:: cina islam | 2011 :: |
- Maut jatuh dari tingkat 11
- Bahana akibat tolak Pakatan Rakyat PRU13
- Penyamun kebas duit syiling
- Tambang bas naik 10%, kerajaan BN lepas tangan
- Jumpa bangkai harimau bintang
- Black 505 esok aman, bukan himpunan tentera Sulu
- 200 pemimpin Pakatan turun bersama rakyat esok
- Apabila tangan terkena kuali panas
- Hannah Yeoh angkat sumpah sebagai Speaker DUN wanita pertama Malaysia.
- Jerebu: Sekolah di Pontian, Kota Tinggi pula diarah tutup
- Indonesia buat hujan tiruan, bendung kebakaran
- Raptai istiadat pembukaan Parlimen Ke-13 berjalan lancar
- Facebook perkenalkan video guna Instagram
- AMK dakwa Wan Ahmad cenderung sokong BN
- Lebih banyak sekolah diarah tutup akibat jerebu
- MCA selar bekas hakim kerana mainkan isu perkauman.
- Pulau p'raya: Soalnya BN mana ada maruah
- China Tarik Balik Sekatan Ke Atas 12 Syarikat Pengeksport Sarang Burung Walit
- ADUN Selangor angkat sumpah hari ini
- PM Palestin letak jawatan selepas hanya dua minggu
- Dua maut dalam letupan gudang bunga api di Kanada
- Kota Tinggi, Pasir Gudang catat IPU berbahaya pagi ini
- Jerebu: S'pura tutup lapangan terbang Seletar
- Terhapus Amalan
- Pendek Angan-angan.
Posted: 21 Jun 2013 02:39 AM PDT 12 Syaaban 1434 H. [MOD] - BANDARAYA MELAKA - Seorang lelaki ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat 11 sebuah pangsapuri servis di sekitar Taman Melaka Raya di sini, petang kelmarin. Kejadian kira-kira 4.25 petang itu dipercayai berlaku ketika sepasukan anggota polis narkotik yang sedang melakukan operasi rutin mengetuk pintu rumah didiami mangsa bersama empat lagi rakannya termasuk tiga wanita. Mangsa berusia 31 tahun berasal dari Merlimau, Jasin itu bagaimanapun dijumpai terbaring dengan berpakaian kemas di kawasan bawah premis berkenaan, berhampiran persimpangan lampu isyarat dan laluan utama. Menurut seorang saksi yang enggan dikenali, dia yang mendengar bunyi dentuman kuat yang luar biasa sebelum menyedari objek di atas jalan raya yang sebenarnya mayat seorang lelaki. "Saya terperanjat mendengar bunyi dentuman kuat dan luar biasa seolah-olah objek terjatuh dari tingkat atas bangunan. Apabila saya perhatikan betul-betul objek itu, rupa-rupanya adalah mayat seorang lelaki. "Mangsa yang berpakaian kemas dan sebahagian daripada kepalanya berlumuran darah didatangi polis tidak lama kemudian, sebelum melakukan siasatan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, kelmarin. Menurutnya, mangsa yang cedera di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat. Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye mengesahkan laporan itu dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut. "Hasil pemeriksaan polis menemui sejumlah dadah di dalam sebuah bilik di rumah itu yang dirampas untuk tindakan lanjut dan semua empat individu yang berada di dalam rumah itu turut ditahan bagi membantu siasatan," katanya. sinar/- | ||
Bahana akibat tolak Pakatan Rakyat PRU13 Posted: 21 Jun 2013 02:16 AM PDT 12 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Tindakan sebahagian rakyat menolak Pakatan Rakyat pada PRU13 lalu menyebabkan seluruh rakyat negara ini menanggung pelbagai bahananya sekarang. Menjelang PRU14, pelbagai beban sedang menanti. Antaranya termasuklah bayaran tol, hutang PTPTN, kenaikan tambang bas, kenaikan harga minyak dan barangan, cukai GST dan macam-macam lagi. Ikuti petikan pandangan Ketua Muslimat PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof. Ikuti temubual penuh dalam akhbar Harakah Edisi Isnin ini. Harakah: Rakyat juga dihimpit dengan hutang PTPTN. Pakatan tawarkan ianya dihapuskan, tetapi mereka mahu juga berhutang. Hari ini kita lihat ibu bapa sedang sibuk mempersiapkan anak-anak mereka untuk memasuki IPTA dan IPTS. Disebabkan bebanan hutang PTPTN, ramai ibu bapa yang meminta sumbangan daripada wakil-wakil rakyat lain. Rakyat sangat terbeban dengan yuran pengajian yang mahal. Berbeza jika Pakatan Rakyat yang menang sehingga dapat memerintah negara kerana Pakatan Rakyat akan memberikan pendidikan percuma. Itu adalah tanggungjawab yang besar kerajaan terhadap ibu bapa. Kini di bawah pemerintahan BN, ibu bapa pening kepala dengan yuran pengajian anak-anak yang tinggi. Berhutang dengan PTPTN pula dikenakan interest sehingga amat membebankan para pelajar dan ibu bapa. Apabila anak-anak keluar dari universiti, hutang PTPTN mestilah dibayar walaupun mereka belum dapat kerja. Rakyat yang miskin pasti tidak mampu menanggung bebananhutang, apatah lagi jika yang mempunyai ramai adik-beradik. Ini menyebabkan mereka terus tercicir dalam pelajaran kerana tak mampu menanggung bebanan yuran pengajian yang tinggi dan hutang PTPTN. Kalau Pakatan Rakyat yang memerintah negara, cukup banyak ibu bapa atau rakyat dapat menjimatkan wang mereka. Kini ada ura-ura, pada musim perayaan Aidilfitri nanti, tambang bas akan dinaikkan sebanyak 10 peratus. Tak sampai dua bulan BN menang PRU13, sudah macam-macam beban kenaikan barangan diterima oleh rakyat. harakah/- | ||
Posted: 21 Jun 2013 01:53 AM PDT 12 Syaaban 1434 H. [MOD] - KERIAN - Akibat terdesak untuk mendapatkan wang, duit syiling pun sanggup dikebas penyamun yang memecah masuk sebuah kilang memborong padi di Taman IKS, Simpang Lima, di sini, kelmarin. Pemilik premis, Kang Chee Peng, 54, berkata, dia menyedari premisnya dipecah masuk apabila melihat keadaan pejabatnya berselerak, tingkap terbuka dan terdapat kesan umpil di jerijinya ketika hendak memulakan operasi kilang sekitar jam 7 pagi. Menurutnya, kabinet khas menyimpan wang syiling bernilai RM1,000 turut dipecahkan individu tidak bertanggungjawab. "Apabila mendapati kabinet itu terbuka, saya segera memeriksa wang syiling yang disimpan di dalamnya, namun segalanya lesap berserta sebuah komputer riba. "Setiap hari sebelum meninggalkan pejabat, saya sentiasa mengunci kabinet itu kerana menyimpan dokumen penting dan barangan berharga lain seperti komputer riba serta sejumlah wang tunai untuk kegunaan harian," katanya sewaktu ditemui Sinar Harian, di lokasi kejadian semalam. Kata Chee Peng, dia menyimpan wang dalam bentuk syiling kerana menyangka tidak menarik perhatian penyamun, namun jangkaannya meleset. Jelasnya, sewaktu meninggalkan premis kilangnya pada Selasa lalu, pengawal keselamatan yang diupahnya tidak dapat bertugas beberapa hari kerana mengambil cuti sakit. "Jadi, saya terpaksa meminta bantuan seorang pekerja warga asingnya menanggung tugas pengawal keselamatan pada hari kejadian sementara menunggu pengawal lama pulih. "Berdasarkan penjelasan pekerja saya, kejadian berkenaan berkemungkinan berlaku selepas jam 12 tengah malam setelah pekerja yang menanggung tugas pengawal keselamatan itu mengakui tertidur sekitar waktu itu disebabkan keletihan bekerja di siang hari," katanya. Chee Peng berkata, lebih 1o tahun kilang ini beroperasi, kejadian pecah masuk ini merupakan kali pertama berlaku dan dia berazam untuk lebih berhati-hati dalam menyimpan barangan berharga. Susulan kejadian itu, Chee Peng membuat satu laporan polis di Balai Polis Simpang Lima dan berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan segera. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes kejadian dan siasatan sedang dijalankan. sinar/- | ||
Tambang bas naik 10%, kerajaan BN lepas tangan Posted: 21 Jun 2013 01:42 AM PDT 12 Syaaban 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Keputusan yang dibuat ke atas kenaikan tambang bas sebanyak 10 peratus pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini, jelas menunjukkan kerajaan Umno BN tidak bertanggungjawab dan tidak prihatin dengan nasib rakyat. Pengerusi Lajnah Pertanian PAS Pusat, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, sebaliknya, kerajaan Umno BN hanya berlepas tangan dalam perkara itu, sehingga memaksa pengusaha-pengusaha bas atau syarikat pengangkutan awam menanggung sendiri bebannya. Menurut beliau, kenaikan harga tambang dengan kadar 10 peratus itu tidak boleh disalahkan kepada syarikat-syarikat pengangkutan awam, malah ia selaras dengan keperluan dan kos semasa yang ditanggung oleh mereka. Katanya, selain mendapatkan sedikit keuntungan, syarikat pengangkutan awam terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk menggantikan pelbagai peralatan kenderaan mereka termasuk brek, tayar dan sebagainya. "Dalam masa yang sama, mereka juga terpaksa mengeluarkan lebih untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna termasuk menambah pemandu, bagi menjamin keselamatan pengguna. Semua itu memerlukan perbelanjaan. "Apatah lagi dalam masa yang sama, harga minyak di negara kita masih kekal tinggi. Mereka juga terpaksa membayar tol. Untuk menampung semua itu, mereka terpaksa menaikkan kadar tambang. Kerajaan pula mengatakan kenaikan tambang boleh dilakukan lima tahun sekali," katanya. harakah/- | ||
Posted: 21 Jun 2013 01:32 AM PDT 12 Syaaban 1434 H. [MOD] - MARAN - Seorang pesara tidak menyangka bau busuk dengan kehadiran lalat yang banyak membawa kepada penemuan bangkai harimau bintang dalam sebuah takungan air dekat Kampung Sentosa, di sini. Pemilik Galeri Seni M Warna, Zakaria Adam berkata, takungan air longkang berdekatan galerinya itu agak terlindung kerana mempunyai kedalaman melebihi lima meter di lereng berbukit. Menurutnya, bau busuk seakan bangkai binatang semakin kuat dari hari ke hari menyebabkan dia mencari punca bau tersebut. "Mulanya saya sangka bau busuk ini mungkin datang dari kawasan jauh kerana baunya hanya sekali sekala, tapi selepas beberapa hari, bau sama tidak hilang malah makin kuat, saya syak ada binatang mati di kawasan sekitar galeri. "Ketika menghampiri takungan air longkang ini saya nampak banyak lalat, rupanya bangkai binatang bersaiz besar di dalam air dengan keadaan berulat," katanya. Zakaria berkata, pada mulanya dia sangka bangkai itu hanya seekor musang, namun berdasarkan corak kulit dan belang di bahagian ekor, ternyata ia harimau bintang. Menurutnya, rakan lain turut menyatakan perkara sama dan ia dipercayai mati sejak seminggu lalu. "Saya biarkan sahaja bangkai ini kerana terlalu busuk malah hampir reput jika mahu tarik ke atas untuk ditanam," katanya . sinar/- | ||
Black 505 esok aman, bukan himpunan tentera Sulu Posted: 21 Jun 2013 01:20 AM PDT 12 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Katanya, himpunan itu dihadiri oleh rakyat yang mahu pilihan raya bersih daripada penipuan, tanpa bawa senjata. Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid yang mengatakan pihak Polis Diraja Malaysia akan meminta bantuan askar jika tidak terkawal. "Ini satu kenyataan seorang pegawai polis yang panik," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dalam satu kenyataan. Beliau mempersoalkan apakah Salleh pegawai baru yang berkhidmat di dalam negara ini sehingga tidak tahu apa yang pernah dilakukan oleh rakyat Malaysia dalam setiap himpunan aman. Jelasnya, sejarah membuktikan himpunan Bersih, himpunan menuntut dihapuskan ISA, membantah PPSMI, membantah penyenaraian Felda Global Venture berakhir dengan aman walau pun kehadiran ratusan ribu. "Sebiji pasu pokok bunga pun tidak ada yang pecah. Apa yang berlaku kekasaran di pihak polis, termasuk memukul pihak wartawan. "Himpunan akan aman kalau tanpa provokasi daripada mereka yang tidak bertanggungjawab. Usah bazirkan wang rakyat, lebih baik wang tersebut digunakan untuk membantu rakyat yang miskin dan tidak cukup makan. "Berapa banyak rumah orang miskin dapat didirikan. Berapa ramai orang miskin keperluan orang miskin dapat dibantu," ujarnya. Beliau menambah, lebih baik wang sebanyak itu digunakan untuk membayar kepada perisik untuk mengawal sempadan supaya tragedi pencerobohan tentera Sulu di Sabah tidak berulang. Justeru, ujarnya PDRM perlu melihat mana keutamaan antara mengawal penceroboh atau mengganggu rakyat untuk berhimpun. "Berilah peluang kepada rakyat untuk tunjuk rasa kepada SPR yang menjadi kuda tunggangan pemimpin BN," katanya. harakahdaily/- | ||
200 pemimpin Pakatan turun bersama rakyat esok Posted: 21 Jun 2013 01:16 AM PDT 12 Syaaban 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Rakyat diseru menjadikan himpunan Black 505 esok sebagai hari bersejarah, kemuncak gerakan menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.Pengerusi Black 505, Datuk Johari Abdul berkata, kehadiran rakyat yang besar pada himpunan itu akan menjamin pilihan raya yang lebih baik pada masa hadapan. Katanya, pemimpin Pakatan Rakyat menyeru, kehadiran melebihi 250,000 bagi menunjukkan kepada kerajaan BN bahawa rakyat benar-benar serius menuntut satu perubahan sistem. "Himpunan 622 akan dihadiri oleh pemimpin utama Pakatan termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. "Wakil-wakil rakyat dari Pakatan akan turut bersama-sama rakyat. Dijangkakan lebih 200 pemimpin Pakatan akan ke Padang Merbok," katanya dipetik KeadilanDaily. Johari juga menegaskan keselamatan rakyat akan dijaga oleh anggota keselamatan Pakatan dan bantuan kecemasan serta perubatan kepada peserta perhimpunan turut disediakan oleh beberapa NGO. "Pihak sekretariat akan menyediakan kawalan keselamatan sepanjang hari. Anggota Unit Amal PAS sebanyak 1,000 orang akan digerakkan bersama 400 AMK dan 200 DAPSY. "Rawatan perubatan juga disediakan bagi peserta yang menghadapi kecemasan," katanya yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani. Selain itu, pihak sekretariat menyediakan 50 doktor, dua ambulans dan pondok perubatan. Majlis Peguam akan menghantar peguam untuk membantu mana-mana peserta sekiranya ditahan polis. Himpunan 622 akan bermula pada pukul 3 petang di Padang Merbok. Peserta akan mula berarak dari tempat berkumpul (check point) mereka pada jam 2.00 petang. Terdapat 7 tempat berkumpul utama, iaitu Brickfields, Masjid Negara, Sogo, Jalan Pudu, Jalan Sultan, Universiti Malaya dan Sogo. Check point di Pekeliling sebelum ini disatukan dengan Sogo dan peserta di ibu negara diminta berkumpul di sana seawal pukul 12 tengah hari sebelum berarak ke Padang Merbok. harakahdaily/- | ||
Apabila tangan terkena kuali panas Posted: 21 Jun 2013 01:14 AM PDT 12 Syaaban 1434 H. [MOD] - Bayangkan jika Allah tidak membuatkan kulit kita terasa sakit, sebahagian tangan kita dah mungkin hangus dibakar api kerana kita tak sedar kita terkena benda hangat. Dalam kesakitan, ada benda positif dan hikmah Allah di sebaliknya. Dalam kesakitan biasanya kita teringat Allah dan berdoa kepada-Nya. Terutamanya pada pelajar yang sedang mengaji, yang terasa beban belajar itu satu kesakitan dan kebosanan. Mereka yang menahan dan bersabar dengan kesakitan ini, biasanya akan muncul kecemerlangan. Banyak buku, kata-kata hikmah yang cukup bermakna dan menyentuh kalbu juga diilhamkan dan ditulis tatkala orang tersebut berasa sakit, penuh emosi, kekecewaan - kerana masa tersebutlah mereka memahami sesuatu deripada kesakitan yang dialami... kerana kesakitan tersebut, hasilnya adalah sebuah karya yang membawa kebaikan untuk beberapa generasi akan datang. Bagi pelajar yang hidup selesa, penuh kebebasan tanpa beban tanggungjawab dan tidak pernah merasai kesusahan biasanya akan menjadi pelajar yang malas, boros, tidak produktif dan kurang peka kepada sekelilingnya. Penulis yang tidak pernah merasai keperitan, walaupun pandai menulis, tapi kata-katanya hanya murah tanpa pernah merasai pengalaman itu sendiri. Inilah sesungguhnya di sebalik setiap kesakitan dan kesusahan ada benda yang Allah ingin mengajar kita, selagi kita tidak belajar, tangan kita akan berulang-ulang melecur terkena kuali yang panas. Oleh demikian, usah bimbang pada kesakitan/keperitan kerana dalam setiap kesakitan/kesusahan, orang yang beriman akan lebih dekatkan diri dengan Allah dengan keikhlasan yang murni berbanding waktu kesenangan. Ia menjadi lebih lengkap dan kuat setelah melepasi ujian Allah tersebut. Diharap pengalaman sedikit ini ada manfaat pada semua yang rajin membaca. Ingat SENYUM. harakahdaily/- | ||
Hannah Yeoh angkat sumpah sebagai Speaker DUN wanita pertama Malaysia. Posted: 20 Jun 2013 11:38 PM PDT 12 Syaaban 1434 H. [MOD] - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya dari DAP, Hannah Yeoh (pic) mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) wanita pertama di negara ini. Selain daripada Yeoh, kesemua Adun di Selangor turut mengangkat sumpah hari ini. Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dari PKR pula mengangkat sumpah sebagai Timbalan Speaker DUN pada majlis sama. Dalam Pilihan Raya 2013, Pakatan Rakyat (PR) berjaya mempertahankan Selangor apabila PKR memenangi 14 kerusi, DAP dan PAS masing-masing 15 kerusi, menjadikan jumlah keseluruhan dimenangi mereka berjumlah 44 kerusi daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan. Sementara Barisan Nasional (BN) Selangor yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya memperolehi 14 kerusi DUN. - 21 Jun, 2013. | ||
Jerebu: Sekolah di Pontian, Kota Tinggi pula diarah tutup Posted: 20 Jun 2013 11:33 PM PDT 12 Syaaban 1434 H. [MOD] - JOHOR BAHRU: Dua lagi daerah diarah menghentikan operasi kesemua sekolahnya hari ini akibat jerebu apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan pada paras berbahaya melebihi 300. Sebanyak 195 sekolah membabitkan 71,097 murid serta pelajar di Pontian dan Kota Tinggi ditutup serta-merta. Pengarah Pendidikan Johor, Mohd Nor A Ghani, berkata satu lagi daerah iaitu Kulaijaya diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan bacaan IPU melebihi 150. | ||
Indonesia buat hujan tiruan, bendung kebakaran Posted: 20 Jun 2013 11:29 PM PDT 12 Syaaban 1434 H. [MOD] - JAKARTA 21 Jun - Indonesia hari ini melakukan pembenihan awan bagi menghasilkan hujan tiruan dalam usaha membendung kebakaran hutan berikutan asap tebal kini menyelubungi negara-negara jiran sehingga menyebabkan jerebu teruk. Presiden, Susilo Bambang Yudhoyono mengarahkan pegawai bencana alam untuk `segera menggerakkan sumber-sumber negara' bagi memadam kebakaran hutan di Sumatera. Beliau membuat keputusan tersebut selepas mengadakan mesyuarat khas malam tadi. - AFP | ||
Raptai istiadat pembukaan Parlimen Ke-13 berjalan lancar Posted: 20 Jun 2013 11:27 PM PDT 12 Syaaban 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Raptai penuh Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Majlis Parlimen ke-13 di Bangunan Parlimen di sini, hari ini berjalan lancar. Segala persiapan akhir untuk istiadat berkenaan yang akan berlangsung pada Selasa, 25 Jun hampir selesai. Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dijadual menyempurnakan Istiadat Pembukaan Majlis Parlimen itu pada 10 pagi. Raptai pada hari ini meliputi segala acara dengan mengikut semua adat istiadat dan protokol seperti Kawalan Kehormat dari 107 anggota 1 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Sungai Besi dan persembahan Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Sungai Besi yang terdiri dari 45 anggota. Dewan Rakyat akan bersidang selama 16 hari (mulai 24 Jun hingga 18 Julai 2013), manakala Dewan Negara selama sembilan hari (mulai 25 Jun dan 22 Julai hingga 1 Ogos 2013). Menariknya, persidangan kali ini tetap diteruskan meskipun ketika bulan Ramadan. - BERNAMA | ||
Facebook perkenalkan video guna Instagram Posted: 20 Jun 2013 11:26 PM PDT 12 Syaaban 1434 H. [MOD] - NEW YORK: Facebook menambah video kepada aplikasi perkongsian gambar popular, Instagram berikutan perkembangan aplikasi perkongsian video milik Twitter, Vine. Pengasas bersama Instagram, Kevin Systrom berkata, pengguna boleh merakam dan berkongsi klip 15 saat hanya dengan menyentuh ikon video dalam aplikasi terbabit. Mereka juga boleh menggunakan suntingan kepada video untuk menambak kontras, sama ada menjadikan ia hitam putih atau warna lain. Vine dilancarkan pada Januari lalu, mempunyai 13 juta pengguna dan membolehkan orang ramai membuat dan berkongsi video kilip selama enam saat. Instagram mempunyai 100 juta pengguna, meningkat 20 juta apabila Facebook membawa masuk syarikat itu lebih setahun lalu. - AP | ||
AMK dakwa Wan Ahmad cenderung sokong BN Posted: 20 Jun 2013 11:22 PM PDT 12 Syaaban 1434 H. [MOD] - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin mendakwa Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar cenderung menyokong BN kerana mengkritik keputusan wakil Pakatan untuk mengangkat sumpah jawatan sebagai ahli Dewan Rakyat. Shamsul Iskandar berkata, Wan Ahmad sepatutnya melepaskan jawatan dalam SPR dan memasuki politik atas kenyataan partisan seperti itu. "Tapi kita ada Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad yang sepatutnya tidak partisan dan bebas. Dengan mengeluarkan komen sebegini, menunjukkan apa telahan kita sebelum ini adalah tepat, bahawa SPR dianggotai pempinan yang berpihak kepada sesuatu parti. "Dalam hal ini, saya menganggap ia satu kesalahan terhadap seorang penjawat awam, yang cenderung untuk menyokong parti kerajaan BN, dan untuk dia seorang, beliau tidak layak memegang kerusi pimpinan SPR yang sepatutnya bebas," kata Shamsul dalam sidang media pagi ini. Wan Ahmad dalam satu kenyataan semalam menyifatkan Pakatan bersikap hipokrit kerana akan mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Parlimen meskipun mempertikai keputusan pilihan raya umum ke-13. Wan Ahmad juga antara lain dilapor menyifatkan pembangkang cepat berubah pendirian dan setiap perbuatan mereka tidak selari dengan prinsip. "Mereka menang 89 kerusi (Parlimen) dan tiga negeri menang semuanya lebih dua pertiga kerusi, tetapi di jalan raya mereka menolak keputusan pilihan raya dan ini perkara yang betul-betul hipokrit. "Prinsip tidak sama dengan perbuatan, prinsip kononnya tidak boleh menerima keputusan pilihan raya, tetapi perbuatannya? "Kita tengok sekarang, cepat-cepat angkat sumpah, cepat-cepat ubah (pendirian), sebelum ini cuma nak boikot taklimat dia kata," kata Wan Ahmad seperti dilaporkan. Malaysiakini/- | ||
Lebih banyak sekolah diarah tutup akibat jerebu Posted: 20 Jun 2013 08:47 PM PDT 12 Syaaban 1434 H. [MOD] - Keadaan jerebu yang semakin teruk di Johor menyebabkan lebih banyak sekolah terpaksa diarah bercuti mulai hari ini. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Mohd Nor A Ghani berkata selepas kesemua sekolah rendah dan menengah di Muar diarah bercuti semalam, sekolah di daerah Batu Pahat dan Pasir Gudang turut diarah berbuat demikian. "Di Batu Pahat, sebanyak 175 sekolah rendah dan menengah melibatkan 80,000 pelajar serta 105 sekolah rendah dan menengah di Pasir Gudang melibatkan 116,493 pelajar diarahkan bercuti berikutan masalah jerebu," katanya di Johor Bahru semalam. Indeks pencemaran udara (IPU) di kedua-dua daerah meningkat petang tadi iaitu 333 bagi Pasir Gudang manakala bacaan bagi Batu Pahat belum diperoleh. Bagaimanapun, bacaan IPU di daerah itu, yang merangkumi kawasan Muar, pada sebelah pagi ialah 383. Sehubungan itu, pelajar di 211 sekolah rendah dan menengah di Muar diarah bercuti mulai hari ini. Sementara itu, operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai berjalan seperti biasa. Bagaimanapun, Penolong Pengurus Besar (Pembangunan Perniagaan) Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Senai Sdn Bhd Adny Ahmad berkata penerbangan beberapa pesawat terpaksa dijadual semula. "Kami tidak menerima amaran daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) namun jerebu menyebabkan beberapa penerbangan terpaksa dijadual semula," katanya. Beliau juga berkata keutamaan kini adalah untuk meminimumkan kesulitan rakan kongsi syarikat penerbangan itu dan pelanggan mereka. - Bernama | ||
MCA selar bekas hakim kerana mainkan isu perkauman. Posted: 20 Jun 2013 08:44 PM PDT 12 Syaaban 1434 H. [MOD] - MCA hari ini mengecam tindakan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah yang dikatakan bermain dengan api apabila berulang kali menggesa supaya memansuhkan sekolah vernakular, terbaru gesaan sama dilakukannya pada forum dua hari lalu. Menurut Pengerusi Biro Publisiti MCA Datuk Heng Seai Kie kenyataan oleh Mohd Noor sebagai tidak bertanggungjawab kerana tidak mencerminkan imejnya sebagai seorang yang profesional dan merupakan seorang bekas hakim. "Saya berharap beliau mempunyai akal untuk berhenti daripada bermain dengan api," kata Heng dalam satu kenyataan hari ini. "Mohd Noor tidak dinafikan adalah seorang pakar, oleh sedemikian beliau sepatutnya tahu dengan kenyataan ekstrem begitu ia hanya akan mengugat keharmonian kaum di Malaysia," tambah beliau lagi. Menurut Heng, semua pelajar yang belajar di sekolah vernakular Cina tidak pernah mengabaikan pembelajaran bahasa kebangsaan, malahan sekolah tersebut semakin mendapat tempat di kalangan ibu bapa pelbagai kaum kerana peningkatan pelajar di sekolah vernakular. "Hakikatnya kami dapat bertutur dengan fasih dalam bahasa Malaysia adalah bukti kukuh kami tidak pernah mengabaikan bahasa kebangsaan. "Malahan sekolah vernakular juga semakin popular dan diterima oleh semua dimana pelbagai kaum menghantar anak mereka ke sekolah vernakular... maka tidak wajar jika mahu menuduh sekolah vernakular mendorong kepada kaum dan perpecahan kaum," tegas beliau lagi. Mohd Noor telah menimbulkan kontroversi bulan lalu apabila mangatakan kaum Cina bakal menerima tindakan daripada Melayu akibat daripada "pengkhianatan" dilakukan terhadap "setiakawan" dalam Pilihan Raya 2013. Mohd Noor turut dilaporkan berkata sistem persekolahan tersebut tidak diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan negara dalam satu forum bertajuk "Wacana Post-Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah" anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di Kuala Lumpur pada 12 Mei lalu. "Menurut Perlembagaan, kita sepatutnya hanya ada satu aliran sekolah sahaja. Sepatutnya kita hapuskan sekolah jenis kebangsaan (SJK). "Hapuskan oleh kerana Perlembagaan tak iktiraf sekolah jenis kebangsaan kerana adanya sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan, adanya sekolah Cina, India, ia memecah-belahkan rakyat," kata beliau. Sejurus kenyataan kontroversi itu, parti pembangkang Pakatan Rakyat (PR) mengecam kenyataan tidak bertanggungjawab itu dan menegaskan Perlembagaan Persekutuan melindungi sekolah vernakular dan pendidikan dalam bahasa ibunda, memetik Perkara 152 (1) (a) dan (b) dalam undang-undang tertinggi negara. PR juga mengkritik dan mengecam kedua-dua individu tersebut kerana dilihat cuba mencetuskan ketegangan antara masyarakat Cina dan Melayu di dalam negara. Semalam,Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak cadangan supaya sekolah vernakular dimansuhkan sebaliknya menggesa Putrajaya menfokuskan kepada perpaduan kebangsaan. Malah, Pengerusi DAP Karpal Singh pada 15 Mei lalu membuat satu laporan polis ke atas Mohd Noor yang juga merupakan salah seorang panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kenyataan berbentuk hasutan tersebut dan menggesa Pejabat Peguam Negara mengambil tindakan. Barisan Nasional (BN) menang tipis pada 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen berbanding 89 kerusi oleh PR lebih rendah daripada 140 kerusi yang mereka menangi dalam Pilihan Raya 2008. Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mencadangkan "tsunami Cina" menyebabkan BN mendapat keputusan pilihan raya terburuk dalam sejarah. Utusan Malaysia, akhbar dimiliki Umno, juga mencadangkan pengundi Cina cuba melakukan provokasi kaum dengan mengundi menentang BN, dengan satu tajuk muka hadapan akhbar itu berbunyi, "Apa lagi Cina Mahu?". Akhbar itu - dilihat bersekutu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin parti lain - secara konsisten berhujah undi menentang Umno yang mengetuai BN sama dengan undi menentang Melayu. Ini berlaku apabila secara faktanya parti PR, PAS dan PKR sebahagian besarnya ahlinya merupakan Melayu-Muslim. DAP turut meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya. - 21 Jun, 2013. | ||
Pulau p'raya: Soalnya BN mana ada maruah Posted: 20 Jun 2013 08:40 PM PDT 12 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Mata masyarakat dunia kini tertumpu pada Syria. Perkara besar yang berlaku di Syria ialah keganasan regim Basyar Al-Assad membunuh ribuan rakyatnya sendiri. Ada sumber melaporkan jumlah kini melepasi 200 ribu. Basyar berjaya memecahkan rekod keganasan bapanya Hafiz Al-Assad. Dalam konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari regim Hafiz mengorbankan hampir 46 ribu penduduk. Pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat sendiri itulah sebenarnya peristiwa besar. Peristiwa yang melatari dan menghiliri kemelut itu seperti Hezbullah, Iran, Syiah, Amerika, Israel hakikatnya bukan perkara untuk difokuskan di kala nyawa rakyat sendiri tidak dapat dipertahankan oleh kerajaan yang sepatutnya melindungi rakyat. Mengapa sanggup membunuh rakyat sendiri untuk mempertahankan kuasa?Tanpa rakyat tiada ertinya kuasa. Itu persoalan yang ditimbulkan oleh golongan rasional dan berakal. Namun orang yang tamakkan kuasa seringkali hilang akal. Regim Pol Pot di Kemboja membunuh lebih sejuta rakyatnya, sebahagian besarnya terdiri dari bijak pandai lantaran Pol Pot tidak mahu golongan yang lebih pandai darinya akan menguasai kerajaan. Zaman Firaun, bayi yang baru dilahirkan mestilah jangan lelaki. Kerana ada Ahlulnujum diraja beritahu, orang yang akan mencabar kuasa Fiaraun ialah Nabi Musa. Maka Firaun mengarahkan mna-mana bayi lelaki yang muncul hendaklah dibunuh. Jika semua bayi lelaki dibunuh, yang tinggal hanya perempuan, mana nak bersambung zuriat selepas itu? Peraturan Firaun adalah gila namun orang yang terdesak pertahankan kuasa akan buat apa saja kerja gila. Kezaliman terhadap rakyat di Syria disemarakkan apabila sekumpulan kanak-kanak menjadikan dinding sekolah mereka tempat mengutuk kerajaan Basyar Al-Assad. Apabila sampai ke pengetahuan regim Basyar, 28 kanak-kanak ditangkap tentera regim Basyar dan didera sedahsyatnya sehingga ada yang mati. Kemarahan rakyat marak dengan pantas. Mereka hanya mampu marah tanpa senjata, dijadikan pula mangsa keganasan Basyar. Keganasan terhadap rakyat semakin merebak dengan meluas ke seluruh negara. Peristiwa itu bukanlah permulaan keganasan tentera Syria. Sejak regim Asad lagi mereka sudah mengganas terhadap rakyat. Bezanya dahulu mereka mengganas kerana keangkuhan tetapi kini mengganas kerana ketakutan. Semua tahu bahawa dunia Arab diledakkan oleh kebangkitan rakyat sehingga kerajaan yang dilihat gagah perkasa jatuh satu demi satu. Basyar ketakutan, tak mahu senasib dengan Zein El-Abidin Hosni Mubarak dan Muammar Ghadafi. Kebangkitan rakyat mesti dikekang dengan apa cara sekalipun. Senario yang sama dapat dilihat pada semua kerajaan yang berkuasa terlalu lama. Mereka akan lakukan apa saja, di luar kerasionalan manusia, asal dapat pertahankan kuasa. Macam BN di Malaysia juga! Kepincangan demokrasi di negara ini bukan perkara baru. Sudah lebih separuh abad. Semasa Almarhum Ustaz Fadzil Noor menjadi Presiden PAS, beliau pernah diajukan cadangan supaya parti-parti pembangkang memboikot saja pilihanraya. Biar dunia tahu kepincangan demokrasi di Malaysia. Jawab Ustaz Fadzil, kalau di negara demokrasi lain pemulauan pilihanraya oleh pembangkang akan memberi pukulan hebat untuk parti yang memerintah kerana ia melibatkan maruah kerajaan. Soalnya, kata Ustaz Fadzil, BN mana ada maruah. Pemboikotan pilihanraya tidak akan beri apa-apa kesan. Malah BN mungkin akan lebih gembira kerana dapat menang percuma. Adakah Basyar Al-Asad merasa tertekan dengan kutukan dunia terhadap keganasan yang mereka lakukan terhadap rakyat sendiri? Jawapannya, sama macam BN, regim Basyar tidak akan rasa apa-apa kerana yang penting ialah akibatnya mereka dapat pertahankan kuasa. Laporan perihal demokrasi Malaysia yang pincang menjadi sebab BN berjaya mengekalkan kuasa untuk kali ke 13 tersiar seantero dunia. Dunia tahu bahawa BN menang dengan undi pos, media berat sebelah, BN salahguna jentera kerajaan, BN beli undi guna duit rakyat dan BN menang dengan sokongan 47 peratus berbanding Pakatan 51 peratus - namun mereka hanya perlu buat pekak badak dan menebalkan kulit muka kepada masyarakat dunia. Sekarang, selepas menang tipis secara kotor dalam PRU13 BN mengambil beberapa langkah untuk menyempitkan lagi ruang demokrasi. Akhbar Harakah, Suara KeADILan dan Roket dihadkan penyebaran. Khabarnya media maya akan turut alami sekatan kerajaan. Pejuang jalanraya menuntut demokrasi adil mula terima tekanan. Malaysia mungkin kembali ke era Mahathir di zaman 'diktator'nya. Adakah BN tidak rasa bersalah untuk melakukan itu semua terhadap rakyat? Jawapan yang sama kalau soalan itu diajukan pada regim Basyar Al-Asad. Harakahdaily/- | ||
China Tarik Balik Sekatan Ke Atas 12 Syarikat Pengeksport Sarang Burung Walit Posted: 20 Jun 2013 08:32 PM PDT 12 Syaaban 1434 H. [MOD] - Empat syarikat gagal selepas kerajaan negara itu melakukan pengauditannya sendiri, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. "Sembilan syarikat diberikan status telah dilulus dengan syarat, di mana syarikat pemprosesan telah diluluskan tetapi perlu melakukan tindakan penambahbaikan. "Pengesahan pelaksanaan penambahbaikan oleh syarikat akan dibuat oleh pihak berkuasa Malaysia (DVS, MOA dan Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia). "Perakuan pelaksanaan tindakan pembetulan oleh MOA itu dihantar ke negara China di mana pihak negara itu akan menerima dan mendaftarkan syarikat terbabit," katanya dalam satu kenyataan, Khamis. Sembilan syarikat itu ialah Sunshine Region Sdn Bhd, PT Swiftlet Marketing Sdn Bhd, Tian Ma Bird Nest Sdn Bhd, Kuan Wellness Sdn Bhd, Wing Shen Food Industries Sdn Bhd, Fucifagus Agritech Sdn Bhd, Yan Ming Resourcess Sdn Bhd, Golden Mah Bird's Nest Sdn Bhd dan Yen Pao Lai (M) Sdn Bhd. Dua syarikat yang diberi status hanya lulus selepas pembetulan ialah Multiform Food Supply Co Sdn Bhd dan Blogrow Resources Sdn Bhd. Ismail Sabri berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan memanggil sembilan syarikat berstatus telah dilulus dengan syarat untuk meneliti dan memastikan setiap tindakan pembetulan serta tindakan penambahbaikan, yang digaris negara China, dilaksanakan segera. Beliau berkata dua loji yang berstatus hanya lulus selepas pembetulan juga akan dipanggil untuk tujuan menambah baik aliran proses kerja dan pengubahsuaian struktur. "Empat loji yang berstatus gagal akan diminta menghantar semula permohonan setelah meneliti ketidakakuran yang telah digariskan oleh CNCA (National Certification and Accreditation Administration)," katanya. Isu sekatan eksport SBW dari Malaysia ke China timbul pada Julai 2011 selepas beberapa media di negara itu mempertikai kualiti yang dimport dari negara ini. Hasil pemeriksaan ke atas SBW merah mendapati ia mengandungi nitrit melebihi 1,000 ppm, tahap yang boleh menjejas keselamatan makanan dan tidak selamat dimakan. Ismail Sabri berkata antara syarat bagi memulihkan pengeksportan SBW ke China adalah keperluan mendaftar dengan CNCA dan menjalankan pengauditan selama 10 hari ke atas 15 loji pemperosesan dari 9 hingga 19 April tahun ini oleh juruaudit badan itu. "Terdapat 15 loji lagi dalam permohonan kumpulan kedua yang akan dihantar kepada China untuk tujuan permohonan pendaftran CNCA. "Pada masa yang sama, pihak DVS juga sedang menyediakan kertas kepada Jemaah Menteri bagi memaklumkan status pengeksportan dan senario industri SBW pada masa ini," katanya. --BERNAMA | ||
ADUN Selangor angkat sumpah hari ini Posted: 20 Jun 2013 08:29 PM PDT 12 Syaaban 1434 H. [MOD] - SHAH ALAM 21 Jun - Seramai 56 Ahli wakil rakyat mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hari ini. Kesemua mereka mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri, Hannah Yeoh yang sebelum itu turut mengangkat sumpah memegang jawatan tersebut. Majlis mengangkat sumpah ADUN itu bermula kira-kira pukul 9.30 pagi didahului Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim | ||
PM Palestin letak jawatan selepas hanya dua minggu Posted: 20 Jun 2013 08:26 PM PDT 12 Syaaban 1434 H. [MOD] - RAMALLAH: Perdana Menteri baru Palestin menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden negara itu, Mahmoud Abbas selepas baru dia minggu memegang jawatan berkenaan atas alasan berbalah mengenai kuasa. Tidak dapat dipastikan jika Rami Hamdallah, bekas dekan di sebuah universiti, meletak jawatan atau menggugut meletak jawatan bagi mendapat lebih kuasa daripada Abbas. Peletakan jawatan Hamdallah memberi isyarat mengenai keadaan kucar-kacir dalam Lembaga Pentadbiran Palestin dan berpotensi memalukan pihak Abbas. Penasihat Presiden, Nabil Abu Rdeneh berkata, Abbas menerima peletakan jawatan berkenaan dan akan menimbangnya. - AP | ||
Dua maut dalam letupan gudang bunga api di Kanada Posted: 20 Jun 2013 08:24 PM PDT 12 Syaaban 1434 H. [MOD] - MONTREAL: Dua orang maut apabila letupan kuat di gudang menyimpan bunga api dan menyebabkan asap tebal di kawasan barat Montreal, awal pagi tadi. Beberapa letupan susulan berlaku dalam kawasan berkenaan selepas letupan pertama di B.E.M. Fireworks dekat Valleyfield, Quebec. Polis wilayah itu berkata, dua mayat ditemui dalam sisa bangunan tetapi belum dapat mengenalpasti identiti mereka. - AP | ||
Kota Tinggi, Pasir Gudang catat IPU berbahaya pagi ini Posted: 20 Jun 2013 08:23 PM PDT 12 Syaaban 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dua kawasan di Johor iaitu Kota Tinggi dan Pasir Gudang masih mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berbahaya sehingga jam 7 pagi tadi. Laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan bacaan di Kota Tinggi pagi ini ialah 313 manakala di Pasir Gudang ialah 310. Bacaan IPU melebihi 300 ialah tahap berbahaya. Akhbar hari ini melaporkan, semua 491 sekolah di Muar, Ledang, Batu Pahat dan Pasir Gudang membabitkan 273, 433 pelajar ditutup serta-merta selama dua hari mulai semalam akibat jerebu yang mencapai tahap bahaya. Sementara itu, bacaan lain ialah di Bandar raya Melaka dengan 192, diikuti Larkin Lama 190 dan Muar dengan 183. Secara keseluruhan pula, 72 peratus kawasan mencatat bacaan IPU sederhana, 14 peratus tidak sihat dan 10 peratus adalah baik. BH/- | ||
Jerebu: S'pura tutup lapangan terbang Seletar Posted: 20 Jun 2013 08:22 PM PDT 12 Syaaban 1434 H. [MOD] - Singapura menutup Lapangan Terbang Seletar pada pagi Khamis berikutan tahap jarak penglihatan buruk yang berterusan disebabkan jerebu. Menurut kenyataan bersama Pihak Berkuasa Penerbangan Sivil Singapura (CAAS) dan Changi Airport Group (CAG), penutupan terkini itu adalah bagi tempoh 12 jam sehingga 11 malam dan mungkin dilanjutkan, bergantung kepada tahap penglihatan. Tahap jarak penglihatan hari ini tidak menentu antara 700 meter dan 1,200 meter, iaitu di bawah syarat minimum operasi Lapangan Terbang Seletar iaitu 1,500 meter. Lapangan terbang itu, yang beroperasi berdasarkan keadaan cuaca pandang, tidak boleh menerima ketibaan dan pelepasan pesawat kerana juruterbang tidak boleh nampak landasan dengan jelas. Semasa penutupan itu, dua pesawat yang tiba dialih ke lapangana terbang lain manakala lapan pelepasan penerbangan dibatalkan. CAAS dan CAG kini memantau dengan teliti keadaan cuaca pandang sebelum membuka semula Lapangan Terbang Seletar untuk operasi penerbangan. - Bernama | ||
Posted: 20 Jun 2013 03:47 PM PDT 12 Syaaban 1434 H. [MOD] - Oleh Jarjani Usman"Aku benar-benar melihat di antara umatku pada hari kiamat nanti, ada yang datang dengan membawa kebaikan sebesar gunung di Tihamah yang putih, lalu Allah menjadikannya seperti kapas berterbangan (HR. Ibnu Majah). Sebahagian insan sangat rajin beribadah dan beramal salih, tetapi sebaliknya juga gemar melakukan dosa bila berkesempatan melakukannya. Cara hidup seperti itulah yang bisa membuat sia-sia amalan, sehingga tak tersisa. Tentang hal ini pernah ditanyakan oleh seorang sahabat yang bernama Tsauban r.a. setelah mendengar pernyataan Rasulullah SAW tentang orang yang amalannya bagaikan kapas yang berterbangan. Ia sangat tidak ingin mengalami hal serupa.Lantas Rasulullah menjawab, "Mereka adalah saudara-saudara kalian dan sebangsa dengan kalian, mereka juga bangun malam seperti kalian, akan tetapi apabila mendapat kesempatan untuk berbuat dosa, mereka melakukannya" (HR. Ibnu Majah). Karena itu, sedapat mungkin setiap diri kita berusaha untuk tidak menapaki lorong-lorong yang berlumpur dosa di dunia ini. Sebab berada di sana bisa mendorong hati untuk melakukan dosa, yang selanjutnya menyebabkan terhapusnya amalan. | ||
Posted: 20 Jun 2013 03:38 PM PDT 12 Syaaban 1434 H. [MOD] - عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَنْكِبِي فَقَالَ كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَقُولُ إِذَا أَمْسَيْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الصَّبَاحَ وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الْمَسَاءَ وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ Dari Ibnu Umar radhiyallahu 'anhu, ia berkata, "Rasulullah shallallohu 'alaihi wa sallam memegang kedua pundakku seraya bersabda, "jadilah kamu di dunia ini seakan-akan orang asing atau seorang musafir'." Dan Ibnu Umar radiallahu'anhu berkata, "jika kamu berada di sore hari, janganlah menunggu pagi hari, dan jika kamu berada di pagi hari, janganlah menunggu sore hari. Pergunakanlah kesempatan masa sehatmu sebelum sakitmu, dan dari masa hidupmu sebelum matimu." (HR.al-Bukhari). Kandungan Hadits: 1. Manusia seharusnya tidak menjadikan dunia sebagai tempat bermukim, berdasarkan sabda beliau (jadilah kamu di dunia ini seakan-akan orang asing atau seorang musafir) 2. Orang yang berakal itu, selagi masih hidup dan segar bugar, seharusnya berkeinginan untuk beramal sebelum mati yang menyebabkan amalnya terputus. 3. Pendidik semestinya melakukan sebab-sebab yang dapat mengggugah orang yang diajaknya berbicara, karena nabi shallallohu 'alaihi wa sallam memegang pundak Abdullah bin Umar radhiyallahu 'anhuma. 4. Keutamaan Abdullah bin Umar radhiyallahu 'anhuma, di mana ia terkesan dengan nasihat dari Rasulullah shallallohu 'alaihi wa sallam ini. (Sumber: Syarh Matn Arba'in An-Nawawi, Syaikh 'Utsaimin, terjemah. penerbit Darul Haq Jakarta Hal: 157 |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan