:: cina islam | 2011 :: |
- PAS kutuk serangan, angka kematian terus meningkat
- Guan Eng: Saya tak pernah janji siasat doktor 'rasis'
- Pembangkang ancam boikot pilihan raya Presiden
- UMNO 6 negeri dirombak
- Polis Mesir tembak mati 23 penyokong Morsi
- Mesir: Diserang menjelang sahur, 10 terkorban
- Pro Sisi dijamu makan, pro Morsi dijamu peluru
- Gempa kuat 12,250km barat daya Pontian
PAS kutuk serangan, angka kematian terus meningkat Posted: 27 Jul 2013 03:50 AM PDT 18 Ramadhan 1434 H. [MOD] - (A ntara jenazah penyokong Morsi yang terkorban diserang menjelang sahur di hadapan Universiti Al-Azhar pagi tadi) KUALA LUMPUR: PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera Mesir yang menggunakan kekerasan serta bedilan peluru hidup ke arah penyokong Morsi yang mengakibatkan ratusan lagi terkorban dalam insiden terbaru malam tadi. Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, semua pihak tidak boleh membenarkan pembantaian terhadap rakyat seperti itu, apatah lagi insiden malam tadi bukan kali pertama dilakukan tentera sejak merampas kuasa. "Rakyat Mesir behimpun secara aman, dan itu adalah hak mereka untuk menyatakan suara mereka. "Tindakan menembak rakyat ini merupakan satu kekejaman yang telah dilakukan tentera dibawah telunjuk jeneral Al-Sisi, dan dunia tidak wajar berdiam diri sahaja," katanya kepada Harakahdaily. Dalam perkembangan terbaru, angka kematian dilaporkan telah meningkat dan sekurang-kurangnya 120 penyokong Morsi terbunuh diserang pihak polis dan tentera Mesir dengan peluru hidup dalam dua insiden berasingan malam tadi. Insiden pertama berlaku di Masjid Qaid Ibrahim di Iskandariah dimana tujuh orang dilapor terbunuh dalam serangan itu. Difahamkan, polis mengepung peserta yang berada di dalam masjid sebelum melepaskan gas pemedih mata. Dalam kejadian itu,seorang kanak-kanak 14 tahun didakwa turut terkorban akibat ditusuk dengan senjata tajam di perutnya. Insiden kedua berlaku menjelang waktu sahur pagi tadi di hadapan Universiti Azhar, Jalan Austorad, berhampiran Kubur Anwar Sadat. Penyokong Morsi yang berkumpul di sini diserang oleh pasukan penembak tepat dari atas bangunan Universiti Al-Azhar selepas polis melepaskan gas pemedih mata. Lebih 100 malah ada yang mengatakan 200 orang telah terkorban termasuk lebih ribuan lagi cedera. Dalam pada itu, Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Tumpat mendesak kerajaan Malaysia segera menyatakan pendirian dalam isu ini. "Kita mintak kerajaan Malaysia melalui kementerian luar untuk mengutuk tindakan kejam yang dilakukan oleh pihak tentera dan kerajaan sementara ini terhadap rakyat mereka sendiri," katanya. Harakahdaily/- |
Guan Eng: Saya tak pernah janji siasat doktor 'rasis' Posted: 27 Jul 2013 01:00 AM PDT 18 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
|
Pembangkang ancam boikot pilihan raya Presiden Posted: 27 Jul 2013 12:44 AM PDT 18 Ramadhan 1434 H. [MOD] - ISLAMABAD 27 Julai - Parti pembangkang utama Pakistan semalam mengumumkan akan memboikot pilihan raya Presiden negara ini sebagai membantah langkah mahkamah membenarkan pengundian diadakan lebih awal. "Kami tidak mempunyai alternatif lain selain memboikot pilihan raya ini,'" kata Senator Raza Rabbani, calon Presiden dari parti Parti Rakyat Pakistan (PPP). Mahkamah Agung Pakistan pada Rabu lalu memutuskan bahawa pilihan raya akan diadakan pada 30 Julai dan bukannya pada 6 Ogos selepas parti pemerintah mengemukakan aduan tarikh asal itu bertembung dengan penghujung Ramadan. Menurut mahkamah, kebanyakan ahli Parlimen yang akan memilih pengganti kepada Presiden Asif Ali Zardari kini berada di Mekah bagi menunaikan umrah. - AFP |
Posted: 27 Jul 2013 12:25 AM PDT 18 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Kuala Lumpur: UMNO merombak kepemimpinan negeri dengan membuat perubahan enam Pengerusi dan Timbalan Pengerusi untuk memperkukuhkan parti selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada Mei lalu. Negeri berkenaan ialah Perlis, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka dan Johor. Pelantikan diumumkan presiden parti, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi, di ibu pejabat parti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam. UMNO Perlis yang sebelum ini diterajui bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu diganti dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, manakala Menteri Besarnya, Azlan Man dilantik Timbalan Pengerusi bagi mengisi jawatan yang dikosongkan Shahidan. Tukar jawatan Pertukaran turut membabitkan Kedah apabila Pengerusi dan Timbalan Pengerusi sebelum ini, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir saling bertukar jawatan. Sementara itu, UMNO Selangor yang sebelum ini dipimpin oleh Najib, kini diterajui Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar yang sebelum ini Timbalan Pengerusi dan Ketua Penerangan UMNO negeri, Abdul Shukor Idrus yang juga ADUN Kuang sebagai timbalannya. UMNO Melaka pula kini diterajui Ketua Menteri, Datuk Wira Idris Haron menggantikan Datuk Seri Mohd Ali Rustam, manakala Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah dilantik timbalan menggantikan Datuk Wira Abu Seman Yusop. Perdana Menteri turut mengumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan yang sebelum ini disandang Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ahli Majlis Tertinggi yang juga Ketua UMNO Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin dilantik sebagai Timbalan Pengerusi. Bagaimanapun, UMNO Johor hanya menyaksikan perubahan jawatan pengerusi apabila Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menggantikan Datuk Abdul Ghani Othman, manakala Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad kekal timbalan. Pertukaran di Terengganu Terengganu menyaksikan pertukaran bagi jawatan Timbalan Pengerusi apabila Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dipilih sebagai Timbalan Pengerusi menggantikan Ketua UMNO Marang, Datuk Yahya Khatib. Pulau Pinang turut mendapat Timbalan Pengerusi baru apabila Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya menggantikan Ketua UMNO Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir. Lima negeri iaitu Kelantan, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Sabah mengekalkan kepemimpinan bagi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi. Pengerusi dan Timbalan Pengerusi perhubungan UMNO negeri:
|
Polis Mesir tembak mati 23 penyokong Morsi Posted: 27 Jul 2013 12:19 AM PDT 18 Ramadhan 1434 H. [MOD] - KAHERAH: Polis Mesir menembak mati 23 penyokong Mohamed Morsi manakala beratus lagi cedera dalam satu tunjuk perasaan besar-besaran di kaherah, awal pagi ini. Pemimpin Ikhwan Muslimin, Murad Mohammed Ali, berkata polis bertindak melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan pro-Morsi, namun agensi berita MENA melaporkan pegawai keselamatan tidak dapat mengenal pasti sebarang tembakan dari pihak polis. Katanya, lebih 600 orang awam cedera dan tiada tindakan segera dari perkhidmatan kecemasan atau kementerian kesihatan. Pertempuran tercetus awalpagi ini di sepanjang jalan raya ke lapangan terbang, dengan pihak polis melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan. - AFP |
Mesir: Diserang menjelang sahur, 10 terkorban Posted: 27 Jul 2013 12:13 AM PDT 18 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Harakahdaily/- MESIR: Himpunan aman besar-besaran"Jumaat Furqan" oleh penyokong Morsiyang berlangsung bermula selepas solat Jumaat semalam menyaksikan sekali lagi berdepan tindakan kejam polis dan tenteraMesir yang melancarkan serangan berdarah kepada mereka. Menjelang sahur pagi tadi, kumpulan penyokong Morsi di hadapan Universiti Azhar, Jalan Austorad, berhampiran Kubur Anwar Sadat diserang dengan peluru hidup tanpa perikemanusian.Ikhwanonline melaporkan, pasukan penempak tepat polis Mesir mengambil posisi di atas bangunan Fakulti Dakwah, Universiti Al-Azhar Madinah Nasr bagi menembak rakyat dalam situasi kelam-kabut selepas ditembak gas pemedih mata sebelum itu. (Kereta perisai polis menyusuri jalanmenyuraikan peserta himpunan) Polis juga menggunakan kereta perisai mereka membelah lautan peserta yang berhimpun. Sehingga kini, dilaporkan 10 orang termasuk wanita dan kanak-kanak terkorban manakala lebih 300 lagi cedera. Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital awam Raba'ah. Menjelang azan Subuh pagi tadi, suasana di kawasan kubur Anwar Sadat berhampiran Raba'ah masih lagi kelam kabut. Peserta saling membantu mengumpulkan jenazah yang terkorban dan pada masa yang sama membawa rakan mereka yang cedera ditembak ke hospital. Serangan ini sekali lagi mengingatkan kejadian "Subuh berdarah" di hadapan Bangunan Pengawal Republik awal bulan ini yang menyaksikan lebih 50 terkorban diserang ketika sedang menunaikan solat Subuh. (Perarakan penyokong Morsi selepas solat Jumaat semalam) Biarpun serangan berdarah ini sememangnya dijangka, namun peserta himpunan menyokong Morsi tetap tidak berganjak, malah makin ramai memenuhi Dataran Raba'ah sehingga ianya tidak mampu lagi menampung kebanjiran orang ramai. Himpunan Jumaat Furqan ini juga adalah sebagai tindak balas terhadap seruan pihak tentera yang diketuai Jeneral Abdul Fatah Al-Sisi yang mahu rakyat turun ke Medan Tahrir bagi menyatakan sokongan kepada perampas kuasa yang didalanginya. Al-Sisi mahu menjadikan himpunan di Tahrir semalam sebagai alasan sokongan kepadanya untuk bertindak menggunakan kekerasan terhadap penyokong Morsi yang berhimpun seluruh Mesir khususnya di Kaherah sejak awal bulan lalu. |
Pro Sisi dijamu makan, pro Morsi dijamu peluru Posted: 27 Jul 2013 12:01 AM PDT 18 Ramadhan 1434 H. [MOD] (Serangan di Masjid Qaid Ibrahim, Iskandariah malam tadi yang menyaksikan 7 terkorban) MESIR: Ikhwan Muslimin mengecam tindakan 'double standard' pihak tentera yang menyerang penyokong Morsi dibeberapa kawasan awal pagi tadi sehingga mengakibatkan puluhan lagi terkorban. Sebaliknya, penyokong Al-Sisi yang diarah berkumpul di Dataran Tahrir diberi layanan lima bintang. Pemimpin Ikhwan, Dr.Mohammed El-Beltaji dalam temubual secara langsung sebentar tadi dengan stesen Al-Jazeera berkata, pihaknya tidak akan berganjak biarpun berdepan pelbagai ancaman. "Kami bangga menjadi antara mereka yang dipilih untuk berkata "Tidak" kepada perampas kuasa. "Kami diperlakukan begini sedang penyokong As-Sisi dan tentera di Tahrir dijamu dengan makanan yang disediakan oleh pasukan tentera dengan biayai wang rakyat, dicetak poster dan diedar gambar Sisi dan dijaga keselamatan mereka oleh polis sedang kami 'dihujani' dengan peluru hidup menjelang sahur tadi," katanya ketika ditemubual di Hospital Raba'ah pagi tadi. Dalam kejadian menjelang sahur pagi tadi, kumpulan penyokong Morsi di hadapan Universiti Azhar, Jalan Austorad, berhampiran Kubur Anwar Sadat diserang dengan peluru hidup. (Samseng upahan mengepung Masjid Qaid Ibrahim, ratusan penyokong Morsi terperangkap) Sekurang-kurangnya 10 telah dilaporkan terkorban termasuk lebih 300 lagi cedera. Angka korban dijangka terus meningkat ekoran ramai mengalami cedera parah. "Jika anda melihat, lokasi himpunan kami di Raba'ah ini terletak tidak jauh dengan Pejabat Perisikan Perang Askar, bersebelahan ini bangunan Unit Kewangan Majlis Tentera, hanya beberapa meter terletaknya Bilik Operasi Majlis Tentera. "Jika kami inginkan keganasan sudah lama kami kepung dan ceroboh bangunan-bangunan tentera tersebut dengan jumlah kami yang mencecah jutaan tapi kami tidak lakukannnya. Sudah hampir 30 hari kami berhimpun, jika kami inginkan keganasan maka hari pertama kami berhimpun sudah kami rempuh bangunan milik tentera ini," katanya lagi. Sementara itu, seorang doktor perubatan yang bertugas di Hospital Raba'ah, Dr.Hisyam Ismail melalui Al-Jazeera sebentar tadi berkata, setiap detik akan tiba di hospital itu mangsa yang cedera dan sehingga kini sudah 700 orang. 7 terkorban di Iskandariah Dalam perkembangan berkaitan, tujuh lagi penyokong Morsi terkorban dalam serangan di Masjid Qaid Ibrahim di Iskandariah malam tadi. Difahamkan, polis mengepung peserta yang berada di dalam masjid sebelum melepaskan gas pemedih mata. Menurut web Ahram, pasukan tentera menembakkan gas air mata di sekitar lokasi himpunan untuk menyuraikan para peserta himpunan. Dalam kejadian itu,seorang kanak-kanak 14 tahun didakwa turut terkorban akibat ditusuk dengan senjata tajam di perutnya |
Gempa kuat 12,250km barat daya Pontian Posted: 26 Jul 2013 09:54 PM PDT 18 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
|
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan