sebagai usaha berterusan mereka memanjat doa kepada Allah SWT atas kezaliman yang dilakukan pihak tentera dan pemerintah sementara terhadap mereka.

Ianya dinamakan Jutaan Lailatul Qadar sempena malam ini adalah malam ke 27 Ramadan iaitu salah satu malam ganjil di 10 malam terakhir yang sabdakan oleh Rasulullah antara berlakunya malam al-Qadar.

Bagi penyokong Morsi, malam al-Qadar antara kemuncak untuk memnjatkan doa kepada Allah agar menamatkan kezaliman yang berlaku.

Pada Jumaat lalu, mereka juga telah mengadakan himpunan besar-besaran seluruh Mesir menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa oleh tentera.

Sekurang-kurangnya 31 buah masjid dijadikan tempat berkumpul sebelum mengadakan perarakan di dataran dan jalanan sambil melaungkan slogan anti kudeta.

Semalam genap sebulan rampasan kuasa oleh tentera Mesir yang dibuat pada 3 Julai lalu, dan hari ke ke 33 bagi penyokong Morsi berkampung di medan khususnya di Raba'ah.

Sehingga hari ini, lebih 500 angka korban direkodkan sejak rampasan kuasa berlaku manakala ribuan lagi cedera selepas diserang beberapa kali oleh pasukan polis Mesir yang cuba menyuraikan himpunan.

Para Penyokong Morsi juga bertekad untuk tidak berganjak dari medan-medan himpunan sehingga pihak tentera berundur dan mengembalikan semula kuasa kepada presiden sah Mohammad Morsi.

Pemimpin Umno nak tunjuk hero menjelang pemilihan

Posted: 03 Aug 2013 06:49 PM PDT

26 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Rasa panik akan berlakunya kebangkitan rakyat serta keghairahan menjadi wira menjelang pemilihan Umno mendorong pemimpin-pemimpin parti itu menzalimi rakyat yang tidak mereka sukai, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Sekarang ini falsafah kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) pasca pilihan raya umum ke-13 ialah haramkan, tangkap, tahan, reman, lokap, denda, penjarakan, menghina, Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya.

Selepas pilihan raya umum ke-13, katanya lagi, kerajaan BN seperti ayam disambar helang.

"Bila fakta menunjukkan majoriti rakyat menolak mereka, BN tidak keruan lari ke hulu ke hilir.

"Perasaan takut dan cemas menangkap mereka," kata Mahfuz.

Sebab itulah, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, apa-apa sahaja terus dituduh, dihina, ditangkap dan didakwa.

"Riuh rendah menteri-menteri BN bercakap mengenai keghairahan mereka kepada undang-undang seperti EO dan ISA. 

"Sebenarnya jauh di dalam naluri mereka, mereka takut kepada kemarahan dan kebangkitan rakyat.

"Mereka panik, takut ketamakan dan kebobrokan mereka dibongkar dan diketahui rakyat," kata Mahfuz.

Kepanikan pemimpin-pemimpin Umno itu, katanya, "diulamkan pula dengan pemilihan di dalam Umno yang dijangka diadakan November ini".

Makin menjadi-jadi penyakit tidak keruan mereka kerana berebut jawatan-jawatan, kata beliau.

"Sebab itulah Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) riuh rendah hendak tunjuk hero, tangkap sana, tangkap sini. 

"Tidak ketinggalan Menteri Agama (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom) pun hendak tunjuk hero," kata Mahfuz.


harakahdaily.net/

19 terbunuh nahas bas di Sudan

Posted: 03 Aug 2013 06:47 PM PDT

26 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


KHARTOUM: Sembilan belas maut apabila sebuah bas dan trak tertembung di Sudan yang dianggap nahas terbaru terburuk di negara itu, semalam. 

Turut cedera dalam nahas itu ialah 17 penumpang yang berlaku di ibu negeri Nile, Ed Damer, demikian menurut laporan media, Sudanese Media Centre (SMC). 


Polis berkata, kemalangan berlaku apabila lori tangki berkenaan gagal dikawal lalu bertembung dengan bas yang membawa 35 penumpang termasuk kanak-kanak. - AFP 

Jepun lancar roket kargo, robot ke stesen angkasa lepas

Posted: 03 Aug 2013 06:45 PM PDT

26 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


TOKYO: Jepun hari ini melancarkan roket kargo yang memuatkan bahan bekalan untuk anak kapal Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) serta sebuah robot kecil untuk menjadi 'rakan' seorang angkasawan negara itu. 

Roket H-2B dilancarkan di pulau selatan Tanegashima tepat jam 4.48 pagi waktu tempatan (1948 GMT - Sabtu) dengan imej pelancaran itu disiarkan oleh Agensi Penerokaan Angkasa Jepun (JAXA). 


Menurut JAXA, pelancaran roket ke ISS itu berjalan lancar mengikut jadual.


"HTV4 dipisahkan dari roket mengikut jadual dan akan meneruskan perjalannya ke ISS," kata jurucakap JAXA ketika siaran itu dipancarkan di internet. 

Roket kargo itu membawa bekalan air minuman, makanan, pakaian dan peralatan kerja untuk enam anak kapal di ISS. 

Robot kecil yang mampu bercakap itu direka bentuk untuk menjadi rakan berbual angkasawan, Koichi Wakata, yang bakal tiba di ISS tahun ini. 

Robot berukuran 34 sentimeter tinggi dan berat satu kilogram yang dinamakan Kirobo itu mempu berkomunikasi dalam bahasa Jepun dan merekod setiap perbualan dengan Wakata yang menjadi angkasawan pertama Jepun mengetuai ISS nanti. - AFP

Keputusan pilihan raya Zimbabwe tidak berwibawa - AS

Posted: 03 Aug 2013 06:44 PM PDT

26 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) hari ini mendakwa kemenangan besar  Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe sebagai tidak 'berwibawa' dengan proses pilihan raya berkenaan penuh dengan kecacatan. 


"Amerika Syarikat tidak mempercayai keputusan yang diumumkan hari ini dan ia tidak memterjemahkan kehendak rakyat Zimbabwe," kata Setiausaha Negara AS, John Kerry dalam satu kenyataan. - AFP 

Bekas banduan ditembak dalam rumah

Posted: 03 Aug 2013 03:51 PM PDT

26 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Bekas banduan ditembak dalam rumah
Ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan di Cheras Perdana, Kajang, semalam. - Foto SADDAM YUSOFF

Kajang: Seorang kelindan lori, yang baru dua bulan dibebaskan dari penjara, ditembak mati di ruang tamu rumah ibu angkatnya dalam kejadian di Cheras Perdana, di sini, semalam. 

B Balamurali, 36, maut selepas dua lelaki melepaskan tiga das tembakan ketika mangsa sedang tidur di rumah teres itu kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Mangsa difahamkan baru pulang dari kuil berhampiran selepas mengerjakan upacara keagamaan. 

Sepupu mangsa, B Nathiya, 25, berkata, kejadian berlaku kira-kira 10 minit selepas bapa angkat mangsa keluar dari rumah berkenaan sebelum dua lelaki bermotosikal masuk dan menembak mangsa. 


Katanya, beliau difahamkan mangsa maut di tempat kejadian dan tembakan dilepaskan itu didengari ibu angkatnya yang ketika itu berada di biliknya, kemudiannya menghubungi pihak polis untuk melaporkan kejadian. 

Tiga das tembakan 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika mengesahkan kejadian berkata, mangsa disahkan mati di tempat kejadian selepas ditembak tiga das di dada mangsa. 
"Siasatan awal mendapati mangsa baru saja dibebaskan dari penjara pada Jun lalu dan mempunyai rekod lampau atas kesalahan mencuri serta bersabit kes dadah," katanya ketika dihubungi BH, semalam. 

Dalam pada itu, isteri mangsa, S Puraswari, 28, yang sampai ke lokasi kejadian kira-kira jam 4.00 petang berkata, kali terakhir suaminya menghubunginya malam kelmarin. 

"Kami tinggal di Seremban dan seminggu sekali beliau akan pulang untuk berjumpa keluarga," katanya. 

Pasangan itu mempunyai seorang anak berusia empat tahun. BH/-

Kakitangan Insaniah Holding mahu mengadap Agong

Posted: 03 Aug 2013 03:45 PM PDT

26 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

ALOR SETAR: Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar menegaskan pihaknya bersama kakitangan Insaniah Holding bercadang mengadap Yang DiPertuan Agong jika Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir gagalmenyelesaikan isu pembayaran gaji kakitangan syarikat berkenaan.

Bercakap pada sidang media di Markas PAS Pokok Sena, beliau melahirkan kekesalan terhadap tindakan kerajaan negeri yang telah membekukan gaji kakitangan Insaniah Holding sejak Mei sehingga bulan lalu.

"Kita teramat kesal dengan tindakan berkenaan, apatah lagi di saat menjelangnya Aidil Fitri. Bagaimana mereka hendak meneruskan kehidupan setelah hak mereka dinafikan sejak bulan Mei lalu.

"Tiga bulan tidak diberi gaji, mereka mengalami tekanan hidup,untuk membayar sewa rumah, insuran bulanan kereta,persekolahan anak-anak, makan minum dan 
lain-lain keperluan," ujar beliau kesal


Tambah beliau lagi, pihaknya  telah menghantar makluman kepada Menteri Besar Kedah melalui Ketua Pembangkang, Datuk Amiruddin Hamzah untuk mengadakan temujanji menyelesaikan masalah ini tetapi sehingga kini tidak mendapat sebarang maklum balas daripada beliau. 

Menurutnya, situasi dihadapi oleh kakitangan Insaniah Holding ketika ini tidak menentu dan dua isu pokok yang harus dilihat kerajaan negeri khususnya oleh Menteri Besar ialah mengenai status mereka dan tunggakan gaji tiga bulan tersebut.

"Walaupun dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, Mukhriz menegaskan, perpindahan pelajar Mualamat ke Mergong adalah atas nama kebajikan kepada pelajar- pelajar, selain mengambil kira masalah tenaga pengajar yang terpaksa berulang alik dari Alor Setar ke Kuala Ketil, tetapi mengapa dalam soal kebajikan kakitangan Insaniah Holding dikesampingkan?

"Nasib 268 orang ini, perlu diselesaikan secepat mungkin. Bagaimanakedudukan dan status mereka. Apa yang mereka hadapi, tidak dibayar gaji tetapi tiada sebarang surat pemecatan yang dikeluarkan," sambungnya lagi.

Mahfuz juga berkata, adalah tidak wajar jika kerajaan negeri enggan menyelesaikan bayaran gaji tertunggak tersebut yang dianggar sebanyak RM2,000,750 sedangkan kebajikan dan hak mereka sebagai pekerja adalah tanggungjawab majikan.

"Walau pun Insaniah Holding ditubuhkan semasa pemerintahan Pakatan Rakyat dahulu, tetapi ianya mengikut prosedur perundangan dan perjanjian yang sah. Insaniah Holding bukan ditubuhkan atas dasar politik.

"Apabila Kedah diambil alih oleh BN, agenda yang telah dibuat oleh kerajaan sebelum itu perlu diteruskan, seperti mana dahulu kita meneruskan semua agenda yang telah ditetapkan oleh mereka. Malah hutang yang mereka tinggalkan pun kita langsaikan. Kenapa kita tak 'cuci tangan' kerana itu bukan hutang kita?" soal Mahfuz. 

Harapan beliau agar kerajaan negeri dapat menyelesaikan masalah berkenaan secepat mungkin iaitu sama sepertimana kakitangan kerajaan menerima bonus hari raya sekaligus nasib mereka ini juga dapat pembelaan pada waktu yang sama. 

"Jangan pula nanti, mereka semua berpakat berkhemah di hadapan rumah Menteri Besar kerana tiada penginapan kerana dihalau dari rumah sewa akibat gagal membayarnya," ujarnya.

Sementara itu, wakil dari Insaniah Holding, CEO Insan Sistem, Ir Mansur Mahmud, juga melahirkan rasa kesal dengan tindakan kerajaan negeri terhadap mereka. 

Beliau berharap kerajaan negeri perlu mengenang kembali jasa-jasa Insaniah Holding kepada pembangunan Kolej Universiti Insaniah (KUIN). 

"Insaniah Holding banyak membantu dalam soal pembangunan KUIN di Kuala Ketil serta membantu mengendalikan asrama dan kebajikan pelajar.

"Kita dah minta MB datang jumpa kami tapi bukan saja MB tak datang, wakilnya pun tak ada. Bagi saya sebahagian yang tunjuk hero membela KUIN kononnya, sebenarnya hanya mempunyai kepentingan peribadi.

"MB patut tengok masalah kami, jangan ada dendam kesumat. Kakitangan Insaniah Holding adalah 'free political', bukannya hanya memihak pada satu-satu parti sahaja," katanya yang juga merupakan Pengerusi Badan Bertindak masalah berkenaan. 

Sementara itu, Pengawai Operasi Insaniah Holding, Aidi Ahmad menegaskan, mereka telah mengadakan pertemuan dengan Exco Pendidikan Negeri, Dato' Tajul Urus Mat Zin tetapi sehingga kini tiada sebarang jawapan atau tindakan yang diambil.

Maklum beliau, pada akhir bulan Jun lalu, dua kali surat permohonan dihantar kepada Menteri Besar untuk mengadakan perjumpaan, namun sehingga kini tiada sebarang jawapan. 

Selain itu Mahfuz juga memberitahu, memo kepada Yang diPertuan Agong juga telah diserahkan kepada istana.

Turut serta pada sidangmedia tersebut kira-kira 200 orang kakitangan dan keluarga Insaniah Holding.

Dalam pada itu, Mahfuz turut menyampaikan sumbangan  peribadi duit raya kepada anak-anak kakitangan berkenaan. 

Turut hadir bersama, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, Senator Datuk Muhamad Yusuf Husin dan Adun Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim. 

Harakahdaily/-

Tiada ulasan:

Nuffnang