Ahad, 23 Jun 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Penahanan Husam: Satu Penangkapan Terpilih - Tamrin

Posted: 23 Jun 2013 03:50 AM PDT

14 Syaaban 1434 H. [MOD] -
http://msomelayu.blogspot.com

Anak negarawan yang kini ahli Pas seumur hidup Tamrin Ghafar kesal dengan apa yang berlaku ke atas Naib Presiden Pas yang ditahan polis lewat petang semalam di bawah akta Hasutan 1948. Bagi Tamrin penanahan Husam itu merupakan bukti tindakan penangkapan terpilih dilakukan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Tamrin: Kesal...
Mengapa beliau berkata begitu kerana, pihak PDRM jelas sangat bias dalam tugas dan tanggungjawab kononnya untuk mengawal keselamatan negara, di mana tindakan diambil kepada pembangkang tetapi memicingkan mata terhadap indvidu-individu pengampu kerajaan yang boleh diambil tindakan dibawah akta sama ekoran aktiviti dan kata-kata mereka.

Dalam percakapan dengan bloger sekejap tadi, Tamrin mempersoalkan kenapa polis begitu cepat, pantas dan rajin bertindak ke atas pemimpin pembangkang tetapi seakan memejamkan mata atau buat-buat tidak dengar terhadap kroni kerajaan yang melakukan kesalahan sama.

Beliau lantas memberi contoh dan mempersoalkan kenapa, polis tidak menahan dan melokapkan Mahathir Mohamad, Ibrahim Ali, atau pun Ahmad Zahid Hamidi dan Non Omar walaupun mereka pernah mengeluarkan kata-kata berunsurkan hasutan yang boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.
MB Kelantan Ahmad Yakob turut melawat Husam.
Tamrin menyoal berapa orang yang telah mati syahid dan berapa banyak kereta ambulan yang terpaksa mengangkut orang ramai yang telah cedera ekoran ucapan Husam itu  jika dibandingkan puluhan rakyat mati dan lain-lain ekoran penglibatan Mahathir semasa 13 Mei 1969 dulu.

Katanya Mahathir semasa berceramah di Gelang Patah Johor pada pilihan raya lalu telah membangkitkan dengan niat orang Melayu benci dan tidak mengundi calon-calon Cina terutama DAP dalam PRU-13 dengan mengatakan kalau DAP menang negara ini akan diperintah oleh Cina.

Soal beliau apakah Mahathir ini boleh sewenang-wenangnya boleh cakap dan buat apa saja yang disuaki. "Apakah dia ni termasuk dalam golongan kasta d' untouchble. Apakah darjat Tun ini lebih tinggi dari raja-raja Melayu. Sekurang-kurangnya raja-raja boleh juga diheret ke mahkamah walaupun mahkamah khas yang diwujudkan oleh beliau dulu," katanya.

Runggut bekas Exco Pemuda Umno itu kalau inilah kenyataanya, kata beliau elok sajalah campakkan saja perlembagaan dan undang-undang negara ini ke laut. Tekan beliau inikah transformasi Najib?

Begitu juga dengan Inchek Ibrahim Ali yang pernah berucap menganjurkan agar kitab Bible dibakar. Kata-kata Ibrahim itu juga merupakan satu hasutan dan boleh menimbulkan perbalahan di kalangan penganut agama di negara ini.

"Bagi saya kata-kata Ibrahim itu lebih sadis daripada apa yang Datuk Husam ucapkan. Tetapi kenapa Ibrahim dilepas?" soalnya lagi kesal dan kecewa. Sambungnya cuba bayangkan apa jadi kalau tiba-tiba orang Kristian bangkit menyatakan kemarahan mereka ekoran ucapan Ibtrahim itu, tentu keadaanya tegang.

Malang menurutnya polis tidak berbuat apa-apa dan hanya mendiamkan diri tidak mengambil apa-apa tindakan jauh sekali untuk mengheret Ibrahim ke dalam lokap. Usahkan untuk melokap mereka (Mahathir) dalam lokap tetapi memanggil ke balai Polis pun tidak.

Bukan Mahathir dan Ibrahim saja, Zahid Hamidi dan Noh Omar juga pernah mengeluarkan kata-kata bersunsur hasutan yang mana katanya dia percaya kalau kata-kata itu keluar dari mulut pemimpin pembangkang mereka akan dilokapkan.

Zahid Hamidi kerana berang kepada anak-anak muda dan orang ramai yang memprotes keputusan pilihan raya lalu kerana didakwa berlaku penipuan khasnya mengenai penggunaan dakwat kekal, telah mengeluarkan kata-kata penghinaan meminta rakyat yang memprotes keputusan pilihan raya dan sistem pilihan raya agar nyah dari negara ini.

Manakala bekas Menteri Pertanian dan Asas Tani, Noh Omar pula jelas Tamrin telah meminta mereka agar tinggal dalam hutan.Kata-kata Zahid dan Noh Omar itu merupakan satu penghinaan dan orang yang bercakap seolah tidak tahu membaca perlembagaan negara.

Tamrin sendiri yang dilokapkan dan didakwa dibawah Akta Hasutan 1948 juga mempersoalkan wibawa Menteri Dalam Negeri (KDN) Zahid Hamidi berhubung penahan Husam serta sikap mendiamkan diri terhadap pemimpin kroni kerajaan itu. Katanya apakah Zahid membisu seribu bahasa dan berani bertindak ke atas pemimpin pemabangkang kerana beliau mahu memngambil hati perwakilan Umno?

"Kita tahu Umno akan mengadakan perhimpuan dan pemilihan pemimpin hujung tahun. Boleh jadi kerana Zahid hendak jadi hero dia hanya berani bertindak ke atas pemimpin pembangkang tetapi pengecut untuk menyentuh pemimpin kroni kerajaan kerana ingin menang dalam perhimpuann agung Umno?" sinis Tamrin.

Jerebu: Semua Sekolah Di Melaka, Kuantan Diarah Tutup Esok

Posted: 23 Jun 2013 03:45 AM PDT

14 Syaaban 1434 H. [MOD] -

TERUK... Keseluruhan bandar Kuantan diselubungi jerebu ketika tinjauan fotoBernama pada Ahad. Kelihatan pemandangan bandar Kuantan dari tingkat atas sebuah hotel mendapati terjejas teruk. Jarak pandangan terhad kepada 100 meter. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan semua sekolah di daerah ini dan kawasan yang terjejas teruk akibat jerebu ditutup bermula esok ekoran Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuantan yang mencecah paras tidak sihat hari ini.
MELAKA: Kesemua 313 buah sekolah menengah dan rendah di seluruh Melaka diarah tutup bermula esok ekoran Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tahap bahaya.
Selain itu, institusi prasekolah termasuk Tadika Perpaduan, Kemas dan di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Melaka serta milik swasta turut diarah tutup.
Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron berkata kesemua institusi itu hanya akan dibuka semula sekiranya IPU menurun ke tahap sihat untuk aktiviti luar.
"Kita baru sahaja dimaklumkan mengenai penutupan sekolah ini oleh Kementerian Pendidikan dan semua sekolah itu akan dibuka semula apabila diberitahu kelak," katanya dalam sidang akhbar di sini, Ahad.
Katanya IPU di Bandaraya Melaka pada 2 petang mencatatkan bacaan 397 manakala Bukit Rambai 456.
Idris berkata kerajaan negeri juga menyerahkan tambahan 25,000 topeng muka kepada Jabatan Pendidikan Melaka yang sebelum ini menerima jumlah sama.
Katanya setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) turut menerima 1,000 topeng muka untuk kegunaan orang ramai yang terpaksa keluar rumah untuk melakukan aktiviti harian.
Idris berkata seramai 1,500 orang dilaporkan mendapat rawatan berkaitan masalah pernafasan dan sakit mata semalam.
Beliau turut meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) supaya melakukan teknik pembenihan awan di negeri itu bagi menyelesaikan keadaan jerebu yang semakin kritikal.
Di KUANTAN, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan semua sekolah di daerah ini dan kawasan yang terjejas teruk akibat jerebu ditutup bermula esok.
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira faktor kesihatan para pelajar ekoran IPU di Kuantan yang mencecah paras tidak sihat hari ini.
"Kalau kita tengok keadaan (jerebu) hari ini, memang teruk...jarak penglihatan pun makin kurang, nak bernafas pun sudah tidak selesa. Bayangkan kalau anak-anak kita ke sekolah esok, ini boleh membahayakan kesihatan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis perasmian Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, The Zenith Hotel dan Menara Zenith Putra Square, di sini hari ini oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.
Menurut laman web JAS setakat 11 pagi ini IPU dua kawasan di Kuantan dilaporkan mencatat bacaan tidak sihat iaitu Balok Baharu 149 dan Indera Mahkota 107.
Sementara itu, Pemangku Pengarah Pelajaran Pahang Rosdi Ismail berkata arahan penutupan itu membabitkan 120 sekolah menengah dan rendah di daerah ini.
"Sebelum ini pun kita sudah keluarkan arahan kepada semua sekolah supaya tidak melakukan sebarang aktiviti kokurikulum," katanya.
Beliau berkata Kementerian Pendidikan juga mengingatkan semua guru besar dan pengetua mengikuti garis panduan dikeluarkan sebelum ini, bagi menangani sebarang masalah jika jerebu melanda negara. BERNAMA

Jerebu: Sekolah di Selangor, KL Tutup Isnin

Posted: 23 Jun 2013 03:42 AM PDT

14 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Keadaan jerebu di Kuala Lumpur pada pukul 12.15 tengah hari.
PETALING JAYA: Semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan ditutup pada Isnin berdasarkan keadaan jerebu teruk sehingga pukul 5 petang Ahad.


Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel berkata, Menteri Pelajaran kedua Datuk Seri Idris Jusoh akan mengambil tindakan susulan mengenai perkara itu.
Palanivel berkata keadaan jerebu semakin buruk pada pukul 5 petang.

Beliau menasihatkan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka berada di dalam bangunan..
Gambar/foto Mstar/-

Tidak pernah tahu ada waran tangkap - isteri

Posted: 23 Jun 2013 03:40 AM PDT

14 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KOTA BHARU: Selepas pulang dari Jordan pada malam 19 Jun lalu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa tidak pernah memberitahu ada waran tangkap terhadapnya.

Isterinya, Datin Rohana Abdul Rahman berkata, suaminya tidak pernah memberitahu ada waran tangkap terhadapnya dikeluarkan polis yang dikatakan bertarikh 20 Jun lalu.
"Cuma pada pagi Jumaat ketika beliau hendak bertolak ke Kuala Lumpur, Abang Sam ada cakap kepada Pakcik Man kali ini perjalanannya agak sukar.

"Pakcik Man kenalan keluarga kami memberitahu kepada saya, perjalanannya kali ini agak sukar tanpa pula ada waran tangkap," katanya ketika ditemui pemberita selepas menemui suaminya di Ibu Pejabat Polis Kota Bharu di Pengkalan Chepa, hari ini.

Sebelum itu beliau ditemani adiknya menemui Husam kira-kira 10 minit di luar bilik lokap IPD. Turut berada pada pertemuan itu dua anggota polis.

Pada Khamis lalu akhbar Umno menyiarkan kenyataan bekas Ketua Penerangan Umno Kelantan, Mohd Nor Deris mahu pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas Husam ekoran ucapannya, peserta 'Black 505' syahid sekiranya terkorban ketika menyertai perhimpunan berkenaan.

Husam ditahan ketika berada di Pandan sebelum menghadiri perhimpunan Black 505 di Padang Merbok. Selepas itu beliau dibawa ke IPD Ampang sebelum dibawa pulang dengan kenderaan ke Kota Bharu.

Rohana berkata, semalam jam 2 petang Husam menelefon hendak ke Padang Merbok bagi menghadiri perhimpunan Blackout.

"Kira-kira sejam kemudian ketika saya telefon beliau kata mahu ke Balai Polis Ampang pula," katanya.

Beliau juga meluahkan rasa kesal kerana dihalang menemui suaminya malam tadi ketika kenderaan membawa Husam sampai di IPD Kota Bharu di Pengkalan Chepa.

"Semalam saya tidak boleh masuk langsung. Pada awalnya pihak polis berjanji boleh berjumpa dengan suami, namun selepas Abang Sam tiba tidak pula diberi.

"Hanya peguam dibenarkan masuk malam tadi. Saya hendak bawa anak pun tidak boleh. Polis kata mereka tidak mahu ganggu proses siasatan," tambahnya.

Beliau juga berkata, suaminya memberitahu tahanan reman ke atas berakhir esok. Beliau tidak dapat tidur lena malam tadi.

Husam juga memakai baju warna oreng, sama tahanan lain dalam lokap.

"Beliau juga tidak dibenarkan menjamah makanan yang saya bawa jadi terpaksa dibawa balik. Abang Sam demam sejak balik dari sempadan Syria malam 19 Jun lalu.

"Dan tambahan pula keadaan jerebu di Kuala Lumpur sekarang," katanya.

Beliau juga melahirkan rasa terharu di atas sokongan padu semua pihak kepada suaminya sepanjang berada dalam tahanan polis.

Harakahdaily/-

35 Daripada 36 Adun Kedah Angkat Sumpah Jawatan Hari Ini

Posted: 23 Jun 2013 03:37 AM PDT

14 Syaaban 1434 H. [MOD] -

ALOR SETAR: Seramai 35 daripada 36 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah mengangkat sumpah jawatan pada persidanganDewan Undangan Negeri di sini, Ahad.

Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak, yang juga Adun Sungai Limau, tidak hadir pada majlis angkat sumpah berikutan masih menerima rawatan susulan pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis baru-baru ini.

Kesemua 21 Adun Barisan Nasional (BN) dan 14 daripada Pakatan Rakyat iaitu PAS (lapan), Parti Keadilan Rakyat (PKR) (empat) dan DAP (dua) mengangkat sumpah taat setia dalam memelihara dan mempertahankan perlembagaan negeri Kedah.
Mereka mengangkat sumpah di hadapan Speakar DUN yang baharu dilantik Datuk Md Rozai Safian dengan didahului Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, diikuti oleh 34 lagi Adun.
Terdahulu, majlis dimulakan dengan cadangan daripada Menteri Besar yang mengemukakan nama Md Rozai sebagai Speaker DUN yang baharu dan disokong Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi Datuk Dr Ku Rahman Ku Ismail.
Md Rozai, 58, pernah menjadi Speaker DUN pada 2004 hingga 2008. Sebelum itu, beliau pernah menjadi Adun Sungai Tiang sejak 1999 hingga 2004.
Beliau bertanding di kerusi Parlimen Pendang pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 dan 2008 tetapi kalah. Beliau tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13(PRU-13) 5 Mei lepas.
Selepas majlis mengangkat sumpah kesemua Adun, Mukhriz mencadangkan nama Adun Bayu Datuk Azmi Che Husain sebagai Timbalan Speaker, dan disokong oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan Datuk Suraya Yaacob.
Pada PRU-13, BN berjaya merampas kembali pentadbiran kerajaan negeri ini daripada Pakatan Rakyat dengan majoriti mudah, menang 21 daripada 36 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Daripada 15 DUN yang dimenangi Pakatan Rakyat, sembilan daripadanya PAS, empat PKR manakala dua daripada DAP.
Md Rozai ketika ditemui pemberita selepas majlis itu berkata, Azizan boleh mengangkat sumpah sebagai Adun di mana-mana sahaja asalkan di hadapan Speaker.
"Tidak ada masalah dengan ketidakhadiran Tan Sri Azizan hari ini. Mengikut surat yang diterima, dikatakan beliau masih 'critically ill'. Kalau diikutkantidak ada masalah untuk beliau angkat sumpah di mana-mana sahaja asalkan dihadapan Speaker.
"Saya sendiri akan melawat Tan Sri Azizan di hospital (Pulau Pinang) dan melihat sendiri keadaan beliau nanti. Beliau ada masa enam bulan untuk angkat sumpah dan saya akan cuba pastikan masalah ini akan selesai dalam tempoh itu," katanya.
Sementara itu, wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk melantikAdun Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah sebagai ketua pembangkang.
Amiruddin berkata, perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat yang dihadirioleh semua wakil rakyat PAS (kecuali Azizan), PKR dan DAP baru-baru ini.
"Wakil rakyat lain mahu saya menjadi ketua pembangkang berikutan keadaan Tan Sri Azizan yang masih belum pulih. Speaker dah dilantik...jadi kami (wakil rakyat pembangkang) akan menulis surat kepada speaker memaklumkan keputusan kami," katanya. - BERNAMA

Jerebu: 211 Sekolah Di Muar, Ledang Diarahkan Tutup Pada Isnin

Posted: 23 Jun 2013 01:25 AM PDT

14 Syaaban 1434 H. [MOD]

MUAR: Kesemua 211 sekolah di Muar dan Ledang diarahkan tutup pada Isnin berikutan jerebu.
Pegawai Jabatan Pendidikan Daerah, Ahmad Othman berkata, sejumlah 76,940 pelajar terlibat ekoran keadaan jerebu.


MUAR: Kesemua 211 sekolah di Muar dan Ledang diarahkan tutup pada Isnin berikutan jerebu.

Pegawai Jabatan Pendidikan Daerah, Ahmad Othman berkata, sejumlah 76,940 pelajar terlibat ekoran keadaan jerebu.
"Terdapat 171 sekolah rendah dan 40 sekolah menengah di kedua-dua daerah.
"Sekolah-sekolah berkenaan telah diberitahu supaya ditutup sejak Khamis lepas, dan jabatan akan meneruskan untuk penutupannya sehingga keadaan bertambah baik," katanya kepada para pemberita ketika ditemui di sini, Ahad.

Husam direman 2 hari, polis halang MB lawat

Posted: 22 Jun 2013 10:56 PM PDT

14 Syaaban 1434 H.

KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa direman selama dua hari selepas ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan di Kuala Lumpur petang semalam.




Majistret Nik Ambri Mohamad membuat keputusan itu pada permohonan reman dikemukakan polis di lokap Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu hari ini.

Peguam Hisham Fauzi yang mewakili Husam berkata, pada awalnya pihak polis memohon tahanan reman sehingga empat hari.

"Namun kami pasukan peguam membantah dengan alasan Husam ditahan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, di mana akta itu mensyarat sama ada perkataan yang diucap termasuk dalam kategori menghasut atau tidak.

"Lagi pun polis sudah mendapat rakaman ucapan dan boleh buat keputusan sama ada menghasut atau tidak. Kalau menghasut polis boleh buat pertuduhan di mahkamah dan jika tidak hendaklah bebaskan segera," katanya kepada pemberita di luar IPD.

Hisham bersama empat lagi peguam mengendalikan kes tersebut bagi pihak Husam yang juga Adun Salor.

Menurutnya tidak timbul keperluan polis menahan lebih lama Husam dan tidak memerlukan kehadirannya lebih lama di lokap IPD.

Malah keterangan saksi-saksi lain yang diperlukan boleh dilakukan tanpa perlu Husam berada di lokap.

"Tidak perlu menahan lebih lama. Mahkamah arah bebas esok sebelum jam 12 malam," ujarnya.

Menurutnya juga permohonan reman dibuat polis kepada mahkamah negeri Kelantan bagi mengadakan mahkamah tertutup di IPD.

Sedangkan kata Hisham, Naib Presiden PAS itu bersedia untuk hadir ke mahkamah bagi permohonan reman tersebut.

"Sepatutnya didengarkan di mahkamah majistret. Kalau polis hendak sambung reman mereka kena buat permohonan lagi kepada mahkamah.

"Jadi siasatan perlu diselesaikan hari ini dan esok. Malam ini Husam akan bermalam di lokap," katanya.

Hisham yang juga Pengerusi Lajnah Guaman dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan turut melahirkan rasa kesal terhadap polis Kelantan kerana tidak membenarkan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob datang melawat Husam di IPD.

Menurutnya, polis perlu sedar Husam merupakan Naib Presiden PAS dan seorang Yang Berhormat mewakili rakyat Kelantan dan bukannya rakyat biasa.

"Sepatutnya polis benarkan MB datang menziarahi Husam di lokap IPD. Kami peguam meluah rasa kesal kerna polis enggan membenarkan MB atau mana-mana Exco menziarahi Husam di lokap, tanpa sebarang alasan.

"Kami amat kesali. Sepatutnya tidak dilakukan polis. Ini menggambarkan mereka tidak menghormati kerajaan dan rakyat negeri Kelantan.

"Saya berharap polis segera mengubah keputusan itu dan membenarkan MB hadir menziarahi Husam. Negeri ini ada ketua dan sepatutnya MB dibenarkan menziarahi mana-mana Adun yang ditahan," ujarnya.

Kata beliau polis bersikap tidak profesional dan memberi imej yang buruk dalam sebuah negara demokrasi.


Jerebu: PM isytihar darurat di Muar, Ledang

Posted: 22 Jun 2013 10:51 PM PDT

14 Syaaban 1434 H. [MOD] -

  • Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang di Johor berkuat kuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750 setakat 7 pagi ini.

    Perkara itu diumumkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel menerusi posting terbaru dalam facebook beliau.

Pesawat terhempas

Posted: 22 Jun 2013 08:45 PM PDT

14 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Sebuah pesawat terhempas ketika membuat pertunjukan lagak ngeri pada Pertunjukan Udara Ventren di Dayton, Ohio pada Sabtu (waktu tempatan). Menurut pihak berkuasa, seorang juruterbang dan seorang pelagak ngeri terbunuh di tempat kejadian. Foto AP 

Kawalan ketat, keluarga tidak dibenar jumpa Husam

Posted: 22 Jun 2013 08:36 PM PDT

14 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/-

Isteri dan keluarga terdekat beserta orang ramai menunggu ketibaan Husam di IPD Pengkalan Chepa, malam tadi.

KOTA BHARU: Kawalan ketat di pekarangan Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu, tempat Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa ditahan.

Orang ramai tidak dibenarkan berada di kawasan IPD kecuali wartawan dan peguam.
Ramai anggota polis berkawal termasuk pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Hanya dua peguam sahaja dibenarkan masuk ke kawasan IPD iaitu Abdul Rashid Yah bersama seorang peguam.

Selain itu kelihatan isteri Husam, Datin Rohana Ab Rahman kelihatan memasuki IPD.

Difaham Husam sampai dari Kuala Lumpur jam 1.30 am pagi tadi. Isteri beliau yang berada di IPD sehingga jam 10.50 pagi ini tidak dibenarkan bertemu, termasuk anggota keluarga terdekat.

Difahamkan juga sepatutnya pagi ini Husam dibawa ke mahkamah majistret untuk mendapat perintah tahanan reman namun majistret pula dibawa ke IPD.

Pagi tadi ramai datang ke mahkamah bagi mengikuti kes berkenaan namun pulang hampa.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman menyifatkan apa yang berlaku terhadap Husam cukup luar biasa kerana keluarganya tadi tidak dibenarkan menemuinya.

Kes Husam: Juham kecam tindakan niat jahat PDRM

Posted: 22 Jun 2013 08:24 PM PDT

14 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/-


KUALA LUMPUR: Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia menyelar proses penahanan  Naid Presiden PAS, Datuk Husam Musa semalam di bawah Akta Hasutan yang dilihat dilakukan secara mala fide (niat jahat) oleh PDRM.

Ekoran penahahan tersebut, sekitar jam 3.45 petang, pihak Juham telah bergegas dan mengambil tindakan segera menghantar pasukan peguam ke IPD Ampang bagi mewakili/membantu Husam dalam proses siasatan oleh PDRM. 




Malangnya, kata Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi pihak peguam tidak sama sekali dibenarkan berjumpa Husam dan ini seterusnya menafikan hak beliau untuk berjumpa peguamnya.

Lebih teruk, katanya pada jam 6.00 petang, pihak peguam dimaklumkan bahawa Husam telah dibawa ke IPD Kota Baharu bagi tujuan siasatan lanjut tanpa dimaklumkan terlebih dahulu kepada peguam yang menantinya di luar IPD Ampang.

"Mengapakah Husam tidak ditahan di Kota Baharu, jika PDRM mendakwa bahawa laporan polis terhadap beliau di bawah seksyen 4(1) Akta Hasutan telah dibuat di  Kota Bharu?" tanya beliau dalam satu kenyataan.

Katanya, Juham melihat penahanan itu mempunyai kaitan dengan penglibatan Husam dalam perhimpunan 505 yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam.

"Juham menegaskan bahawa tindakan PDRM dalam perkara ini adalah berniat jahat (mala fide) dimana telah menafikan hak Husam berjumpa peguamnya. 

"Tindakan ini diselar oleh pihak Juham dan ini menjustifikasikan pelanggaran pihak PDRM kepada peruntukkan undang-undang di bawah Kanun Prosedur Jenayah," tegasnya.

Beliau menambah, tiindakan PDRM dilihat sebagai tindakan yang 'bacul' dan bersifat menyusahkan Husam dan pihak peguam. 

Katanya, jika dilihat kepada tangkapan PDRM terhadap Datuk Tamrin dan Tian Chua sebelum ini di bawah Akta Hasutan, pihak Juham dibenarkan  berjumpa anak guam sejurus tangkapan dilakukan. 

"Mengapa dalam kes Husam ini, tindakan sebaliknya dilakukan PDRM dan ini memperlihatkan PDRM sebagai tidak professioanl dan membelakangi undang-undang sedia ada," ujarnya lagi.

Justeru, tegasnya pihak Juham menuntut pihak Ketua Polis Negara memberikan penjelasan yang konkrit berhubung tindakan anak buahnya yang dilihat sangat menjelekkan dan mencemarkan nama baik PDRM yang sedia diragui dan dipertikaikan. 

"Pihak Juham tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan Semakan Kehakiman (Judicial Review) berhubung perkara ini," tegasnya lagi.

Bahaya jerebu di Muar hampiri rekod 1997

Posted: 22 Jun 2013 08:15 PM PDT

14 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar, Johor kekal di paras bahaya dan kualiti udaranya merosot teruk sehingga menghampiri rekod pada September 2007.


 
Bacaan IPU setakat jam 7 pagi ini mencatatkan 
angka 746 (berbahaya), berbanding 373 semalam (bacaan jam 11 pagi).

Keadaan udara dianggap berbahaya apabila mencatat angka melebihi 301.

Dilaporkan, rekod tertinggi IPU direkodkan di Kuching pada 23 September 1997 dengan bacaan 839.

Tiada lagi penangguhan gaji minimum ?

Posted: 22 Jun 2013 08:07 PM PDT

14 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Kuala Lumpur: Kerajaan tidak akan menangguhkan lagi pelaksanaan pembayaran gaji minimum selepas 31 Disember depan.

Setakat ini, kira-kira 400 majikan yang menggaji lebih enam pekerja membuat rayuan penangguhan pembayaran gaji minimum yang sepatutnya dilaksanakan mulai 1 Julai ini dan kerajaan sedang menimbang rayuan mereka

Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot anak Jaem, berkata beliau akan berjumpa majikan terbabit Selasa ini bagi mendapatkan maklumat masalah mereka untuk mematuhi skim baru berkenaan tetapi setakat ini kerajaan bersetuju menangguhkannya hingga 31 Disember depan.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Perhimpunan Hari Pekerja 2013 di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini semalam.
Penetapan gaji minimum bagi sektor swasta diumumkan Perdana Menteri pada 30 April 2012 dan diwartakan pada 16 Julai tahun lalu. Ia berkuat kuasa pada 1 Januari lalu dan kadarnya disemak setiap dua tahun.
Gaji minimum pekerja swasta di Semenanjung ditetapkan RM900 manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan adalah RM800.
Richard Riot berkata, antara dipertimbangkan dalam meneliti rayuan penangguhan majikan itu adalah kemampuan kewangan majikan dan jumlah pekerja.
Mengenai pelaksanaan umur persaraan 60 tahun kementerian itu menerima 331 permohonan majikan untuk menangguhkannya selepas tarikh tutup permohonan pada 30 April lalu.
Sehubungan itu, majikan tidak boleh memberhentikan pekerja sebelum mencapai umur persaraan minimum. Bagaimanapun, pekerja boleh membuat pilihan untuk bersara lebih awal menerusi persetujuan dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif (CA) dengan majikan.

BANJIR buruk melanda wilayah barat Kanada

Posted: 22 Jun 2013 07:59 PM PDT

14 Syaaban 1434 H. [MOD] -


BANJIR buruk melanda wilayah barat Kanada, Calgary selepas sedekad lamanya mengakibatkan lebih 100,000 daripada 1.1 juta penduduk di kawasan itu dan bandar berdekatan terpaksa berpindah, di mana keadaan lebih buruk dengan hujan lebat menyebabkan paras Sungai Bow and Elbow melimpah. Walaupun tiada laporan mangsa terbunuh atau cedera diterima, arahan berpindah terpaksa dikeluarkan apabila jalan raya dan jambatan di sepanjang selatan Alberta terpaksa ditutup. - Foto Reuters 

Dua terbunuh pesawat pertunjukan udara Ohio terhempas

Posted: 22 Jun 2013 07:51 PM PDT

14 Syaaban 1434 H. [MOD] -

DAYTON (Ohio): Sebuah pesawat yang sedang melakukan aksi pertunjukan udara sempena persembahan udara Ohio terhempas dan meragut nyawa juruterbangnya serta seorang krew.


Jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Dayton, Linda Hughes berkata, pihaknya mengesahkan kejadian itu dan dua individu terbunuh apabila pesawat mereka terhempas ketika melakukan pertunjukan udara. -





Perubatan Islam Perlu Dipromosikan Secara Meluas - Haron Din

Posted: 22 Jun 2013 04:13 PM PDT

14 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Perubatan Islam perlu dipromosi secara meluas untuk meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap rawatan alternatif itu, kata Pengasas dan Penasihat Pusat Perubatan Darussyifa' Datuk Dr Haron Din.

Beliau berkata kekurangan pendedahan mengenai ilmu perubatan Islam menyebabkan ia kurang mendapat perhatian masyarakat meskipun mempunyai potensi besar sebagai alternatif untuk merawat pelbagai penyakit.
"Kebaikan perubatan Islam ini perlu diberi promosi lebih meluas dalam media cetak dan media elektronik selain menerusi seminar dan memperbanyakkan penubuhan klinik rawatan Islam," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk 'Konsep dan Amalan Dalam Perubatan Islam' sempena seminar Pengubatan Islam di Masjid Negara di sini hari ini, Haron Din menyifatkan persaingan daripada rawatan moden turut menenggelamkan potensi perubatan Islam.
"Persepsi masyarakat, rawatan moden yang dikuasai barat itu lebih canggih dan berkemampuan mengubati sebarang penyakit manakala perubatan dan rawatan Islam kurang dipromosi kerana dunia rawatan pada hari ini, tidak dikuasai orang Islam. "Bila barat menguasainya, dalam konteks rawatan moden Allopathy maka mereka (masyarakat) mungkin kurang keyakinan atas kebolehan pengamal perubatan Islam mengatasi semua penyakit," katanya.
Haron Din berkata setakat ini Pusat Perubatan Darussyifa' mempunyai 40 buah pusat rawatan tanpa kursus (hanya untuk mengubati pesakit sahaja) di seluruh negara termasuk Brunei dan telah mentauliahkan seramai 6,000 pelajar ijazah rawatan Islam. Seminar sehari itu, anjuran Masjid Negara denga kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Pusat Perubatan Darussyifa' itu bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai ilmu perubatan Islam berlandaskan al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad S.A.W. -BERNAMA

Seorang Pelajar Malaysia Maut, Empat Cedera Dalam Kemalangan di Jordan

Posted: 22 Jun 2013 04:01 PM PDT

14 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia maut manakala empat lagi cedera apabila kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 kilometer dari Aman, Jordan pada Jumaat.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, kemalangan yang berlaku antara pukul 5 dan 6 petang (waktu Jordan) itu meragut nyawa Sumaiyah Romli, pelajar tahun satu bidang astronomi fizik University College London (UCL) tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Pelajar yang cedera ialah Muhammad Nazirul Mubin Nasruddin, Mohamad ShukriAlias, Nur Ili Dayana Mazlan @ Masgelan dan Humairak Ibrahim.
Muhammad Nazirul dan Humairak merupakan pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan perbankan Islam di Universiti Yarmouk manakala Muhamad Shukri juga pelajar tahun tiga di universiti yang sama.
Nur Ili Dayana pula pelajar tahun empat di UCL tajaan Bank Negara Malaysia.
Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah di Petra.
Kenyataan itu menyebut Pejabat Pendidikan Malaysia di Jordan dan Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan JPA telah memeriksa keadaan semua mangsa dan dalam proses menguruskan jenazah serta mangsa yang cedera.
Keluarga mangsa yang meninggal dunia telah pun dimaklumkan.
Sementara itu, Rohana Jaafar, guru Sumaiyah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma di Alor Setar, Kedah menyifatkan Allahyarham seorang yang disenangi guru dan disayangi rakan.
"Allahyarham sejak kecil memang bercita-cita untuk menjadi ahli astronomi dan menjadikan Datuk Dr Mazlan Othman sebagai idola.
"Arwah memang seorang yang matang dan sangat suka bercerita berkaitan astronomi, dan saya sendiri pernah menghadiahkan artikel berkaitan astronomi kepada Sumaiyah," katanya.
Rohana juga berkata Sumaiyah merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga.
Katanya, beliau dimaklumkan pemergian kesemua pelajar itu ke Jordan bukan semata-mata untuk bercuti, sebaliknya untuk menjejak sejarah para Anbia dan melihat sendiri peninggalan sejarah Islam seperti yang tercatat di dalam Al-Quran.
-BERNAMA

Tiada ulasan:

Nuffnang