:: cina islam | 2011 :: |
- Alkisah seorang pejuang…
- ‘Penggeli pundi-pundi’ jadi beban kepada Najib
- Undi dapat habuan
- Rakyat banjiri perhimpunan Black 505 di P Pinang
- Pas: SPR gagal
- Dewan Ulamak PAS gesa MB Terengganu berlaku adil
- Dunia kutuk Israel
Posted: 11 May 2013 08:14 PM PDT 2 Rejab 1434 H. [MOD] - Seorang pejuang bernama Nasrudin Abduh yang terkenal dengan kejujuran dan amanahnya telah berjumpa dengan Tok Gurunya Ustaz Nik Ibrahim. "Mengapa ana masih berasa tidak tenteram dan memandang rendah pada diri sendiri? Ana dah berjaya mengharungi pelbagai kegagalan, dan melakukan kebajikan dan menyelamatkan mereka yang lemah dan tertindas. Tapi apabila melihat Tok Guru, ana rasa masih tidak setanding Tok Guru," kata Nasrudin. "Tunggu sekejap. Lepas ana jumpa semua yang datang melawat hari ini, ana bagikan jawapan," jawab Ustaz Nik Ibrahim. Nasrudin melihat bagaimana Tok Guru menyambut semua yang melawatnya dengan senyuman dan penuh kesabaran sehinggalah matahari terbenam. Selepas semua pelawat dah tiada, Nasrudin cepat-cepat bertanya, "Apa jawapannya Tok Guru?" Tok Guru memimpin tangannya ke padang. Mereka berdua duduk melihat bulan yang penuh memancar dalam ketenangan. "Nampak tak bulan itu? Cantik tak? Ia akan menjaga sepanjang malam sehinggalah subuh menjelma, di mana matahari pula akan bersinar," kata Ustaz Nik Ibrahim. "Tapi cahaya matahari lebih cerah, dan boleh menunjukkan segalanya dengan terang untuk ditatapi mata kita – pokok, gunung mahupun awan. Ana pun dah berfikir lama: Mengapa tidak pernah kedengaran bulan berkata: Mengapa saya tidak boleh seterang matahari?" tambah Ustaz Nik Ibrahim lagi. "Sudah tentu tidak," jawab Nasrudin. "Matahari dan bulan adalah dua benda berbeza – kedua-duanya mempunyai kecantikan sendiri. Tak boleh banding antara dua." "Anta sudah jumpa jawapannya. Ana dan anta adalah dua orang berlainan, kita sama-sama membantu orang ramai dalam cara yang kita tahu supaya dunia ini menjadi tempat lain lebih baik dan Islam didaulatkan. Yang lain adalah sampingan sahaja termasuklah jawatan," jawab Ustaz Nik Ibrahim. "Putus asa adalah kegagalan sebenar. Ingat itu," tambah Ustaz Nik Ibrahim. Nasrudin tersenyum. Mulai hari itu, beliau tidak lagi cuba membandingkan dirinya dengan Tok Guru – sebaliknya membuat segala perkara dan melawan segala kemungkaran dengan caranya tersendiri. Senyum Walaupun tanpa jawatan, kerja-kerja kebajikan dan lawan kemungkaran harus diteruskan. Jangan putus asa. Kerana itu titik noktah suatu perjuangan. Harakahdaily/- |
‘Penggeli pundi-pundi’ jadi beban kepada Najib Posted: 11 May 2013 08:13 PM PDT 2 Rejab 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Kali ini sahajalah peluang bagi Najib untuk memperbetulkan keadaan. Itu pun jika beliau mempunyai keberanian yang kuat. Justeru, Najib perlu paparkan barisan yang baru walaupun dari kalangan yang kuat memberikan kritikan terhadap beliau. "Apa faedahnya hanya mengambil mereka yang mengampu dan yang hanya tahu 'menggeli pundi-pundi' beliau sahaja kerana mereka ini akhirnya akan menjadi beban kepada beliau," tulis Aspan Alias di dalam blognya. Menurutnya, apabila Najib dalam masalah mereka bukannya boleh membantu tetapi sebaliknya akan menambah beban demi beban terhadap negara dan beliau sendiri. Bagi Aspan, mereka itu tidak akan lagi bersama beliau apabila beliau dalam masalah apatah lagi semasa persaraan beliau nanti. "Najib perlu ingat kehidupan yang paling pahit ialah apabila semasa akhir hayat dan dalam persaraan kita dihina oleh masyarakat, lebih-lebih lagi ditinggalkan kawan-kawan dan sahabat yang pernah bersama kita," tulisnya lagi, sebagaimana di bawah. Pilihanraya ke-13 merupakan pilihanraya yang paling mahal sekali dalam sejarah negara merdeka. Ia disebabkan kerana membuat persediaan untuk mempertahankan kerusi BN setelah mengalami keputusan buruk pada pilihanraya sebelumnya pada tahun 2008 dahulu. Mahu tidak mahu, semua mesti mengakui ianya amat mahal kerana persediaan itu melibatkan perbelanjaan yang dilakukan secara 'ad hoc' kepada rakyat dalam berbagai-bagai bentuk untuk menawan hati rakyat. Tetapi keputusan tetap lebih buruk kerana keseluruhannya BN telah mendapat hanya 133 kerusi, 7 kerusi kurang dari pilihanraya yang semasa itu dianggap yang terburuk pada 2008 dahulu. Dengan keputusan yang baru ini, ia menunjukkan BN terpaksa melakukan perkara yang baru, jika mahu disebut kembali seperti yang saya sebut dalam posting yang lepas, iaitu melakukan perkara yang belum pernah terfikir oleh kita semua. Memindahkan situasi politik dari situasi sekarang kepada situasi yang baru dengan jujur akan membawa rakyat kepada 'ambience' politik yang berbeza sedikit sebanyak akan membantu menenangkan pemikiran rakyat yang tidak berpuas hati dengan situasi dan keadaan persekitaran politik hari ini. PM Najib perlu memahami apa yang menjadi sebutan ramai yang tidak baik di bawah ini. Beliau mesti memahami semua masalah sebelum beliau berfikir untuk mencuba menyelesaikannya. Bawalah rakyat berfikir ke persekitaran politik yang baru. Jangan lagi memaparkan peribadi yang sudah dipersoalkan oleh ramai terutamanya berhubung dengan rasuah dan menyalah gunakan kuasa. Tunjukkan yang Perdana Menteri sekarang benar-benar serius untuk memerangi rasuah dengan tidak memasukkan mereka yang sudah mempunyai stigma dan terbukti rasuah dari segi moralnya. Selama ini rakyat sudah boleh meneka siapa yang akan dimasukkan ke dalam Jemaah Menteri kerana kebiasaannya pimpinan hari ini akan hanya memberikan jawatan penting itu kepada kroni dan rakan kerana kepentingan bersama dalam perniagaan. Inilah persepsi sebenarnya yang menjadikan ramai di antara rakyat sudah membenci UMNO dan BN itu. Rakyat sudah mempunyai persepsi buruk terhadap pemimpin yang sukar dihilangkan. PM Najib pada persepsi mereka, akan meletakkan terus sahabat-sahabat beliau di dalam Jemaah Menteri orang-orang yang telah terbukti melakukan rasuah politik dan telah pun diambil tindakan terhadap mereka. Tetapi rakyat beranggapan yang Najib akan meletakkan mereka kembali dalam kabinet semata-mata kerana kepentingan politik beliau. Jika keadaan ini masih berlaku salahkan rakyat berselindung di sebalik parti-parti pembangkang dan melakukan protes secara politik yang telah pun terbukti menjahanamkan imej kerajaan itu? Lagi pun jika mereka lakukan protes politik dan berusaha menukar kerajaan yang mereka sudah tidak yakini itu merupakan hak mereka kerana menukar kerajaan itu bukannya tindakan jenayah. Ini negara demokrasi. Tetapi apabila rakyat memberontak pihak kerajaan tanpa malu-malu memarahi parti pembangkang kerana rakyat berdiri di belakang parti-parti itu. Jangan diikuti cara Dr Mahathir kerana beliau selalu memarahi sesiapa yang menyokong pembangkang tetapi tidak mahu mengakui kesalahan sendiri. Mahathir mempunyai kepercayaan yang berhak melakukan kesalahan ialah pihak BN sahaja dan tidak perlu diambil tindakan dan terus terlepas dari undang-undang. Mana boleh begitu? Kali ini sahajalah peluang bagi Najib untuk memperbetulkan keadaan. Itu pun jika beliau mempunyai keberanian yang kuat. Paparkan barisan yang baru walaupun dari kalangan yang kuat memberikan kritikan terhadap beliau. Apa faedahnya hanya mengambil mereka yang mengampu dan yang hanya tahu 'menggeli pundi-pundi' beliau sahaja kerana mereka ini akhirnya akan menjadi beban kepada beliau. Apabila Najib dalam masalah mereka ini bukannya boleh membantu tetapi sebaliknya akan menambah beban demi beban terhadap negara dan beliau sendiri. Mereka ini tidak akan lagi bersama beliau apabila beliau dalam masalah apatah lagi semasa persaraan beliau nanti. Najib perlu ingat kehidupan yang paling pahit ialah apabila semasa akhir hayat dan dalam persaraan kita dihina oleh masyarakat, lebih-lebih lagi ditinggalkan kawan-kawan dan sahabat yang pernah bersama kita. Ingatlah, segala amal serta ubudiah kita ialah untuk kita mati dalam kalimah dan segala bakti kita kepada masyarakat yang untuk kita hidup dalam ketenangan semasa dalam sisa-sisa hayat kita nanti. Berkawan dan bersahabatlah dengan mereka yang diyakini bersama kita terus-terusan sehingga hari tua kita. Itulah sebabnya Najib perlu mengenali siapa sahabat dan siapa rakan. Najib perlu ingat UMNO itu untuk membela orang ramai. Parti itu bukannya untuk menyediakan kepentingan seseorang yang mahu naik dalam parti dan akhirnya menguasai negara. UMNO itu untuk orang ramai. Najib perlu bersahabat dan berkawan dengan rakyat bukannya bersahabat dengan mereka yang akhirnya membebankan beliau sendiri. Doa rakyat biasa yang ramai untuk beliau lebih mustajab dari doa kroni-kroni yang hampir dengan beliau kerana kepentingan peribadi mereka sahaja. Harakahdaily/- |
Posted: 11 May 2013 08:11 PM PDT 2 Rejab 1434 H. [MOD] - GEORGETOWN - Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setelah menerima aduan orang ramai yang didakwa ditipu pihak tidak bertanggungjawab berhubung dakwaan ditawarkan wang tunai sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. Laporan itu dibuat Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin bersama calon PKR Dun Teluk Bahang, Datuk Abdul Halim Hussain yang menerima aduan daripada lebih 200 pengadu yang dilihat beratur di sebuah premis di Sungai Dua di sini, tengah hari kelmarin untuk menuntut wang tunai seperti yang dijanjikan kepada mereka. Tze Tzin berkata, beliau yang menerima aduan itu bergegas ke premis berkenaan dan berjumpa sendiri dengan semua pengadu terbabit bagi mengetahui perkara sebenar. "Mereka mendakwa, telah dihubungi seorang individu yang tidak dikenali yang memaklumkan supaya mereka boleh menuntut habuan yang dijanjikan sebelum ini di sebuah premis di Sungai Dua bermula semalam (kelmarin) hingga Ahad (hari ini), antara jam 11 pagi hingga 8 malam. "Kesemua yang menerima panggilan serta sistem pesanan ringkas (sms) berpusu-pusu ke premis berkenaan untuk menuntut habuan mereka iaitu wang tunai," katanya. ketika menghubungi Sinar Harian kelmarin. Lebih mengejutkan, ada juga daripada mereka mendakwa diminta oleh seorang Adun berbuat demikian. Tze Tzin berkata, selepas menerima aduan daripada kesemua pengadu di situ, beliau bersama Abdul Halim kemudiannya bergegas ke Balai Polis Sungai Nibong untuk membuat laporan polis sebelum ke SPR negeri. "Selepas berbual dengan mereka, saya merasakan ada yang tidak kena dengan perkara itu. Saya kemudiannya membuat satu laporan polis dan SPR. Laporan di SPR, ia dibuat kepada Timbalan Pengarah II, Rizal Kamis untuk diambil tindakan. "Saya berharap agar polis dan SPR membuat siasatan menyeluruh, profesional serta adil. Saya juga berharap agar kes ini akan dibawa ke perhatian Pengarah SPR kerana ia dianggap serius. Saya menyifatkan ia perbuatan membeli undi," katanya. Sementara itu, Rizal berkata, beliau akan meluluskan aduan itu dan akan menyerahkan kepada ibu pejabat sebelum membuat keputusan mengenai tindakan seterusnya. Tze Tzin berkata, jika benar perkara itu berlaku, beliau mengharapkan agar pihak berkuasa akan mengambil tindakan berikutan ia menjadikan pilihan raya pada kali ini tidak bersih seperti yang diharapkan. "Jika didapati ia satu perbuatan yang menyalahi undang-undang, saya kesal kerana ia seolah-olah membenarkan orang yang berduit dan kaya raya membeli undi rakyat semata-mata untuk kemenangan calon mereka. "Jika ia terbukti benar ada unsur politik wang, ia satu perbuatan serius kerana ia melibatkan keputusan pilihan raya. Kita akan buat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Isnin ini (esok) untuk siasatan lanjut kerana merasakan ia ada hubung kait dengan gejala rasuah," katanya. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan berhubung perkara itu dan akan merujuk kes itu kepada SPRM untuk tindakan selanjutnya. Sinar/- |
Rakyat banjiri perhimpunan Black 505 di P Pinang Posted: 11 May 2013 06:57 PM PDT 2 Rejab 1434 H. [MOD] - Pekan Batu Kawan, yang terletak di koridor selatan Pulau Pinang, dibanjiri lautan manusia yang menghadiri perhimpunan Black 505 Pakatan Rakyat di stadium di situ malam tadi. Diadakan tiga hari selepas 120,000 orang membanjiri perhimpunan yang sama di Kuala Lumpur, perhimpunan di Pulau Pinang malam tadi turut disertai mereka dari negeri jiran - Kedah dan Perak. Terdapat juga peserta dari Selangor dan Negeri Sembilan yang mengibarkan bendera negeri masing-masing tanpa henti di tengah-tengah simbol roket (DAP), bulan (PAS) dan mata (PKR). Lapan puluh lima peratus hadirin yang berbilang kaum itu adalah orang muda lelaki dan wanita, yang datang seawal jam 6 petang dengan menaiki kereta dan motosikal, membawa bendera parti dan kain rentang, serta meniup vuvuzelas di dalam stadium yang penuh sesak. Sejak pukul 4 petang, Lebuhraya Utara-Selatan telah sesak dengan kereta yang merangkak melalui laluan keluar Bukit Tambun ke Batu Kawan - yang merupakan tempat makanan laut yang terkenal. Pemimpin Pakatan seperti Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ADUN Seberang Jaya ADUN Dr Afif Bahardin, meninggalkan mereka sekurang-kurangnya lima kilometer jauhnya untuk sampai ke stadium, yang bergemerlapan dengan gerai-gerai yang dihiasi lampu berwarna-warni. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba pada kira-kira jam 9 pagi disambutkan dengan tepukan ketika melangkah masuk ke dalam stadium - yang berkapisiti memuatkan 80,000 orang. Sepanjang perhimpunan selama empat jam itu, hadirin membawa kain rentang dan sepanduk yang mengecam sikap perkauman, dengan mesej seperti "Kita semua rakyat Malaysia" dan "Tsunami Rakyat". Ini adalah reaksi balas terhadap tuduhan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa 'tsunami Cina' mengakibatkan parti-parti komponen bukan Melayu dalam BN kalah teruk, apabila mereka mengundi Pakatan, sekaligus memberinya 51.4 peratus undi popular berbanding dengan BN 48.6 peratus. Apa lagi yang rakyat Malaysia mahu? Anwar dalam ucapannya menyentuh tentang kekecewaan rakyat terhadap komen Najib itu serta kontroversi laporan muka depanUtusan Malaysia yang bertajuk 'Apa lagi Cina mahu'. "Biarlah 'Brother' Anwar jawab soalan-soalan itu," katanya sambil menegaskan bahawa orang Cina, Melayu, India, Dayak dan Kadazan mahukan pilihanraya yang bersih dan adil dan mereka mahu kekayaan rakyat dikembalikan dan tidak dirompak oleh BN atau Umno. "Pilihan raya ini sebagaimana yang dikatakan oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said adalah ibu segala penipuan," kata Anwar sambil berkata pihaknya mempunyai bukti dan mahu Suruhanjaya Pilihan Raya menjelaskannya kerana "mereka tidak boleh menipu rakyat Malaysia". "Mereka telah menipu sebelum ini dan kita memaafkan mereka. Dalam PRU13 ini, kami menuntut jawapannya sekarang!" katanya disambut tepukan gemuruh hadirin. Sementara itu, dalam ucapannya, Lim yang sangat gembira dengan jumlah kehadiran malam tadi, berkata Pakatan memecahkan rekod sekali lagi dengan menarik kehadiran 125,000 walaupun tempat perhimpunan itu ditukar dalam masa yang singkat dari Stadium MPSP di Bukit Mertajam ke Batu Kawan dalam masa sehari. Katanya, terdapat ribuan lagi di luar stadium yang tidak dapat masuk kerana bahagian dalamnya sesak dengan hadirin. Beliau berikrar untuk menjaga kebajikan semua rakyat Pulau Pinang, termasuk penyokong BN, dan berkata "Kami akan berbuat demikian walaupun kita tidak faham mengapa mereka menyokong BN, tetapi kita tidak menyalahkan sesiapa." Beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang pertama kali mengundi dan pengundi wanita kerana memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat, sambil menambah bahawa mereka mengundi gabungan itu kerana mereka mahu masa depan yang cerah. "Berbeza dengan apa yang Najib kata, tsunami ini melibatkan semua orang. Terdapat hanya 25 peratus pengundi Cina dan Pakatan memperolehi 51.4 peratus undi popular, apa jadi dengan baki 26 peratus lagi?" dia disoal. "Jangan beritahu saya mereka adalah undi Bangla," katanya berjenaka, yang disambut dengan sorakan gemuruh hadirin. Ada yang beredar jam 3 pagi Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, pula menceriakan hadirin dengan ucapannya yang menyindir SPR. "SPR kata, dakwat kekal, tapi ia tak boleh tahan walaupun untuk satu jam. Hah! Hah! Hah!" beliau ketawa, dan hadirin turut ketawa bersama-sama. Katanya, mereka tidak malu untuk mengatakan bahawa ini adalah pilihan raya yang paling bersih dan paling adil. Mat Sabu mendakwa bahawa telefon bimbitnya telah digodam di mana mesej perkauman seperti "Hidup Cina, Melayu Mampus" telah dihantar kepada orang ramai, dengan beberapa orang memanggil memarahinya kerana didakwa berbuat demikian. "Saya tidak pernah menghantar mesej itu dan saya tidak tahu siapa yang menggodam telefon bimbit saya. Tetapi anda tahu mereka yang sering bermain dengan isu-isu perkauman seperti itu," katanya, dan orang ramai melaungkan 'Umno'. Kira-kira 10 pemimpin lain bergilir-gilir mereka untuk bercakap di majlis tersebut yang berakhir pada kira-kira tengah malam, tetapi orang ramai masih tidak meninggalkan perkarangan stadium itu. Malaysiakini/- |
Posted: 11 May 2013 04:56 PM PDT 2 Rejab 1434 H. [MOD] - TEMERLOH – Pas Pahang mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik pada PRU13 khususnya ketua tempat mengundi yang tidak faham peraturan dan tidak diberi latihan cukupnya. Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, terdapat beberapa kes serius yang membabitkan petugas SPR tidak mengembalikan borang 14 (keputusan) kepada wakil parti yang bertanding. Menurutnya, sebagai contoh di Dun Guai, tiga borang 14 tidak dikembalikan kepada wakil parti walaupun setelah banyak kali Pas memohon daripada mereka. "Di Dun Dong, Raub, berlaku kes di mana ketua tempat mengundi memasukkan borang 14 ke dalam peti undi dan di Dun Pulau tawar pula berlaku kesilapan teknikal apabila borang Parlimen bertukar dengan borang Dun," katanya, semalam. Tuan Ibrahim berkata, antara kepincangan lain, berlaku kes pengundi yang namanya telah digunakan pihak lain di Dun Kuala Semantan dan Pas telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut. Beliau berkata, selain itu ada juga laporan mengenai lima pengundi warga emas berusia 80 tahun yang nama mereka didaftarkan untuk undi pos. Tuan Ibrahim berkata, PR Pahang akan membuat petisyen bantahan kemenangan BN yang hanya menang sekitar empat peratus di Parlimen Bentong, Dun Damak, Jerantut dan Dun Dong, Raub dalam tempoh 21 hari selepas digazetkan. Sinar/- |
Dewan Ulamak PAS gesa MB Terengganu berlaku adil Posted: 11 May 2013 04:50 PM PDT 2 Rejab 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat berharap Menteri Besar dan para Exco Kerajaan Negeri Terengganu yang baru dilantik menjadi pemimpin kepada semua rakyat di negeri ini, tanpa mengira parti sama ada Barisan Nasional atau pun PAS dan Pakatan Rakyat. Setiausahanya, Dr Khairuddin Aman Razali (gambar)mengucapkan tahniah kepada Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said kerana dilantik semula menjadi Menteri Bear bagi penggal kedua. "Saya ingin mengucapkan tahniah kepada YAB Datuk Seri Ahmad Said atas pelantikan semula beliau sebagai Menteri Besar negeri Terengganu. Begitu juga ucapan tahniah kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang terpilih dan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, "Doa saya agar mereka semua menjadi Menteri Besar dan Exco untuk semua rakyat, kerana kita perlu pergi ke arah politik matang," ujarnya dipetik Buletin Online. Beliau selaku Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar dan Exco Kerajaan Terengganu yang telah diadakan di Istana Maziah, Kuala Terengganu, semalam. Beliau menegaskan, berasaskan prinsip perlembagaan negara setiap rakyat berhak memilih parti yang mereka mahu dalam pilihan raya dan kerajaan yang memerintah adalah milik seluruh rakyat negeri Terengganu. Maka, katanya, mudah-mudahan mereka menjadi pemimpin yang adil sebagaimana seperti kata Nabi SAW yang bermaksud 'antara yang diberi naungan di padang Mahsyar nanti adalah seorang pemerintah yang adil'. Harakahdaily/- |
Posted: 11 May 2013 04:49 PM PDT 2 Rejab 1434 H. [MOD] - KAHERAH - Umat Islam di seluruh dunia mengutuk tindakan pencerobohan Israel terhadap Syria yang cenderung untuk menyokong militan di tanah jajahan Arab. Dipetik Al-Jazeera, Stesen televisyen antarabangsa melaporkan, ribuan masyarakat Islam di beberapa buah negara mengadakan perhimpunan pada Jumaat lalu dengan slogan menyelar rejim Zionis selain membakar bendera Israel. Ribuan penduduk Kaherah berhimpun di jalan utama melaungkan slogan 'Israel Musuh Islam' selain menggesa Zionis dan sekutunya ditumbangkan. Penduduk Iran juga turut melakukan protes yang sama di Dataran Teheran serta beberapa bandar lain sambil mengutuk tindakan kurang bermoral Israel. Di Kashmir, India pula , ratusan penunjuk perasaan membakar patung Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan sekutunya Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang didakwa 'individu utama' mencampuri hal ehwal dalam negara Syria. Penunjuk perasaan mendakwa Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Israel serta ejen perisikan Mossad menjadi dalang kepada persengketaan puak antara masyarakat Islam di Syria, Iraq, Somalia dan Afghanistan. Sementara itu, stesen TV Syria melaporkan, tentera Zionis telah membedil pusat penyelidikan Jamraya di barat laut Damsyik. Sinar/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan