Isnin, 6 Mei 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Anwar: Himpunan 8 Mei untuk bantah 'penipuan'

Posted: 06 May 2013 05:09 AM PDT

25 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada penyokongnya untuk hadir ke Stadium Kelana Jaya Rabu ini bagi menyatakan bantahan ke atas penipuan yang didakwa dilakukan dalam pilihanraya 5 Mei.

"Saya akan menjemput rakyat buat pertama kali selepas pilihan raya umum pada Rabu ini di Stadium Kelana Jaya pada jam 8.30 malam. Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk bersama dan nyatakan penolakan kita terhadap penipuan dalam pilihan raya yang dilakukan SPR dan Datuk Seri Najib Razak. 

"Gerakan untuk perubahan tidak boleh dihalang. Permintaan rakyat untuk memiliki pilihan raya yang bersih dan adil bagi memastikan kerajaan yang  kita pilih bertanggungjawab, telus dan tiada rasuah akan terus bergema kuat di sebalik keputusan Pilihan Raya Umum ke-13," katanya dalam satu kenyataan.



Anwar berkata, beliau juga akan bekerjasama dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) bagi memastikan sebuah SPR yang baru dan bebas ditubuhkan bagi menangani penipuan dalam pilihan raya. 

Katanya, beliau juga akan berusaha bagi mendapatkan sokongan rakyat untuk mempersoalkan kesahan kerajaan yang dibentuk oleh BN.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertanggungjawab kerana bersubahat dalam penipuan pilihan raya yang paling buruk dalam sejarah kita. Perjuangan untuk pilihan raya yang bersih dan adil kekal sebagai satu perjuangan yang penting bagi mana-mana rakyat Malaysia. 

"Saya akan memberi sepenuh masa dan tenaga saya bersama BERSIH dan rakyat Malaysia untuk memastikan SPR yang baru dan bebas ditubuhkan secepat mungkin untuk membetulkan penipuan pilihan raya.

"Kita tidak boleh membenarkan diri kita menerima keputusan pilihan raya melalui penipuan dan menipu. Hati saya akan bersama dengan setiap rakyat Malaysia yang tidak menerima keputusan ini. Saya akan berusaha ke arah konsensus kebangsaan untuk mempersoalkan kesahihan kerajaan BN yang dicapai melalui penipuan pilihan raya itu," katanya lagi. 

Malaysiakini/-

Terima keputusan dengan syukur dan sabar

Posted: 06 May 2013 03:54 AM PDT

25 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/-

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) meminta semua pihak menerima keputusan pilihan raya ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.


Beliau berkata, "Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi PAS dan Pakatan Rakyat. 


"Terimalah keputusan ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran. 



"Yakinlah sesungguhnya janji Allah pasti akan tiba," katanya sebagaimana yang disampaikan melalui Facebooknya.



Dalam pada itu ketika bercakap selepas keputusan pilihan raya ini, Ustaz Hadi berkata, "Kalau kita kalah, kita kena bertenang itu tanda orang yang beriman yang redha dengan segala ketentuan. 



"Memang ada perjuangan ada kalah ada menang. Jika berlaku penipuan ingatlah kita ada akhirat sebagai medan kebenaran. 



"Jangan lupa ada kerajaan yang lebih berkuasa iaini kerajaan Allah s.w.t. Kita tidak kalah..cuma belum menang," katanya selepas diumumkan keputusan BN berjaya membentuk semula kerajaan.



PAS menang 22 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum ke 13 ini berkurang satu kerusi berbanding pilihan raya ke 12.



Tuan Guru Abdul Hadi sendiri mengekalkan kerusi Parlimen Marang di samping DUN Rhu Rendang.



PAS Terengganu berjaya menambah tiga kerusi Parlimen di samping tujuh kerusi DUN dalam pilihan raya ini.


Kerusi Parlimen yang dimenangi adalah Marang (Tuan Guru Abdul Hadi), Kuala Terengganu (Datuk Raja Bahrin), Kuala Nerus (Dr Khairudin Aman Razali) dan Dungun (Haji Wan Hassan).

Mereka kekurangan dua kerusi untuk membentuk kerajaan di negeri itu apabila menang 15 kerusi berbanding BN 17 kerusi.

Ahmad Yaakob angkat sumpah MB baru Kelantan

Posted: 06 May 2013 03:26 AM PDT

25 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob (Gambar) mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri besar baru negeri itu di hadapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan.


ADUN Pasir Pekan itu menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang yang telah memegang jawatan sebagai Menteri Besar negeri itu sejak 1990.

Desas-desus mengenai pelantikan Ahmad sebagai menteri besar baru tersebar luas dan menjadi perhatian utama masyarakat di negeri itu.


Sementara itu, satu laporan The Star Online menyebut timbalan pesuruhjaya PAS II Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah akan dilantik menjadi timbalan menteri besar.


Laporan itu menyebut, Nik Mohd Amar mengesahkan keputusan itu dibuat secara konsensus oleh kepimpinan PAS Kelantan malam tadi

Anwar mahu selesai isu penipuan p'raya dulu

Posted: 06 May 2013 02:40 AM PDT

25 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menimbangkan mengenai persaraannya daripada politik selepas menyelesaikan isu penipuan dan penyelewengan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum ke-13.  

Katanya, beliau memutuskan demikian kerana beranggapan bahawa perjalanan pilihan raya kali ini telah "dicuri" daripada rakyat melalui proses penipuan.  

"Pendirian saya sama. Saya ada mendapat tawaran untuk mengajar di beberapa universiti utama. Saya masih fikir. Tapi saya nak selesaikan penipuan ini. (Ia) belum selesai. Saya dah menang. Pilihan raya ini sudah dimenangi oleh Pakatan Rakyat. 

NONE"Saya rasa apa yang perlu diperjelaskan sekarang ini ialah, pilihan raya ini telah dicuri melalui proses penipuan. Kerana mengikut proses yang biasa dan yang adil, kita sudah menang. Hampir mustahil (kalah) kalau dilihat dari sambutan yang ada. 

Beliau yakin bahawa kemenangan pilihan raya kali ini telah dicuri memandangkan momentum yang berlaku dibeberapa kawasan yang beliau kunjungi. 

"Orang yang hadir bertepuk tangan bukan dapat bayaran atau dapat BR1M. Mereka datang dan beri sokongan dengan penuh perasaan," katanya.
Anwar yang berpakaian serba hitam sebagai tanda 'perkabungan' ke atas demokrasi hari ini berkata beliau dapat merasakan bahawa rakyat kecewa dengan keputusan pilihan raya kali ini. 
"Saya tahu tentang sentimen kerana saya telah berkempen dengan bersungguh-sungguh. 

"Saya rasa sedih (dengan keputusan pilihan raya). Saya boleh gambarkan kekecewaan rakyat berdasarkan ceramah yang saya pergi di seluruh negara," katanya.


Anwar sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan dunia politik dan kembali mengajar sekiranya Pakatan gagal menguasai Putrajaya. 

NONEPada 2006, Anwar pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.

mengakui bahawa beliau sangat menghargai masa bersama keluarga semasa beliau mengajar di Amerika Syarikat. 

"Apabila saya mengajar di Amerika Syarikat, mereka (keluarga) adalah masa yang terbaik untuk saya bersama Wan Azizah (Wan Ismail) dan keluarga," katanya.

Dalam temubual itu lagi, Anwar yang kelihatan letih juga berkata PKR mungkin akan mengemukakan petisyen pilihan raya berdasarkan keputusan yang mencurigakan di beberapa kerusi. 

Katanya, beliau percaya calon PKR di kerusi Beaufort Datuk Lajim Ukin tewas akibat terdapat sogokan terhadap pengundi di kawasan itu. 

"Saya telah tegaskan ada isu kesahihan dalam keputusan pilihan raya. Terdapat bukti penipuan yang jelas. Terdapat kawasan-kawasan yang kita ada bukti. Kita tidak akan menerima keputusan ini. Kita akan berbuat sesuatu.  

"Saya tak percaya Lajim kalah. Tetapi saya faham tentang Wilfred Bumburing (Tuaran) yang terdapat perselisihan isu dalaman. Lajim saya percaya ada sogokan dan kami akan terus mengkaji tentang perkara itu dan akan lihat sama ada ada keperluan untuk memfailkan petisyen. 

"Kita tidak boleh terima proses ini. Penipuan dah begitu berleluasa. Mungkin salah satu pilihan raya yang paling teruk pernah kita jalankan," katanya lagi.

Malaysiakini/-

Tiada keputusan untuk jawatan MB Selangor, kata PKR

Posted: 06 May 2013 02:16 AM PDT

25 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

PKR belum memutuskan sama ada Tan Sri Abdul Khalid akan kekal sebagai menteri besar. - Gambar fail
KUALA LUMPUR, 6 Mei — PKR masih lagi belum memutuskan sama ada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kekal sebagai menteri besar, kata pemimpin parti itu hari ini.

Faekah Husin, yang merupakan setiausaha politik Abdul Khalid berkata kepada The Malaysian Insider parti akan membuat keputusan berhubung perkara itu selepas perbincangan dengan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR).
"Tan Sri telah berkata kita akan bermesyuarat dahulu. Ia hanya akan ditentukan dalam masa satu dua minggu lagi," katanya.
Sebagai pengarah pilihan raya Selangor, Abdul Khalid memimpin PR untuk mengekalkan Selangor dalam Pilihan Raya pada 5 Mei dengan 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), lebih lapan daripada Pilihan Raya 2008.
PKR, bagaimanapun hanya memenangi 14 kerusi berbanding DAP dan PAS, kedua-duanya memenangi 15 kerusi walaupun pemerhati berpendapat kemenangan itu sebagai refleksi kepada sokongan terhadap menteri besar sepenggal itu.
The Malaysian Insider/-

PAS pilih MB baru untuk Kelantan?

Posted: 06 May 2013 02:12 AM PDT

25 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
PAS mungkin akan menampilkan seorang tokoh baru di kalangan pemimpin tertinggi parti tersebut di Kelantan bagi menggantikan mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menerajui pentadbiran negeri.

Antara nama yang disebut-sebut akan mengangkat sumpah sebagai menteri besar petang ini ialah Datuk Ahmad Yaakob, yang menjadi timbalan menteri besar Kelantan selepas pilihan raya 2008.

Ahmad, yang juga timbalan pesuruhjaya I PAS Kelantan ketika dihubungi petang ini bagaimanapun berkata beliau belum mendapat apa-apa perkenan daripada Istana berhubung jawatan tersebut.

"Saya belum dapat apa-apa daripada Istana. Saya tak boleh komen mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Difahamkan, pemimpin tertinggi parti kini sedang berunding untuk melantik tokoh baru di kalangan pemimpin tertinggi PAS negeri untuk menggantikan Nik Aziz di jawatan tersebut.

Setiausaha akhbar Nik Aziz, Ahmad Fadli Shaari ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau tidak dapat mengesahkan sekiranya benar Ahmad akan dilantik menteri besar namun menurutnya perkara itu semenangnya menjadi menjadi sebutan hari ini.

"Tapi saya tidak dapat mengesahkannya. Perkara itu masih lagi dalam rundingan dalaman parti.

"Kita tunggu dan lihat dalam majlis angkat sumpah yang akan berlangsung petang ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sementara itu, anggota exco sementara Datuk Takiyuddin Hassan ketika dihubungi juga mengakui bahawa pelantikan MB baru menggantikan Nik Aziz itu sememangnya menjadi perhatian meluas di Kelantan.

Katanya, beliau sendiri dihujani pertanyaaan dari masyarakat setempat, sama ada benar Nik Aziz akan berehat selepas pilihan raya 5 Mei dan akan hanya berkhidmat sebagai wakil rakyat.

PAS memenangi Kelantan dengan kelebihan 32 kerusi DUN kali ini, kurang lima kerusi berbanding pencapaian pada Mac 2008.

Malaysiakini/-

Penipuan: Pakatan tolak keputusan, tuntut penjelasan

Posted: 05 May 2013 11:55 PM PDT

25 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

(Sidang media Pakatan Rakyat yang diadakan tengah malam tadi)

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menyifat kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) adalah kerana unsur-unsur penipuan.

Ekoran itu,  Pakatan menolak keputusan PRU13 yang dimenangi BN.

Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan perkara tersebut pada sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya sejurus selepas mengetahui keputusan PRU13 awal pagi tadi.

"Banyak penipuan berlaku sejak awal pengundian iaitu ketika pengundian awal bagaimana penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal.

"Selain itu juga kita lihat waktu pengundian semalam terdapat tangkapan dilakukan terhadap pengundi hantu, ini jelas konpirasi pemberian kad pengenalan yang diperkatakan sebelum ini," jelasnya.

Tambahnya, konpirasi penipuan ini perlu dijelaskan oleh SPR kerana terdapat bukti-bukti yang boleh mengesahkannya.

BN membentuk kerajaan kira-kira jam 12.45 pagi apabila melepasi kemenangan mudah 112 kerusi Parlimen.


Dalam pilihan raya ini, Pakatan mendapat 89 kerusi parlimen  berbanding BN 133 kerusi.

Harakahdaily/-

Apa makna keputusan PRU 13

Posted: 05 May 2013 09:57 PM PDT

25 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

(Carta keputusan pilihan raya 2004 - 2013....peluang besar di PRU -14)


KEPUTUSAN akhirnya BN - 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan PAS, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen - menambah tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.

Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut:

1) Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor, Penang and Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:

Selangor - Pakatan 44, BN 12
Penang - Pakatan 30, BN 10
Kelantan - Pakatan 33, BN 12

2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.

3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.

DAP - 38
PKR - 30
PAS - 21

4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).

5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular - 50% berbanding 49% (1% lain-lain).

6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.

7) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya - satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen - pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

8) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut

Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14

9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.

10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.

11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.

12) Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.

13) Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu tewas selepas kiraan semula dengan peningkatan jumlah kerusi kepada BN setelah kiraan awal PAKATAN menang di kerusi tersebut.

Harakahdaily/-

Khalid Samad Pertahan Kerusi Parlimen Shah Alam

Posted: 05 May 2013 07:52 PM PDT

25 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

SHAH ALAM: Calon PAS Khalid Abdul Samad mempertahankan kerusi Parlimen Shah Alam dengan majoriti 10,939 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Zulkifli Noordin.
Dalam pertarungan satu lawan satu itu, Khalid memperoleh 49,009 undi berbanding Zulkifli yang mendapat 38,070 undi, manakala 863 adalah undi rosak.
Peratus keluar mengundi yang dicatat ialah 88.2 peratus.
Keputusan itu diumum Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Shah Alam Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan.
Mengulas kemenangannya, Khalid berkata kejayaan itu merupakan berkat usaha jentera pilihan rayanya yang bertungkus lumus siang dan malam bagi memastikan kemenangan PAS di kawasan Parlimen itu.
Sebagai wakil rakyat beliau akan berkhidmat sebaiknya untuk membalas kepercayaan dan amanah yang diberikan rakyat Shah Alam kepadanya.
Sementara itu pertembungan tiga penjuru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga menyaksikan Rodziah Ismail daripada PKR mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 3,805 undi.
Rodziah memperoleh 21,284 undi menewaskan Datuk Ahmad Nawawi M Zin dari B Nyang memperoleh 17,479 undi dan calon bebas Mohd Uzi Che Hussin yang mendapat 124 undi.
Bagi kerusi DUN Kota Anggerik, calon PKR Dr Yaakob Sapari mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 4,503 undi.
Pertandingan tiga penjuru bagi kerusi DUN itu menyaksikan Yaakob memperoleh 26,261 undi berbanding calon BN Mohd Yusof Din yang memperoleh 21,758 undi dan calon bebas Eriq Faisal Rusli yang mendapat 136 undi.
Kawasan Parlimen Shah Alam mempunyai 99,957 pengundi dengan 69.93 peratus adalah Melayu, Cina (14.94 peratus), India (14.18 peratus) dan selebihnya bangsa lain. 
- BERNAMA

Sah mati dibunuh

Posted: 05 May 2013 07:49 PM PDT

25 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Sah mati dibunuh

Laporan Sinar Harian semalam.
TUMPAT – Mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di dalam tali air Banggol Beta di Kampung Jal Besar, kelmarin, disahkan mati dibunuh.

Hasil bedah siasat di Hospital Tumpat mendapati, Yusof Mohamad, 41, mati akibat dipukul dengan senjata tajam dari arah belakang.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip berkata, terdapat kesan luka sepanjang lima sentimeter di bahagian belakang leher mangsa.

Menurutnya, juga terdapat kesan tumbuk dan sepak di bahagian rusuk badan mangsa dan dipercayai mangsa tidak melawan.

"Mangsa mungkin dibunuh di antara jam 2 pagi hingga 3 pagi, dan kes ini bukan bermotifkan samun atau pun pilihan raya," katanya semalam.

Menurutnya, kes disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara dan gantung sampai mati.

"Usaha mengesan suspek giat dijalankan," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan mayat Yusof ditemui terapung di dalam tali air Banggol Beta di Kampung Jal Besar.

Mangsa dikatakan keluar dari rumahnya pada jam 10 malam untuk ke pos sebuah parti politik dengan menunggang motosikal Yahama Ego.

Bagaimana pun, jam 9 pagi mangsa ditemui penduduk kampung dalam keadaan terapung di dalam tali air tersebut, manakala motosikalnya berada di tepi tali air itu.

Sinar/-

Fakta-fakta Menarik PRU13. PR Berjaya Pungut 51% Undi Popular & Tambah Kerusi Parlimen!

Posted: 05 May 2013 07:40 PM PDT

25 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Keputusan akhirnya BN - 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen - menambah tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.

Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut:

1) Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor, Penang and Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:

Selangor - Pakatan 44, BN 12
Penang - Pakatan 30, BN 10
Kelantan - Pakatan 33, BN 12

2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.

3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.

DAP - 38
PKR - 30
PAS - 21

4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).

5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular - 50% berbanding 49% (1% lain-lain).

6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.

7) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya - satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen - pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

8) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut

Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14

9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.

10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.

11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.

12) Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.

13) Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu tewas selepas kiraan semula dengan peningkatan jumlah kerusi kepada BN setelah kiraan awal PAKATAN menang di kerusi tersebut.

Idham Lim: Memperjuangkan kebenaran dan agama Allah, itulah kemenangan yang sebenarnya

Posted: 05 May 2013 07:33 PM PDT

25 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
Berhubung dengan keputusan rasmi PRU13 P067 Kuala Kangsar dimana saya mendapat 13,136 undi dan calon BN-Wan Mohammad Khair-Il Anuar Bin Wan Ahmad mendapat 14,218 undi dan BEBAS-Kamilia Binti Ibrahim mendapat 447 undi. Beerti kemenangan berpihak kepada BN dengan  majoriti 1082 undi.

Saya dengan berbesar hati menerima keputusan tersebut dan juga berharap kepada semua penyokong PAS dan Pakatan Rakyat menerimanya sebagai satu lumrah dalam pertandingan. Sebenarnya perjuangan kita memperjuangkan kebenaran dan agama Allah, itulah kemenangan yang sebenarnya.

Alhamdulillah kita sama-sama bekerja keras untuk P67 Kuala Kangsar, N34 Bukit Chandan dan N35 Manong, namun ketentuan dari Allah wajib kita terima dgn tenang dan sabar, perjuangan mesti kita teruskan, jangan kecewa dan putus asa. 

Semoga curahan tenaga, wang ringgit, doa dan keringat dengan ikhlas akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda disisi Allah jua.

Terima kasih dan tahniah dengan usaha gigih dan semangat juang yang tinggi semua pihak.



Tidak sempat mengundi

Posted: 05 May 2013 07:16 PM PDT

25 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Tidak sempat mengundi

Gambar kecil: Muhammad Khairuddin Sharif Abd Rahman
Tidak sempat mengundi

Kereta Arman mangsa remuk selepas berlaku rempuhan kuat.
KOTA BHARU - Dua sahabat karib tidak sempat menyempurnakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini apabila maut dalam nahas berhampiran simpang tiga Tanjung Mas di sini, awal pagi semalam.

Mereka yang terkorban ialah Mohd Arman Md Nor, 25, dari Kampung Chempaka, dan Muhammad Khairuddin Shariff Abd Rahman, 21, dari Pengkalan Chepa.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kejadian berlaku pada jam 4.30 pagi, apabila kereta dipandu Mohd Arman terbabas kerana mengelak sebuah motosikal.

"Sejurus mengelak, kereta dipandu merempuh belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipakir di tepi jalan dan melanggar pula sebatang pokok.

"Mohd Arman yang tersepit pada pintu kenderaan dikeluarkan dengan bantuan bomba. Dia bagaimanapun meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala dan dada sementara Muhammad Khairuddin Shariff meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Azham berkata, tiga lagi rakan mangsa, Mohd Faizol Mazeha Mohd Zin, 23, Muhammad Zulhilmie Ibrahim, 23, dan Mohamad Fairman Shamsudin, 21, hanya cedera ringan.

"Mereka berlima dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menyertai perarakan sempena PRU13," katanya.

Dalam pada itu, pemilik kenderaan pacuan empat roda, Muhammad Hafidz Rosli, 19, berkata, dia ketika itu sedang minum di kedai makan sebelum dikejutkan dengan rempuhan di belakang badannya oleh sebuah kereta jenis Proton Wira.

"Alhamdulillah, saya bernasib baik kerana hanya mengalami bengkak belakang badan. Masa itu saya nampak mangsa parah dan sudah tidak sedarkan diri sebelum dibantu orang ramai yang menghubungi polis dan bomba," katanya.

Manakala Abang Arman, Mohd Azhar Mohd Nor,32, yang ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini, berkata, dia mengetahui kejadian menimpa adiknya itu 20 minit selepas kemalangan berlaku.

"Saya berkejar ke tempat kejadian dan sempat mengajar arwah mengucap. Tiada petanda pelik ditunjukkan. Arwah sangat disenangi serta penyayang dalam keluarga. Kami reda dengan pemergiannya," katanya.

Sinar/-

Tiada ulasan:

Nuffnang