:: cina islam | 2011 :: |
- Pelarian kanak-kanak Syria cecah 1 juta
- 4 maut kilang penapisan minyak terbakar di India
- Penjual Ikan Ditemui Mati Dengan Tujuh Kesan Tembakan
- Demokrasi: Masa depan Ikhwan di hujung tanduk?
- 28 mayat nahas bas Genting Highlands dituntut setakat ini
- 6 lelaki cedera kejadian tembak di Simpang Ampat
- Gerakan tangkap pekerja asing tanpa permit 1 Sept
- TG Nik Aziz makin pulih, bersemangat isu Mesir
- Fauzi Ghadzali meninggal, hilangnya seorang pejuang
- Setev: Tiba masa k'jaan Mongolia campur tangan
- Azilah tinggalkan Penjara Kajang, Sirul dibebas di Tapah
- 9 maut keganasan dalam penjara di Bolivia
- 29 maut, 360 cedera serangan bom di masjid Tripoli
Pelarian kanak-kanak Syria cecah 1 juta Posted: 24 Aug 2013 04:27 AM PDT GENEVA 23 Ogos - Jumlah kanak- kanak yang melarikan diri daripada perang saudara di Syria mencecah satu juta orang hari ini, dengan dua juta lagi kanak-kanak berpindah ke kawasan sempadan negara itu berikutan konflik tersebut. ''Jumlah sejuta pelarian kanak- kanak ini bukan hanya satu angka. Mereka merupakan kanak-kanak yang meninggalkan rumah, malah mungkin daripada keluarga. ''Mereka mengharungi saat ngeri yang kita baru mula untuk memahaminya,'' kata Ketua Tabung Kanak- Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Anthony Lake dalam satu kenyataan. Kanak-kanak juga membentuk separuh daripada jumlah keseluruhan pelarian Syria bagi tempoh lebih dua tahun setengah dalam konflik di negara itu. Menurut angka terbaharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), terdapat kira-kira 740,000 pelarian Syria berumur di bawah 11 tahun, dengan kebanyakan mereka berada di Lebanon, Jordan, Turki, Iraq dan Mesir. Dalam perkembangan berasingan, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menegaskan bahawa sebarang serangan senjata kimia di Syria merupakan 'jenayah kemanusiaan' dan 'masa tidak harus dibuang' bagi menyiasat penggunaan gas beracun itu berhampiran Damsyik. Dalam satu ucapan spontan pada satu majlis di Seoul, Ki-moon berkata, laporan penggunaan senjata kimia ke atas orang awam di Syria 'amat membimbangkan dan mengejutkan'. ''Sebarang penggunaan senjata kimia di mana-mana sahaja, oleh sesiapa sahaja, di bawah mana-mana keadaan adalah melanggar undang- undang antarabangsa. ''Pelaku jenayah terhadap manusia seperti itu seharusnya berdepan tindakan serius,'' katanya. - AFP | ||
4 maut kilang penapisan minyak terbakar di India Posted: 24 Aug 2013 04:22 AM PDT 17 Syawal 1434 H. [MOD] - HYDERABAD 23 Ogos - Sekurang-kurangnya empat orang maut, manakala 30 yang lain cedera apabila sebuah kilang penapisan minyak terbakar dalam satu kejadian, di selatan India semalam. Menurut jurucakap polis, B. Sivadhar Reddy, kebakaran yang berlaku di kilang penapisan minyak Hindustan Petroleum Corp yang terletak di Visakhapatnam, 503 kilometer dari negeri Andhra Pradesh itu turut menyebabkan seramai 11 pekerjanya terperangkap. "Kebakaran itu berlaku di satu daripada blok di dalam kawasan kilang tersebut," katanya. Pasukan bomba bertungkus lumus memadam kebakaran, selain penduduk yang tinggal berhampiran kilang itu dipindahkan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku. - AFP | ||
Penjual Ikan Ditemui Mati Dengan Tujuh Kesan Tembakan Posted: 24 Aug 2013 04:20 AM PDT 17 Syawal 1434 H. [MOD] - TEMERLOH: Penjual ikan ditemui mati dengan tujuh das kesan tembakan di kawasan pam pasir dekat Kampung Buntut Pulau di sini malam Jumaat. Mayat Abd Majid Abd Rahman, 47, ditemui orang awam yang melalui kawasan itu pada 9.05 malam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad berkata mangsa dipercayai ditembak dari jarak dekat. Katanya bedah siasat oleh pakar forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh mendapati mangsa mati akibat terkena dua das tembakan di kepala dan masing-masing satu das di dada, bahu kiri, bahu kanan, belakang paha kiri dan kanan. Isteri mangsa membuat laporan polis apabila suaminya tidak pulang selepas keluar rumah di Taman Setia Temerloh pada 18 Ogos lepas dan menemui kereta suaminya di kawasan berdekatan pam pasir itu pada 21 Ogos lepas, katanya kepada Bernama ketika ditemui di hospital itu di sini, Sabtu. Beliau berkata polis masih menyiasat motif kejadian dan jenis senjata api yang digunakan. -BERNAMA | ||
Demokrasi: Masa depan Ikhwan di hujung tanduk? Posted: 24 Aug 2013 04:13 AM PDT 17 Syawal 1434 H. [MOD] -
Sebaik sahaja Presiden Mohamed Morsi diguling melalui kudeta tentera dengan bantuan kuasa asing, ramai pimpinan tertinggi Ikhwan Muslimin telah ditangkap oleh pihak keselamatan Mesir. Tentera dan polis telah melancarkan gerakan besar-besaran untuk menangkap pimpinan Ikhwan dan gerakan Islam yang lain seluruh Mesir. Dr. Muhammad Morsi pula terus ditahan atas dakwaan menggalakkan keganasan dalam peristiwa di Istana Presiden, Istana Ittahidiah beberapa bulan lalu serta berkomplot dengan gerakan Palestin Hamas melakukan keganasan. Beliau yang dipilih melalui pilihanraya selepas kejatuhan rejim Hosni Mubarak pada awal tahun lepas kini ditahan di tempat yang tidak diketahui. Dalam perkembangan berkaitan, Mursyidul Am (Ketua) Ikhwan Muslimin, Dr Muhammad Badie' juga telah ditangkap oleh pihak berkuasa Mesir. Begitu juga dengan timbalan beliau, Dr. Khairat Shater serta Muhammad Rasyad Bayoumi, Mustafa Abdul Azim Basylawi, Muhammad Abdul Azim Basylawi dan Atif Abdul Jalil As-Samr yang kesemuanya merupakan pimpinan Majlis Tertinggi Ikhwan Muslimin. Dr. Safwat Hegazi yang merupakan pimpinan gerakan Salafi juga telah ditahan oleh pihak keselamatan Mesir. Dalam masa yang sama, pihak junta tentera juga teru memburu pimpinan Ikhwan yang lain termasuk Dr. Essam Erian dan Dr Mohamed Beltagy. Rumah-rumah mereka telah diserbu dan digeledah bagi menangkap pimpinan Ikhwan. Junta tentera juga sedang bersiap bagi mengisytiharkan terus pengharaman gerakan Ikhwan Muslimin di seluruh Mesir. Begitu juga dengan parti politik baru Ikhwan 'Al-Hurriyat Wal Adalah' (Parti Kebebasan dan Keadilan) dijangka akan diharamkan terlibat dalam mana-mana proses pilihanraya dan demokrasi di Mesir. Jika Ikhwan Muslimin diharamkan oleh pemerintah Mesir, ia bukan perkara baru kerana mengulangi peristiwa lebih 60 tahun yang lalu apabila kerajaan Mesir mengisytiharkan "Perang Terbuka" terhadap Ikhwan Muslimin. Pemerintah telah bertindak membubarkan gerakan Ikhwan Muslimin dan kesemua cawangannya di seluruh Mesir yang berjumlah 3,000 cawangan telah ditutup. Lebih 4,000 ahli Ikhwan Muslimin ditangkap dan dipenjarakan. Ibu pejabat Ikhwan Muslimin diserbu dan dimusnahkan. Semua harta Ikhwan Muslimin dibekukan. Media massa Mesir yang kini dikuasai sepenuhnya oleh junta tentera juga sedang menjalankan propaganda agresif bagi melabelkan Ikhwan Muslimin sebagai pertubuhan ganas dan 'terroris'. Hampir setiap jam Ikhwan Muslimin dan pimpinan mereka dipaparkan di semua sebagai pertubuhan 'terroris' yang amat bahaya kepada masyarakat Mesir. Mereka dikaitkan dengan keganasan dan pembunuhan serta melakukan perang bersenjata terhadap junta tentera dengan mendapat bantuan kuasa luar. Ahli-ahli Ikhwan juga dikaitkan dengan pembakaran berpuluh-puluh gereja Kristian di seluruh Mesir. Namun inilah realiti yang terpaksa dilalui oleh Ikhwan Muslimin selepas berlakunya perubahan politik baru yang melanda seluruh dunia Islam akibat dari kesan 'Arab Spring'. Walaupun mereka telah berjaya menang dengan cemerlang pilihanraya Presiden dan parlimen Mesir dengan menguasai majoriti kerusi parlimen, mereka tetap diragui. Walaupun Ikhwan bertekad untuk melakukan perubahan sosial dan politik di Mesir secara aman melalui proses demokrasi, mereka amat dicemburui dan digeruni. Walaupun agenda reformasi politik Ikhwan di Mesir bersesuaian dengan suasana globalisasi dunia yang mahu mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih dan telus melalui demokrasi, mereka dilihat tidak mempunyai tempat di dalam politik demokrasi bukan sahaja di Mesir tetapi juga di seluruh dunia Islam. Apakah perubahan politik baru yang melanda seluruh dunia Islam akibat dari 'Arab Spring' sudah tidak relevan lagi bagi gerakan Ikhwan Muslimin dan gerakan Islam lain yang terlibat dalam kancah pilihanraya dan demokrasi? Dan apakah dengan pengharaman Ikhwan Muslimin serta menangkap pimpinan mereka merupakan tanda berkuburnya 'politik Islam' di Mesir dan dunia Islam? harakahdaily.net | ||
28 mayat nahas bas Genting Highlands dituntut setakat ini Posted: 23 Aug 2013 10:35 PM PDT 17 Syawal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Sebanyak 28 mayat mangsa tragedi bas yang terjunam ke dalam gaung di Genting Highlands telah dituntut sehingga kini oleh anggota keluarga masing-masing. Menurut jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL)(she), tinggal sembilan lagi mayat yang belum dituntut termasuk dua yang masih gagal dikenal pasti. Petang semalam, HKL menyatakan dua mayat iaitu seorang lelaki mirip Cina dan seorang wanita dipercayai berbangsa Afrika masih gagal dikenali atau dicam mana-mana pihak. HKL setakat semalam juga telah mengeluarkan senarai 35 daripada 37 nama mangsa yang terkorban dalam kemalangan itu. Nahas bas yang terhumban ke dalam gaung sedalam 60 meter di Km3.5 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur pada Rabu lepas itu meragut 37 nyawa termasuk pemandu manakala 16 lagi cedera. - BERNAMA | ||
6 lelaki cedera kejadian tembak di Simpang Ampat Posted: 23 Aug 2013 10:33 PM PDT 17 Syawal 1434 H. [MOD] - KETUA Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi (baju biru) meninjau kawasan kejadian tembakan ketika mangsa sedang minum di sebuah restoran di sini, malam tadi. - Foto NSTP/Danial Saad NIBONG TEBAL: Enam lelaki yang sedang minum di sebuah kedai cedera selepas terkena tembakan dan serpihan peluru dalam kejadian di Taman Kasawari, Simpang Ampat, di sini, malam tadi. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata kejadian berlaku 10.45 malam, apabila dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal menghampiri dan melepaskan tembakan secara rambang ke arah kedai terbabit. "Akibat tembakan itu, dua lelaki mengalami kecederaan pada bahagian rusuk dan punggung, manakala empat lagi luka-luka di beberapa bahagian badan akibat terkena serpihan peluru," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian awal hari ini. Abdul Rahim berkata, mangsa yang cedera duduk di dua buah meja paling hadapan, iaitu dua yang terkena tembakan duduk di sebuah meja, manakala empat lagi yang duduk di meja bersebelahan terkena serpihan peluru. Mangsa yang berusia antara 20 dan 50 tahun terbabit dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan, katanya. "Menurut saksi yang berada di kedai berkeaan, dua lelaki yang melepaskan tembakan itu memakai topi kaledar penuh dan mereka terus memecut laju sebaik kejadian tersebut," katanya. Abdul Rahim berkata polis tidak menolak kemungkinan kejadian ada kaitan dengan geng kongsi gelap. "Setakat ini, kita belum tahu motif sebenar kejadian, tetapi polis percaya ia mempunyai kaitan dengan geng kongsi gelap. Kita tidak akan berdiam diri dan akan cari mereka yang terlibat dalam kes ini segera," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh. - BERNAMA | ||
Gerakan tangkap pekerja asing tanpa permit 1 Sept Posted: 23 Aug 2013 10:32 PM PDT 17 Syawal 1434 H. [MOD] - Gerakan besar-besaran akan dilakukan mulai 1 September ini bagi menangkap pekerja asing tanpa permit kerja, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. "Kita tidak mahu pihak majikan menggaji pekerja asing yang tidak ada permit di tempat kerja masing-masing. Pada waktu yang sama kita mahu lihat pihak majikan memberikan kemudahan perumahan, perubatan dan juga menjaga kebajikan mereka. "Ini bagi memastikan Malaysia dianggap sebagai sebuah negara yang memerlukan pekerja asing tetapi menjaga kebajikan mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri Parlimen Bagan Datoh semalam. Katanya gerakan itu juga bagi memastikan kesemua pekerja asing yang berkerja di Malaysia mematuhi peraturan dan undang-undang di negara ini. - Bernama | ||
TG Nik Aziz makin pulih, bersemangat isu Mesir Posted: 23 Aug 2013 10:30 PM PDT 17 Syawal 1434 H. [MOD] - Harakahdaily/- KOTA BHARU: Keadaan kesihatan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini semakin pulih dan dijangka keluar wad di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Ahad ini. Malah beliau melayan tetamu yang datang melawatnya dan bertanya khabar mengenai pergolakan yang berlaku di Mesir sekarang. Tengah hari tadi beliau dikunjungi Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Zulkifli Mamat. "Tok Guru pun berhajat hendak pergi menunaikan solat Jumaat tadi memandangkan keadaan kesihatannya semakin baik sekarang, namun doktor menasihatkan lebih banyak berehat. "Esok juga beliau ada jemputan daripada kerajaan Selangor namun memohon maaf tidak sempat hadir kerana keadaan kesihatan belum pulih sepenuhnya," kata pegawai khasnya, Wan Zulkefli Wan Muhammad. Mantan menteri besar itu dimasukkan ke wad pada Ahad lepas selepas menghadapi masalah berkaitan perutnya. Penyakit itu sudah lama dialami dan sering kali mendapat rawatan. Bagaimanapun ia tidak ada kaitan masalah jantung. Wan Zulkefli berkata, disebabkan doktor mahu melihat kesesuaian ubat baru menyebabkan Tok Guru Nik Aziz ditahan di wad lebih lama berbanding sebelum ini. "Beliau juga kelihatan bertenaga sekarang boleh berjalan di sekitar wadnya. Tok Guru nampak bersemangat bercakap mengenai konflik yang berlaku di Mesir sekarang," ujarnya di sini. Sejak dirawat di HUSM Ahad lalu beliau dikunjungi pelbagai pihak termasuk Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakub, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan. | ||
Fauzi Ghadzali meninggal, hilangnya seorang pejuang Posted: 23 Aug 2013 10:29 PM PDT 17 Syawal 1434 H. [MOD] - Harakahdaily/- IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak merakam takziah kepada keluarga bekas tekong pasukan kebangsaan Sukan Asia Busan 2002, Mohd Fauzi Ghadzali yang menghembuskan nafas yang terakhir jam 5.40 pagi tadi. Beliau berkata, Fauzi pernah menghangatkan negara khususnya arena sukan apabila kemenangan pasukannya dalam Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan Liga Siri Super Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) 2011 ditarik balik kerana Allahyarham memakai pakaian menutup aurat. Menurutnya, Allahyarham yang mewakili pasukan Negeri Perak ketika itu memakai seluar panjang 'sut trek' dalam pertandingan tersebut. Jelas Raja Iskandar, akibatnya daripada 'kedegilannya' demi mempertahankan prinsip Islam, pengadil perlawanan telah membatalkan kemenangan Pasukan Perak dan Fauzi dikenakan kad merah serta dibuang daripada kejohanan. "Pemuda PAS menyifatkan kehilangan Fauzi Ghadzali adalah sangat besar buat negara khususnya dalam arena sukan. "Keberanian beliau mempertahankan prinsip Islam sangat dipuji dan harus diiktiraf sebagai pejuang," katanya kepada Harakahdaily hari ini. Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia itu menjelaskan, Pemuda PAS Perakn telah menobatkan Fauzi sebagai Ikon Anak Muda dalam Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Perak tahun lalu. Ini katanya berdasarkan keberaniannya sebagai seorang pemain sukan muslim mempertahankan serta berkata benar dalam mengangkat martabat Islam dan ianya harus dicontohi oleh generasi muda negara kini. Fauzi katanya teruja ketika dimaklumkan bahawa beliau terpilih menjadi seorang ikon dan sangat terharu dengan keprihatinan Pemuda PAS Perak dalam mengambil perhatian tentang kisahnya. "Kami berharap jasanya akan diiktiraf dan menjadi tauladan kepada masyarakat di Malaysia khususnya kepada semua atlet "Marilah bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah buatnya agar ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman," jelasnya. Jelasnya, bagi yang ingin menyalurkan sumbangan kepada keluarganya, bolehlah disalurkan melalui akaun Maybank 157091034688 atas nama Mohd Fauzi Ghadzali. | ||
Setev: Tiba masa k'jaan Mongolia campur tangan Posted: 23 Aug 2013 07:26 PM PDT 17 Syawal 1434 H. [MOD] -
| ||
Azilah tinggalkan Penjara Kajang, Sirul dibebas di Tapah Posted: 23 Aug 2013 07:24 PM PDT 17 Syawal 1434 H. [MOD] - Malaysiakini.
| ||
9 maut keganasan dalam penjara di Bolivia Posted: 23 Aug 2013 07:18 PM PDT 17 Syawal 1434 H. [MOD] - LA PAZ: Sekurang-kurangnya 29 maut manakala 50 yang lain cedera apabila berlaku pergaduhan membabitkan kumpulan banduan di dalam penjara di timur Bolivia, semalam. "Maklumat yang diperoleh setakat ini jumlah kematian kini 29 orang. Daripada mereka yang dihantar ke hospital, 35 dalam keadaan parah," kata Pengarah Penjara, Ramiro Llanos. Laporan awal, polis memberitahu jumlah kematian 15 orang dalam kejadian di penjara di Bandar Santa Cruz. Komander Polis, Jorge Aracena berkata pihak keselamatan berjaya mengawal kejadian yang tercetus pada awal pagi itu. Aracena berkata, satu kumpulan banduan memecah masuk ke satu kawasan banduan lain dan mula membakar serta meletupkan tangki gas. - AFP | ||
29 maut, 360 cedera serangan bom di masjid Tripoli Posted: 23 Aug 2013 07:16 PM PDT 17 Syawal 1434 H. [MOD] - TRIPOLI: Dua bom kereta berkempar di luar masjid di Tripoli, utara Lubnan awal hari ini menyebabkan 29 orang maut manakala lebih 360 lagi cedera. Klip video yang disiarkan stesen televisyen menunjukkan asap hitam tebal kelihatan di bandar berkenaan dengan mayat bergelimpangan di kereta yang terbakar. Ia seolah-olah gambaran ketika perang saudara di Lubnan yang berakhir pada 1990. Serangan pada Jumaat itu adalah serangan bom yang kedua dalam masa seminggu. Ia adalah serangan bom terkuat dan paling berdarah di Tripoli sejak berakhirnya perang saudara sebelum ini. Setakat ini, belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu. - AP |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan