Nuffnang

:: cina islam | 2011 ::

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:10 PG

:: cina islam | 2011 ::


Hijrah: Zahid berkeras, tak akan tarik balik kenyataan

Posted: 19 May 2013 08:48 PM PDT


10 Rejab 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily,20 Mei 2013

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertegas tidak akan menarik balik kenyataannya sebelum ini yang menggesa rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya Malaysia supaya berhijrah keluar dari negara ini.

Zahid juga dilaporkan berkata, beliau bersedia berdepan dengan usul mengecamnya berhubung kenyataannya itu yang akan dibawa ke Dewan Rakyat yang akan bersidang nanti.

Sebelum ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyatakan akan membawa usul di Dewan Rakyat bagi mengecam Zahid yang mengeluarkan kenyataan yang didakwa tidak wajar itu.

Zahid mengejutkan banyak pihak apabila mengeluarkan kenyataan meminta rakyat yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia berhijrah ke negara lain ketika beliau baru sahaja dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri.

Kenyataannya itu menimbulkan pelbagai bantahan bukan sahaja dari ahli politik malah termasuk juga ahli akademik dan penganalisis politik.

Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dalam reaksinya mempersoal kenyataan Zahid itu yang disifatkannya bercanggah perlembagaan.

Beliau mempersoalkan apakah salah jika rakyat mempersoalkan pelaksanaan sistem pilihan raya yang ada dan apakah perlembagaan negara kita menghalangnya.

"Mengapa DS Zahid boleh mengeluarkan kenyataan sebegini? Setahu saya, Perkara 10 Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk bebas mengeluarkan pendapat, berhimpun dan berpersatuan.

"Jika kita akui negara kita adalah negara demokrasi, maka berdemokrasilah secara jujur," ujarnya.

Sebagai menteri, kata Mohammad Agus, Zahid sepatutnya menggunakan masa untuk merancang mengatasi masalah keselamatan, jenayah, social ills dalam negara daripada menyerang rakyat yang mempunyai perbezaan politik dengan parti kerajaan.

"Saya mohon kita semua hentikan kenyataan sebegini hanya kerana kita mempunyai perbezaan politik. Ini adalah tanah air kita bersama.

"Saya yakin, sebagai rakyat, kita semua mahu terus menyumbang bakti kepada negara kita ini mengikut keupayaan masing-masing, biarpun dalam bentuk yang berbeza. Malaysia adalah negara kita bersama," katanya.

Kes Adam Adli: Pembesar dibela, rakyat ditindas

Posted: 19 May 2013 08:45 PM PDT

10 Rejab 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Kenapa Adam Adli menjadi mangsa? Kenapa Adam Adli ditangkap? Kelihatan Umno dan BN sangat takut kepada Adam Adli? Mengapa Adam Adli disoal siasat?

Demikian pertanyaan yang dilontar Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan.

"Jelas tindakan pihak berkuasa hanya membela pembesar sebaliknya menindas rakyat serta seorang anak muda yang bersuara agar suara keinginannya didengari oleh pemerintah," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Beliau juga mempersoalkan sewaktu Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan perkauman jijik dan penuh hasutan "Apa lagi orang cina mahu?", kenapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan tegas untuk menahan editornya, membatalkan permit penerbitannya serta mereka yang bertanggungjawab mengungkapkan kenyataan tersebut.


Begitu juga, ujarnya semasa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan melampau berbau hasutan apabila beliau mendesak pihak yang menentang penyelewengan dan penipuan dalam pilihanraya, keluar dari negara ini di mana pihak berkuasa dan kenapa tidak tahan dan soal siasat pemimpin yang dangkal itu.


"Tatkala Menteri Besar Negeri Terengganu mengeluarkan kenyataan penuh emosi, berdendam dengan rakyat dan jelas menghasut serta mencetus kebencian di kalangan rakyat apabila menteri besar cap ayam ini mengatakan mana-mana kawasan yang sokong pembangkang atau tidak sokong BN tidak akan diberi bantuan.

"Kenapa pihak berkuasa tidak bertindak? Mengapa mereka tidak menangkap menteri besar yang tidak ada kelas ini?" tanya beliau lagi.


Bagi beliau, itulah wajah sebenar pemerintah negara ini, menjadi pemangsa ke atas rakyat sendiri.

Katanya, bukan sahaja suara rakyat tidak didengari malah rakyat pula dibelasah hanya kerana mereka berkuasa dan terus mahu kekal berkuasa. 

Harakahdaily/-


Justeru, beliau mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia mendoakan agar Adam Adli tidak patah semangat mendepani ujian getir perjuangan ini.
"Serentak itu kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun yang dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas saudara Adam Adli.

"Saya juga menyeru agar anak muda bangkit menolak kerajaan yang rakus dan zalim ini," tegasnya.

Adam Adli direman 5 hari

Posted: 19 May 2013 08:18 PM PDT

10 Rejab 1434 H. [MOD] -


Kuala Lumpur: Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abd Halim, yang ditahan mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan 1948, kelmarin, direman semalam hingga Khamis ini. 

Peguam Adam Adli, Latheefa Koya, berkata polis memohon reman tujuh hari daripada Majistret Kuala Lumpur, namun dikurangkan kepada lima hari selepas bantahan dikemukakan. 


Pihaknya terkejut dimaklumkan penahanan Adam Adli mengikut Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana memudaratkan negara yang boleh dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan. 


Beliau percaya ia kes pertama disiasat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan di bawah Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. 

Saya dimaklumkan sehingga petang ini (semalam), tiada keterangan diambil daripada Adam Adli dan ia menimbulkan persoalan kerana tujuan penahanan adalah bagi tujuan penyiasatan. Pasukan peguam yang mewakili Adam Adli akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi berhubung tindakan penahanan terbabit, katanya di Balai Polis Jinjang, di sini, semalam.

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP